Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )


Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar ) Ini berita tidak rasmi, berlegar di FB dikatakan ada pintu stadium dipecah dan penonton sudah masuk secara percuma..... 

Menyusul lagi....

Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )
  

Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )

Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )
Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )

Lebuhraya ke stadium Bkt. Jalil Sesak.....


Ngo R....dengan protesnya....
AYUH Anak Kelantan di Bukit Jalil, semarakkan sokongan bersama kami Menuntut ROYALTI Hak NEGERI anda!!!

Lokasi kami di depan Pusat Akuatik Nasional


Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )

Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )





Penyokong tidak sabar menanti TRW vs JDT

Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )
 
Sekumpulan penyokong JDT begitu bersemangat menantikan perlawanan akhir Piala FA 2013 malam ini, di Stadium Bukit Jalil. 


Terkini DI STADIUM BUKIT JALIL Kelantan Vs Johor Darul Takzim 29 Jun 2013 | GEMPAR ! PINTU STADIUM BUKIT JALIL DIPECAH.!!! ( Bergambar )
 
Sebahagian penyokong Kelantan yang hadir memberikan sokongan kepada pasukan mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. 

MENJELANG perlawanan final Piala FA malam ini, yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, menyaksikan puluhan ribu penyokong kedua-dua pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT), membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dianggarkan hampir 40,000 penyokong berada di sekitar stadium pada masa ini, yang datang sejak awal lagi, membuktikan sokongan yang tiada tandingan kepada pasukan masing-masing.

Kehadiran penyokong Kelantan dan JDT dijangka akan bertambah sebelum aksi final Piala FA yang akan bermula jam 8.45 malam ini.

Seorang penyokong The Red Warriors (TRW), Amir Firdaus, 24, berkata, mereka menjangka keputusan akan berpihak kepada mereka.

"Kami yakin Kelantan akan membenam JDT dengan jaringan gol 2-1 sekali gus membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu buat kali kedua," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pintu masuk stadium.

Seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd Khairuddin Salleh, 32, turut melahirkan keyakinan pasukan Kijang mampu menjuarai Piala FA musim ini.

"Insya-ALLAH, pemain Kelantan akan melakukan aksi yang terbaik untuk tidak menghampakan para penyokong yang membanjiri stadium malam ini," kata beliau sambil melaungkan slogan "Gomo Kelate Gomo".

Sementara itu, bagi penyokong JDT, Ahmad Fauzi Ismail, walaupun JDT turun sebagai pasukan bukan pilihan, ia tidak mematahkan semangat untuk mencipta kejutan.

"Dengan memiliki penyerang hebat seperti Leonel Nunez kami mampu menjulang Piala FA," jelasnya dengan penuh semangat.

Zulkifli Yusuf 46, pula berpendapat pasukan yang dibarisi pemain berstatus bintang akan dinobatkan juara malam ini.
Sumber: Kedah Kini.
Read More

Warna Warni Di Raja Kelantan | Gambar Persandingan PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH

Warna Warni Di Raja Kelantan | Gambar Persandingan  PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH |

Gambar Persandingan  PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH

 SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI PENGANTIN DIRAJA,
SEMBAH TAHNIAH dr kami buat PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH

Gambar Persandingan  PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH

Gaya mesra manja Pengantin DiRaja Kelantan & Brunei; YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI setelah sah diijabkabulkan sbg suami isteri di Istana Mahkota semalam.. Semoga ALLAH SWT memberkati Pengantin DiRaja dunia akhirat.. Amin
 
Gambar Persandingan  PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM iaitu YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH

Pengantin DiRaja Kelantan, YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA tenang menunggu detik bersejarah diijabkabulkan dgn pilihan hati,YAM PENGIRAN MUDA ABD QAWI di ISTANA MAHKOTA, semalam... pengantin DiRaja Kelantan ini cukup cantik semalam dlm persalinan akad nikah serba putih dihiasi dgn sulaman permata.. Moga ALLAH SWT memberkati Pengantin DiRaja


Singgahsana DiRaja nan indah.. Pengantin DiRaja Kelantan-Brunei, YAM Tengku Amalin Aishah Putri & YAM Pengiran Muda Abdul Qawi bergambar di singgahsana pada malam akad nikah.. kalau tak silap pelamin akad nikah rekaan Razak dr Flora Etc.. sila betulkan kalau silap

Sumber : Facebook Warna Warni diRaja Kelantan
Read More

Audi Q7 jika menang Piala FA Itu Janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim | Perlawanan Akhir Piala FA JDT Vs Kelantan ( 29/6/2013 )

Audi Q7 jika menang Piala FA Itu Janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim | Perlawanan Akhir Piala FA JDT Vs Kelantan ( 29/6/2013 )DUA pemain terbaik pasukan Johor Darul Takzim (DT) pada musim ini akan menerima ganjaran berbentuk kereta utiliti sukan (SUV) Audi Q7.

Audi Q7 jika menang Piala FA Itu Janji Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Ini diumumkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Tunku Ismail berkata, ganjaran tersebut adalah tambahan kepada bonus lumayan yang akan diberikan kepada kedua-dua pasukan Johor sekiranya JDT memenangi Piala FA menentang Kelantan pada final, Sabtu ini.

"Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain terhadap perlawanan JDT Vs Kelantan ," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan final di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti, Tunku Ismail menyeru kedua-dua penyokong pasukan itu agar sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku mereka ketika di stadium semasa perlawanan antara JDT Vs Kelantan  sedang berlangsung.

"Saya berharap para penyokong yang datang di Stadium nanti patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas dan elakkan daripada mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi sepanjang JDT Vs Kelantan  beraksi.

"Saya berharap juga penyokong dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan," katanya.

Tunku Ismail juga memberitahu satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong JDT dan Kelantan akan diadakan di kawasan rehat Seremban, Lebuh Raya Utara-Selatan sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Bukit Jalil pada hari perlawanan - Sinar Harian
Read More

Abby Abadi Kembali Bersama Norman Hakim ? | Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama, Mungkinkah Mereka Bakal ‘Bermadu’? ( Gambar )







Abby Abadi Kembali Bersama Norman Hakim ? | Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama, Mungkinkah Mereka Bakal ‘Bermadu’? n ( Gambar ) |  - Hujung bulan Mei lalu, Memey Suhaiza dan Abby Abadi difahamkan telah bercuti bersama sekitar negeri Perak dan Pulau Pinang.

Jika dilihat melalui laman Instagram Memey, nampaknya selebriti ini bukan sekadar bercuti berdua, malah mereka turut ditemani oleh anak-anak Abby Abadi dan Norman Hakim.

Dalam kesemua foto yang dikongsikan oleh aktres anggun ini, OHBULAN! tertarik dengan sekeping gambar yang menunjukkan Norman Hakim sedang berdiri diantara Memey dan Abby Abadi berserta perkataan berbunyi, Pada Syurga Di Wajahmu.

Foto tersebut seolah-olah mempunyai maknanya yang tersendiri, sehingga ada peminat menyuarakan hasrat untuk melihat Abby Abadi dan Norman Hakim bersatu kembali seperti sebuah keluarga.

Namun begitu, tidak semua peminat mempunyai pendapat dan hasrat yang serupa. Ini kerana, ada segelintir peminat lebih selesa melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh kedua-dua buah keluarga ini dibiarkan berterusan seperti biasa tanpa perlu mengungkit kisah lampau yang pernah tercetus antara mereka. – Oh! Bulan

P/S: “Selagi kita hidup, Allah akan sentiasa menguji. Akuy akui bukan mudah untuk hidup sebagai ibu tunggal. Bukan sahaja perlu mengurus rumah tangga tapi kerenah masyarakat yang memandang ibu tunggal ini dengan bermacam perkara yang tidak elok, fitnah dan tomahan jangan ceritalah..Kalau betullah cerita ini aku ucapkan tahniah dan semoga Abby Abadi berbahagia bersama orang yang tersayang
 
gambar Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama


gambar Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama
gambar Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama

Read More

Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut Talian Hayat Kepada Pas Untuk Menawan Semula Terengganu

Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut
Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut Talian Hayat Kepada Pas Untuk Menawan Semula Terengganu | SHAH ALAM - Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.


Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas pada Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut.

"Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.

Selain itu, katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas pada Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut dan perkara ini terbukti pada pilihan raya lalu.

Katanya, senario politik di Terengganu juga dapat memberi peluang kepada Pas di Piihanraya Raya Kecil Dun Kuala Besut kerana jika dilihat BN Terengganu lebih kuat pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh berbanding di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said- Sinar harian
Read More

Jurugambar Ditumbuk Benjy ( Khaeryl Benjamin ) Kerana Merakam Gambarnya

Jurugambar Ditumbuk Benjy (  Khaeryl Benjamin ) Kerana Merakam Gambarnya | Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryl Benjamin bertindak agresif apabila menumbuk jurugambar akhbar yang sedang menjalankan tugas.

Jurugambar Ditumbuk Benjy (  Khaeryl Benjamin ) Kerana Merakam Gambarnya

Aktor yang merupakan anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu mengasari dan menumbuk jurugambar yang merakam wajahnya serta menepis beberapa kamera jurugambar lain sewaktu dia dan 5 lagi rakannya dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Pagi Rabu lalu, Benjy ditahan selepas polis membuat serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa kira-kira jam 11.30 pagi. Hasil serbuan, polis berjaya menemui dadah seberat 4.7 gram yang disorok di salah sebuah bilik di kondominium tersebut.

Selain dirinya, turut ditahan adalah 5 yang lain termasuk bekas pembantu peribadi Benjy dan dua wanita berusia antara 27 hingga 38 tahun .Ujian mendapati Benjy positif dadah jenis syabu. – MyNewsHub
Read More

Akibat Merogol Gadis Bawah Umur | Pihak Keluarga Gadis Mengamuk Dan Menyimbah Asid Di Kemaluan Perogol

Akibat Merogol Gadis Bawah Umur | Pihak Keluarga Gadis Mengamuk Dan Menyimbah Asid Di Kemaluan Perogol | Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam. 
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

Akibat Merogol Gadis Bawah Umur | Pihak Keluarga Gadis Mengamuk Dan Menyimbah Asid Di Kemaluan Perogol
 
“Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. – Informasi Dot My
Read More

Haruan Makan Anak | Ayah Melarikan Diri, Perbuatannya Merogol Anak Sendiri Diketahui Isteri

Haruan Makan Anak | Ayah Melarikan Diri, Perbuatannya Merogol Anak Sendiri Diketahui Isteri | Ayah Lari, Perbuatannya Rogol Anak Sendiri Diketahui Isteri - AYER KEROH : Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri.

Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah
Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah 

Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik
kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu.

Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat kemerosotan tahap kesihatan anaknya, selain anaknya mengadu lemah badan.

Menurut sumber, kandungan yang sudah mencecah usia lima bulan itu diketahui adalah hasil hubungan mangsa dan bapanya sendiri selepas diminta memberitahu perkara sebenar.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, pihak klinik memaklumkan mangsa mengandung lima bulan, lalu ibu mangsa memaksa mangsa menceritakannya.

“Mangsa kemudian memberitahu telah beberapa kali dirogol bapanya iaitu suami kepada ibunya yang telah dua bulan tidak pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian
di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya, mangsa dan ibunya mambuat laporan di Balai Polis Tebong, Alor Gajah pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mangsa dirogol bapanya yang berusia 40 tahun dan sehingga kini polis masih cuba mengesan suspek yang dipercayai telah lari ke dalam hutan.

“Setakat ini polis telah meminta bantuan golongan Orang Asli, selain Tok Batin untuk mengesan suspek,” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – Sinar
Read More

Mati Akibat Asyik Berasmara Tepi Tingkap! | Jatuh Bogel

Mati Akibat Asyik Berasmara Tepi Tingkap! | Jatuh Bogel |  WUHAN (China: Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini. 



Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang ‘bergurau-senda’ di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya.

Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan ia mungkin ‘menyumbang’ kepada kejadian ngeri tersebut.

Kedua-dua mayat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan seluruh badan.

Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca SEBENAR kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.

Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini MUNGKIN menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan batiniah mereka.

Macam-macamlah…- MyNewsHub


Read More

Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Tabah Di Sihir | Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad saw.

Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Tabah Di Sihir | Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad sawUntuk anak cucu dan remaja sekalian, ikutilah paparan kisah benar ini untuk dapat dirasakan kasih sayang Rasulullah saw terhadap kita semua - umat di akhir zaman!!, walaupun kisah ini sudah lama, ambe nak kongsikan dengan rakan-rakan moga-moga memberi manfaat untuk kita bersama. Banyakkan berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang beriman, bacalah selawat dan salam untuk Muhammad saw dengan bersungguh-sungguh."(Al-ahzab:56). Ayat tersebut memerintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya bersungguh-sungguh dalam menbaca selawat dan mendoakan keselamatan untuk Nabi Muhammad saw.Oleh kerana itu,orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada Allah dan rasulNya,haruslah mereka mentaati perintah tersebut dengan memperbanyakkan bacaan selawat dan salam untuk dipersembahkan kepada junjungan dan ikutan kita Nabi Muhammad saw.

Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Tabah Di Sihir | Kisah Mimpi Seorang Pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad saw.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi Muhammad s.a.w pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan Islam serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan membaca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya Subhanallah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..” Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi Muhammad s.a.w katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti nampak ana..” Ketika Nabi Muhammad s.a.w menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi Muhammad s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi Muhammad s.a.w menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi Muhammad s.a.w melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Nabi Muhammad s.a.w kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja Baginda Nabi Muhammad s.a.w sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…


Sedar daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi Muhammad s.a.w. Rasa malu pada Nabi Muhammad s.a.w kerana kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah Nabi Muhammad s.a.w yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi Muhammad s.a.w.”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamdulillah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Marilah kita kenangkan Nabi Muhammad s.a.w kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh kita. Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah. 'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)

p/s: Sungguh…banyaknya Dosa ku Ya Allah, Indahnya mu wahai Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan Rahmat Allah, Insya Allah aku dapat ketemukan dalam mimpi ku..

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
Read More

Panas !! Pelakon Drama Benjy Kena Tangkap Lagi Pasal Syabu

Pelakon Drama Benjy Kena Tangkap Lagi Pasal Syabu | KUALA LUMPUR : Pelakon, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryyl Benjamin Ibrahim yang sebelum ini pernah dicekup berkaitan kes dadah, sekali lagi ditahan polis di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa atas kesalahan yang sama, semalam. 
 
 
Benjy, 35, kali ini ditahan selepas ujian air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati dia positif mengambil dadah jenis methamphetamine atau syabu. Menerusi laporan Utusan Malaysia hari ini, Benjy ditahan kira-kira jam 11.30 pagi di kondominiumnya oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya yang melakukan serbuan di rumah tersebut.

Ketika serbuan dilakukan, Benjy berada dalam rumah itu seorang diri. Namun, pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan tidak menemui sebarang dadah.
 
Benjy kemudian ditahan dan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk ujian saringan air kencing dan hasil ujian mendapati pelakon itu dapati positif mengambil dadah.

Sebelum ini, anak kepada aktres Azean Irdawaty ini pernah ditahan pada Mac 2010 dan ketika itu penahannya mencetuskan kegemparan selepas polis turut menemui makmal memproses dadah di lokasi Benjy ditahan di pinggir ibu negara.

Ketika dibicarakan di mahkamah, pelakon berbakat itu dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, namun didapati bersalah memiliki dadah dan dikenakan denda RM5,000. Dia dibebaskan selepas membayar denda itu. – Murai
Read More

Islamophobia | MASJID DICONTENG LAMBANG NAZI ( Kuffar Yang X Reti Menghormati Agama Orang Lain )

Islamophobia | MASJID DICONTENG LAMBANG NAZI ( Kuffar Yang X Reti Menghormati Agama Orang Lain ) | KEBANYAKAN grafiti kebencian disembur di kawasan yang akan menjadi ruang solat di tingkat bawah Masjid Redditch Central.

Islamophobia | MASJID DICONTENG LAMBANG NAZI ( Kuffar Yang X Reti Menghormati Agama Orang Lain )

 London: Polis memburu samseng yang memecah masuk sebuah masjid awal pagi semalam dan membuat contengan lambang Nazi pada bangunan itu.
Kebiadapan itu dikesan pada Masjid Redditch Central di Worcestershire selepas anggota polis menyiasat laporan berlaku pencerobohan di situ jam 4.30 pagi.

Penceroboh dipercayai memecah masuk ke kawasan masjid yang masih dibina itu kira-kira jam 2 pagi sebelum menggunakan cat yang ada untuk menyembur mesej kebencian.

Polis masih mengawal masjid di Jalan Jinnah itu ketika anggota forensik menjalankan siasatan.


Tidak dapat dipastikan jika ada barang lain dicuri ketika kejadian. Sementara itu pegawai polis West Mercia, Kevin Purcell berkata selama ini hubungan antara komuniti Muslim dan penduduk setempat berlangsung dengan amat baik.

“Disebabkan beberapa kejadian seperti ini berlaku di seluruh negara, anggota polis diarah berkawal dengan lebih ketat dan kejadian sebegini tidak boleh diterima,” katanya.

Purcell berkata, dia akan mengatur mesyuarat dengan pengerusi masjid, pemimpin setempat dan Kumpulan Penasihat Bebas bagi memastikan semua pihak komited mengelak sebarang serangan seumpama itu berulang.

Grafiti kebencian perkauman itu bukan yang pertama berlaku di masjid berkenaan.

Pada Julai 2006, Masjid Redditch Central dibakar dan menyebabkan kerosakan bernilai £3,000 (RM14,760).

Pengkhianat turut cuba membakar masjid sama pada Januari lalu tetapi api yang dihidupkan pada pintu depan bangunan itu tidak merebak.

Tiada sesiapa yang cedera atau berlaku kerosakan serius dalam insiden itu. - Agensi


Read More

Video Bukti Kekejaman Rejim Syiah Bashar Al Assad Di Bumi Syria | Masih Adakah Lagi Nilai Kemanusiaan DI Hati Mereka

Tentera al-Assad telah menyembelih keluarga Sunni yang tidak bersenjata dengan menggunakan kekerasan yang begitu kejam sehingga kesemuanya mati

Ini adalah satu bukti tidak beperikemanusiaan tentera al-Assad. Pahlawan sejati kita akan betempur secara adil dengan lelaki dayus seperti mereka di medan peperangan.Video ini juga membuktikan bahawa mereka bukanlah muslim, atau manusia atau pahlawan sejati!, mereka adalah pembunuh.

Read More

2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman

2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman | KUCHING – Polis sedang menjejaki dua lelaki yang dipercayai memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sebelum merogol seorang wanita, petang kelmarin.

2 Perogol Menyamar Sebagai Penguatkuasa Jabatan Agama Memperkenalkan Diri Sebelum Rogol | Dunia Akhir Zaman

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai berkata, kedua-dua suspek dilapor melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah rumah kosong di Batu 7 di sini sekitar jam 5 petang kelmarin.

“Pihak polis akan menjejaki kedua-dua suspek secepat mungkin. Buat masa ini, kita masih dalam usaha mengumpul maklumat daripada mangsa yang masih lagi dalam keadaan trauma,” ujarnya ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadian tersebut semalam.

Menurut sumber, insiden tersebut dilaporkan berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun sedang menunggu untuk dijemput pulang kerja oleh suaminya di hadapan sebuah farmasi di Kota Sentosa.

Ketika itu, dua lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai penguat kuasa JAIS telah mendekati mangsa dan meminta mangsa mengikuti mereka untuk disoal siasat di pejabat mereka.

Mangsa yang tidak menjangka akan berlaku perkara yang tidak diingini mengikuti kedua-dua lelaki tersebut menggunakan sebuah kereta seperti yang diarahkan.

Bagaimanapun, mangsa sebaliknya telah dibawa ke sebuah rumah kosong di belakang sebuah stesen minyak di Batu 7 dan dirogol secara bergilir-gilir oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Selepas insiden itu, mangsa ditinggalkan seorang diri di rumah berkenaan.

Mangsa yang dalam keadaan lemah berusaha mendapatkan bantuan daripada orang awam untuk menghubungi suaminya yang tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Mangsa diiringi suaminya kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan pemeriksaan kesihatan. -BP
Read More

Peringatan Penting !! | Jika Kemalangan Jangan Berhenti Terus Ke Balai Polis Buat Report

Peringatan Penting !! | Jika Kemalangan Jangan Berhenti Terus Ke Balai Polis Buat Report Melihatkan begitu banyak kes jenayah ketika ini dengan pelbagai modus operandi, pelbagai senjata, pelbagai tipu helah dan sebagainya hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal disamping kita mengambil langkah berjaga-jaga serta bersiap siaga. Selepas ini kalau ada kemalangan, jangan berhenti, terus ke balai polis buat repot.

Langgar dan rompak

Hilang kereta dirempuh
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur : Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila keretanya dilarikan selepas dilanggar dua lelaki bersenjatakan parang ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di susur keluar Lebuh Raya Besraya menghala Salak South, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun memandu kereta Honda Accord seorang diri apabila tiba-tiba dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari belakang.

Menurut sumber, sebaik saja mangsa keluar dari kenderaannya, dua lelaki bersenjatakan parang terus menerpa ke arahnya sambil mengacukan senjata berkenaan dan mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya.

“Seorang suspek kemudian masuk ke dalam kereta milik mangsa sebelum memecut laju meninggalkan lelaki malang itu di tepi jalan,” katanya.

Sumber: hmetro.com.my

Makan lewat malam adalah tidak digalakkan kerana terdedah kepada kes jenayah.

Disamun lepas makan
Metro 27 Jun 2013

Kuala Lumpur: Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin. Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.

Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka supaya tidak bergerak.

“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan tangan.

Sumber: hmetro.com.my

Kemungkinan senapang angin digunakan dalam jenayah kejam ini.

Suami rebah dibidik
Metro 27 Jun 2013

Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 7 pagi itu, pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.

“Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama ada cebisan peluru atau tidak. “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.

Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

Sumber: hmetro.com.my", Tranungkite.net
Read More

Terkini!! Artis Dirompak Trauma | Dunia Akhir Zaman

Artis Dirompak Trauma | Dunia Akhir Zaman | Norish Karman Trauma Selepas Dirompak - KUALA LUMPUR : Pelakon Nor Ashikin Karman, 39, atau lebih popular dengan panggilan Norish Karman mengakui trauma selepas dirompak di sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira dua bulan lalu.

 Pelakon Nor Ashikin Karman

Menurut Norish, ekoran kejadian itu, dia tidak mahu lagi berseorangan atau bersama anak-anak jika hendak ke kawasan tempat letak kereta.

Mengimbas kembali hari kejadian, dia bersama tiga anaknya sedang berjalan ke tempat letak kereta pusat beli-belah itu sebelum tiga lelaki tidak dikenali muncul dari belakang dan mengacukan pisau ke arahnya.

“Saya diancam supaya jangan menoleh ke belakang dan melakukan sebarang pergerakan sebelum mereka merampas beg tangan saya dan mengambil barangan berharga serta sejumlah wang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. – Kosmo
Read More

Gadis terkejut, lelaki ‘gila seks’ tunjuk kemaluan Di Perhentian Bas

Gadis terkejut, lelaki ‘gila seks’ tunjuk kemaluan Di Perhentian Bas | BANTING - Seorang remaja perempuan yang bekerja di sebuah kedai telefon di Pekan Banting trauma apabila seorang lelaki menunjukkan kemaluannya di sebuah perhentian bas di Telok Datok.




Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu ketika remaja berkenaan sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Nia, 16, berkata, dia terkejut apabila pemandu sebuah kereta Waja memberhentikan kenderaannya lalu menunjukkan kemaluan dihadapannya.

Menurut Sinar Harian, tidak sampai tiga minit katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan umur 40-an dengan berpakaian pejabat itu bergegas memandu semula kenderaan menghala ke Banting apabila mendapati sebuah bas awam berhenti di belakang.

“Akibat terkejut saya hanya mengalihkan pandangan ke arah lain dan cuba untuk menyelamatkan diri.

“Mujur suspek tidak melakukan tindakan di luar kawalan dan bertindak beredar selepas itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.

Mangsa berkata, sebelum ini kejadian sama melibatkan remaja lain pernah berlaku di kawasan taman berkenaan tetapi dengan suspek berusia dalam lingkungan umur 20-an.

“Saya khuatir suspek yang dianggap ‘gila seks’ ini terus berlegar-legar di kawasan taman untuk menakutkan remaja dan orang awam lain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mohd Khairul Abdul Samad ketika dihubungi berkata, beliau kerap menerima aduan namun kebanyakkan mereka enggan membuat laporan polis.

Katanya, difahamkan terdapat dua suspek pernah cuba memperdayakan remaja di sini dengan meminta menunjukkan alamat menerusi telefon bimbit tetapi sebenarnya menunjukkan gambar aksi lucah.

“Bagaimanapun, SRS sentiasa mengadakan kawalan berjadual di kawasan taman bagi mengelakan masalah sosial berleluasa,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan dibuat oleh mangsa.- kualalumpurpost
Read More

Dunia Akhir Zaman | Perempuan Berusia 12 tahun Kanak-Kanak Termuda Di Dalam Sejarah Ambil Hormon Jadi Lelaki

Dunia Akhir Zaman | Perempuan Berusia 12 tahun  Kanak-Kanak Termuda Di Dalam Sejarah Ambil Hormon Jadi Lelaki |  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun merupakan kanak-kanak termuda di dalam sejarah England apabila dia mengambil pil hormon untuk menghentikan perubahan dirinya menjadi seorang perempuan. Kanak-kanak tersebut, Leo Waddell dilahirkan sebagai seorang anak perempuan dengan nama Lily, tetapi telah berpakaian seperti lelaki sejak umur lima tahun.

Kanak-Kanak Termuda Ambil Hormon Tukar Jantina

Dia yang berani muncul di dalam rancangan ITV’s This Morning bersama ibunya, Hayley, dan menjelaskan keputusannya untuk mengambil ubat untuk menghentikan baligh nya. Dia adalah salah seorang kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun yang dirawat dengan penyakit dysphoria gender (GD).

Hayley pertama kali menyedari anaknya telah terperangkap dalam badan yang salah apabila dia berusia 18 bulan. Sekarang dia merupakan insan termuda yang pernah mengambil suntikan hormon bulanan untuk menghentikan akil baligh sebagai seorang gadis dan berharap untuk melalui penukaran jantina sepenuhnya pada usia 18 tahun.

Pada bulan Mac 2011, Leo telah dirujuk kepada pusat kesihatan mental kanak-kanak dan remaja. Umur minimum untuk pengambilan ubat telah diturunkan dari 16 tahun pada tahun 2011, dan walaupun ada pengkritik berkata dia adalah terlalu muda sebagai kanak-kanak untuk membuat keputusan untuk berhenti baligh, tetapi untuk Leo, ia adalah satu keperluan. – Wanista
Read More

Kemalangan Ngeri Pelajar Kolej Komuniti Berlubang Perut Selepas Kemalangan ( Gambar )

Kemalangan Ngeri  Pelajar Kolej Komuniti Berlubang  Perut Selepas Kemalangan ( Gambar ) |  KUCHING : Nyawa seorang pelajar berusia 18 tahun ternyata masih panjang apabila dia masih mampu bercakap dalam keadaan perutnya berlubang akibat tertusuk besi penghadang jalan dalam kemalangan di Jalan Sejingkat di sini semalam.

Kemalangan Ngeri  Pelajar Kolej Komuniti Berlubang  Perut Selepas Kemalangan ( Gambar )

Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila motosikal yang ditunggangnya gagal dikawal sebelum terperosok di bawah besi penghadang jalan berkenaan.

Menurut sumber, pelajar kolej komuniti yang berasal dari Kelantan itu dikatakan dalam perjalanan dari rumah sewanya di Kampung Bako ke Jalan Matang. – Kosmo
Read More

Anak Datuk Seri Nazri Aziz ( Nadeem ) bercinta Dengan Nora Danish?

Anak Datuk Seri Nazri Aziz ( Nadeem ) Bercinta Dengan Nora Danish? | Sekitar April lalu, timbul gosip pelakon Nora Danish bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi ekoran beliau dikatakan membeli barangan persiapan perkahwinan di Jakarta, Indonesia. 
 
 Nora Danish Nafi Intim Dengan Anak Datuk Seri Nazri Aziz

Dalam sebuah blog hiburan Nora mengakui memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi. Terbaru ada khabar pula mengatakan ibu anak satu ini sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri.

Jejaka itu dikenali sebagai Nadeem. Betul ker Nora?

“Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu.

“Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi”, jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.

Nora yang ditemui di majlis Seindah Ramadan TV3 bertempat di restoran AL-Rawsha, Kuala Lumpur petang semalam diminta mengulas mengenai gosip hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu.

Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.

“Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian”, ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.

“Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah.

“Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua”, katanya. 
 
Sementara menyentuh pula tentang perkembangan seni, Nora bersama Adi Putra serta pengacara Fiza Sabjahan telah dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3. Istimewa, ketiga-tiga duta ini bersama ramai lagi artis popular tanah air akan mengembara ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu dan mereka akan memasak dan kemudian menjual juadah berbuka puasa.

“Nora akan sertai ‘Baazar Seindah Ramadan’ bersama ramai lagi artis. Kami akan memasak dan menjual juadah buka puasa. Kami akan ke Johor pada 13 Julai dan Terengganu pada 27 Julai. Hasil jualan juadah itu nanti kita akan salurkan ke rumah anak yatim terpilih”, katanya.

Nora, Adi Putra dan Fiza Sabjahan dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3.

Selain itu difahamkan Nora akan menghangatkan malam sampaikan ucapan raya pada malam menjelang 1 Syawal serta akan muncul menerusi telemovie khas Aidilfitri berjudul Ijab dan Qabul, bergandingan dengan hero yang tidak asing lagi, Adi Putra pada hari raya nanti. – Malaysian Digest
Read More

KISAH BENAR Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang Ketika Sarat Mengandung | Kisah Yang Penuh Pengajaran ( DIA LUPA, ALLAH ITU ADA )


KISAH BENAR Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang Ketika Sarat Mengandung | Kisah Yang Penuh Pengajaran ( DIA LUPA, ALLAH ITU ADA ) | Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya ...

 Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang Ketika Sarat Mengandung

Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA
Sy Dan suami Kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin.
Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi...macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..

Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!

Ya Allah, saya br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.

Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..'abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati' suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.

Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bangun dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg,sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu..

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang...sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..

Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..

Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..

Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah.. Allah.. Allah..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.