Kejam Lagi Zalim | Pesara Guru Dsamun Dan Dipukul Sehingga Pecah Kepala

Kejam | Pesara Guru Dipukul Sehingga Pecah Kepala | KAJANG - Seorang pesara guru ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas disamun dalam kejadian di rumahnya di Jalan Mewah Abu Samah, Kampung Sungai Jai, Beranang, di sini, semalam.


Mangsa, Khalijah Abu Samah, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di bahagian ruang tamu berhampiran pintu dapur rumahnya.

Mangsa yang tinggal bersendirian ditemui oleh jirannya seorang warga Indonesia, Ahmad Zaini Kasmuri, 54, kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Zaini ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia yang berniaga sayur keluar rumah untuk ke pasar pada jam 7 pagi.

Menurutnya, apabila kembali semula ke rumahnya kira-kira tiga jam kemudian, dia mendapati rumah mangsa kosong.

Katanya, dia bagaimanapun melihat terdapat sebuah motosikal hitam jenis Yamaha 125Z diparkir berdekatan pagar laman rumah mangsa.

Ahmad Zaini berkata, dia kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk meletakkan barang, sebelum bergegas ke rumah mangsa untuk menjenguknya.

“Biasanya kalau saya balik setiap hari dari pasar, kakak (mangsa) akan duduk di luar rumah, tetapi hari ini (semalam) tiada.

“Saya rasa tak sedap hati dan terus pergi ke rumah kakak. Apabila saya tolak pintu dapur, nampak kakak sudah tertiarap tidak sedarkan diri di kawasan ruang tamu rumah,” katanya.

Kepala ditutupi tudung

Ahmad Zaini berkata, ketika ditemui kepala mangsa ditutup dengan tudung dan terdapat kesan darah yang banyak sehingga ke lantai.

Menurutnya, dia menarik tudung mangsa dan mendapati kepalanya pecah, selain banyak serpihan kaca bertaburan di atas lantai.

Ahmad Zaini berkata, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan kepada jiran berdekatan tentang perkara tersebut.

“Salah seorang jiran terus buat laporan polis, manakala saya hubungi menantu mangsa memaklumkan perkara tersebut,” katanya yang sudah tiga tahun berjiran dengan mangsa.

Ketika ditanya berhubung motosikal yang dilihatnya sebelum itu, beliau berkata, motosikal itu sudah tiada ketika dia pergi ke rumah mangsa.

Menurutnya, dia berasa sedih dengan kejadian yang berlaku, kerana selama ini, dia dan isteri diamanahkan oleh tiga anak mangsa untuk menjaga dan menjenguk keadaannya kerana mereka tinggal berjauhan termasuk seorang di Arab Saudi.

“Selalu saya belikan dia barang atau makanan dan dia akan masak sendiri. Tapi tak sangka perkara sebegini menimpanya,” katanya.

Keluarga kerap datang melawat
Menantu mangsa, Zunfar Mohd Saad, 45, yang tinggal di Kajang berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas jirannya menghubungi melalui telefon kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, dia dan suami yang merupakan anak bongsu mangsa kerap datang melawat kerana mereka yang tinggal paling dekat dengan rumah mangsa.

“Kami memang selalu pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan emak sebab dia tinggal seorang. Tapi tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Maut akibat dipukul objek tumpul

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan mangsa dibunuh antara jam 7.30 pagi ke 10 pagi semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal menunjukkan terdapat dua kesan kecederaan pada kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Tiada sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ditemui dan premis juga tidak dipecah masuk.

“Keadaan rumah berselerak dipercayai digeledah suspek dan hanya barangan kemas mangsa dikenal pasti hilang. Setakat ini, kita percaya individu yang menyerang mangsa hanya seorang,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber berita: http://www.sinarharian.com.my/semasa/kepala-cikgu-lijah-pecah-dipukul-1.165278

P/S: Al-Fatihah untuk arwah- Semoga Allah mengurniakan Syahid Akhirat kepadanya- Sejak akhir-akhir ini kejadian rompak dan samun makin menjadi-jadi, kepada para pembesar dan pemerintah jika ada membaca kisah ini, aku mohon supaya laksanakan Hukum Allah kerana itu adalah penyelesaian kepada semua permasalahan yang berlaku. Jangan kita bersifat sombang kelak rakyat akan menanggung azab bala yang datang bertimpa-timpa ini.
Read More

Safwan Anang | Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin


PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.
Safwan Anang | Beliau Memilih Penjara Daripada Dijamin |
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.
Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
  1. Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
  2. Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
  3. Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
  4. Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.
Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.
Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. ~free malaysia today
 
 semoga perjuangan beliau mendapat rahmat dari Ilahi, ambe x lah sekuat Safwan Anang, di saat isterinya sedang mengandung beliau memilih penjara sebagai tempat untuk membuktikan bahawa demokrasi di Malaysia adalah palsu, dan pembodohan rakyat yang sedang berlangsung.
 
Ambe sebagai anak muda akan terus berada di belakang beliau, in Sya Allah perjuangan yang benar pasti akan menang dan kebatilan pasti akan lenyap..Allahuakbar!!!
Read More

JDT VS Pahang 28 Mei 2013 | Video Kekecohan Di Dalam Dan Luar Stadium

JDT VS Pahang | Video Kekecohan Di Dalam Dan Luar Stadium | Kuantan 28 Mei 13: Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam ini apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.
Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkn keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.

P/S: Kalau lah perkara ini terjadi kat pasukan Terengganu dan Kelantan pasti akan dicemuh mengatakan bahawa penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu  ganas dan tidak professional..Rupa-rupanya itulah mentaliti penyokong Malaysia yang terlalu excited menyokong pasukan  mereka.. Aku harapkan  kerajaan kita berfikiran jauh ke depan memandangkan rakyat semakin bertambah , dan bola merupakan sukan nombor satu di Malaysia, alangkah elok kiranya perbesarkanlah Stadium di negeri masing-masing. Jangan duk perbesarkan harta dan rumah sendiri sahaja. Alahai stadium 70-an lol, x sesuai lagi laaa...

Kat negeri aku, stadium dah baru dah, runtuh plop, kronisme dan korup merupakan barah yang merosakkan sesebuah negara, daripada pimpinan atasan sehinggalah kepada penjual tiket semuanya tidak boleh dipercayai. Pada adatnya barah ini  ini tiada ubat dah, tunggulah kematian..hehe
Read More

Penemuan Mengejutkan | Minyak Ditemui Di daratan Kelantan

Penemuan Mengejutkan | Minyak Ditemui Di daratan Kelantan | Alhamdulillah jika benar ia minyak dari perut bumi, harap2 bukan dari tangki stesyen minyak berdekatan lah.


 
MINYAK DITEMUI DI DARAT @ KELANTAN.

◇ Lokasi: Pasir Pekan
◆ 100 Liter dikumpul sejak
◇ 4 bulan lalu
◆ Enjin Mesin rumput hidup
◇ 3 Telaga sekitar kg keluarkan minyak
◆ Kedudukan telaga 200m dr stesyen minyak 
Sekiranya benar, maka betullah apa yg Mantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato Husam Musa sebutkan sebelum ini; "Minyak ada di darat (Tumpat & Kb).

Syukur sekiranya benar, sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segalanya. Allahuakbar!!

Mereka (Kerajaan Zalim Malaysia dan Petronas) nafikan pemberian Royalti di laut, Allah bagi minyak timbul di darat.

Rujuk akhbar Sinar Harian, baca http://www.sinarharian.com.my/edisi/ada-minyak-dalam-telaga-1.164570
Read More

Al Quran Yang Diabaikan | Sudah Lama Kita Tidak Mempedulikannya

Al Quran Yang Diabaikan | Sudah Lama Kita Tidak Mempedulikannya | Sudah berpuluh tahun kita telah menumpang di bumi Allah, sejauh manakah syukur kita. Apa yang telah kita lakukan, dengan siapa kita berkawan, apa jasa kita pada agama, yang pasti kesemua itu akan dipersoalkan di hadapan Allah.
Disaat dunia dah hampir sampai kepenghujungnya, sejauh maknakah cakna kita terhadap Al- Quran adakah kita pernah membacanya dan mempelajari tajwid , adakah kita berusaha untuk memahamkan maknanya, adakah kita berusaha untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita ( keluarga ) dan masyarakat. Jika kesemuanya masih belum bilakah lagi kita mahu mengambil cakna, adakah apabila tanah sudah masuk kemulut baru hendak kembali kepada Al-Quran. Ketika itu penyesalan tiada gunanya lagi.

Kita berada di bulan Rejab dan tidak lama lagi Ramadhan Al- Mubarak akan menjelma, eloklah kiranya kita mula membaca dan mempraktik Al-Quran sebagai persediaan menghadapi bulan yang Indah dan hebat itu, niat sekarang In Sya Allah jika kita tidak sempat Allah tetap memberikan pahala niat itu.


Al-Quran bukan semata-mata untuk para Qari yang sedap dan merdu bacaannya.
Al-Quran juga bukan hanya untuk ahli tafsir yang diberikan petunjuk oleh Allah untuk menggali segala persoalan dalam al-Quran.
Al-Quran bukan hanya untuk ustaz-ustaz yang memetiknya untuk dijadikan bahan ceramah.

Namun al-Quran untuk semua, untuk panduan umat manusia secara keseluruhannya. Maka setiap daripada kita wajib mendalami dan menghayati al-Quran, menjadi ‘Al-Quran yang bergerak’, hidup dengan acuannya.
Firman Allah:

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.” (An-Nisa’: 82)

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Muhammad: 24)

Maka sekarang kita perlu mengubah orientasi pemikiran. Kalau sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai bahan bacaan, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai bahan penghayatan. Bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan. Bahan penyelesaian kepada segala permasalahan yang dialami dan dirasai. Berpandukan kepada kitab-kitab tafsir yang ditulis oleh para Ulama’ seperti Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran Syed Qutub, dan tafsir-tafsir lain.

Kita selak dan kita dalami al-Quran. Insya-Allah, hidup kita akan menjadi semakin terarah dan semakin membaik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali.

“Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad), Kitab suci al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).” (Al-Kahfi:1)
( Sumber: musafirdorks )

Read More

Tazkirah Magrib | Penyesalan Itu Sangat Berguna Sebelum Ajal Menjemput Kita

 
Firman Allah swt: Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya kalau kami dahulu taat kepada perintah Allah serta taat kapada perintah Rasul Allah". (Al-Ahzaab 66)

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (menyesal) sambil berkata : "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar?". (Al-Furqaan 27)

Kesudahan bagi golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia) "supaya aku dapat mengerjakan amal-amal soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". (Al-Mu'minun 99)

“Dan sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami telah yakin.” (as Sajadah: 12)

”Dan mereka berkata: ‘Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala’.”(Al-Mulk: 10).
 
P/S: Setiap manusia melakukan kesalahan termasuk juga ambe, jika selama ini ambe ada membuat kesalahan minta dimaafkan..Semoga Allah ampunkan kesalahan kita dan menetapkan kita bersama orang-orang beriman..marilah sama-sama kita bertaubat, pintu taubat seluas langit dan bumi, jangan sampai matahari naik dari sebelah barat..Ketika itu penyesalan tidak berguna lagi..Wahai Allah yang membolak balikkan hati, Kau tetapkan hati ku dan sahabat ku dijalan taubat dan kebenaran..Ameen







Moga ada manfaat.
Read More

Di Manakah Asal Yakjuj Makjuj | Sifat Yakjuj dan Makjuj

Di Manakah Asal Yakjuj Makjuj | Sifat Yakjuj dan Makjuj | isu Yakjuj dan Makjuj adalah topik yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. – Gambar hiasan
Yakjuj dan Makjuj
DALAM siri ini penulis sengaja membincangkan berkenaan sifat Yakjuj dan Makjuj secara khusus yang telah disebut daripada siri ini dan selepasnya.

Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia. Negara mereka adalah memanjang bermula dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri Turkistan.

Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan Yakjuj dan Makjuj ini sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka sering melakukan kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain. Di kalangan mereka ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia Tengah dan berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria dan Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan tempat menetapnya para nabi.

Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka masih tetap berada di sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara mereka, sehinggalah muncul di kalangan mereka. “Si malapetaka yang bertulang,” Tamujin yang mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis Khan (bangsa Moggol) yang bererti Raja Alam.

Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar dari bukit yang tinggi, jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya ialah menundukkan China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan menawan Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut merupakan kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Ketika Gengis Khan mati, pemerintahannya digantikan oleh puteranya Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah menyerang Rusia pada 732 Hijrah dan memusnahkan Polnia serta menghancurkan negeri Majr. Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk. Beliau telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.

Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya digantikan oleh anak saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua saudaranya, Kaylay dan berjaya menguasai negeri China manakala Hulaku meneruskan penguasaannya ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui oleh Musta’sim Billah.

Pemerintahan Baghdad mulai lemah pada pertengahan abad ke-7 Hijrah. Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai. Sungai-sungai di Baghdad dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala buku-buku ilmiah telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti jambatan untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.

Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya menguasai seluruh Asia dan Eropah Timur, mereka membahagi daerah-daerah taklukan mereka dan mendirikan empat kerajaan. Keluarga Kaylay menguasai China dan Monggol. Jafaqay, saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan menguasai negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang. Hulaku merampas negeri Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini diringkaskan oleh penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu Maskawayh dan risalah Ikhwan al-Safa.

Tanda kiamat
Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar. Oleh itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT.

 Celakalah orang Arab daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak kejahatan.

Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan daripada-Nya. Amin.

Sumber: Pondok Pasir Tumboh..
Read More

Gambar Perkahwinan Ustaz Azhar Dan Dedikasikan Sebuah Lagu Untuk Beliau | Selamat Pengantin Baru

We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma (God bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fee khair. (And get the best collection)
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma (God bless you both and bless you both)
Wa jamaah baina kuma fii khair. (And get the best collection)
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

*بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
*(God blessGod bless you and usGod bless themGod love Adam
God's blessings and peace upon the Messenger of Allah

God has welcomed us
About us God's land
God, guide our steps
The year of our Prophet)
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma
Tahniah Kepada Big Boh Atas Perkahwinan yang ke tiga ini, kepada para Macai jangan cemburu jika anda takut bini untuk kahwin ramai..hehe..
Apa yang aku kagum dengan UAI kedua-dua isterinya menjadi pengapit dihari pernikahan nya..Kepada yang bujang bila lagi--


Read More

Shamsul Iskandar Yang Kurang Adab | Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K | Kes Shamsul Iskandar yang menempelak Tok Guru Haji Hadi Awang, bagi akulah cara teguran itu penuh tidak beradab dan aku tidaklah mengatakan bahawa Tok Guru seorang yang maksum tidak boleh ditegur, sebagai anak muda tegurlah secara berhemah. Pergi berjumpa dan selesaikan secara adik beradik, jangan sampai perkara kecil ini diperbesarkan dan digunakan oleh pihak musuh untuk memecah belahkan pakatan rakyat..Fikir-fikirkanlah jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.



Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.