[ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU |

 [ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU | MANGSA TEMBAKAN ASKAR ANAK KEPADA PEGAWAI "PENGAWAL REPUBLIK"

Ikhwan Muslimin wilayah Kafr Syeikh mengesahkan salah seorang pemuda yang terbunuh di hadapan Bangunan Pengawal Republik kelmarin adalah salah seorang anggota mereka. 

 [ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir  Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU |

 [ Gambar ] Rakyat Mesir Penyokong Dr Morsi Yang Ditembak Oleh Tentera Sekular Mesir  Dikepala | [ MESIR HARI INI ] IN SYA ALLAH SYURGA UNTUK BELIAU |

Saudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh.

Ayah beliau Subhi Al-Haddad merupakan pegawai Unit Pengawal Republik dan merupakan salah seorang pemandu Pejabat Presiden Mesir.

Ketua FJP Baltim, Wafa Hijazi menceritakan detik pembunuhan beliau: "Salah seorang penyokong Mursi telah meletakkan potret Dr.Mursi di pagar berduri di hadapan bangunan tersebut kemudian salah seorang pegawai tentera mengoyakkan gambar. Ini menyebabkan mangsa menghampiri pegawai tentera yang berkawal lalu berlaku pertikaman lidah. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tembakan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian."
Read More

Pelik Tapi Benar | Bayi Lahir Berkaki Kambing, Tiada Tengkuk

Pelik Tapi Benar | Bayi Lahir Berkaki Kambing, Tiada Tengkuk Kejadian aneh apabila bayi lahir dengan kaki kambing dan tiada tengkuk tersiar dari berita terbaru dari Jigawa,utara barat Nigeria di mana seorang wanita didakwa telah melahirkan makhluk bayi tanpa leher jelas dan dengan kaki kambingnya.


Menurut sumber cerita ini, wanita itu dikatakan telah mengeluh nasib beliau kerana ini adalah kali keempat dia melahirkan makhluk aneh seperti itu.

Ini mungkin musim kelahiran pelik dan kejadian yang sangat misteri dan saintifik, kita tidak mempunyai penjelasan bagi kejadian ini.

Hanya Allah SWT yang tahu atas apa yang berlaku dan apa yang dijadikan di dunia ini.[ Paapaada ]
Read More

Pelik Tapi Benar | Budak 4 Tahun Tidak Makan

Pelik Tapi Benar | Budak 4 Tahun Tidak MakanCARLTON - Seorang budak lelaki di Britain, Daniel Harrison, berusia empat tahun trauma untuk mengambil makanan pejal sehingga menyebabkan dia tidak makan selama empat tahun, lapor sebuah akhbar semalam.


GAMBAR menunjukkan tiub dimasukkan ke dalam perut Daniel Harrison.
GAMBAR menunjukkan tiub dimasukkan ke dalam perut Daniel Harrison.

Budak lelaki itu yang menghidap autisme, takut untuk makan atau minum selepas dia diserang sakit gastrik yang teruk semasa masih bayi.

Fobia yang dihidapi oleh Daniel menyebabkan dia terpaksa diberi makanan melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perutnya.

Bagi mendapatkan makanan dan rawatan, Catherine dan Kevin Harrison iaitu ibu bapa kanak-kanak itu terpaksa berulang alik dari sebuah hospital di London yang terletak agak jauh dari kediaman mereka di sini, England. Kos bagi rawatan tersebut juga mahal.

"Berdasarkan sudut perubatan, anak kami boleh mengambil makanan seperti manusia normal, tetapi dia amat takut untuk makan atau minum," kata bapanya.

Setakat ini, pakar-pakar di Britain gagal mengubati ketakutan Daniel untuk makan tetapi ibu bapanya tidak berputus asa dan merancang untuk membawanya ke sebuah klinik pakar di Austria sebagai jalan terakhir untuk merawat anak mereka.

Keluarga tersebut kini gigih untuk mengumpul dana berjumlah £20,000 (RM99,437) bagi tujuan itu.- Agensi
Read More

[ TERKINI DI MESIR 6 JULAI 2013 ] Para Ulamak Al-Azhar Turun Padang Menyatakan Sokongan Bersama Dr.Muhammad Mursi | Apakah Yang Terjadi Di Mesir Sebenarnya ?

[ TERKINI DI MESIR 6 JULAI 2013 ] Para Ulamak Al-Azhar Turun Padang Menyatakan Sokongan Bersama Dr.Muhammad Mursi | Apakah Yang Terjadi Di Mesir ? |  Ulamak Al-Azhar turun padang menyatakan sokongan bersama Dr Morsi dan Syariyyah serta menolak rampasan kuasa yang dilakukan oleh askar.
 
  Pohon doa daripada semua agar Allah SWT memelihara Mesir dan rakyatnya


 Jutaan penyokong Dr.Muhammad Mursi keluar di seluruh cawangan Mesir menyatakan sokongan kepadanya dan Syariyyah.

 Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi


sumber : محمد مرسي رئيساً للجمهورية
Siaran alternatif terkini media Islam ditutup.

Kini sedang berlaku kebangkitan Mesir di seluruh muhafazah :

Iskandariah : 100000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Buhairoh : 10000 orang awam telah keluar untuk menentang perlembagaan baru.

Ismailiyyah : Bantahan tentera bersenjata dan penentangan orang awam.

Beni Suef : Penentangan orang awam terhadap penutupan ibu pejabat muhafazah dengan menggantung gambar Dr. Muhammad Mursi di hadapan bangunan tersebut.


Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Afghanistan sokong Dr.Muhammad Mursi :

Rakyat Afghanistan keluar menyatakan sokongan terhadap Presiden Mesir yang sah Dr.Muhammad Mursi dan syariyyah.

sumber : عاجل | الجزيرة توك



Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Tentera menyekat perarakan penyokong Dr.Muhammad Mursi yang akan menghala ke Medan Tahrir dan sepanjang Qornish Nil.

Perarakan daripada penyokong Dr.Muhammad Mursi cuba untuk menuju ke Medan Tahrir melalui jambatan Qasr Nil.

Walau bagaimanapun, kereta perisai tentera telah menutup pintu masuk jambatan dari arah Medan Opera, lalu mereka menuju ke jambatan 6 Oktober dari azah Zamalek menuju Medan Tahrir.

Ini memaksa kereta perisai tentera dikerahkan ke Qornish Nil berhadapan bangunan Masbero untuk menyekat kemaraan penyokong Dr.Muhammad Mursi untuk masuk ke Medan Tahrir. Maka berlakulah pertempuran diantara penyokong dan anti Mursi serta tentera.

Gambar Kebangkitan Penyokong Dr Morsi

Berlaku perhimpunan di depan kedutaan Mesir di Jordan bagi menyatakan sokongan kepada Dr.Muhammad Mursi dan menolak rampasan kuasa oleh askar. 


 
Apakah Yang Terjadi Di Mesir Sebenarnya?



Mursi adalah satu-satunya Presiden Mesir yang bebas daripada pengaruh dan tekanan kuasa Barat sejak era Republik pada 1952. Muhammad Naguib yang menggulingkan Raja Farouk sebenarnya disokong oleh kuasa Barat. Gamal Nassir yang dianggap lagenda kepimpinan Mesir, ucapannya yang berapi itu ditulis oleh CIA.

Anwar Sadaat yang kelihatan bagaikan wira apabila mengejutkan Israel 1973 sebenarnya melutut kepada Amerika di saat Mesir hampir kepada kemenangan. Hosni Mubarak sepanjang hampir 3 dekad memerintah tidak dapat menyembunyi dan menafikan keterlibatan kuasa Barat dalam pemerintahannya.

Kini jelas apabila Mursi tidak ada sandaran mana-mana kuasa bahkan terang-terangan menyokong Palestine, dia hanya kekal dalam masa setahun. Pada saya nilai pemerintahan Mursi bukan pada panjang pendek waktunya tetapi pada nilai kebebasannya.

Mereka yang menolak Mursi samalah menolak kebebasan Palestine. Sejak Mursi memerintah, pintu ke Gaza sebelah Mesir dibuka dan rakyat Palestin boleh bergerak untuk mendapatkan makanan tapi tindakan ini tidak disenangi oleh Israel dan kaum kerabat Yahudi, tercetuslah usaha mengulingkan Mursi yang bukan sahaja membuka jalan pada rakyat Palestin tapi jugak menegakkan Agama Islam yang hampir hancur di zaman Hosni.

Kebangkitan Islam dimana-mana sahaja di dunia ini akan ditentang habis-habisan bahkan menyanjung pada yang membawa anasir-anasir jahiliah untuk melenyapkan Islam, mendedah aurat, K-Pop dan macam-macam lagi. Sedih dengan berita umat Islam khusus nya di Malaysia ini yang hanya dapat berita dari sumber kaum kuffar yang bersorak setelah kebangkitan Islam di cantas begitu sekali.

Tanggal 3 JULAI 2013 menjadi saksi "PENGKHIANATAN TERBESAR" yang dilakukan oleh Tentera dan penyokong anti-Dr Mursi.

Hari ini (3 Julai 2013), Umat Islam menyaksikan kehancuran sistem Demokrasi!! Dulu mereka berjuang MENDEWAKAN demokrasi, hari ini mereka LANTANG MENUTUP pintu demokrasi,walaupun mereka "berjaya" mengusir Dr Mursi pada hari ini dan meraikannya dengan SORAKAN IBLIS, namun mereka tidak akan pernah berjaya untuk memadam API JIHAD yang menyala-nyala di dada Pejuang Islam!

Mereka bukan sahaja berdepan dengan Ikhwan Muslimin,tapi mereka sebenarnya berdepan dengan Allah dan seluruh tentera-tenteraNYA di langit dan di bumi..Janji Allah itu pasti!! AllahuAkbar!

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi. Maka bersorak gembiralah Amerika, Israel, UAE (Abu Dhabi dan Dubai), rejim Bashar Al-Assad Syria, Syiah, Saudi, Iran, Mubarak dan golongan sekular. Allahurabbi.

Sumber : Ahmad Adam Waqie, Nab Ismail & Chotti Bashar, TintaAsyraf.com
Read More

[Gempar] Disebalik Jatuhnya Kerajaan Islam Dr Morsi Di Mesir | Dalang Dibelakang Adalah Gerakan Syiah Mesir !!!! ( Bukti Bergambar Print Screen FB )

[Gempar] Disebalik Jatuhnya Kerajaan Islam Dr Morsi Di Mesir | Dalang Dibelakang Adalah Gerakan Syiah Mesir !!!! ( Bukti Bergambar Print Screen FB ) | Seperti yg sudah dijangka....antara kumpulan yg diyakini begitu aktif menggerakkan tamrrud...sehingga berjaya menjatuhkan presiden Mesir Dr. Morsi kelmarin adalah gerakan syiah Mesir .....
[Gempar] Disebalik Jatuhnya Kerajaan Islam Dr Morsi Di Mesir | Dalang Dibelakang Adalah Gerakan Syiah Mesir !!!! ( Bukti Bergambar Print Screen FB )

lihatlah pengakuan salah seorang aktivis syiah Mesir bahawa gerakan syiah Mesir lah antara yg telah terlibat dgn begitu aktif dalam menggerakkan kempen Tamarrud Mesir sehingga berjaya menumbangkan kerajaan Dr Morsi baru2 ini..

malah menurutnya pertama kali tercetusnya idea gerakan tamrrud tersebut pun adalah di pejabat bhg kajian & hak asasi manusia...di bangunan MARKAS FATIMIYYAH (syiah) MESIR sendiri...!!

" segala puji bagi Allah..sesungguhnya kami org2 syiah Mesir adalah antara pihak yg paling utama yg telah memberikan sokongan dan bantuan bagi gerakan tamarrud yg bertujuan utk menjatuhkan Morsi...."

dia juga mendakwa semua surat dan bahan2 kajian yg menggerakkan 'tamarrud' masih ada ditangannya..katanya lagi dia sengaja tidak mahu menghebahkan perkara ini...sehinggalah Dr Morsi benar2 telah digulingkan...

lihatlah tuduhan liarnya terhadap Dr Morsi kononnya Dr Morsi terlibat dgn pembunuhan aktivis syiah Hasan Syahanah baru2 ini..iaitu utk menakut2kan gerakan syiah Mesir setelah Morsi menyedari gerakan tersebut..atau mahu membalas dendam..

Read More

Akibat Mencium Hidung Polis Wanita ini Dipenjara | Pelik Tapi Benar

Akibat Mencium Hidung Polis Wanita ini Dipenjara | Pelik Tapi Benar | - Florida : Peggy Hill (62), perempuan asal Florida, Amerika Syarikat, ditangkap kerana tuduhan mencium hidung seorang polis pada Sabtu (29/6/2013) malam. Ia kemudian dipenjara atas tuduhan melakukan kejahatan berupa hubungan fizikal dengan penguatkuasaan undang-undang. 
Akibat Mencium Hidung Polis Wanita ini Dipenjara | Pelik Tapi Benar
Awalnya pihak berkuasa tengah menanggapi laporan atas pertengkaran yang terjadi antara Hill dan salah satu jirannya di Bradenton ketika kes penciuman “paksa” itu terjadi.

Berdasarkan laporan penangkapan pejabat Sheriff Manatee County, yang diperoleh media tempatan The Smoking Gun, Sarjan Randy Lamb sedang berbicara dengan Hill ketika perempuan itu tiba-tiba mencondongkan tubuhnya dan mencium polis itu di hidungnya.

“Hill mendekati polis itu dan mencium hidungnya tanpa izinnya. Polisi itu menjauh dari Hill dan menghapus air liur dari hidungnya, berusaha untuk membawa perempuan itu ke tahanan dan perempuan itu mulai bergumul dengan polis tersebut,” tulis seorang petugas kepolisian dalam sebuah laporan.

Menurut laporan Sun-Sentinel yang dikutip Huffington Post, para petugas mencatat bahawa Hill pada akhirnya mengakui bahawa ia minum kira-kira tiga gelas wain sebelum melakukan tindakan tersebut.
Dari sebuah carian di laman Pejabat Sheriff Manatee County terungkap bahawa Hill masih berstatus tahanan dengan jaminan sebanyak 5,000 dollar AS. – kompas.com
Read More

Meminum Susu Ibu Secara Menyusu Terus | Susu Ibu Jadi Kegilaan Terbaharu Orang Kaya!

Susu Ibu Jadi Kegilaan Terbaharu Orang Kaya! - BEIJING : Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.


Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.

Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.

“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.

Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. – AFP
Read More

From Malaysia We Support Mohammed Morsi | Ustaz Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don )

From Malaysia We Support Mohammed Morsi | Ustaz Don Daniyal Mengutuk Dan Mengecam TV3 Kerana Menggelar Presiden Sah Mesir DR MORSI AL HAFIZ sebagai Diktator ( Print Screen FB Ustaz Don ) | Ustaz Don begitu marah dengan TV3 yang begitu biadap memanggil Dr Morsi sebagai diktator sedangkan beliau menang dalam pilihanraya secara demokratik yang bersih.

 



Ini adalah jasa Dr Morsi di Mesir dan fikirlah secara matang jika kamu mahu menghukum beliau sebagai diktator
Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%.

Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
 
Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
 
Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
 
Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
 
Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
 
Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
 
Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
 
Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
 
Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
 
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
 
Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
 
Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
 
Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
 
Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
 
Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
 
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
 
Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
 
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama. Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
 
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang. Itulah "dosa" insan bernama Morsi. Orang Islam amal sekular ini memang rapat dengan Amerika & Yahudi. Dan mereka tidak pernah akan sokong agenda Islam walaupun mereka kalah dibawah sistem mereka cipta.
Read More

[TERKINI] Berita Yang Menyedihkan Di Mesir | Puluhan Rakyat Mesir Dilaporkan Terkorban Diserang Askar Dan Polis Negara Mesir

[TERKINI] Berita Yang Menyedihkan Di Mesir | Puluhan Rakyat Mesir Yang Menyokong  Dr Morsi Dilaporkan Terkorban Diserang Askar Dan Polis Negara Mesir [sekular] MESIR: Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi.

Puluhan rakyat Mesir dilaporkan terkorban diserang askar dan polis negara itu dalam himpunan dibeberapa buah bandar bagi mempertahan kepimpinan Presiden Morsi


Insiden tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Mesir mengumumkan rampasan kuasa sekaligus menggulingkan Morsi.

Web Ikhwanonline melaporkan di bandar Iskandariah, sekurang-kurangnya 10 terkorban manakala 200 orang cedera ketika ribuan penyokong Morsi berhimpun di Dataran Sidi Bisyr.

Di Asyut pula, dilaporkan dua orang penyokong Morsi terbunuh manakala 500 yang lain cedera selepas ditembak pasukan keselamatan di hadapan Masjid Omar Makram.

Sementara di Aswan, angka kematian tidak dapat dipastikan namun lebih 100 orang cedera dalam himpunan berhampiran dengan Masjid An-Nasr.

Di Matruh pula dilaporkan seramai 10 orang terkorban apabila polis melepaskan tembakan kepada peserta himpunan yang dihadiri ratusan ribu penyokong Mursi.

Sementara itu, beberapa web pro Morsi melaporkan ratusan waran tangkap dikeluarkan oleh pihak tentera bagi menangkap pemimpin dan anggota kumpulan gerakan Islam Ikhwan Muslimin.

Antara yang dilaporkan telah ditangkap termasuk Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi serta Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa'ad Katatni.

Menteri Pertahanan, Jeneral Abdul Fatah al-Sisi dalam kenyataannya awal pagi tadi, Presiden Mesir Dr. Muhammad Morsi telah digulingkan oleh tentera Mesir selepas diberi tempoh selama 48 jam untuk memenuhi tuntutan rakyat.

Mereka telah mengumumkan perlantikan Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara bagi menjalankan urusan negara bagi tempoh peralihan sehingga pilihan raya presiden yang baru.

Morsi tolak rampasan kuasa

Dalam perkembangan berkaitan, Morsi dalam kenyataannya terbaru sejurus pengumuman rampasan kuasa itu menolak tindakan tentera yang membuat rampasan kuasa.

Morsi berkata, beliau masih Presiden Mesir yang sah mengikut saluran demokrasi.

Beliau turut menyeru pasukan keselamatan dan rakyat agar masih berpegang dengan perlembagaan dan tidak patuh kepada rampasan kuasa oleh tentera.

“Bersabarlah kerana kemenangan itu akan tiba, dan Allah telah berfirman ‘adakah kamu rasa kamu akan masuk syurga selagi Allah tidak mengetahui mereka yang berjihad di kalangan kamu dan mereka yang bersabar.” kenyataan Morsi dipetik web ikhwanonline.com. -HD
Read More

Gadis Kecil Ini Dijumpai Hampir Mati Terkunci 2 Tahun Dalam Almari Kerana Dikunci Oleh Ibu Kandung

Gadis Kecil Ini Dijumpai Hampir Mati Terkunci 2 Tahun Dalam Almari Kerana Dikunci Oleh Ibu Kandung | - New York : Seorang gadis cilik dijumpai dalam keadaan hampir mati kerana dikunci ibu kandungnya di dalam peti. Gadis ini dikunci selama kira-kira 2 tahun tanpa diberikan makanan dan minuman. Untuk buang air kecil dan air besar pun ia hanya menggunakan pispot yang terdapat dalam peti.
 
Gadis Kecil Ini Terkunci 2 Tahun Dalam Almari
 
Ny Daily News melaporkan, ketika Georgia dijumpai, keadaanya sudah sangat kritikal. Berat tubuhnya yang saat ini berusia 5 tahun hanya kira-kira 8 kilogram. Ibu dari gadis kecil tersebut mengunci anaknya kerana Georgia yang saat itu berumur 3 tahun, sangat mirip dengan ayahnya.

Ibunya, Asusena Marie Gonzales, saat ini memang tinggal sendiri sebagai single parent. Dia mengaku kesal terhadap anaknya hingga menguncinya dalam peti. “Aku sangat ketakutan ketika tinggal dengan ibu kandungku, dia mengunci saya di dalam peti, dan aku tidak mempunyai makanan atau air atau apa pun untuk makan atau minum,” ungkap Georgia.

Tak hanya kepada Georgia, Marie Gonzales juga berbuat jahat kepada anak-anaknya yang lain. Namun hal terparah hanya dirasakan oleh Georgia. Ketika pihak berkuasa menyelamatkan gadis kecil ini, mereka hanya mencari pispot yang penuh dengan kotoran bersamanya. Georgia juga ditemui dalam keadaan tubuh yang kurus, lekukan tulang-tulangnya hanya dilindungi oleh kulit.

Tahu akan kejadian yang tersebut, Amanda dan Clint Lile datang ke rumah sakit tempat gadis ini dirawat. Mereka merancang untuk menerima pakai Georgia. Nama Georgia sendiri adalah nama baru yang diberikan oleh orang tua angkatnya, Amanda dan Clint Lile, yang sangat menyayangi dia.

“Kami sangat bahagia melihat dia boleh pulih dan sihat seperti anak normal yang lain. Saya benar-benar percaya itu adalah kuasa dan kurnia Tuhan yang memberikan kesempatan agar ia boleh tetap hidup, itu merupakan keajaiban, “ungkap Amanda dan Clint Lile. Sementara itu, ibu kandung Georgia, Marie Gonzales, sedang menjalani masa hukumannya selama 40 tahun dan ia tidak akan dibebaskan dari penjara sebelum tahun 2031. – tempo.com
Read More

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat

Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat | Ipoh : Seorang pelajar tingkatan dua disahkan pekak telinga kirinya akibat ditampar seorang guru wanita selepas mangsa didakwa tidak khusyuk dan mengganggu rakan lain ketika solat berjemaah di surau sekolahnya. 
 
Cikgu Yang Melampau | Pekak Ditampar Cikgu Ketika Solat
 
Kejadian pada Selasa lalu itu menyebabkan mangsa, Nur Alif Suliman, 14, mengalami pendarahan selain gegendang telinganya disahkan berlubang oleh doktor pakar yang merawatnya.

Mangsa yang ditemui di rumahnya di Kampung Bakar Bata, Tambun, di sini, berkata, kejadian berlaku jam 6.30 petang ketika mangsa bersama rakan lain menunaikan solat Asar di surau sekolah.

“Ketika itu saya bersolat di saf belakang. Pada masa sama terdapat beberapa pelajar lain membuat bising dan bermain-main ketika bersembahyang di saf hadapan.

“Tiba-tiba muncul seorang guru wanita dari arah belakang mencubit tubuh saya. Saya memaling muka ke belakang dan guru itu terus menampar telinga kiri saya dengan kuat,” katanya. – Metro
Read More

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Terkini Krisis Di Mesir 4 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera | KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.



Terkini Krisis Di Mesir 7 Julai 2013 | DR Morsi tumbang Secara Tidak Demokratik, Kini Dalam Tahanan Tentera

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara. Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi. Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.

Inilah akhlak Dr Mursi yang dibenci oleh golongan Sekular

MASUK WAKTU :Dr.Mursi melaungkan azan,ketika sedang berucap (Mesir)
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi ( Presiden Mesir ) yang berlangsung di daerah Iskandariah..Ketika sedang berucap dihadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam...para hadirin bersorak kerana kagum dan bersyukur mempunyai pemimpin yang soleh seperti Dr. Mursi ini...


Alangkah indahnya jika semua pemimpin-pemimpin negara Islam berjiwa besar seperti Dr. Mursi ini... Bilakah kita akan melihatnya di tanah air tercinta kita ???Pemimpin yang mementingkan agama lebih dari dunia... yang menghafaz al-Quran.. yang menjaga solat jemaahnya... Yang menjaga solat malamnya... Yang menangis dikamarnya sebelum tidur memikirkan amanah yang terpundak dibahunya... Agama disanjung tinggi.


Dunia akhir zaman yang hak dikatakan batil, dan batil dikatakan hak


Read More

Terkini!!! Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang Sebagai Menjawab Perhimpunan Yang Dilakukan Golongan Sekular Menggulingkan Kerajaan Mursi | Hari ini merupakan detik hitam bagi Umat Islam seluruhnya apabila tumbangnya kerajaan Islam di Mesir ditangan puak sekular kerana Tentera Mesir yang bepaling tadah dan menyokong perjuangan sekular, semoga Allah memberi ketenangan dan mengurniakan kesabaran terhadap ujian yang besar ini. Di Pihak Dr Mursi pula meraka tidak mengiktiraf dan terus berkumpul di Nasr City secara besar-besaran..

Dilaporkan sekarang ini pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain. Semoga Allah melindungi pemimpian dan penyokong Ikhwan di sana

"Presiden baru" sementara Mesir, Adli Mansour yang juga Ketua Hakim mahkamah Tinggi Perlembagaan menyampaikan ucapan sulung sebentar tadi. Beliau akan mengangkat sumpah terdekat di hadapan Anggota-anggota Hakim lain dalam tempoh sementara.

Tapi, adakah penyokong Mursi akan mengiktiraf beliau sebagai "Presiden"? Sedangkan yang dipilih secara sah ialah Mursi.

Adakah bakal berlaku Mesir mempunyai dua orang Presiden? Seorang yang dilantik secara sah dalam pilihanraya dan seorang lagi diangkat oleh tentera?

Semua televisyen dan radio menggelarkan Mursi sebagai "bekas Presiden" sejurus selesai ucapan As-Sisi.

Apapun paling hebat, Pilihanraya Presiden Mesir setahun sekali. Hebat semangat demokrasi mereka.

Gambar Dr Mursi


sang pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.  Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

sang pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka.

Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah. 

Gambar-Gambar Penyokong Ikhwan Muslimin yang tidak berganjak menyatakan sokongan kepada Dr Mursi mereka tidak berhenti solat dan berzikir manakala di pihak sekular mereka meraikan dengan pesta dan bunga api..Ya Allah selamatkan Ikhwan dan pejuang di sana
 
Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Terkini Perkembangan Di Mesir ( Tumbangnya Kerajaan Mursi Kerana Tentera Yang Berpaling Tadah ) | Penyokong Dr Mursi Berhimpun Seramai 8 Juta Orang  Dan Operasi Tangkapan Telah Bermula

Read More

Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam

Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam !! | Dilarikan Perompak Berseluar Dalam - PONTIAN : Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.


Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.

Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.

“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.

“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.

Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera,” katanya. 
 
Jenayah Yang Makin Membimbangkan | Cemas Anak Perempuan Dilarikan Perompak Yang Hanya Berseluar Dalam
 
Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.

Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.

“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.

Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian. – Sinar Harian Online
Read More

Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah Aku Dari Azab Neraka Yang Menggerunkan

Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah aku, Keluarga Ku dan Seluruh Sahabatku Dari Azab Neraka Jahannam- Ameen | Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
 
Jibrail Datang Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW Dan Menceritakan Perihal Neraka Jahannam Yang Menggerunkan | Ya Allah Jauhilah Aku Dari Azab Neraka Yang Menggerunkan
 
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Read More

Tazkirah Bulan Syaaban | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala

Tazkirah Ambang Syabaan | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala | Daripada Ali bin Abi Talib r.a. Rasulullah saw. bersabda : “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu : 
 
  Tazkirah Ambang Ramadhan | 15 Maksiat Yang Akan Menurunkan Bala
 
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang – orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis – artis disanjung – sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan di ubah menjadi makhluk lain “.
 
P/S: Sama-samalah kita ingat mengingati sesama Islam, semoga sedikit perkongsian ini memberi sedikit keinsafan dan mengelakkan kira daripada terkena tempias Bala daripada Allah SWT
Read More

Amaran !!!!! | Jauhi Daripada Memakai Pakaian Seperti Di bawah ( Gambar ) Menjelang Bulan Puasa Yang Mulia Lagi Berkat

Amaran !!!!! | Jauhi Daripada Memakai Pakaian Seperti Di bawah Menjelang Bulan Puasa Yang Mulia Lagi Berkat | Aku harap di dalam bulan puasa nnti tiada kaum hawa yg memakai legging dan skinny jeans khususnya di pasar ramdhan dan tempat tempat terbuka..ingat sbb anda kaum lelaki kehilangan pahala puasa..hehe

tiada kaum hawa yg memakai legging dan skinny jeans khususnya di pasar ramdhan

Fesyen legging dan skinny jeans nie dah merebak ke kampung-kampung dah, kadang tu aku tengok lebih hebat dari Bandar lagi. Kalau x malu dengan sendiri, malu laa sikit dekat family..Apa pun tahun nie aku harap x jumpalah lagi orang yang tidak hormat bulan puasa nie. Wallahualam
Read More

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Pornografi Dengan Tangan Berbalut! | Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Tegas Kepada Malaun nie | Budak 2 ekor nie aku tengok makin hari makin melampau, kalau dah sampai bikin video lucah dan sebarkan di media sosial. PASANGAN Alvin dan Vivian tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka mencetuskan kegemparan apabila menghasilkan video lucah dan menerbitkan banyak klip-klip pendek yang membincangkan topik mengenai seks secara terbuka. 

Vivian sendiri pernah dikecam kerana bergambar dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah serta ‘membaluti’ tubuhnya dengan bendera Barisan Nasional tak lama dulu.
Baru-baru ini Vivian cedera parah dibahagian tangannya kerana disamun dan ditetak seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran rumahnya di pinggir Kuala Lumpur.

Blogger Lucah Alvin Dan Vivian Hasilkan Klip Lucah

Walaupun baru saja keluar dari wad disebabkan kecederaan yang dialaminya, ia tidak menghalang Vivian dan kekasih kesayangannya itu meneruskan ‘hobi’ mereka merakamkan adegan seks untuk tontonan ramai.

Terbaru, dengan tangan yang masih berbalut, Vivian dan Alvin kembali dengan ‘hasil karya’ terbaru mereka!

Nampaknya walau diserang dan disamun, ia tidak pernah ‘menghalang’ atau lebih tepat lagi, memberi pengajaran kepada mereka agar tidak terus melakukan perbuatan mengaibkan sebegitu.

Anda nilai dan tafsirlah sendiri…. – MyNewsHub
Read More

Isu Pembantu Rumah Warga Asing | Warga emas disamun, dibunuh amah Indonesia!!!

Isu Pembantu Rumah Warga Asing | Warga emas disamun, dibunuh amah Indonesia!!! | ALOR SETAR - Seorang warga emas meninggal dunia selepas ditikam dengan gunting dan disamun dipercayai oleh pembantu rumahnya sendiri di Taman Serindit, Jalan Langgar di sini hari ini. 


Mangsa, Che Siah Wan Nik, 75, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya dengan kesan tikaman di rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi daripada jiran mangsa yang mengatakan berlaku kes samun di rumah Che Siah.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, pembantu rumah berasal dari Batam, Indonesia berusia 38 tahun mendakwa majikannya itu dirompak empat lelaki warga Indonesia, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata selepas disoal siasat, polis mengesyaki perbuatan itu dilakukan pembantu rumah itu sendiri dan pemeriksaan di dalam bilik suspek mendapati suspek telah mengemaskan barang-barangnya tapi tidak sempat lari.

"Polis menemui barangan kemas milik mangsa dan wang tunai RM4,000 di dalam beg suspek. Suspek dikatakan bekerja dengan mangsa selama setahun setengah dan pulang ke Indonesia Disember 2012 setelah tempoh bekerjanya tamat, dan baru kembali bekerja semula semalam," kata Adzaman.

Beliau berkata selain mangsa, dua cucu perempuan dan suaminya yang uzur turut berada di dalam rumah itu ketika kejadian.

"Seorang cucu mangsa berusia 21 tahun diikat di dalam bilik lain, manakala seorang lagi cucunya adalah OKU (orang kurang upaya) dan suaminya terlantar kerana uzur, cucu yang OKU pun terlantar juga.

"Cucu mangsa yang diikat itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan menghubungi bapanya yang dipercayai bertugas 'outstation' (luar kawasan)," katanya.

Beliau berkata polis turut menemui sepasang gunting di dalam rumah mangsa yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun dan bunuh itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 302 kanun sama kerana membunuh. - Bernama

Read More

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini | "Banyak perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya. Adakalanya kita pun memijak gambar masjid dan Kaabah yang terdapat pada sejadah secara tidak sengaja yang dihamparkan di masjid serta surau. Berhati-hati apabila melintasi sejadah yang terdapat gambar masjid dan Kaabah. 

Memang Kurang Ajar Gambar Masjid Dipijak | Pihak Berkuasa Sila Ambil Perhatian Perkara Ini


 Kesal gambar masjid dipijak
2 Julai 2013 


BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.

Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam.

Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan martabatnya di bawah tapak kaki.

“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat Islam,” katanya- Sinar
 
Read More

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia | KUALA LUMPUR 2 Julai - Gegaran dirasai di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka berikutan satu gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter di Sumatera Utara, Indonesia pada 3.37 petang ini.

Terkini Gempa Bumi Di Sumatera Turut Dirasai Sebelah Utara Semenanjung Malaysia | Semoga Allah Menjauhi Segala Malapetaka Di bumi Malaysia

Jabatan Meterologi dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 65km Barat Daya dari Lhokseumawe, Indonesia dan 385km Barat Daya dari Balik Pulau, Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikesan.

Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu.

Seorang saksi, Nurul Amarlina Mohamad Adam Yap, 25, berkata beliau terasa pening selama beberapa minit dan tidak menyangka ia adalah kerana gegaran bumi.

"Saya ingat saya yang pening, kemudiannya ramai yang terasa juga dan baru kami sedar berlaku gempa bumi," katanya di sini.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Jalan Perak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima banyak panggilan mengenai gegaran itu dan mengesahkan ianya adalah akibat gempa bumi di Sumatera Utara.

"Bagaimanapun tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan setakat ini bomba tidak menerima sebarang panggilan kecemasan," kata beliau. - BERNAMA

Di Pulau Pinang, lebih 100 orang yang berada di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) keluar dari bangunan itu setelah merasai gegaran bangunan setinggi 65 tingkat itu.

P/s: Dunia sudah sampai kepenghujungnya, manusia yang semakin melupakan Allah. Allah bagi sedikit ujian supaya manusia berfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara dan akhirat lah yang kekal abadi. Kerosakan yang terjadi pada hari ini adalah disebabkan tangan-tangan manusia itu sendiri...Fikir-fikirkahlah...
Read More

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar ) | Kenapa Allah Mengharamkan Babi ?

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar ) | Kenapa Allah Mengharamkan Babi ? |  Babi adalah sejenis haiwan yang diharamkan di dalam Al -Quran, dan pengharamannya adalah dalil Qat'ie yang tidak boleh dipertikaikan dan di gazetkan dalam surah (Al-Baqarah : 173). Gambar babi ini waa ambil kt Facebook kejadian ini berlaku bila tidak laa diberitahu..hehe

Lori Membawa Babi Terbalik, Babi Bergelimpangan Di Atas Lebuhraya ( Gambar )

BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA ( Baca Sampai Habis, Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada 1001 hikmah yang tersembunyi )

gambar babi

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI

Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:

*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel *Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies *Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis *Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis. (http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)

MENGAPA BABI HARAM?

Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115

KEBURUKAN DAGING BABI

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih baik.

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.

Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak. Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!

Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi.

PENGHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas.

Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN

Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60 ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia, ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.

MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?

Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi. Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.

Wallahua’lam.

 Sumber: http://tigosotigo.blogspot.com/

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.