Terkini !! Blackout 505 ( 22.06.2013 ) Gambar Perarakan Peserta Himpunan Ke Padang Merbok | Himpunan Turut Disertai Oleh Menteri Wilayah Persekutuan

Terkini Blackout 505 Gambar Perarakan Peserta Himpunan | Himpunan Turut Disertai Oleh Menteri Wilayah Persekutuan | PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir ke Padang Merbuk ..

Beliau telah dilihat bersama-sama dengan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin..

Bagaimanapun kehadirannya bukanlah sebagai tanda beliau menyokong himpunan  Blackout 505 kerana kita sedia maklum jika beliau menyokong himpunan
Blackout 505 ini tak lama dah la jawatan Menteri tu dia pegang..

Kehadirannya ialah untuk memujuk dan meminta penganjur Blackout 505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka..

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, ketika ini perbincangan masih berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan
Blackout 505 itu.

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka.

"Penganjur sepatutnya mengikut peraturan dan tidak bertindak atau provokasi yang boleh mencetuskan keadaan tidak menyenangkan," katanya ketika ditemui di kawasan Padang Merbok sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika penganjur
Blackout 505 masih enggan mengubah lokasi perhimpunan.

"Jika bersetuju, penganjur
Blackout 505 bokeh dapatkan permit daripada polis," katanya ~ Berita Harian

Perkara ini telah disahkan oleh Rafizi dan tiada sebarang perubahan katanya.
 
gambar himpunan 505 ( 22.06.2013 ) Padang Merbok
Baru melepasi Dataran Merdeka.
gambar himpunan 505 ( 22.06.2013 ) Padang Merbok
  
Perarakan Peserta Dari Jalan Sultan..
gambar himpunan 505 ( 22.06.2013 ) Padang Merbok
  
Perarakan Peserta Dari Masjid Negara Ketika Ini Yang Dipimpin Oleh YB Azmin Ali & DS Nizar...
gambar himpunan 505 ( 22.06.2013 ) Padang Merbok
Read More

MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar | Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

MB Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar | SHAH ALAM : Sidang akhbar Menteri Besar Selangor selepas Majlis Angkat Sumpah pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semalam menyaksikan gelagat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba-tiba hilang fokus sebelum terlelap ketika bercakap kepada sekumpulan pemberita.

Gambar MB Selangor  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Terlelap Pada Sidang Akhbar

Turut bersama pada sidang akhbar yang diadakan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini ialah Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dan Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad. Sidang akhbar itu diadakan bagi mengulas mengenai majlis angkat sumpah tersebut.

ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tersebut disedari tertidur apabila beliau membuat kenyataan dalam nada terputus-putus sehingga sukar difahami dan diikuti mata tertutup sebelum terus terlelap selama hampir 15 saat.

Apabila tersedar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditanya seorang pemberita sama ada beliau tertidur. Menteri Besar itu mengakui bahawa beliau sememangnya terlelap.

Selepas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih berada pada sidang akhbar sama turut dilihat terlelap buat kali kedua selama kira-kira 10 saat ketika Hannah bercakap di depan kira-kira 15 wartawan dan jurugambar. – Kosmo

P/S: Media massa Malaysia nie keje nya nak aibkan orang jer, Ish2  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim makan ubat darah tinggi sebab tu dia mengantuk, apa pun mmg kelakarlah TV3 siar berita nie semalam. Jenis suka attack peribadi, nie dah start nak cari salah orang bak kata pepatah gajah di depan mata x nampak, semut di seberang nampak jelas..hehe

Read More

BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK ( 22.06.2102 ) | Cara Rakyat Tegur K'jaan -Presiden PAS

BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK (  22.06.2102 ) | Cara Rakyat Tegur K'jaan -Presiden PAS | MARANG: PAS menyifatkan mana-mana kerajaan yang ‘sihat’ akan bersikap terbuka menerima teguran dan kritikan dari rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK merupakan salah satu dari cara rakyat menegur dan mengkritik kerajaan. 

BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK

Sebagai contoh, katanya di negara barat seperti England dan Amerika himpunan aman dibenarkan dengan syarat tidak melakukan huru-hara serta keganasan. Namun, kata Ustaz Abdul Hadi, himpunan aman yang dianjurkan di negara ini sering kali dicemari dengan provokasi serta ‘ketakutan’ di pihak kerajaan.

“Apa kita (kerajaan) takut dengan demontrasi BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK. Sepatutnya, kerajaan yang ‘sihat’ dia terbuka untuk orang tegur dia, orang kritik dia.
“Rakyat yang tidak puas hati, dia (kerajaan) tahu apa yang rakyat tidak puas hati itu dan dia buat perubahan. Dia (kerajaan) bukan Tuhan tahu segala-galanya dan jika dia (kerajaan) bukan Tuhan, melalui demontrasi apa yang dia tidak tahu akan jadi tahu dan boleh buat perubahan.

“PAS menghormati demokrasi. Di England umpamanya, di Amerika dan di negara barat ada tempat (perkara) yang kita (Islam) boleh ikut dan ada tempat yang kita tidak boleh ikut dia (barat).
“Di sana, dibenar demontrasi cuma jangan pecah pasu bunga, taman-taman, pecah kedai itu tidak boleh. Polis kawal dan orang buat demontrasi, dilepas dia (rakyat) punya perasaan dia…habis.
“Ini belum apa-apa lagi sudah dihentam dengan gas dan provokasi. Saya tahu ada provokasi dan saja hendak buat huru-hara,” tegas beliau pada satu sidang media di kediamannya di Rusila Marang, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan penganjur Pakatan Rakyat dan NGO Black 505 yang akan mengadakan Perhimpunan Aman BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK, ibu negara esok. Menurutnya, tidak ada sebab kerajaan enggan membenarkan perhimpunan aman tersebut yang bertujuan mendesak kerajaan menjalankan pilihan raya dengan bersih, adil dan telus.

“Saya difaham perundingan sudah dibuat dari masa ke semasa dan perhimpunan BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK  adalah perhimpunan aman. Tak ada sebab mengapa perhimpunan aman itu tidak dibenarkan.
“Saya dimaklumkan ada ‘permainan’ juga kerajaan pun, umpamanya minta (mohon) situ tak boleh, minta sini tak boleh…(akhirnya) minta Padang Merbok. Tarikh asal 15 Jun terpaksa ditunda kepada 22 Jun.

“Tiba-tiba, kerajaan pun ada cadangan hendak guna tempat yang sama dengan pihak penganjuran BLACKOUT 505 DI PADANG MERBOK ini..tak bolehlah (kerajaan) buat macam itu,” ujarnya kepada pihak media.

Hadir sama pada sidang media tersebut bekas Ketua Hakim Negera, Tun Dr Salleh Abas dan sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi turut menerima kunjungan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Haji Mohd Baqi Othman. (Hrkh)
Read More

Nukilan dari Ustaz Muhammad Nazmi Karim Tentang Isu Syria | Mereka Membunuh 40 Ribu ( ASWJ ) Dalam Tempoh 1 Bulan

Nukilan dari Ustaz Muhammad Nazmi Karim Tentang Isu Syria | Mereka Membunuh 40 Ribu ( ASWJ ) Dalam Tempoh 1 Bulan | Saya menyambung pengajian di syria pada tahun 1992 sehingga 1998. Syria ini bumi yang amat rapat dengan saya oleh kerana saya belajar dekat sana hampir 7 tahun.

Ustaz Muhammad Nazmi Karim

Saya tahu apa yang berlaku kat sana. Jadi sekiranya tuan-tuan membaca surat khabar dari metro, utusan, sinar harian, berita harian, berita tv1, tv2, tv3 dan lain2 berita yang memberitahu tentang PEMBERONTAK-PEMBERONTAK di syria, itu semua pembohong belake, itu semua mengarut dan itu semua fitnah. Mereka ini tidak tahu apa sebenar yang berlaku di syiria, betapa zalim dan jahatnya pemerintah syria yang membunuh puluhan ribu umat Islam di syria. Yang pertama sekali diorang bunuh pada tahun 1982, seramai 40 ribu orang Islam ASWJ dibunuh dalam tempoh 1 bulan sahaja. Pada zaman hafez al-asad yang memerintah syria suatu ketika dahulu.

Jadi saya nak ingatkan pada tuan-tuan, jangan kita bersubahat dengan surat khabar / media tv yang mengambik berita dari entah mana-mana. Lepas tu, dengan kita-kita pun kata orang syria itu PEMBERONTAK. Berdosa kita.

Kita tidak tahu umat islam di syria pada hari ini teruk dibunuh pada golongan-golongan yang berfahaman ''SYIAH ALAWIAH ANNUSORIAH'' yang memang sesat.Yang disokong oleh Iran yang berfahaman ''SYIAH IMAMMIAH'' dan disokong oleh tentera hizbullat di lubnan juga berfahaman ''SYIAH''. Ini yang berlaku di Syria.

 
Read More

Akibat Meniru Rancangan Gusti Di Televisyen | Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans

Akibat Meniru Rancangan Gusti Di Televisyen | Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans - Seorang budak lelaki 13 tahun di New Orleans didakwa atas kematian adik perempuan tirinya berusia 5 tahun selepas dia mengaku melakukannya dengan meniru rancangan gusti di televisyen.

Gusti Adik Sampai Mati

 Menurut kanak-kanak berkenaan ketika disoalsiasat Detektif Matt Vasquez, dia mempraktikkan aksi ‘WWE’ termasuk menghempas mangsa ke atas katil, menumbuk perut, menyiku dan melompat ke atasnya ketika ditinggalkan bersama si adik ketika ibu tirinya keluar.

Perlakuannya membuatkan mangsa mengalami patah rusuk, kecederaan organ dan pendarahan dalaman.

Apa yang mendukacitakan, Vasquez menyatakan kanak-kanak itu mengaku dia sedar aksi WWE adalah lakonan semata-mata namun dia meneruskan perlakuan ganasnya kerana berasa gembira melakukannya.

Walaupun mangsa menjerit kesakitan, dia hanya berhenti setelah telefon rumah berdering kerana ibu tirinya menelefon untuk memeriksa keadaan mereka di rumah.

Sejurus kemudian adiknya mengerang sakit di bahagian perut seterusnya berhenti bernafas. Kanak-kanak berkenaan yang panik memanggil petugas kesihatan namun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Pihak WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan kesal dengan kejadian ini. – MyNewsHub
Read More

Remy Ishak Tayang Badan Gagah Dan Sasa

Remy Ishak Tayang Badan Gagah Dan Sasa - Fenomena bina badan di kalangan selebriti terutamanya artis lelaki seakan-akan menjadi trend masa kini.
 Remy Ishak Berbadan Sasa | Gambar

Antara artis Malaysia yang mempunyai tubuh badan sasa dan menarik ialah Norman Hakim, Aqasha dan Sabhi Sadhi.

Ini berikutan tuntutan watak yang memerlukan mereka tampil gagah dan sasa sesuai dengan karakter yang bakal dilakonkan.

Pelakon kacak yang memang tidak perlu dipertikaikan bakatnya, Remy Ishak juga di antara artis yang gemar berkunjung ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik dan kekar sesuai dengan gelaran selebritinya.

Remy sempat berkongsi gambar lamanya dengan badan ’6 pack’ semasa menjayakan penggambaran filem Bravo 5 tahun lalu.

Kali ini, Remy juga bakal tampil dengan badan sasa sebegitu untuk menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Jiwa yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi. – MyNewsHub


Read More

Ditemui Mati Dijerut Tali Pinggang | Ngeri

Ditemui Mati Dijerut Tali Pinggang | Ngeri | SHAH ALAM – Seorang jurujual pusat membeli belah, ditemui mati dijerut di kediamannya, di Flat Sri Lempah, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, semalam.


Ditemui Mati Dijerut Tali Pinggang | Ngeri


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa ditemui di bilik utama dalam keadaan meniarap atas tilam dan terdapat tali pinggang di lehernya.

Menurutnya, mangsa dipercayai berperwatakan wanita dengan memakai rambut palsu berwarna perang dan berkeadaan separuh bogel.

“Siasatan mendapati, televisyen dan kipas masih terbuka. Namun, pengenalan diri mangsa seperti beg duit dan telefon bimbit tiada.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan, dua rakan sekerjanya pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 10.30 malam setelah mendapati dia tidak datang bekerja dan tidak dapat dihubungi sehari sebelum ditemui.

Sebaik tiba, panggilan diberikan tidak berjawab dan menyebabkan mereka meminta bantuan ibu saudara mangsa yang tinggal bersebelahan membuka pintu dengan kunci
pendua sebelum menemui mayatnya.

Mangsa anak bongsu dari lima beradik  dipercayai tinggal seorang diri di rumah peninggalan arwah bapanya.- Sinar Harian
Read More

Terpaksa Guna Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual | Dunia Akhir Zaman

Terpaksa Guna Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual | Dunia Akhir Zaman - London : Untuk menjauhkan sebarang potensi gangguan daripada lelaki tidak diingini, sebuah syarikat di China mempelopori ‘fesyen’ kaki berbulu yang boleh dikenakan dari pinggang sehingga ke buku lali.

Bulu Kaki Tiruan Elak Gangguan Seksual

 Sekeping gambar dimuat naik laman sesawang ChinaSMACK di Shanghai menunjukkan bagaimana seorang model mengenakan bulu kaki tiruan itu.

Mengiringi gambar itu ialah keterangan mengenainya yang dianggap sebagai “kelengkapan penting untuk gadis bersiar-siar.” Namun, tidak dinyatakan di mana bulu kaki tiruan itu boleh dibeli.

Carian di Internet juga gagal mendapat jawapan. Imej itu mengundang ratusan komen pengguna Internet yang memberikan pelbagai reaksi.

Satu daripada komen pelajar menyatakan: “Amat menjijikkan!” Seorang lagi pengunjung laman sesawang itu menyatakan penggunaan bulu kaki tiruan itu mungkin memudaratkan pemakainya.

“Ia bukan saja menjauhkan orang tidak diingini, malah menakutkan lelaki kacak daripada menghampiri anda,” katanya. Pengunjung lain mencadangkan kaedah lebih murah memperoleh kaki berbulu.

“Tidak mencukur kaki adalah pilihan lebih menjimatkan,” katanya. Sementara itu, penganalisis berkata, produk itu adalah bayangan kepada pelbagai sarung kaki dikeluarkan syarikat J Crew pada 2010.

Di sebalik matlamat syarikat fesyen itu mahu memberi kelainan pada pemakai, penggunaan sarung kaki berkenaan menyebabkan pengguna seperti memiliki bulu kaki berlebihan. – Daily Mail.
Read More

Gadis 17 Tahun Dirogol Kerana Terpedaya Cinta Di Facebook Kejadian Berlaku Di Terengganu

Gadis 17 Tahun Dirogol Kerana Terpedaya Cinta Di Facebook Kejadian Berlaku Di Terengganu |  MARANG : Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Terpedaya Cinta Facebook, Gadis Dirogol - MARANG : Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.  Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.  Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.  Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.  Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.  Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.  Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.  Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

 Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan ‘ringan’ sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

P/S: Nasib baik aku orang KL, ish teruk betul laa...hehe
Read More

Mujahidin Pertama Dari Malaysia Berlepas Ke Syria | Allahuakbar!! ( Gambar )

Mujahidin Pertama Dari Malaysia Berlepas Ke Syria | Allahuakbar!! ( Gambar ) | Rakyat Malaysia pertama turun ke medan jihad di Syria. Mujahidin Malaysia sebelum berangkat ke Syria.
Doakan semoga beliau dapat menumbangkan tentera Basyar!

Rakyat Malaysia pertama turun ke medan jihad di Syria
Maksud firman Allah Taala:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.

(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)

Rasulullah SAW bersabda;

Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:

1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:

1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.
4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).
6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sabda Rasulullah Saw:

"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID
P/S: Tapi nak pergi berperang pun kena ada strategi, penggunaan senjata  kena tahu..Jgn g dengan ilmu kosong di dada menyusahkan pejuang di sana, nak layan kita plop..Sakit perut laa, x leh makan pedas laa...hehe
Read More

Kejamnya Askar Bashar Al Assad Kucing Pun Disembelihnya | KRISIS DI SYRIA

Kejamnya Bashar Al Assad Kucing Pun Disembelihnya | KRISIS DI SYRIA | Seekor kucing mati disembelih oleh pasukan Bashar Al Assad yang menembak kampung Palestin Al Yarmouk di Damaskus.

Kucing yang dibunuh oleh Bashar Al Assad

Perbuatan yang melampui batas dari orang yang memiliki gangguan jiwa, sanggup membunuh binatang kesayangan Nabi Muhammad yang tidak berdosa.
Read More

Kekasih Muda Membunuh Diri Bersama-sama Digilis Keretapi

Kekasih Muda Membunuh Diri Bersama-sama  Digilis Keretapi | Sepasang kekasih muda di Hertfordshire, England mengambil keputusan membunuh diri bersama-sama.


Memilih untuk digilis keretapi; Charleigh Disbrey, 15, dan Mert Karaoglan, 18, dipercayai turut meninggalkan nota bunuh diri di tempat kejadian.

Menurut rakan-rakan, Charleigh atau lebih dikenali sebagai CJ menjalani kehidupan yang kurang gembira dan pernah mengepos status “Don’t get too close, it’s dark inside — it’s where my demons hide” di laman Twitter.

CJ yang bercita-cita menjadi penyanyi pernah mencuba nasib menyertai rancangan realiti hiburan Britain’s Got Talent. Manakala Mert meminati fotografi dan masih menuntut dalam bidang tersebut.

Bapa Mert menyatakan, pada malam kejadian anaknya yang berperwatakan ceria sedang menonton televisyen sebelum memberitahu dia mahu keluar sebentar namun tidak pulang-pulang hinggalah akhirnya polis mengetuk pintu rumah mereka dan memberitahu berita duka itu.

Kejadian itu mengejutkan masyarakat setempat serta mencetuskan suasana duka di tempat mereka belajar, Hertswood Academy. – MyNewsHub
Read More

Kesan Buruk Onani Pada Kemaluan

Kesan Buruk Onani Pada Kemaluan | Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.

onani
Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.

Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.

Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani.
Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.

Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.

Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.

Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit.
Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.
Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.

Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.
Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.

Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.

Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit. – HARIAN METRO
Read More

Remaja Diugut Rejam Tunjuk Payudara

Remaja Diugut Rejam Tunjuk Payudara | Seorang remaja perempuan di Tunisia yang merupakan anggota sebuah pertubuhan wanita yang memperjuangkan hak wanita dengan cara berbogel, FEMEN, berdepan kecaman hingga diugut akan direjam sampai mati gara-gara memuat naik gambarnya merokok dengan payu dara terdedah dan ditulis ‘Badan ini milik saya’.

Remaja Diugut Rejam Tunjuk Payudara

Tindakan Amina, 19, nyata melampau untuk seorang muslim sepertinya. Seorang ulama di sana yang mengetuai Suruhanjaya Mencegah Maksiat, Alami Adel, mengeluarkan kenyataan Amina perlu dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali atau direjam sampai mati kerana tindakan yang terlalu keterlaluan.

Ini kerana hukuman bagi kesalahannya jika mengikut undang-undang Tunisia dianggap masih ringan iaitu penjara hingga dua tahun atau denda hingga USD600 jika sabit kesalahan.

Terdapat pihak yang berang dengan tindakan Amina hingga mengancam mahu membunuhnya. Laman Facebook FEMEN yang berpengkalan di Ukraine turut digodam dan kandungan di dalamnya digantikan dengan ayat suci al-Quran. – MyNewsHub
Read More

Sumbat Lubang Hidung Untuk Elak Dirogol

Sumbat Lubang Hidung Untuk Elak Dirogol | Sememangnya perkara ini kedengaran pelik tetapi itulah kebenarannya. Satu suku kaum di India sebetulnya lahir dalam keadaan normal tetapi mereka sendiri yang mengubahsuai hidung dan menjadikan hidup mereka ‘tersiksa’ tanpa lubang hidung.

gambar Tutup Lubang Hidung Untuk Elak Dirogol

Tradisi pelik ini yang hanya diamalkan oleh kaum wanita suku India dari kumpulan Apatani terpaksa mengharungi kepayahan bernafas kerana hidung mereka ‘dipaksa’ tutup atau disumbat. Inilah antara budaya pelik kaum tersebut.

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh itu lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi disumbat ke dalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.

Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.

Bukan itu sahaja, satu tatu juga dilukis bermula dari dahi hingga ke dagu sehingga pihak wanita dari suku India ini kelihatan hodoh. Ada sebab mengapa mereka mengamalkan budaya pelik ini.

Sebenarnya, budaya pelik seperti ini dilakukan kerana sebelum budaya ini dicipta, kaum wanita dari suku India kumpulan Apatani ini sering diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka.

Oleh yang demikian, bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa, tindakan menghodohkan mereka adalah jalan yang terbaik buat mereka. Mungkin dengan cara menghodohkan wajah ini kaum wanita tidak lagi menjadi buruan atau mangsa rogol.

Namun, kini budaya tersebut sudah tidak diamalkan lagi. Wanita Apatani lahir sejak tahun 1970, tidak lagi bersedia untuk meneruskan tradisi mengerikan seperti itu. Dengan arus kemodenan pada zaman sekarang, hanya warga tua sahaja yang mengamalkan amalan ini dan kerajaan mereka juga sudah pun menghapuskan adat yang benar-benar menyiksakan ini.

Macam-macam benda pelik manusia lakukan tetapi amalan seperti ini pastinya sangat menyusahkan kerana mereka terpaksa bernafas melalui mulut dan wajah menjadi pelik. Tetapi itulah realitinya… – bicarasantai.com
Read More

Dakyah Syiah Yang Songsang | Mengambarkan Ini Wajah Nabi Muhammad SAW

Dakyah Syiah Yang Songsang | Mengambarkan  Wajah Nabi Muhammad SAW : Ya Allah, Peliharakanlah kami daripada dakyah Syiah yang songsang!

Bertaubatlah Penganut Syiah di Malaysia!


gambaran - Syiah - wajah - Nabi  - Muhammad - SAW

 Sampai macam nie sekali kepercayaan puak-puak Syiah, dah macam agama Nasrani laa aku tengok..Mintak jauhlah aku dari puak-puak Syiah nie..
Read More

Luahan Hati Seorang Muslimah Sukarnya Mendapat Kerja Hanya Kerana Memakai Tudung | Sedih bohhh

Luahan Hati Seorang Muslimah Sukarnya Mendapat Kerja Hanya Kerana Memakai Tudung | Aku ingatkan kejadian ini berlaku di Amerika jer, rupanya kat Malaysia ada juga..huhuhu |



gambar muslimah

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah.

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti.

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping).

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak memakai tudung.

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel.

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' itu.

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak turut meletakkan syarat tersebut.

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan.

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama saya?

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi tumpuan pelancong asing.

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung seperti saya.

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan


Pengarah akaun hotel `dipaksa' berhenti kerana bertudung

Seorang pengarah akaun sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu negara kecewa apabila terpaksa melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak lebih 10 tahun lalu semata-mata kerana memakai tudung.

Habsah Jaafar, 46, mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian setelah diberi kata dua oleh pengurusan hotel terbabit sama ada mematuhi peraturan yang melarang pemakaian tudung ketika bekerja atau melepaskan jawatannya.

Kata beliau, tindakan pengurusan hotel terbabit yang memberikan pelbagai `tekanan' seperti menghalangnya daripada datang ke tempat kerja jika memakai tudung turut memaksa beliau membuat keputusan berhenti kerja pada 17 Februari lalu.

``Mereka (pengurusan hotel) bimbang jika saya datang kerja dengan bertudung, ia akan mempengaruhi pekerja-pekerja lain untuk berbuat demikian,'' katanya.

Menurut Habsah, isu itu mula timbul apabila beliau memohon untuk bercuti setelah mendapat tawaran mengerjakan haji pada bulan Disember lalu.

Bagaimanapun katanya, permohonan untuk bercuti bagi menunaikan haji walaupun tanpa gaji ditolak dan hanya diluluskan lima hari sebelum beliau bertolak ke Tanah Suci.

``Dalam pertemuan dengan pengurusan tertinggi hotel, saya juga diberikan `gambaran' supaya berhenti kerja jika ingin mengerjakan haji,'' katanya.

Habsah berkata, sekembalinya daripada mengerjakan haji, beliau yang sebelum itu mendakwa `terpaksa' membuka tudung ketika bertugas memutuskan untuk memakai tudung ketika masuk kerja pada 9 Februari lalu.

Ekoran keputusan itu katanya, beliau telah dipanggil pengurusan hotel terbabit dan diberikan kata dua sama ada membuka tudung ketika bertugas atau berhenti kerja.

``Sebagai orang Islam, bila mereka suruh saya buka tudung, saya rasa seolah-olah mereka suruh saya berbogel,'' katanya yang sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam bidang perhotelan.

"  
Read More

Warga Emas Berkecai Kepala Digilis Bas Ekspres | Kemalangan Ngeri

Warga Emas Berkecai Kepala Digilis Bas Ekspres | Kemalangan Ngeri - SEREMBAN : Seorang lelaki warga emas mati dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya berkecai akibat digilis bas ekspres dalam kejadian kemalangan di Jalan Sungai Ujong, berhampiran sebuah hospital pakar di sini, hari ini.

kepala berkecai di gilis bas express

 Mangsa, Khoo Eng Koi@Chiou Yeong Chi, 79, yang menunggang motosikal Honda EX5, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Jalan S2 A34, Central Park Seremban 2, menghala ke pusat bandar untuk satu urusan sebelum terbabit kemalangan kira-kira jam 11 pagi itu.

Jurucakap polis berkata, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan motosikalnya bergesel dengan bas ekspress terbabit lalu terjatuh.

Katanya, mangsa kemudian digilis tayar belakang bas ekspress berkenaan yang tidak sempat mengelak menyebabkan kepalanya pecah dan hancur.

“Mangsa mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala yang hancur selepas digeles tayar belakang bas ekspres,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kemalangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987. – Metro


Read More

Pengarah Tua Didakwa Mencabul Seorang Pelakon Muda

Pengarah Tua Didakwa Mencabul Seorang Pelakon Muda  |  KUALA LUMPUR : Seorang pelakon baharu membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul beberapa kali oleh seorang pengarah drama berusia 60-an.

Pelakon Muda Di Cabul Pengarah

Pelakon berusia 22 tahun yang telah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 8.30 malam kelmarin berkata, dia membuat laporan polis itu kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mendakwa menerima ugutan daripada pengarah drama terbabit supaya tidak menyebarkan kejadian keji itu.

“Saya berlakon drama arahan pengarah itu sekitar Januari dan Februari lalu. Kali pertama, dia (pengarah) meraba badan dan cium saya ketika dalam perjalanan menghantar saya pulang ke Damansara selepas kami mengadakan satu perjumpaan mengenai penggambaran sebuah drama,” cerita pelakon itu ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Selepas kejadian itu, dakwa pelakon terbabit, pengarah itu mengugut supaya dia tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu jika tidak mahu karier seninya berkubur. – Kosmo


Read More

Media Malaysia Yang Tidak Professional | Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Kerana Politk ?

Media Malaysia Yang Tidak Professional | Penyanyi Faizal Tahir Di Gam Kerana Politk ? | Sedih aku dengan media dan perangai orang Malaysia ini, kalau berlainan pendapat dikira menentang dan di ban sesuka hati. Perangai ini dah jadi amalan dari pimpinan tertinggi sehinggalah JKKK kampung. 

gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Petang semalam heboh di Twitter mengatakan penyanyi terkenal, Faizal Tahir telah digam sebuah syarikat stesen televisyen tempatan. Berita tergempar itu telah memeranjatkan banyak pihak terutamanya peminat dan penyokong setia Faizal Tahir.

OHBULAN! tidak pasti apakah punca sebenar dan bagaimana ianya terjadi, namun, desas desus mengatakan hal itu berpunca apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pendapat Faizal Tahir mengenai sesuatu isu.


Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik? | gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Menurut sumber, perkara ini dipercayai ada kaitannya dengan isu politik. Tapi OHBULAN! tak berani nak cakap lebih-lebih kerana belum ada kepastian dan penjelasan yang sahih dari mana-mana pihak.

Lebih malang lagi, penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat itu juga dipercayai disingkirkan dari menyertai beberapa acara yang melibatkan dirinya.
Meskipun diduga dengan cabaran yang tidak kurang besarnya ini, Faizal Tahir dilihat masih mampu bergurau melalui beberapa tweet berunsur sarkastik yang dikemaskini olehnya.

Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik |gambar Faizal Tahir | Print Screen Twitter Faizal Tahir Digam

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah kali pertama Faizal Tahir berdepan kontroversi seperti ini. Beberapa tahun yang lalu dia pernah digam dari televisyen swasta gara-gara membuka baju semasa membuat persembahan di hadapan penonton.

Buat masa ini, kita tunggu sahaja kenyataan yang keluar dari Faizal Tahir dan pihak yang berkaitan supaya segalanya terjawab dan tidak menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mahupun penggiat seni yang lain. – Oh! Bulan

Read More

Jom Lihat Menteri Shabery Cheek Di Hentam Keras Oleh Pengunjung Facebook | Kurang Ajar Betul !!!!

Jom Lihat Menteri Shabery Cheek Di Hentam Oleh Pengunjung Facebook | Shabery Cheek merupakan Menteri  Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, anak kelahiran Kijal Terengganu dan merupakan ahli politik yang menonjol di peringkat Pusat dan merupakan Ahli Umno yang terpelajar berbanding Ahli-Ahli Parlimen lain di Terengganu yang x berapa terpelajar.

 Baru-baru nie, beliau  telah membuka akuan Facebook bertujuan mendekati rakyat melalui media sosial itu, status yang dibuat menjadi bualan pengguna media sosial terbabit, bagi akulah status yang dibuat oleh beliau sungguh daif dan membuat aku tergelak, antaranya komen berkenaan tayangan filem pada waktu Maghrib, korang baca dan nilailah sendiri..hehe..

Aku yang komen membina pun di banned, kalau dah x leh terima kritikan x yah bukak FB laa, buka kilang kain laa..hehe..Kalau asik  nak pujian dan bodek jea sepanjang masa, macam manalah nak tahu kesusahan rakyat yang menderita...Joom layan print Screen ini

Print Screen Status Shabery Cheek Di Facebook

Print Screen Status Shabery Cheek Di Facebook

Print Screen Status Shabery Cheek Di Facebook

Read More

Rosmah Wanita paling berkuasa di Malaysia | Dimuatkan di The Star

Rosmah dinobat wanita paling berkuasa di Malaysia Di Akhbar The Star | Bagi aku akhbar tu salah, Rosmah merupakan orang yang paling berkuasa di Malaysia..hehe. Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.

Gambar Rosmah Mansor Yang Cun

Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh).

Senarai Wanita Yang Paling Berkuasa Di Malaysia


Muncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi.

Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.

"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya. - Malaysiakini
Read More

12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan | Peristiwa di Di Lahad Datu

12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan | Peristiwa Di Lahad Datu | KOTA KINABALU : Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.

12 Lelaki Berpakaian Serba Hitam Telah Menculik Seorang Gadis Berumur 14 Tahun Dan Dilarikan

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.

Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.

“Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang. – Kosmo
Read More

Undang -Undang Rimba | Pelajar Perempuan Di Kehendaki Kencing Berdiri Bagi Mengelakkan Pembaziran Air Di Universiti

Undang -Undang Rimba | Pelajar Perempuan Di Kehendaki Kencing Berdiri Bagi Mengelakkan Pembaziran Air | Di China Sebuah Universiti telah mengenakan undang undang baru dan pelik untuk mahasiswi mereka. 

Perempuan kencing berdiri

Perempuan kencing berdiri

Pelajar perempuan perlu kencing berdiri bagi mengatasi masalah pembaziran air di universiti tersebut Ini berikutan sebanyak 6,000 milimeter air telah digunakan oleh para pelajar dan kakitangan universiti tersebut,hanya unutk flush mereka terpaksa menggunakan 300 milimeter air.. 

Bila saya masuk dalam tandas berdiri itu, dekat dua tiga minit ‘mencuba’ tetapi masih tak boleh ‘keluar’. Rasanya kena berlatih banyak kali baru boleh menyesuaikan diri,” katanya pelajar di universiti sambil malu-malu.

Perempuan kencing berdiri

Kita orang Islam jangan duk terikut pulak budaya kuang ajar nie..hehe kalau lelaki kencing berdiri logik jugak, kalau dah perempuan teruk bebenor laa yeop..hehe..Akhlak sudah semakin hilang, akibatnya hilangnya perasaan malu. Kat negara luar air pun x cukup, syukurlah kita kat Malaysia, terutamanya rakyat Selangor dapat Air percuma..Apa pun Islam memang memandang buruk pembaziran, tapi janganlah sampai perempuan pun kencing berdiri..hehe 

Perempuan kencing berdiri

                                     Warna feminin menghiasi dinding 

Sumber: Paapaada
Read More

Membongkar Kesesatan Syiah | 15 Ciri- Ciri Penganut Syiah di Malaysia Dan Di Indonesia

Membongkar Kesesatan Syiah | 15 Ciri- Ciri Penganut Syiah di Malaysia Dan Di Indonesia | Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:

gambar Syiah Melayu dan Indonesia


1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umumnya songkok mereka seperti songkok orang arab hanya saja warnanya hitam.

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat tidak di dekat orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.

8) Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingat Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.


12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak.

 Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. 

Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Diterjemahkan dari sumber lppimakassar

Kredit : Detik Islam

Read More

Sejarah Syiah | Salahuddin al Ayubbi Memerangi Pengikut Syiah Dahulu Sebelum Membebaskan Kota Baitul Maqdis ( Palestin ) dan Bumi Syria | Sejarah Yang Sama Akan Berulang

Salahuddin al Ayubbi Memerangi Pengikut Syiah Dahulu Sebelum Membebaskan Kota Baitul Maqdis ( Palestin ) dan Bumi Syria | Sejarah Yang Sama Akan Berulang | Besarnya fitnah kaum rafidhah (Syiah). Masyarakat jadi keliru dan tidak dapat menentukan sikap dan pendirian yang betul. Inilah jihad yang terpaksa kita galas untuk memberi faham. Kerana itulah al Banna as syahid meletakkan al-fahmu sebagai rukun pertama sebelum ikhlas.

                                                        gambar hiasan
Golongan ini jugalah yang dihadapi oleh Salahuddin al Ayubbi dalam perang salib. Mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir dan menumpaskan pakatan Nusairiyah-Kristian sebelum kekuatan umat Islam digembeling bagi menghadapi salibiyah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam

Sejarah berulang. Apa yang berlaku hari ini adalah bayangan masa lalu. Maka ayuhlah kaum muslimin. Tetap teguhlah di atas jalan ini, jalan akidah yang salimah kerana itu sahajalah jalan yang membawa kemenangan sebenar.

Sumber : Facebook Aqsa Sharif.

P/S: Dunia semakin tua, kiamat semakin hampir..Sejarah berulang kembali, kebenaran semakin terserlah..Fitnah semakin berkecamuk, hanya Allah dan Rasul menjadi pegangan..Semoga Allah tetapkan jalan yang kita lalui, jalan kebenaran..Doaku mengiringi Mujahidin Di Syria, Iman ku masih lemah untuk ke sana...
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.