Alvin Dan Vivian Blogger Seks Menyatakan Bahawa Isu Makan ‘bak kut teh’ [Sup BABI] Untuk Berbuka Puasa Adalah Hanya Untuk Melawak

Alvin Dan Vivian Blogger Seks Menyatakan Bahawa Isu Makan ‘bak kut teh’ [Sup BABI] Untuk Berbuka Puasa Adalah Hanya Untuk Melawak | Ini lah makhluk yang tidak pernah belajar untuk menghormati agama Islam, bukan dia nak mintak maaf pun. Bila ditanya wartawan Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…. Alvin dan vivian telah banyak memuatkan adegan seks mereka di dalam blog .
 
Semoga pihak berwajib yang mengaku begitu prihatin terhadap kesucian Islam dan penganutnya, sila ambil tindakan tegas. Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kepada mereka selepas daripada ini.
 
” Saya Hanya Nak Buat Kelakar,” Kata Alvin Tan - PETALING JAYA : Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar ‘Selamat Berbuka Puasa’ di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.
 
gambar Alvin Tan dan Vivian Lee
 
Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.

Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. “Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa.”

Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum. 
 
gambar Alvin Tan dan Vivian Lee Makan Babi
 
Seorang pelawat memberi ulasan: “Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”

Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…”

“Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.

“Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini,” katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.

Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.

Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan. – Mstar.com.my
Read More

Polis Trafik Parah Dipukul Mat Rempit Menggunakan Fork lock | Anak Lelaki Sebak Menceritakan Kepada Wartawan

Polis Trafik Parah Dipukul Mat Rempit Menggunakan Fork lock | Anak Lelaki Sebak Menceritakan Kepada Wartawan | “Ayah hanya bergantung harap pada mesin untuk hidup, jika tidak…”

Kata-kata Mohd Hafiz, 21, tidak dapat diteruskan ketika ditanya keadaan ayahnya, Koperal Mustaghni Tabri, 48, yang terlantar di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Koperal Mustaghni Tabri, 48
Parah Di Pukul Mat Rempit
Di raut wajah anak muda itu dilihat penuh rasa terkilan dengan kejadian yang menimpa ayahnya.

Sambil menyifatkan mat rempit itu kejam, di fikiran Mohd Hafiz didesak dengan satu soalan.

“Mengapa mereka tergamak buat ayah seperti ini? Mereka pukul kepala ayah…mungkin guna fork lock (pengunci motosikal).

“Ayah tidak sedarkan diri. Bernafas pun guna mesin. Ini semua sebab kesan pukulan kuat di kepalanya,” katanya, semalam.

Menceritakan kejadian itu, awalnya, ibu, Norizan Shahidin, 53, enggan menceritakan berita malang itu kepadanya.

Mungkin tidak mahu hatinya risau, namun adiknya, Khairunnissa, 20, menelefonnya dan memaklumkan ayahnya tenat.

“Selepas lima jam baru saya tahu berita ini. Ketika itu ayah sedang nazak, otaknya mengecut dan perlu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh. Kuasa Allah, ayah kembali stabil,” katanya.

Ibunya, tidak henti-henti mengalirkan air mata. Sambil beberapa bacaan surah diperdengarkan kepada ayahnya.

Mustaghni parah dirempuh dan dihentak dengan topi keledar oleh dua mat rempit di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, Mustaghni sedang bertugas dalam operasi cegah lumba haram.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata, gerakan memburu dua lelaki tersebut sedang dijalankan.- Wowberita.
Read More

Badan Dan Kepala Dua Beranak Hancur Berkecai Digilis Lori | Kemalangan Ngeri Warga Emas Dan Anak Lelakinya

Badan Dan Kepala Dua Beranak Hancur Berkecai Digilis Lori | Kemalangan Ngeri | Hasrat seorang warga emas dan anak lelakinya untuk menikmati sarapan pagi di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor, tidak kesampaian apabila maut digilis sebuah lori pasir di Jalan Masjid Negeri, Georgetown, pagi, semalam. 
 
Kemalangan Ngeri
 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Abdul Rahim Ismail, 67, dan anaknya, Noor Rashid Abdul Rahim, 38, dikatakan dalam perjalanan ke Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor untuk bersarapan bersama.

Dipercayai dalam perjalanan itu, motosikal yang ditunggangi hilang kawalan sebelum digilis lori berkenaan.

Difahamkan, Abdul Rahim sebelum itu menjemput Noor Rashid, yang baru selesai bertugas syif malam sebagai pengawal keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Abdul Rahim hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Beliau berkata, sebuah lori yang berada di belakang mangsa tidak sempat mengelak lalu menggilis mereka sehingga topi keledar yang dipakai turut hancur. - Naluri Rakyat

“Kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan teruk, malah kepala serta separuh badan mereka hancur digilis sebuah lori yang membawa muatan pasir.

“Mayat mereka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.
Read More

Apabila Dato K ( Siti Nurhaliza ) Tidak Berbaju Di Tayangkan Di Media Sosial [gambar] | Peminat Kritik Foto Dato K Di Instagram

Apabila Dato K ( Siti Nurhaliza ) Tidak Berbaju Di Tayangkan Di Media Sosial  | Peminat Kritik Foto Dato K Di Instagram |  Beberapa jam lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik sekeping foto suami tercinta menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi, “Dato K is back”. 
 
Datuk K Tidak Berbaju
 
Foto yang menunjukkan Dato Khalid atau lebih mesra disapa sebagai Dato K sedang melakukan senaman dan mendedahkan sedikit bahagian belakang badan suami penyanyi itu bagaimanapun telah mengundang beberapa respon negatif daripada segelintir peminat Datuk Siti dan ada antara mereka menasihati penyanyi tersebut agar menghormati bulan Ramadhan serta tidak memaparkan foto sebegitu menerusi laman Instagramnya.

Peminat Yang mengutuk Siti Dan Dato K di Instagram

Namun begitu, masih ada peminat yang menyokong tindakan Datuk Siti, dan bagi mereka itu hanya foto biasa Dato K serta menyifatkan hanya golongan yang berfikiran sempit sahaja akan memandang foto berkenaan daripada sudut pandangan yang negatif.

Peminat Yang mengutuk Siti Dan Dato K di Instagram

Apa pun respon dan pandangan yang diberikan oleh peminat Datuk Siti, bagi OHBULAN! sendiri, ia terpulang pada setiap individu untuk menilai sesuatu perkara. Jika perkara itu dilihat daripada sudut positif, maka positiflah ia. – Oh! Bulan 
 
P/S: Moral Of The Story untuk cerita di atas, selalu lah pergi gym kalau nak dapat Isteri yang cantik..kikikiki..Malu weih Dato K walau pun dah berusia tapi badan makin maintain dan sihat, kita muda-muda dah buncit..kikiki..Bahan..
Read More

Tazkirah Subuh Ramadhan | [PUASA MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW]

Tazkirah Subuh Ramadhan | [PUASA MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW] | Sahabat yang dihormati Allah, Ramadhan yang kita nanti-nantikan telah tiba untuk sekali lagi kita berada di dalamnya. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya dengan memberi sekali lagi peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Berpuasa adalah aktiviti terpenting dalam bulan ini. Persoalannya bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita telusuri satu persatu. 
 
Banner BUlan Ramadhan
 
Rasulullah s.a.w Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:

Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan. (HR: al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:

Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur. (HR: Muslim)

Rasulullah Menyegerakan Berbuka

Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.

Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ ”
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.

Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.

Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:

Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:

Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.

Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat…” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.

Berbuka Dengan Beberapa Biji Kurma
Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:

Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.

Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

Tidur Qailulah

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ” اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ “
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.

Menjaga Lidah
Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.

Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata “Saya berpuasa”.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.

Memberi Makan Orang Yang Berpuasa


Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya

Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.

Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:

Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim). Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka(riwayat Muslim).

Doa Ketika Berbuka Puasa

Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:

إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم…
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi…

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:

ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى
Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.

Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadat. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.-http://www.harian-metro-online.com.
Read More

Apabila Si Kapir Yang Menyembelih Ayam | Muslim Yang Menjadi Pembelinya

Apabila Si Kapir Yang Menyembelih Ayam | Muslim Yang Menjadi Pembelinya- Penyalahgunaan ‘lesen’ penyembelihan oleh pemborong ayam sekitar Bandar Triang didakwa berjaya mengaburi pengguna Muslim semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Ayam tidak halal

Presiden Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM), Abdul Aziz Ismail berkata, pemborong terbabit menggunakan nama seorang pekerja Muslim yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang penyembelihan untuk meyakinkan pengguna beragama Islam.

Menurutnya, sepanjang tinjauan di pasar borong dan pasar basah sekitar Triang, tiada seorang pun dalam kalangan tukang penyembelihan memiliki Kad Tauliah Sembelihan.

“Hanya ada seorang tukang sembelih Muslim yang hanya memiliki Sijil Penyertaan Kursus Penyembelihan yang diperoleh pada 2008, manakala yang lain adalah pekerja warga asing.

“Mungkin kita tidak akan meragui sekiranya tugas penyembelihan dilakukan individu tersebut, tetapi yang menjadi persoalan siapa yang akan melakukan tugas penyembelihan sekiranya individu itu bercuti atau berehat?” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Triang bersama kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) dan Jabatan Imigresen Temerloh.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi, Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Pahang, Ghazali Khatib Pendek.

Abdul Aziz berkata, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) diharap dapat membantu menyebarkan perkara ini dari semasa ke semasa supaya bukan sahaja pengusaha pasar borong perlu menghantar pekerjanya mengikuti kursus dan ujian tertentu, bahkan pekerja juga wajar mengetahui keperluan perkara ini.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, masalah penghasilan produk halal dapat diatasi dengan baik, malah pengguna Muslim dapat menikmati kehidupan yang lebih berkat," katanya.

Perlu pantau lebih kerap

 Dalam pada itu, Ghazali berkata, bukan sahaja pengusaha mengupah warga asing untuk tugas penyembelihan tetapi turut mempamerkan sijil penyertaan kursus penyembelihan yang pernah dihadiri bekas pekerjanya sekitar 2008.

“Apabila pengguna tengok ada sijil itu, mereka akan beranggapan ayam itu disembelih mengikut syarak. Tetapi pada hakikatnya, sijil itu tidak boleh digunakan untuk meyakinkan pengguna.

“Kalau mereka ada kad tauliah, itu baru betul-betul kita boleh yakin dengan mereka,” katanya.

Menurutnya, pihak Paid, Pejabat Veterinar dan Majlis Daerah Bera (MDB) diharap dapat bekerjasama mengatasi masalah ini.

"Pihak berkenaan perlu melaksanakan pemantauan lebih kerap terutamanya bagi memastikan pengguna Muslim dapat menikmati bahan makanan yang halal," katanya.

Tidak tahu perlu kad tauliah

 Sementara itu, seorang pekerja, Ramli Rahmat, 61 yang berpengalaman lebih 10 tahun bekerja di pasar borong ini mengakui tugas penyembelihan dilakukan sepenuhnya sewaktu dia bekerja.

Katanya, sekiranya dia bercuti, berehat atau solat, tugas itu diambil alih oleh orang lain tetapi tidak pasti siapa yang bertanggungjawab.

“Saya hanya memiliki sijil penyertaan kursus sahaja. Tidak tahu pula kena ada kad tauliah jika nak buat kerja penyembelihan.

“Lagipun, tiada siapa yang memaklumkan perkara ini kepada saya. Bagi saya, ini adalah rezeki yang saya peroleh untuk keluarga.

“Tetapi saya yakin dengan apa yang saya buat adalah mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja warga asing yang ditemui berkata, dia baru sahaja bekerja di pasar borong sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, sebagai seorang Muslim, pengusaha memintanya melakukan kerja itu walaupun tidak memiliki kad tauliah.

“Saya memang tahu syarat penyembelihan, tetapi saya tidak tahu pula bila bekerja di sini memerlukan kad yang diiktiraf,” katanya.- Sinar

P/S: Isu nie sudah lama berlalu, pemantauan oleh pihak berkuasa sekadar lepas batuk di tangga, kenapa perkara ini berlaku. Ini jawapannya, kebanyakan pengeluar ayam di Malaysia ini adalah kamu Cina dan kebanyakannya bukan Islam dan pengeluaran ayam sehari melebihi permintaan dan proses untuk menyembelih mengikut syariat bagi mereka begitu lambat dan merugikan masa. Aku pernah tengok lah ayam tu disembelih oleh pekerja Indonesia yang tidak tahu identiti agama dan belum sempat ayam tu mati dah masuk ke dalam mesin untuk membersihkan bulu. Pendek kata mampusnya ayam tu bukan sebab di sembelih tetapi kerana di pusing di dalam mesin..Tu laa Dunia Akhir Zaman
Read More

Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan | [TAZKIRAH RAMADHAN 1434]

Amalan Nabi Muhammad SAW Ketika Bulan Ramadhan | [TAZKIRAH RAMADHAN 1434H] | Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sbb:

Imej Ramadhan

1. Rasulullah saw selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti solat berjama’ah, solat sunnah, mengeluarkan sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya.Rasululah saw bersabda:
“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan,dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (artinya, engganlah memperbanyak amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt. membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

2. Rasulullah saw melipatgandakan amal perbuatan yang baik, baik yang fardhu maupun yang sunnah. Diriwayatkan oleh Salman, bahwa pada suatu hari di penghujung bulan Sya’ban Rasulullah saw. bersabda;
“Wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; diwajibkan padanya puasa; dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya. Maka barang siapa yang mengerjakan satu kebajikan pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu perintah kewajiban di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah yang wajib,seakan-akan ia mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.”

Begitulah pahala mengerjakan ibadah sunnah sama dengan pahala mengerjakan ibadah wajib, sedangkan ibadah wajib akan dibalas tujuh puluh kali lipat pahalanya.

3. Rasulullah saw sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary ra., bahwa Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Diceritakan bahwa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak rahmat, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahwa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau.

4. Banyak berdo’a, terutama ketika hendak berbuka puasa. Rasulullah saw bersabda:
“Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya keranamu aku berpuasa, dan dengan rezekimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah!!”.

5. Rasulullah saw selalu tadarus (membaca al-Qur’an). Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as. selalu datang menemui Rasulullah saw., dan bersama-sama membaca al-Qur’an, silih berganti. Hikmah tadarus Rasulullah di antaranya adalah untuk mengajarkan umatnya agar rajin membaca al-Qur’an atau tadarus, terutama di bulan suci Ramadhan itu, di setiap waktu, apalagi di malam hari, dan ketika mengerjakan solat malam (tahajjud).

6. Rasulullah saw meningkatkan kesungguhan ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Hal mana dilaksanakan untuk meraih terutama lailatul qadar. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.” Seperti kita ketahui, bahawa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhal (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).

Diriwayatkan: barang siapa yang salat Maghrib dan Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, maka ia telah mendapatkan sebagian besar keutamaan malam Lailatul Qadar itu. Riwayat yang lain mengatakan, “Siapa yang salat Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, seakan-akan ia telah menghidupkan separuh malam tersebut, dan bila ia menunaikan salat Subuhnya, maka ia telah menyempurnakan seluruh malam Lailatur Qadar tersebut.

Itulah beberapa jejak Rasulullah saw pada bulan Ramadhan, yang pada dasarnya Rasululah saw mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh meraih kebaikan-kebaikan yang ada padanya, dengan berbuat keta’atan, kebaikan, ibadah, terutama ibadah-ibadah sosial, seperti menolong orang lain, meringankan beban hidup orang lain, menyantuni anak yatim dan orang-orang yang papa atau memberi makan orang yang akan berbuka puasa. Di samping itu beliau juga mengajarkan umatnya agar menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan munkar, makruh, dan mubah, apalagi yang haram. Bahkan beliau memperingatkan dengan sabdanya:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji atau kotor (seperti berdusta, membicarakan orang lain atau mengadu domba), maka tidak ada artinya puasanya itu, kecuali ia hanya merasakan lapar dan dahaga saja.”

Demikianlah, semoga Allah swt. menerima dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Allah swt. memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. Salawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad saw. Walhamdulillahirabbil’aalamiin. - http://abizakii.wordpress.com

Read More

Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N-01 Kuala Besut [12 Julai 2013] | Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional

Hari Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N-01 Kuala Besut [12 Julai 2013] | Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional | Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Walaupun cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai serta tiupan angin dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

 Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja.
 
Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini.

Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Besut itu turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terenggani, Mohd Abdul Wahid Endut.





Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Gambar Perarakan Calon Pas Dan Barisan Nasional Pilihanraya Kecil Kuala Besut

Read More

Ya Allah, Alvin Dan Vivian Hina Islam Lagi, Langsung Tidak Menghormati Sensiviti Umat Islam Di Bulan Yang Mulia Ini [Gambar] | KDN Sila Ambil Tindakan Segera!!!

Ya Allah, Alvin Dan Vivian Hina Islam Lagi, Langsung Tidak Menghormati Sensiviti Umat Islam Di Bulan Yang Mulia Ini | KDN Sila Ambil Tindakan Segera | Apalah nak jadi dengan rakyat Malaysia 2 ekor ini, mereka langsung tidak menghormati Agama Islam, Mutakhir ini isu-isu sensitif yang melibatkan agama dan budaya terus menjadi-jadi di negara kita. Ini adalah sebahagian daripada fenomena terkini yang dikaitkan dengan kehidupan manusia yang semakin rencam akibat dari arus globalisasi. Sistem pemerintahan demokrasi yang dipraktikkan dikebanyakan negara di dunia yang mengutamakan soal hak asasi manusia serta kebebasan harus dikawal. Ini lah bahan demokrasi yang dilaung-laungkan, hak asasilah konon sampai menghina agama orang lain sedemikian rupa. Jika Saidina Umar Al Khattab masih hidup apakah yang dilakukan beliau terhadap mangkuk 2 ekor ini.

Alvin dan Vivian dulu digemparkan dengan melakukan hubungan Seks dan telah memuatkan video di dalam blog beliau dan terakhir beliau telah merakam adegan seks dalam keadaan tangan yang berbalut ( Klik Di Sini ). Gambar di bawah menunjukkan penghinaan beliau terhadap kesucian bulan ramadhan dengan membuat banner Selamat Berbuka Puasa ( dengan Bak Kut Teh [Sup babi]...wangi, enak, menyelerakan. Dan di bawah gambar sebelah kiri tertera logo Halal.

Gambar Alvin Dan Vivian Menghina Kesucian Bulan Ramadhan

Read More

[Lagi Gambar Kesesatan Syiah!!!] Moga Allah Lindungi Ahlul Bait Daripada Difitnah Dan Diperlakukan Sedemikian Rupa | Kenapakah Syiah Itu Sesat?

Lagi Gambar Kesesatan Syiah!!! | Moga Allah Lindungi Ahlul Bait Daripada Difitnah Dan Diperlakukan Sedemikian Rupa | Malam ini aku nak kongsikan gambar kesesatan Agama Syiah yang begitu menyedihkan, jika Saidina Ali, Hassan, Hussein masih hidup adalah mereka redha dengan kelakuan pengikut Syiah seperti ini. Pasti mereka tidak akan meredhainya..Fikir-fikirkanlah.

gambar kesesatan syiah

gambar kesesatan syiah


gambar kesesatan syiah

gambar kesesatan syiah

gambar kesesatan syiah

Syiah sesat! Selamatkan dirimu

Akhir-akhir ini terdapat kecenderungan sebahagian umat Islam mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)

Risalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat
mengenai fahaman Syi‘ah* supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan
fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit
bahawa fahaman Syi‘ah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

“Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).”

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat pada masa ini. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran.

SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH

Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)

Muzakarah Jawatankuasa FatwaMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan
mengharamkan Syi‘ah;

Selangor:
19 Januari 1998
W.Persekutuan:
3 April 1997

Terengganu:
25 September 1997
P. Pinang:
16 Januari 1997

N.Sembilan:
12 Mac 1998

Kelantan:
September 1987
Rujukan Lanjut:
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/
syiah.html

Lakaran Imam 12 Syi`ah

gambar imam 12 syiah

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Terhadap:
Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.
Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.
Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA
(Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

*Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat
penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La
Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
*Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,
dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua
telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib
al-Ahkam j.1 hal. 374)
*Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak
mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan
kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana
kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang
kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

*Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus
menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah
masalah ke 11 hal. 241)

*Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan
menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (AlIstibsar j. 3 hal. 141)

*Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk,
mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih
menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

*Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia
biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula
bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing
tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi
menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua
laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2
hal.345)

gambar Kaabah Syiah

*Tulisan di atas Kaabah Syiah
‘Ali Jaan’ yang bermaksud
‘Ali Adalah Kesayanganku’

gambar Kaabah Syiah 

Kaabah yang dibangunkan Syiah di Karbala
TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.
* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam
mahdi).

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh
didapati melalui laman web di bawah:
1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
2. http://www.abunaaielah.blogspot.com
3. http://www.tenteradajjal.blogspot.com
4. http://www.hakekat.com
5. http://www.kr-hcy.com/shia
6. http://www.ansar.org/english
7. http://www.alburhan.com/

12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).

Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an,
kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya.

Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. Pengaruh fahaman ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan lain-lain.

ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
AGAMA SYI‘AH- Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada
agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di tangan umat
Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-Jazaairi mengatakan:
“Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal.
30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam
maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

AGAMA ISLAM- Ulama-ulama Islam sepakat kepercayaan bahawa al-Quran telah diselewengkan adakan satu
kekufuran. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang-orang Islam pendapat tentang kufurnya orang yang
mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah alQuran.” (Lam’ah al-I’tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).

AGAMA SYI‘AH- Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan
Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad
Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai bahawa imam-imam itu seperti
nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi,
semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa,
tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa
dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: “Sesungguhnya imam itu mempunyai
kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul”. (AlHukumah al-Islamiah – hal 52)

AGAMA ISLAM- Maksum adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain
dari mereka bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyudah sekalian nabi-nabi. Allah
berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan
penutup Nabi-nabi.” (Al-Ahzab 40)

AGAMA SYI‘AH- Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada’ bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi.
Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada’ ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam kata
lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah jahil atau tidak
mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan
anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam
dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika
beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan
sesuatu seperti mana berlaku kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

AGAMA ISLAM- Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan
kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran alKarim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta
mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.”(Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi
segala sesuatu”.(Al-Talaq 12).

AGAMA SYI‘AH – Taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan
dari ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang pentingnya
taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa yang dikemukakan oleh alKulaini: Abu Umar al-A’jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku “Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan
persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai
Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min
al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada
Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa
menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi
jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM – Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu
syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.”
(Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Sehubungan dengan itu Imam Syafie berkata: “Tidak pernah
aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah .” (Al-Kifayah, hal. 49, asSuyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

AGAMA SYI‘AH – Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat
dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al-Majlisi
mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di
zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu
kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para
sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata
perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-
Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)

AGAMA ISLAM – Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran. Antaranya: “Dan
orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan
“Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan
mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah
100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH – Menghalalkan Nikah Mut’ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam.
Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan
sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang
berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286), Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan
untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayatkan daripada
Muhammad Al-Baqir berkenaan mut’ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak
diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak
menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari
kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu alFaqih jil.3 hal 458)

AGAMA ISLAM – Nikah Mut’ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran di
samping merendahkan martabat wanita serendah-rendahnya. Kerana itu ia telah diharamkan oleh Nabi Muhammad
s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadits-hadits sahih sebelum Baginda wafat melalui
beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w.
melarang nikah mut’ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung.” (Riwayat
Ibn Majah dan al-Nasa’i)
Gambar-Gambar Sekitar Perayaan Kufur Syi`ah Tatkala Menyambut 10 Muharram

BAGAIMANA AJARAN SYIAH DISEBARKAN DALAM MASYARAKAT

1. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta
2. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
3. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam
4. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam
5. Meresapi dalam jemaah-jemaah Islam
6. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan terlibat dalam sistem pendidikan bermula dari pra sekolah.
7. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
8. Bergerak aktif di alam siber dengan menyebarkan
dakyah Syiah dan berdebat di forum-forum sunni

Nota: Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam.

Sumber: http://ohislam.com

Read More

Terkini!!! Di Syria [Makam Khalid al-Walid r.a] Hampir Dimusnahkan Oleh Rejim Yang Kejam | VIDEO DAN GAMBAR

TERKINI: 11/07/2013 MAKAM 'PEDANG ALLAH' & ANAKNYA HAMPIR MUSNAH! | Dendam kesumat pengikut rejim terhadap Khalid al-Walid r.a berlangsung dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini, sebagaimana entri yang lepas ( Klik Di sini ) rejim sedang mengebom makam Khalid al-Walid r.a dan maklumat terbaru makam Khalid al-Walid r.a dan anaknya hampir musnah di bom. Mujahidin berusaha mempertahankan makam Khalid al-Walid r.a sehingga darah dan keringat yang terakhir. Kepada semua Umat Islam perbanyakkan doa, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

HOMES: Imej terbaru yg diterima jelas menunjukkan masjid Khalid al-Walid r.a semakin musnah akibat serangan2 bertalu-talu tentera rejim / sekutunya..ini hanya membenarkan apa yg telah dilaporkan sebelum ini....!

Gambar Makam Khalid al-Walid r.a Di musnahkan oleh Pengikut Syiah

Kita masih belum menerima apa2 berita terakhir tentang keputusan dari perbincangan mujahiden tentang soal keselamatan maqam Sahabat ini,, apakah mujahiden akan memindahkan kedua2 makam manusia istimewa ini ke suatu tempat lain atau pun sebaliknya akan terus dibiarkan di sini dan diserahkan shj kpd Allah yg Maha Tahu dan Maha Berkuasa utk memelihara dan menjaga kemuliaan 'Pedang' NYA...dari dinodai kaum pelaknat rafidhah Hizbola, Iran dll..

Beberapa bulan yang lalu, seorang Jeneral Hizbola pernah menyebutkan bahawa "Kami ada misi...iaitu kami tidak akan berhenti sehingga kami benar-benar berjaya memusnahkan 'orang' yang telah berjuang menentang nenek moyang kami.. "- pihak yg dimaksudnya itu ialah Khalid al-Walid R.A !!

Jika dahulu datuk nenek moyang mereka telah utk membunuhnya ketika beliau masih hidup, kini zuriat dan keturunan mereka pula berazam mahu 'membunuh'nya saat kita sedang 'tidur'...!!

Adakah antara umat Islam yg tidak mengenali siapakah Khalid Ibn Al Walid R.A ??

(Khalid Ibn Al-Waleed R.A .....inilah orangnya yg telah mendapat jolokan Rasulullah saw sendiri sebagai (بسيف الله المسلول) " Pedang Allah yg terhunus "...beliau termasuk antara Sahabat utama Rasulullah saw yang telah berperang menentang dan menghapuskan kaum murtaddin dgn membunuh pemimpin mereka Musailamah al- Kazzab yg mendakwa sebagai Nabi baru..beliaulah juga yg telah berjaya memimpin tentera Islam lebih 100 kali dalam memerangi dan menundukkan musuh2 Islam termasuk Khawarij, Parsi dll...di bawah panji2 Khalifah Abu Bakar R.A dan Umar R.A....Maka amat malang sekali jika ada di kalangan umat ini seolah2 ' tidak merasakan apa2' ketika melihat atau mengetahui makam Sahabat agung Nabi mereka sendiri telah diperlakukan seperti ini oleh kaum zindiq rafidhah di kota ini...)- tranungkite.net

Read More

Biar Gambar Berbicara !! | Suasana Ketika Sembahyang Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ]

Biar Gambar Berbicara [Tangisan Kesedihan Orang Yang Di Zalimi] | Suasana Ketika Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ] | Peristiwa berdarah di Mesir mengingatkan kita perjuangan Rasulullah dan para sahabat di masa lampau, setiap kemanisan kemenangan itu mesti dibayar dengan keringat dan darah, semoga ALLAH memberkati dan memberi Syahid yang abadi kepada pejuang di sana.

Suasana ketika sanak saudara dan sahabat handai sedang solat Jenazah
Suasana ketika sanak saudara dan sahabat handai sedang solat Jenazah
ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA

Kanak-kanak Palestin dari kecil mereka merindui Syahid, ketika kanak-kanak kita asyik bermain mainan Game yang melalaikan mereka bermain mainan Jihad dan merindui mati syahid
Kanak-kanak Palestin dari kecil mereka merindui Syahid, ketika kanak-kanak kita asyik bermain mainan Game yang melalaikan mereka bermain mainan Jihad dan merindui mati syahid

Maksud firman Allah Taala:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.

(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)


Rasulullah SAW bersabda;


Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:


1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.

2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.

3. Dikahwinkan dengan bidadari.

4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).

5. Diselamatkan daripada seksa kubur.

6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.

(Hadith Riwayat Bukhari)


Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:


1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.

2.Dipakaikan dengan pakaian iman.

3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.

4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.

5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).

6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.

7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Sabda Rasulullah Saw:


"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, Mesir
Read More

Ulama Salafi Mesir Ditetak [gambar] Oleh Samseng Sekular Kerana Muka Seperti Dr Morsi | Kekejaman Tentera Di Mesir

Ulama Salafi Mesir Ditetak [gambar] Oleh Samseng Sekular Kerana Muka Seperti Dr Morsi | Kekejaman Tentera Di Mesir | Bapa mertua kepada ulamak Salafi Mesir, Syeikh Abu Ishaq Huwaini (gambar) hari ini terbunuh selepas ditetak di kepala oleh sekumpulan samseng upahan (baltoji) sejurus keluar dari masjid.

Mangsa yang berusia lebih 80 tahun diserang oleh kumpulan samseng "Tamarrud" selepas beliau ditengking dengan berkata "Muka kamu macam Mursi" lalu mangsa dipukul dna ditetak hingga meninggal dunia.

Jenazah beliau akan disembahyangkan di dataran Raba'ah malam ini.


  
9 ORANG DIKEHENDAKI DITUDUH DALANG TRAGEDI BERDARAH "SOLAT SUBUH"

Pejabat Peguam Negara memerintahkan tangkapan 9 orang pemimpin Ikhwan dan kumpulan Islam kerana dituduh bersubahat dan punca berlakunya tragedi berdarah "Solat Subuh" di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu.

Sembilan orang yang dikehendaki itu, mengetuai senarai ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mohammed Bad'ie, Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. 'Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman 'Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), 'Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), 'Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan).

Yang hairannya, yang menembak mereka yang sedang menunaikan solat Subuh ialah polis dan tentera tetapi yang dituduh puncanya ialah Ikhwan dan kumpulan Islam.
Akhukum Abdul Malik 
Read More

Tentera Syiah Mencium Dan Menjilat Kaki Seorang Budak Kerana Mengambil Berkah ( Gambar ) | Syiah Agama Yang Menyedihkan

Tentera Syiah Mencium Dan Menjilat Kaki Seorang Budak Kerana Mengambil Berkah ( Gambar ) | Syiah Agama Yang Menyedihkan | Tentara syi'ah iraq mencium kaki seorang anak penganut syi'ah, setelah anak kecil tersebut melakukan perjalanan jauh bersama orang tuanya menuju makam Husein.dalam rangka peringatan arbain imam Husein.
hal itu di lakukan dengan keyakinan untuk mendapat berkah.di karenakan perjalanan anak tersebut menuju makam Husein

Sungguh sesat perbuatan orang-orang syi'ah.


Dimanakah Akal Mereka? 

gambar kesesatan Syiah
Setelah mengotori diri dengan tanah karbala, 
orang orang syi'ah berjalan merangkak menuju kuburan imam mereka

 Orang-orang Syi'ah Merangkak Menuju Kuburan Imam Mereka 


Orang -orang syi'ah sedang merangkak menuju kuburan serta sujud di kuburan imam mereka
Lihat Videonya di sini:http://www.youtube.com/watch?v=wAduz3l63tw
Read More

Hukum Mandi Dan Berenang Ketika Berpuasa | Tazkirah Ramadhan

Hukum Mandi Dan Berenang Ketika Berpuasa | Tazkirah Ramadhan | ULAMAK BERSELISIH PENDAPAT MENGENAINYA MANDI KETIKA PUASA..

Mengenai mandi sebelum berbuka puasa, hukumnya makruh mengikut mazhab Syafi’ie kerana ia mengembalikan kesegaran pada badan, lalu menghilangkan hikmah puasa iaitu merasai kepayahan menahan lapar kerana Allah. Begitu juga, dimakruhkan orang yang sedang berpuasa berseronok/bersenang dengan perkara-perkara harus seperti mencium bau-bauan harum, kerap masuk bilik air, mendengar bunyi-bunyi yang menyenangkan dan sebagainya kerana ia berlawanan dengan hikmah dan kehendak puasa tersebut.Namun, ramai ulamak menolak alasan tersebut berdalilkan hadis dari beberapa orang sahabat yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim). Menurut mazhab Abu Hanifah; tidak makruh mandi dan menyelimuti badan dengan kain yang basah untuk menyejukkan badan.
 
Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 3.
2. Bidayatul-Mujtahd, Imam Ibnu Ruysd, jil. 1.
3. Rahmatul-Ummah Fi Ikhtilaf al-A,immah, Syeikh Abi Abdillah Muhammad bin Abdirrahman ad-Dimasyqi.
4. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub.
5. Al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 2.
6. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, jil. 1.
7. Panduan Puasa, Us. Ahmad Adnan Fadzil.
 
Gambar  Ayat Surah yang mewajibkan Puasa
 
 Hukum Berenang Ketika Berpuasa
 
 Soalan:
Assalamuaikum. Minta penjelasan berkaitan hukum berenang ketika berpuasa. adakah membatalkan puasa

Jawapan:
Hukumnya berbeza berdasarkan perincian berikut;

1) Orang yang mahir berenang, dan dapat mengawal dirinya ketika berenang daripada masuk air dalam rongganya.
Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa.
Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS.

i- Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab sahihnya “Bab: mandi bagi orang puasa”. yakni: keharusannya.

ii- Beliau menukilkan secara taklik, bahawa Anas bin Malik berkata: “Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa”.
Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa”.
kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya.

iii- Banyak athar2 daripada sahabat dan salaf menunjukkan mereka mandi dan membasahkan badan ketika puasa. Dan hukum berenang sama dengan hukum mandi bagi sesiapa yg mampu mengawal diri.

iv- Dalam Fatwa Lajnah Daemah 10/281: “Harus berenang pada siang Ramadhan, tetapi hendaklah berjaga2 daripada masuk air ke dalam rongganya”.

v- Berkata Syeikh Uthaimin: “Tidak mengapa berenang ketika puasa, menyelam dalam air. Tetapi hendaklah berjaga2 supaya air tidak memasuki ke rongganya sekadar mampu. Aktiviti renang ini menyegarkan badan, dan membantu ketika puasa. Apa2 yang membangkitkan kesegaran dalam melakukan ketaatan, tidaklah dilarang”.

vi- Katanya lagi: “Tidak mengapa bagi org berpuasa menyelam dalam air atau berenang. Kerana ia bukanlah perkara membatalkan puasa. Asalnya adalah halal sehingga ada dalil yg mengharamkannya atau memakruhkannya”.
Majmuk Fatawa Ibn Uthaimeen 19/284-285.

2) Jika dimaklumi bahawa aktiviti berenang menyebabkan akan masuk air dalam rongga, maka TIDAK HARUS BERENANG.

i-Nabi SAW memerintahkan supaya berlebih2an dalam memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhuk, kecuali bagi org berpuasa.
HR Abu Daud (142) dan Tirmizi (788), katanya: Hasan Sahih.

Penjelasan dalil: Kalaulah perkara sunat (berlebih2an dalam memasukkan air dalam hidung) dilarang ketika berpuasa, takut2 air masuk ke dalam rongga, maka perkara harus seperti berenang lebih aula untuk dilarang jika ditakuti masuk air dalam rongga.

ii- Diriwayatkan bahawa al-Hasan dan Sya’bi memakruhkan menyelam dalam air ketika puasa, kerana ditakuti masuk air melalui liang telinga.
(mughni 3/18).

iii- Berkata Azra’ie (tokoh fuqaha syafieyyah): “Kalau diketahui daripada kebiasaannya bahawa air masuk ke dalam rongga jika menyelam, dan tidak boleh berjaga2 dengannya, maka HARAM menyelam”.
(Hasyiyah Bujairimi 2/74).

wallahu a’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.