Bersekedudukan Dengan Lelaki Warga Asing Sehingga Hamil

Jahil | Bersekedudukan Dengan Lelaki Warga Asing Sehingga Hamil | ROMPIN – “Saya tak tahu prosedur, malah saya bimbang jika anak dilahirkan ini tidak boleh dibin atau dibintikan bapanya yang sebenar kerana saya telah mengandung lapan bulan,” demikian luahan seorang saudara baru yang memeluk Islam, kira-kira
sebulan lalu.

Salmah (bukan nama sebenar), 30, berkata, dia mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki warga asing yang bekerja di sebuah projek tanaman buah-buahan tempatan berhampiran tempat tinggalnya.

Menurutnya, dia dan lelaki yang dikenali sebagai Mahmud (bukan nama sebenar), 30, mula menjalani kehidupan sebagai ‘suami isteri’ selepas dia disahkan mengandung dua bulan.

“Akibat keterlanjuran kami, saya mengandung, dan dia sanggup bertanggungjawab atas segala yang berlaku, malah mahu memperisterikan saya secara sah melalui ikatan perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, dia berdepan masalah untuk berkahwin secara sah kerana ‘suami’ warga asing itu beragama Islam, sedangkan dia masih berpegang kepada ajaran animisme dianutinya selama ini.

“Saya pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), namun mereka meminta kami memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Imigresen memandangkan suami bukan orang tempatan,” katanya.

Salmah berkata, disebabkan urusan mendaftar perkahwinan rumit, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut istiadat masyarakat Orang Asli.

“Setelah berbincang dengan keluarga saya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin mengikut adat Orang Asli, malah ketika perkahwinan itu dilangsungkan saya masih belum memeluk Islam,” katanya.

Menurutnya, dia memeluk Islam sebulan lalu di Paid Rompin, bagaimanapun terpaksa menyembunyikan kandungannya.

Salmah yang mempunyai enam orang anak hasil perkahwinan terdahulu berkata, dia mahu mengikut prosedur pernikahan sah menurut syariat Islam kerana bimbang masa depan anak yang bakal dilahirkannya itu.

“Saya memohon Paid menikahkan saya dengan segera kerana tidak sanggup bergelumang dosa, apatah lagi saya sudah menjadikan Islam sebagai pegangan hidup,” katanya.

Menurutnya, sejak hidup bersama Mahmud, lelaki warga asing itu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, malah dia yakin perkahwinan keduanya itu menemui kebahagiaan yang dicarinya selama ini.

“Saya mahu terus hidup bersamanya. Biarpun berlainan keturunan. Saya yakin lelaki ini bertanggungjawab dan ikhlas menerima saya seadanya,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Paid Muadzam Shah berkata, perkahwinan yang dijalankan mengikut adat Orang Asli itu tidak sah di sisi syarak, sedangkan lelaki itu beragama Islam.

Menurutnya, pasangan itu perlu datang ke Paid Muadzam Shah untuk membetulkan semula pernikahan tersebut seandainya semua syarat termasuk kelulusan dan kebenaran daripada kedutaan negara dan Jabatan Imigresen diperoleh.

“Bagaimanapun, status anak dikandungkannya tidak sah dan tidak boleh dibin atau dibintikan dengan nama lelaki terbabit,” katanya.-Sinar Harian

Read More

PANAS | NAJIB DIGELAR PENJENAYAH PERANG, PENGIKUT KIRAM III DEMO DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA

PANAS KES LAHAD DATU |  NAJIB DIGELAR PENJENAYAH PERANG,  PENGIKUT KIRAM III DEMO DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI FILIPINA | Sekumpulan pendemonstrasi di depan bangunan Kedutaan Malaysia di Filipina hari ini menggesa supaya DS Najib Razak ditangkap dan dihukum sebagai penjenayah perang berikutan kejadian pencerobohan di Sabah.

Kumpulan pendemonstrasi tersebut juga bertempur dengan anggota Polis yang berkawal di keliling bangunan Kedutaan terbabit sebelum cat merah dilemparkan ke dinding bangunan.

Kumpulan yang dipercayai diupah oleh pihak-pihak tertentu itu juga mendesak agar kerajaan Filipina menutup Kedutaan Malaysia serta mengusir Duta kita dari negara itu.

Ketua kumpulan pendemonstrasi tersebut, Rasti Delizo juga memberikan amaran kepada Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan pembunuhan tak berperikemanusiaan terhadap pengganas Sulu di Sabah.

"Kami menuntut agar pihak kerajaan Malaysia supaya segera mendengar arahan kami.. Najib Razak diberi amaran supaya menghentikan pertumpahan darah di Sabah atau akan dianggap sebagai penjenayah perang yang paling utama di Asia Tenggara.." kata Delizo.




Read More

Kisah Benar Di Lahad Datu !!! | SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA

Kisah Benar Di Lahad Datu | SEMUA MESTI BACA : KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA | Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kisah Benar Di Lahad Datu

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .

# Sebagai tanda TERIMA KASIH kita kepada anggota keselamatan yang sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan kita semua , sama-samalah kita SHARE / KONGSI artikel ini agar semua masyarakat mengerti akan betapa besarnya pengorbanan tentera & polis . Jom SHARE/ KONGSI !!

Sumber: Facebook.
Read More

Tian Chua Di Dakwa | Polis Cuba Menahan Tian Chua Di Kafateria Mahkamah Tetapi Dihalang Oleh Peguam Beliau



Tian Chua Di Dakwa Dan Beliau Mengaku Tidak Bersalah | Polis Cuba Menahan Tian Chua Di Kafateria Mahkamah Tetapi Dihalang Oleh Peguam Beliau |

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.


Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula. Tian Chua akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.

Sumber: Harakah Daily

Tian Chua mengaku tak bersalah tuduhan hasutan | Naib presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas satu kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu – yang didakwa dikeluarkannya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Tian diwakili N Surendran, Latheefa Koya, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi peguam.

Sumber: Malaysiakini.

P/S: Politik Malaysia semakin panas, Mungkin selepas ini giliran Anwar Ibrahim pulak..Kita tunggu dan lihat...Wassalam




Read More

MENARIK | KELUARGA ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU PENYOKONG PAS RUPANYA

MENARIK | KELUARGA ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU PENYOKONG PAS RUPANYA | Rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita sedih akan kematian seorang anggota tentera ketika berjuang menentang pihak pengganas Sulu.

Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail,terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada hari isnin baru ini...





Kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT..

Jenazah Allahyarham tiba di lapangan terbang Pengkalan Chepa dengan pesawat Charlie C-130 pada pukul 9.55 pagi tadi..

Dan kita juga berasa bersyukur apabila keluarga arwah merupakan penyokong sebuah parti yang memperjuangkan Islam di negara ini,iaitu PAS...

Bendera PAS jelas terpampang tergantung di hadapan rumah keluarga Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah..

Syukur Alhamdulillah...
sekiranya mungkin nanti ditanya Allah apa kamu perjuangkan untuk negara kamu..
mungkin bolehlah dijawab "aku mati kerananya"
dan sekiranya ditanya pula apakah yang kamu perjuangkan untuk agama kamu..
mungkin juga boleh dijawab "aku mati ketika aku masih memperjuangkannya"

Alhamdulillah...
dan Alfatihah untuk roh arwah...


Sumber: Bus Man...Terbaik
Read More

Rakan Ditetak ( Jenayah ) | Perjanjian Gila Dengan Membenarkan Rakannya Mengadakan Hubungan Sulit Dengan Isterinya Sendiri

Rakan Ditetak | Perjanjian Gila Dengan Membenarkan Rakannya Mengadakan Hubungan Sulit Dengan Isterinya Sendiri | Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.

Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.

Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.

Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.

Menurut sumber, rakan lelaki berkenaan datang ke rumahnya pada sebelah malam dalam keadaan mabuk, sambil membawa parang.

“Kedatangan rakannya itu menyebabkan bekas banduan berkenaan berang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dibawa rakannya terlepas. Bekas banduan itu kemudian merampas parang berkenaan lalu menetak kepala rakannya dan melibas di leher.

“Pergaduhan itu menyebabkan jirannya terjaga apabila terdengar bunyi hentakan pada dinding dan jeritan kuat, sebelum bertindak menghubungi polis," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, rakan lelaki itu yang cedera parah, dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh anggota peronda polis, sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Mangsa cedera parah menerima sembilan jahitan di kepala, selain tujuh jahitan di leher. Lelaki yang menetaknya sudah ditahan polis dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.-


Sinar Harian. 
Read More

Terkini Di Lahad Datu | Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja

Terkini Di Lahad Datu | Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja | Inilah sunnah orang berjuang, samaada memperolehi kemenangan ataupun Syahid bertemu dengan Allah.

 Ahmad Hurairah Ismail, beliau merupakan anak muda yang patut dibanggakan, sebelum beliau Syahid beliau sempat membuat pesanan ringkas kepada keluarganya di kampung antara kandungan SMS beliau adalah ' SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. Gambar kecil itu adalah bapa beliau.


Read More

Video Panas Serangan Di Ibupejabat PKR Di Petaling Jaya | Politik Samseng Sedang Melanda Malaysia Sekarang!!!!

 Video Panas | Politik Samseng Sedang Melanda Malaysia Sekarang!!!! |
 Sejak akhir-akhir ini Politik samseng telah mula melanda negara kita, seolah-olah negara kita ini tiada undang-undang untuk menghalang perkara gila ini dari terus berlaku. Sistem pencegahan yang tidak adil, jika perbuatan dari pihak pembangkang cepatnya di ambil tindakan tetapi jika di pihak kerajaan tiada tindakan diambil.

Semakin hari aku tengok budaya menghasut telah disemat ke dalam dada orang melayu betapa jahatnya pembangkang terutama Anwar seolah-olah segala kejahatan di Malaysia ini adalah disebabkan oleh beliau, inilah terjadi apabila ada sifat bacul dan satu lagi isu Emosi adalah  Cina akan memerintah Malaysia jika diberi mandat. Permainan Emosi talah di canangkan berulang-ulang sehingga kaum Melayu yang buta maklumat akan marah dan terjadinya Politik Samseng seperti sekarang.

Kes Tian Chua, Fitnah terhadap Anwar Ibrahim di mainkan di media Massa Perdana saban hari. Adalah tidak adil apabila orang yang dituduh tidak diberikan hak untuk membuat pembelaaan, inikah ajaran yang diajar di dalam Islam.

Haish3........
Malunya aku, apabila di ajak berdebat berbagai helah diberikan..Di hantarnya pejuang ' Syahid ' mengganggu pejabat orang..Inikah akhlak pejuang Islam?
Makcik kalau marah pun janganlah angkat tinggi kain tu aurat...Ish3 semangatnya...Takbir

Read More

Panas | Pengerusi Pekida Perak Tengah isytihar sokongan kepada Pakatan

Panas | Pengerusi Pekida Perak Tengah isytihar sokongan kepada Pakatan |
Sekalipun Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kerap dikaitkan dengan Umno BN, Pengerusi Pekida Perak Tengah, Sabri Ahmad tidak gentar untuk mengisytihar sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menjadi ahli Umno sejak 1978, mengakui Pekida umumnya kerap dikait dengan Umno BN tetapi beliau tetap mahu menyokong Pakatan.

pekida“Pekida adalah NGO, bukan parti politik. Jadi, tiada sebab kenapa perlu pertikai sokongan saya kepada Pakatan. Sokongan saya kerana yakin dengan kemampuan Pakatan untuk mentadbir negara selepas PRU 13,” kata kakitangan sebuah agensi kerajaan di Batu Gajah, Perak.

Beliau berkata demikian kepada Keadilan Daily, sehari selepas beliau menyarung mafla kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke Perak, semalam.

Sabri juga mengakui bukan mudah untuk menyatakan sokongan kerana pendirian beliau itu menyebabkan pihak tertentu yang tidak senang dengan tindakannya, cuba merampas kedudukannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pekida.

“Pernah rampasan kuasa cuba dibuat pihak tertentu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pekida tanpa pengetahuan. Tapi, mana boleh mesyuarat agung diadakan tanpa kehadiran pengerusi?” katanya.

Beliau juga mengakui ramai ahli Pekida termasuk pemimpin utama peringkat negeri itu, menyokong Pakatan tetapi enggan mendedahkan identiti mereka.-kd
Read More

Terkini Di Lahad Datu | Remaja ditembak mati dalam operasi dekat Tg Batu


Terkini Di Lahad Datu | Remaja ditembak mati dalam operasi dekat Tg Batu
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi ini di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.

Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.


Sumber: Malaysia Kini. 
Read More

Terkini | Surat Tulen Dari Abah Saiful Liwat Kini Terbongkar!

Terkini  | Surat Tulen Dari Abah Saiful Liwat Kini Terbongkar! |  


Surat tulen dari Abah Saiful sudah terbongkar, kini politik negara makin panas, aku cedok berita ini di blog Era Pasca. Berbagai versi tuduhan telah dilemparkan oleh penyokong kerajaan kepada beliau, ada yang menyatakan beliau telah dibayar oleh Anwar berjuta-juta. Bagi penyokong pakatan rakyat perkara ini sudah dijangka segala kesalahan yang berlaku di Malaysia ini adalah disebabkan beliau. Perkara ini sudah menjadi jenaka di kalangan rakyat Malaysia sekarang.
Rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan fitnah seterusnya yang akan dilemparkan kepada Anwar kerana beliau dianggap musuh utama di kalangan penyokong kerajaan. Apa-apa pun rakyat masih tertunggu-tunggu tarikh parlimen akan dibubarkan untuk memilih calon untuk disokong...


Read More

Panas | Kerana Video Klip Lagu Ini Yassin Diugut Bunuh

Panas | Kerana Video Klip Lagu Ini Yassin Diugut Bunuh | Aku terbuka Tv3 tadi dalam rancangan melodi Yasin telah membuat sedikit sidang akhbar berkenaan lagu yang beliau hasilkan bertajuk Reformasi beliau telah diugut bunuh diruangan komen di Youtube.

Apalah jenis manusia sikit-sikit nak ugut bunuh, ingat negara kita nie tiada undang-undang ke, Pihak Yassin telah membuat aduan kepada Pihak Polis melalui peguam beliau. Jom Layan Video Klip yang penuh dengan kontroversi ini.

Apa pun, Yasin harus tabah dah jangan cepat melatah, kerana itulah yang dihadapi oleh semua pejuang di seluruh dunia...
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.