Gadis Kecil Ini Dijumpai Hampir Mati Terkunci 2 Tahun Dalam Almari Kerana Dikunci Oleh Ibu Kandung

Gadis Kecil Ini Dijumpai Hampir Mati Terkunci 2 Tahun Dalam Almari Kerana Dikunci Oleh Ibu Kandung | - New York : Seorang gadis cilik dijumpai dalam keadaan hampir mati kerana dikunci ibu kandungnya di dalam peti. Gadis ini dikunci selama kira-kira 2 tahun tanpa diberikan makanan dan minuman. Untuk buang air kecil dan air besar pun ia hanya menggunakan pispot yang terdapat dalam peti.
 
Gadis Kecil Ini Terkunci 2 Tahun Dalam Almari
 
Ny Daily News melaporkan, ketika Georgia dijumpai, keadaanya sudah sangat kritikal. Berat tubuhnya yang saat ini berusia 5 tahun hanya kira-kira 8 kilogram. Ibu dari gadis kecil tersebut mengunci anaknya kerana Georgia yang saat itu berumur 3 tahun, sangat mirip dengan ayahnya.

Ibunya, Asusena Marie Gonzales, saat ini memang tinggal sendiri sebagai single parent. Dia mengaku kesal terhadap anaknya hingga menguncinya dalam peti. “Aku sangat ketakutan ketika tinggal dengan ibu kandungku, dia mengunci saya di dalam peti, dan aku tidak mempunyai makanan atau air atau apa pun untuk makan atau minum,” ungkap Georgia.

Tak hanya kepada Georgia, Marie Gonzales juga berbuat jahat kepada anak-anaknya yang lain. Namun hal terparah hanya dirasakan oleh Georgia. Ketika pihak berkuasa menyelamatkan gadis kecil ini, mereka hanya mencari pispot yang penuh dengan kotoran bersamanya. Georgia juga ditemui dalam keadaan tubuh yang kurus, lekukan tulang-tulangnya hanya dilindungi oleh kulit.

Tahu akan kejadian yang tersebut, Amanda dan Clint Lile datang ke rumah sakit tempat gadis ini dirawat. Mereka merancang untuk menerima pakai Georgia. Nama Georgia sendiri adalah nama baru yang diberikan oleh orang tua angkatnya, Amanda dan Clint Lile, yang sangat menyayangi dia.

“Kami sangat bahagia melihat dia boleh pulih dan sihat seperti anak normal yang lain. Saya benar-benar percaya itu adalah kuasa dan kurnia Tuhan yang memberikan kesempatan agar ia boleh tetap hidup, itu merupakan keajaiban, “ungkap Amanda dan Clint Lile. Sementara itu, ibu kandung Georgia, Marie Gonzales, sedang menjalani masa hukumannya selama 40 tahun dan ia tidak akan dibebaskan dari penjara sebelum tahun 2031. – tempo.com
Read More

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat | Ipoh : Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya. 
 
Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat
 
Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya. – Metro
Read More

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera | KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.



Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Inilah akhlak Dr Mursi yang dibenci oleh golongan Sekular

MASUK WAKTU :Dr.Mursi melaungkan azan,ketika sedang berucap (Mesir)
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah..Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...


Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi.


Dunia akhir zaman yang hak dikatakan batil, dan batil dikatakan hak


Read More

Terkini!!! Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang Sebagai Menjawab Perhimpunan Yang Dilakukan Golongan Sekular Menggulingkan Kerajaan Mursi | Hari ini merupakan detik hitam bagi Umat Islam seluruhnya apabila tumbangnya kerajaan Islam di Mesir ditangan puak sekular kerana Tentera Mesir yang bepaling tadah dan menyokong perjuangan sekular, semoga Allah memberi ketenangan dan mengurniakan kesabaran terhadap ujian yang besar ini. Di Pihak Dr Mursi pula meraka tidak mengiktiraf dan terus berkumpul di Nasr City secara besar-besaran..

Dilaporkan sekarang ini pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain. Semoga Allah melindungi pemimpian dan penyokong Ikhwan di sana

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.

Tapi, adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi.

Adakah bakal berlaku Mesir mempunyai dua orang Presiden? Seorang yang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera?

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi.

Apapun paling hebat, Pilihanraya Presiden Mesir setahun sekali. Hebat semangat demokrasi mereka.

Gambar Dr Mursi


sang pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.  Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

sang pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.

Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah. 

Gambar-Gambar Penyokong Ikhwan Muslimin yang tidak berganjak menyatakan sokongan kepada Dr Mursi mereka tidak berhenti solat dan berzikir manakala di pihak sekular mereka meraikan dengan pesta dan bunga api..Ya Allah selamatkan Ikhwan dan pejuang di sana
 
Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Read More

Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam

Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam !! | Dilarikan Perompak Berseluar Dalam - PONTIAN : Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.


Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.

Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.

“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.

“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.

Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera,” katanya. 
 
Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam
 
Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.

Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.

“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.

Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian. – Sinar Harian Online
Read More

Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah Aku Dari Azab Neraka Yang Menggerunkan

Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah aku, Keluarga Ku dan Seluruh Sahabatku Dari Azab Neraka Jahannam- Ameen | Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
 
Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah Aku Dari Azab Neraka Yang Menggerunkan
 
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Read More

Tazkirah Bulan Syaaban | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Tazkirah Ambang Syabaan | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala | Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. bersabda : “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu : 
 
  Tazkirah Ambang Ramadhan | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala
 
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang – orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis – artis disanjung – sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan di ubah menjadi makhluk lain “.
 
P/S: Sama-samalah kita ingat mengingati sesama Islam, semoga sedikit perkongsian ini memberi sedikit keinsafan dan mengelakkan kira daripada terkena tempias Bala daripada Allah SWT
Read More

Amaran !!!!! | Jauhi Daripada Memakai Pakaian Seperti Di bawah ( Gambar ) Menjelang Bulan Puasa Yang Mulia Lagi Berkat

Amaran !!!!! | Jauhi Daripada Memakai Pakaian Seperti Di bawah Menjelang Bulan Puasa Yang Mulia Lagi Berkat | Aku harap di dalam bulan puasa nnti tiada kaum hawa yg memakai legging dan skinny jeans khususnya di pasar ramdhan dan tempat tempat terbuka..ingat sbb anda kaum lelaki kehilangan pahala puasa..hehe

tiada kaum hawa yg memakai legging dan skinny jeans khususnya di pasar ramdhan

Fesyen legging dan skinny jeans nie dah merebak ke kampung-kampung dah, kadang tu aku tengok lebih hebat dari Bandar lagi. Kalau x malu dengan sendiri, malu laa sikit dekat family..Apa pun tahun nie aku harap x jumpalah lagi orang yang tidak hormat bulan puasa nie. Wallahualam
Read More

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie | Budak 2 ekor nie aku tengok makin hari makin melampau, kalau dah sampai bikin video lucah dan sebarkan di media sosial. PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka. 

Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta ‘membaluti’ tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu.
Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Lucah

Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan ‘hobi’ mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.

Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!

Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.

Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. – MyNewsHub
Read More

Isu Pembantu Rumah Warga Asing | Warga emas disamun, dibunuh amah Indonesia!!!

Isu Pembantu Rumah Warga Asing | Warga emas disamun, dibunuh amah Indonesia!!! | ALOR SETAR - Seorang warga emas meninggal dunia selepas ditikam dengan gunting dan disamun dipercayai oleh pembantu rumahnya sendiri di Taman Serindit, Jalan Langgar di sini hari ini. 


Mangsa, Che Siah Wan Nik, 75, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya dengan kesan tikaman di rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi daripada jiran mangsa yang mengatakan berlaku kes samun di rumah Che Siah.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, pembantu rumah berasal dari Batam, Indonesia berusia 38 tahun mendakwa majikannya itu dirompak empat lelaki warga Indonesia, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selepas disoal siasat, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan pembantu rumah itu sendiri dan pemeriksaan di dalam bilik suspek mendapati suspek telah mengemaskan barang-barangnya tapi tidak sempat lari.

"Polis menemui barangan kemas milik mangsa dan wang tunai RM4,000 di dalam beg suspek. Suspek dikatakan bekerja dengan mangsa selama setahun setengah dan pulang ke Indonesia Disember 2012 setelah tempoh bekerjanya tamat, dan baru kembali bekerja semula semalam," kata Adzaman.

Beliau berkata selain mangsa, dua cucu perempuan dan suaminya yang uzur turut berada di dalam rumah itu ketika kejadian.

"Seorang cucu mangsa berusia 21 tahun diikat di dalam bilik lain, manakala seorang lagi cucunya adalah OKU (orang kurang upaya) dan suaminya terlantar kerana uzur, cucu yang OKU pun terlantar juga.

"Cucu mangsa yang diikat itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan menghubungi bapanya yang dipercayai bertugas 'outstation' (luar kawasan)," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui sepasang gunting di dalam rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun dan bunuh itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh. - Bernama

Read More

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini | "Banyak perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya. Adakalanya kita pun memijak gambar masjid dan Kaabah yang terdapat pada sejadah secara tidak sengaja yang dihamparkan di masjid serta surau. Berhati-hati apabila melintasi sejadah yang terdapat gambar masjid dan Kaabah. 

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini


 Kesal gambar masjid dipijak
2 Julai 2013 


BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya- Sinar
 
Read More

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia | KUALA LUMPUR 2 Julai - Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang ini.

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia

Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan.

Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu.

Seorang saksi, Nurul Amarlina Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi.

"Saya ingat saya yang pening, kemudiannya ramai yang terasa juga dan baru kami sedar berlaku gempa bumi," katanya di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan mengesahkan ianya adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara.

"Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata beliau. - BERNAMA

Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu.

P/s: Dunia sudah sampai kepenghujungnya, manusia yang semakin melupakan Allah. Allah bagi sedikit ujian supaya manusia berfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat lah yang kekal abadi. Kerosakan yang terjadi pada hari ini adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri...Fikir-fikirkahlah...
Read More

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar ) | Kenapa Allah Mengharamkan Babi ?

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar ) | Kenapa Allah Mengharamkan Babi ? |  Babi adalah sejenis haiwan yang diharamkan di dalam Al -Quran, dan pengharamannya adalah dalil Qat'ie yang tidak boleh dipertikaikan dan di gazetkan dalam surah (Al-Baqarah : 173). Gambar babi ini waa ambil kt Facebook kejadian ini berlaku bila tidak laa diberitahu..hehe

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar )

BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA ( Baca Sampai Habis, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada 1001 hikmah yang tersembunyi )

gambar babi

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI

Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:

*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel *Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies *Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis *Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis. (http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)

MENGAPA BABI HARAM?

Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115

KEBURUKAN DAGING BABI

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih baik.

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.

Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak. Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!

Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi.

PENGHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas.

Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN

Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60 ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia, ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.

MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?

Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi. Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.

Wallahua’lam.

 Sumber: http://tigosotigo.blogspot.com/

Read More

Bagaikan Mati Hidup Kembali | Menangis Terlepas Ke Tali Gantung

Bagaikan Mati Hidup Kembali | Menangis Terlepas Ke Tali Gantung |  Seorang lelaki warga India tidak dapat menahan sebak selepas terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Majistret di sini menukar pertuduhan yang dikenakan terhadapnya semalam. 
 
Bagaikan Mati Hidup Kembali | Menangis Terlepas Ke Tali Gantung
 
Terdahulu, Sd. Mohamed Idris, 29, dituduh di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Nik Habri Muhammad bagaimanapun menukar pertuduhan itu kepada Seksyen 136(1)(a) Akta Kastam 1967 atas kesalahan menyeludup barangan larangan import.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati dadah terlarang yang dibawa oleh tertuduh melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini bukan jenis dadah tulen yang termaktub di bawah Akta 39(B).

Tertuduh dilihat menitiskan air mata dan mengucapkan syukur sambil mengurut dada apabila Nik Habri hanya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM12,000.

Jika gagal membayar denda, dia bagaimanapun berdepan hukuman penjara dua tahun. – Kosmo
Read More

Guna Taktik Adik Angkat Untuk Berzina Di Hotel Bajet Kantoi

Guna Taktik Adik Angkat Untuk Berzina Di Hotel Bajet Kantoi |  SABAK BERNAM : Seorang nelayan yang kononnya singgah untuk membawa adik angkatnya warga Indonesia ke rumah kakaknya, ditangkap khalwat di dalam sebuah bilik sebuah hotel bajet di sini, malam kelmarin. 
 
Guna Taktik Adik Angkat Untuk Berzina Di Hotel Bajet Kantoi
 
Lelaki berusia 40 tahun itu dicekup bersama pasangannya yang berasal dari Medan, Indonesia, 20-an, kira-kira jam 11. 15 malam sewaktu pasangan itu berada di dalam sebuah bilik tingkat dua bangunan berkenaan.

Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Sabak Bernam, Muhammad Suhaili Sajiman berkata, lelaki terbabit memberitahu dia singgah ke hotel itu untuk menjemput adik angkatnya itu ke rumah kakaknya yang tinggal berhampiran.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, lelaki itu memberi alasan baru sampai dan masuk ke dalam bilik hotel itu, sementara menunggu adik angkatnya bersiap untuk dibawa ke rumah kakaknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sebaik saja siasatan dijalankan ke atas pasangan itu, pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sabak Bernam.

Katanya, kedua-dua pasangan itu akan disiasat di bawah Seksyen 29 Enekmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995 kerana Khalwat yang boleh memperuntukkan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-
duanya sekali jika sabit kesalahan.

Muhammad Suhaili berkata, operasi itu yang disertai lima anggota penguat kuasa itu memberi tumpuan di dua lokasi iaitu sebuah hotel bajet dan pusat rawatan urut kaki yang dikatakan menjadi tumpuan pasangan bukan muhrim terutama pada cuti hujung minggu.

“Kita menumpukan usaha mencegah maksiat pasangan bukan muhrim di dua lokasi ini bagi memastikan gejala merosakkan akhlak itu dapat dibanteras habis-habisan,” katanya. – Sinar Harian
Read More

Bayi Yang Bakal Lahir Dikatakan Paling Tersohor Dan Terkenal Di Dunia | Siapakah Dia ?

Bayi Yang Bakal Lahir Dikatakan Paling Tersohor Dan Terkenal Di Dunia | Siapakah Dia ? |  – London : Anak patung kangaru di Australia, mandian bayi di Amerika Syarikat, Air Terjun Niagara akan diwarnakan merah jambu atau biru. Semuanya gara-gara kehamilan Kate Middleton. 
 
Bayi Yang Bakal Lahir Dikatakan Paling Tersohor Dan Terkenal Di Dunia | Siapakah Dia ?
 
Akhbar Washington Post mengisytiharkannya sebagai “bayi paling terkenal di dunia.” Apabila Kate – yang kini dikenali dengan gelaran Duchess of Cambridge – melahirkan anak pertamanyanya di Hospital Lindo Wing Of St Mary di Paddington tidak lama lagi, ia akan menjadi perhatian jutaan orang, termasuk di negara luar Britain. Pewaris takhta pertama yang lahir dalam tempoh 31 tahun, cucu mendiang Puteri Diana itu dipuja seperti selebriti.

Justeru, tidak menghairankan apabila kelahiran bayi itu akan menjana perolehan AS$415 juta (RM1.3 bilion) di seluruh dunia.

Di Britain, kegembiraan itu kekal dalam keadaan sederhana dengan pemerhati menunggu sehingga bayi terbabit lahir sebelum sebarang perayaan dirancang.

Namun, di seluruh dunia – di Amerika, India, Australia, New Zealand dan Kanada misalnya ‘demam’ itu mencapai puncaknya. Minggu lalu sejumlah gambar bekas Perdana Menteri Australia Julia Gillard menjahit anak patung kangaru untuk anak Kate itu disiarkan media. Namun, ia adalah sebahagian kecil daripada gambaran obsesi antarabangsa terhadap anak yang bakal lahir itu.

Antara puncanya, lawatan diraja pasangan Kate dan Putera William ke beberapa negara luar, selain sambutan Jubli Intan pemerintahan diraja Britain membantu melonjakkan profil mereka. Bagaimanakah penduduk dunia membuat persediaan menyambut kelahiran bayi diraja itu? Di seberang Lautan Atlantik, liputan meluas media menghangatkan rasa ingin tahu orang ramai, Minggu lalu, Kate muncul sebagai penghias muka depan hampir semua majalah di AS dan setiap butiran kehamilannya dilaporkan sebagai berita utama.

Akhbar di Kanada merancang menerbitkan edisi khas sempena kelahiran bayi itu nanti dan dijangka menjadi “berita paling panas dan mendapat perhatian tertinggi pada 2013.” Saluran televisyen ABC News pula membuka buku lawatan khas untuk pengunjung laman sesawangnya. Lebih 5,000 orang – termasuk dari Kenya, Indonesia dan Qatar – sudah membuat catatan di situ.

Seorang peminat dari Filipina menulis: “Seluruh dunia tidak sabar menunggu untuk melihat si bayi.” Siaran berita juga pelbagai – daripada berbentuk serius sehingga ke laporan mengarut. Di Sepanyol Kate sering menjadi penghias muka depan majalah Hola! dan menggelar bakal anaknya sebagai “masa depan monarki Britain.” – Agensi
Read More

Padah Cinta Monyet | Murid 12 Tahun Dirogol Teman Lelaki Berusia 22 Tahun

Padah Cinta Monyet | Murid 12 Tahun Dirogol Teman Lelaki Berusia 22 Tahun | RANAU : Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan Kundasang, di sini, kelmarin.
 
Padah Cinta Monyet | Murid 12 Tahun Dirogol Teman Lelaki Berusia 22 Tahun
 
Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.

Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali. Selepas melampias nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus selain pulang awal pagi.

Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.

Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.

Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.

“Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya,” katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan,” katanya. – Harian Metro
Read More

Dua Gadis Remaja Pakistan Dibunuh Setelah Dituduh Menodai Nama Keluarga Dengan Membuat Sebuah Video Yang Memperlihatkan Mereka Menari Dalam Hujan | Pelampau Dalam Agama

ISLAMABAD -. Dalam video tersebut, Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16 tahun) terlihat berlari di bawah hujan dengan menggunakan baju tradisional, bersama dua remaja lain di bandar Chilas, wilayah utara Gligit.

Dua gadis remaja, Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16 tahun), ketika difilmkan sedang bermain dan menari di luar rumah mereka di Pakistan | Daily Mail
Dua gadis remaja, Noor Basra (15 tahun) dan Noor Sheza (16 tahun), ketika difilmkan sedang bermain dan menari di luar rumah mereka di Pakistan 
 Mail Online, Minggu (30/6/2013), melaporkan, kedua kakak beradik itu tampak menari dan salah satunya bahkan tersenyum sambil berkelip ke arah kamera. Video yang beredar melalui telefon tersebut akhirnya menimbulkan kemarahan di kalangan masyarakat Pakistan yang konservatif.

Minggu lalu, kedua remaja itu ditembak mati bersama ibu mereka di rumah mereka oleh lima orang lelaki.

Menurut The Sunday Times, yang dipetik Mail Online, polis kini menyiasat apakah saudara tiri kedua gadis itu, yaitu Khutore, merancang serangan tersebut. Khutore dituduh telah berkeinginan untuk mengembalikan kehormatan keluarga yang ternoda akibat 'ulah' kedua-dua gadis itu.

Seorang saudara laki-laki lain dari kedua remaja ini telah mengadukan Khutore dan keempat orang lain yang disyaki sebagai pelaku penembakan dan kini telah kabur.

Tahun lalu, empat orang perempuan dipercayai telah dibunuh oleh tetua suku setelah mereka menyanyi dan menari bersama laki-laki dalam sebuah pesta pernikahan di kampung terpencil Kohistan di Pakistan barat laut. Sebuah dewan suku yang terdiri dari para ulama, yang dikenali sebagai Jirga, dilaporkan telah menovis mati para perempuan itu atas tindakan pencabulan dan penodaan nama keluarga mereka. Tindakan mereka dianggap telah membuat malu masyarakat.

Komisen HAM Pakistan mengatakan, sekurang-kurangnya 943 perempuan dan remaja putri dibunuh tahun 2011 kerana didakwa telah mencemarkan nama baik keluarga mereka.

Menurut kumpulan pembela perempuan, The Aurat Foundation, kira-kira 1,000 pembunuhan berkedok "kehormatan" terjadi di Pakistan setiap tahun.

Statistik menyoroti jumlah kekerasan yang dialami oleh banyak perempuan di tengah masyarakat konservatif Pakistan, dimana mereka seringkali dianggap sebagai masyarakat kelas dua.

* Sumber kompas.com

Read More

Cantik Dan Manis Fazura Bertudung Labuh Bersama Prof Muhaya

Cantik Dan Manis Fazura Bertudung Labuh Bersama Prof Muhaya |  Fazura kelihatan sangat manis apabila tampil bertudung labuh dalam satu program bersama Prof Dr Muhaya Muhamad, 3 minggu lalu.

Cantik Dan Manis Fazura Bertudung Labuh Bersama Prof Muhaya

Gambar berkenaan dimuat naik oleh pelakon jelita ini ke laman Instagram miliknya. Boleh dikira agak ‘rare’ bagi artis sepertinya memakai tudung sebegini kerana tudung yang dipilih artis wanita untuk tampil di khalayak umum biasanya sama ada selendang atau tampak glamor dengan pelbagai cara lilitan.

Bersama gambar tersebut, Fazura memuatkan caption menyatakan dia memakai tudung yang sedia untuk dibawa bersolat bersama bonda dan mentornya, Prof Dr Muhaya yang sangat dikasihi dan dihormatinya.

Manalah tahu, satu hari nanti Fazura benar-benar mendapat hidayah. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. – MyNewsHub
Read More

Mat Yo Tidak Professional | Buang Pingat Yang Dimenangi Ke Dalam Tong Sampah !!!

Mat Yo Tidak Professional | Buang Pingat Yang Dimenangi Ke Dalam Tong Sampah !!! |  Bukit Jalil : Kecewa, sedih dan marah. Mungkin itu perasaan penyerang Johor Darul Takzim (DT), Norshahrul Idlan Talaha selepas pasukannya hanya bergelar naib juara Piala FA kelmarin. 
Mat Yo Tidak Professional | Buang Pingat Yang Dimenangi Ke Dalam Tong Sampah !!!
Pemain terbaik negara itu antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemuncak kekecewaan pemain dengan gelaran Mat Yo itu terbukti apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan.

Norshahrul juga enggan ditemuramah media selepas perlawanan berkenaan.

Marah, kecewa

Jika dinilai permainan penyerang kebangsaan itu, dia memang berhak untuk berasa marah dan kecewa kerana Johor DT mempunyai keupayaan untuk muncul juara, tetapi Norshahrul tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan.

Namun paling mengecewakan Norshahrul apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.

Bagi penyerang hebat seperti Norshahrul, kilauan trofi sudah tentu menjadi ganjaran paling bermakna dalam karier mereka, tetapi bola sepak bukan setakat kemahiran individu.

Dia memerlukan sokongan rakan sepasukan untuk berfungsi sebagai perancang dan juga penjaring. – Berita Harian
P/S: Alamak Mat Yo rilek laa, lu baru main liga dalam Malaysia, malam tadi waa tengok Sepanyol kalah dengan Brazil pun Fernando Torres x laa perangai macam lu..Tolonglah sikit bukan penyokong Kelantan jea yang meluat dengan kau, Penyokong Johor pun tak leh terima perkara nie..Apa pun x boleh..hehe
Read More

Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati Akibat Skandal Dengan Isteri Orang

Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati Akibat Skandal Dengan Isteri Orang | KUALA TERENGGANU : Gara-gara disyaki mempunyai hubungan dengan isteri orang, seorang penjual sayur berusia 61 tahun cedera parah dilanggar dan dipukul di Kampung Pasir Minal, Kemaman pada Selasa lepas. 
 
Warga Emas Dilanggar & Dipukul Sebelum Mati Akibat Skandal Dengan Isteri Orang
JET ATAS PALE
 
Mangsa meninggal dunia empat hari kemudian, iaitu pada 28 Jun, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata insiden itu berlaku pada kira-kira 5 pagi dan disedari anak saudara mangsa yang terdengar warga emas itu menjerit meminta tolong berhampiran rumah mereka.

Beliau berkata selepas itu, anak saudara mangsa melihat jirannya mengejar warga emas berkenaan dengan motosikal sebelum melanggar serta memukulnya menggunakan topi keledar.

“Anak saudara mangsa yang berusia 22 tahun itu menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa tidak sedarkan diri sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman.

“Akibat pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dikejarkan ke HSNZ, namun meninggal dunia pada kira-kira 11 malam Jumaat lepas,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Manoharan berkata siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati kerana suspek, 43, yang merupakan jiran warga emas berkenaan, mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan dengan isterinya.

Beliau berkata polis berjaya menemui motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek tidak jauh dari tempat kejadian namun bahagian depan kenderaan itu sudah dibakar.

Manoharan berkata selepas kejadian itu, suspek yang tidak bekerja melarikan diri ke Kuala Lumpur bagi menggelak ditahan pihak berkuasa sebelum polis memberkasnya bersama seorang rakan di Hentian Putra pada kira-kira 7 malam, Sabtu.

“Suspek bersembunyi di rumah rakannya yang turut berasal dari Kemaman, namun dengan bantuan teknikal serta unit D9, kita berjaya menahan suspek dan telah dibawa pulang ke IPD Kemaman,” katanya.

Suspek ditahan reman seminggu mulai Sabtu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA
Read More

Kerana iPhone 4S Sanggup Gadis Perempuan Menjadi Habuan Seks | Dunia Akhir Zaman

Kerana iPhone 4S Sanggup Gadis Perempuan Menjadi Habuan Seks | Dunia Akhir Zaman | WarkahDaily : Seorang pelajar wanita di Nanjing, China telah menawarkan kepada seorang lelaki habuan seks sebagai balasan untuk dapatkan sebuah iPhone 4S baru. 
 
Kerana iPhone 4S Sanggup Gadis Perempuan Menjadi Habuan Seks | Dunia Akhir Zaman
 
Berdasarkan pendedahan perbualan yang dibuat, gadis berkenaan telah membuat tawaran pertama melakukan oral seks terhadap seorang lelaki berkenaan sebagai pertukaran untuk sebuah telefon.

Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai ‘lovemelo’ di ‘chatbox’ perbualan mereka itu telah mempelawa lelaki berkenaan dengan berkata, “Sila bawa saya.”

Sambil gadis berkenaan memberitahu lelaki itu, “Selagi anda membasuh kebersihannya dengan betul, ia sanggup lakukannya.”

Namun, lelaki berkenaan telah menolak tawaran gadis itu dan berkata, “Tidak, saya masih tidak suka dengan idea seks oral.”

Merasakan bahawa lelaki berkenaan tidak berminat, gadis yang merupakan seorang pelajar tahun 2 di peringkat ijazah itu telah membuat tawaran melakukan hubungan seks selama lima malam berturut-turut sebagai pertukaran untuk telefon Apple yang berharga kira-kira 4,500 Yuan (RM2,200) di China.

Gadis berkenaan turut menambah bahawa lelaki berkenaan juga akan dapat meluangkan sebulan dengan dia selagi dia membeli beliau barangan ‘Apple’ itu.

“Anda boleh berbuat apa sahaja yang anda mahu. Atau saya boleh menghabiskan sebulan dengan anda.

“Anda boleh berbuat apa sahaja yang anda mahu. Sama seperti anda dapatkan saya barangan Apple itu.”

Menurut akhbar di China, pihak media telah berjaya mengesan gadis berkenaan apabila butiran perbualannya dengan lelaki itu bocor di internet. Hasilnya, mereka menyiarkan nombor telefon mudah alih, gambar, dan butir-butir lain berkaitan gadis berkenaan.

Akibatnya, gadis itu terpaksa menukarkan nama samarannya sebanyak tiga kali dan seolah-olah terperanjat terhadap perhatian media yang diberikan terhadap beliau.

Beliau dilaporkan mengeluh dan menyatakan secara terbuka di internet, “Apa salahnya dengan tawaran saya? Orang lain juga turut membuat pertukaran seks untuk dapatkan barangan berjenama mewah.

“Tapi kenapa hanya memilih (menghentam) saya?.” – Informasi Dot My
Read More

Gambar Seorang Gadis Baring Atas Jalan Untuk Menaiki Bas | Gila Ke Apa ?

Gambar Seorang Gadis  Baring Atas Jalan Untuk Menaiki Bas | Gila Ke Apa ? | Sekeping gambar gadis terbaring di atas jalan raya di hadapan sebuah bas menjadi laporan berita menarik di London pada Jumaat lalu. 
Gambar Seorang Gadis  Baring Atas Jalan Untuk Menaiki Bas | Gila Ke Apa ?
Sanggup Baring Kerana TIdak Dibenarkan Menaiki Bas
Tetapi tahukah anda apakah punca gadis itu bertindak sedemikian?

Menurut laporan Lianhe Wanbao, gadis itu tidak dapat menaiki bas lalu bertindak untuk baring di atas jalan raya hingga dia dibenarkan menaiki bas itu.

Gambar tersebut ditangkap oleh salah seorang pengguna jalan raya yang terserempak semasa kejadian itu berlaku di Torquay.

Menurut The DailyMail, gadis tersebut telah tiba di perhentian bas sejurus selepas bas dua tingkat itu berlepas.

Bas seterusnya dijangka akan tiba dalam tempoh 10 minit.

Bagaimanapun, apa yang dia lakukan adalah dia bertindak untuk mengejar bas tersebut sehingga bas tersebut berhenti di lampu isyarat sebuah persimpangan.

Kemudian dia bertindak untuk berbaring di atas jalan raya di hadapan bas tersebut.

Tindakan provokasi tersebut berlaku selama beberapa minit dan pemandu bas tersebut akhirnya membenarkan gadis itu menaiki bas.

Nampaknya penumpang lain tidak teruja dengan tindakan gadis itu dimana perkara yang sama mungkin akan berulang lagi.
Pihak pengursan bas, Stagecoach berkata pemandu bas tersebut yang menuju ke Newton dari Torquay membenarkan gadis itu menaiki bas bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

“Kami ingin menegaskan bahawa pihak kami hanya akan mengambil penumpang di perhentian bas sahaja atas dasar keselamatan penumpang,” jelas jurucakap Stagecoach.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan berharap supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang. – STOMP
Read More

Mat Bangla Melakukan Seks Oral Dan Mengajak Anaknya Menonton Video Lucah | Isu Warga Asing Berkahwin Dengan Wanita Tempatan

Mat Bangla Melakukan Seks Oral Dan Mengajak Anaknya Menonton Video Lucah | Isu Warga Asing Berkahwin Dengan Wanita Tempatan |  KUALA LUMPUR : Seorang warga Bangladesh yang menyewa sebuah bilik dalam sebuah rumah yang turut disewa seorang janda dan anak lelakinya berusia tujuh tahun sanggup membuat onar dengan mengajak anak mangsa menonton video lucah sebelum melakukan seks oral.

Mat Bangla Melakukan Seks Oral Dan Mengajak Anaknya Menonton Video Lucah | Isu Warga Asing Berkahwin Dengan Wanita Tempatan

Dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Brunei, di sini, kanak-kanak berkenaan diperlakukan sedemikian sejak beberapa bulan lalu sama ada ditinggalkan bersendirian di rumah ketika mangsa keluar bekerja mahupun ketika wanita itu berada di rumah

Menceritakan kembali kejadian itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mariam, 33, berkata dia menyewa rumah berkenaan sejak awal tahun lalu, manakala dua lelaki warga Bangladesh berkenaan menyewa sebuah bilik lain sejak hujung tahun lalu.

Menurutnya, dua lelaki itu sering mengajak anak lelakinya makan bersama dan kadang-kala akan mengajaknya lepak bersama mereka di dalam bilik.
“Saya tidak pernah sangsi dengan kelakuan mereka sehingga kelmarin apabila seorang daripada mereka dengan tiba-tiba mengajak anak saya masuk ke dalam biliknya.

“Akibat risau dengan keselamatan anak, saya bertindak membuka pintu bilik lelaki itu dan terkejut melihat anak sedang menonton video lucah pada telefon bimbit bersama lelaki berkenaan dan berang dengan tindakan itu, saya memarahinya sebelum menarik anak saya masuk ke dalam bilik kami,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu pula terus tidur dan berkelakuan seperti tidak melakukan apa-apa dan selepas disoal, anaknya mengaku sering diajak menonton video lucah bersama.

“Tidak cukup dengan itu, selepas terangsang menonton video lucah, lelaki itu akan memaksa anak saya untuk melakukan seks oral

“Apabila saya menyoal tindakannya itu, lelaki terbabit mengugut saya kembali dengan menyatakan mempunyai ramai kenalan yang bertugas sebagai polis malah tidak takut jika membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.
Akibat risau dengan keselamatan mereka berdua, ibu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
- Informasi Dot My
P/S: Isu Mat Bangla nie, kalau tengok dari entri waa yang lepas-lepas memang selalu waa paparkan. Bukan apa bagi waa laa perkara nie sudah barah dalam masyarakat, bukanlah waa nak tuduh semua Mat Bangla berperangai camnie, tapi yang terkena memang ramailaa. Pihak berwajib harus mengawal perkara ini dari terus berlaku, depa nie perangai memang suka bagi rasuah, tu depa berlagak besar kepala. Bila ditanya lu nie besar kepala kenapa, depa jawab sapa ada duit ini tempat depa pegang..Apa nak dikata..
Kalau kite tengok kat Nilai, bagi waa laa dah macam negara Bangladesh dan Pakistan, mereka nie bussinesman dan duit jangan cerita laa, perempuan melayu yang mata duitan memang jadi mangsa mereka nie laa. Kepada wanita-wanita Melayu berhati-hati dengan cinta Mat Bangla, lebih baik bercinta dengan Mat Jenin macam waa lagi bagus..hehe
Read More

Keputusan Perlawanan Akhir Konfederasi Asia Brazil Vs Sepanyol | Italy Vs Uruguay

Piala Konfederasi 2013 diadakan di Brazil pada tahun 2013 sebagai sebuah permulaan kepada kejohanan Piala Dunia 2014 nanti. Kejohanan ini bermula dari 15 hingga 30 Jun 2013. Brazil adalah juara bertahan. Brazil dapat mempertahankan kejuaraan dengan mengalahkan Sepanyol 3-0 hasil jaringan Fred awal minit ke 2 dan minit 47, gol kedua disempurnakan oleh Neymar dengan cantik sekali,  Sepanyol secara taktikalnya memang hilang punca dan secara keseluruhan memang mengecewakan, Sergio Ramos yang gagal menyempurnakan sepakan penalti memang begitu mengecewakan waa. Fernando Torres dapat jugaklah kasut Emas walaupun jaringan sama dengan Fred 5 gol. Julio Cesar pula dinobatkan penjaga gol terbaik keseluruhan, Neymar dianugerahkan pemain terbaik kejohanan mengatasi Inesta dan Paulinho.

Keputusan Perlawanan Akhir Konfederasi Asia Brazil Vs Sepanyol | Italy Vs Uruguay

Uruguay vs Itali  menentukan tempat keputusan  ketiga dan dimenangi oleh pasukan Italy keputusan ditentukan melalui sepakan penalti setelah terikat dengan keputusan seri 2-2,  waa manyak salutelah sama Buffon penjaga gol otai Italy dapat menyelamatkan 3 sepakan penalti pasukan Uruguay. Pagi nie waa sapu bersih kedua-dua perlawanan nie. Nampak gayanya tubuh waa akan kehilangan oksigen yang begitu dashyat..Tapi ini adalah cara diet yang berkesan memandangkan tubuh waa dah mencecah Obesiti tahap Merah..hehe

Keputusan Perlawanan Akhir Konfederasi Asia Brazil Vs Sepanyol | Italy Vs Uruguay

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.