Akhirnya | Parlimen dibubar Esok!!!

 Akhirnya | Parlimen dibubar Esok!!!| bilakah agaknya parlimen akan dibubarkan ini adalah sejarah baru bagi negara kita yang kononnya mengamalkan demokrasi tulen dan dicontohi. Rakyat masih tertanya-tanya dan esok adalah tarikhnya..Insya Allah..Ini Kali lah!!!!
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Jangkaan tersebut berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar.

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen.
    
Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak dijangka mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas selesai mesyuarat dan jam 5 petang beliau dijangka menyertai Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Dalam pada itu, beberapa menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
    
"Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu," katanya dipetik dari BH hari ini.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
    
Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
    
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13.

Sumber: http://antarapos.com
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.