Norman & Memey, Zul Ariffin Mengucapkan Tahniah Di atas Pernikahan Terbaru Abby Abadi

Reaksi Norman & Memey, Zul Ariffin Tentang Pernikahan Abby Abadi | Pelakon Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya, yang dikenali sebagai Farhan.

gambar  Norman & Memey, Abby Abadi

“Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya,” ujar Memey.

Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey

“Dia hanya beritahu ‘hint’ dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini.”

Sementara itu bekas kekasih Abby, Zul Ariffin terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai penikahan wanita itu.

“Alhamdulillah dan tahniah buatnya. Apa yang boleh saya katakan, saya gembira dengan berita tersebut. Bagus sudah berumah tangga,” ujar Zul ringkas.

Sebelum ini, Zul dan Abby pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun sebelum mereka putus pada 2011. – Media Hiburan

Untuk baca lagi ( Klik )
Read More

Ibu Menjerit Melihat Anak Bongsunya Mati Dalam Keadaan Kebiru-biruan Akibat Terlupa Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta Di Bawah Panas Terik

 Ibu Menjerit Melihat Anak Bongsunya Mati Dalam Keadaan Kebiru-biruan Akibat Terlupa Tinggalkan Anak Di Dalam Kereta Di Bawah Panas Terik | Terbaca berita ini begitu menyedihkan, inilah dugaan yang Allah berikan kepada keluarga ini, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, bersabar terhadap Ujian di bulan yang mulia ini. Ada orang berkata ini adalah silap ibunya, bagi akulah setiap kematian itu ditetapkan sejak Azali lagi dan Allah akan menjadikan sesuatu 'sebab' dan kematian akan berlaku, ibu mana yang sanggup membunuh anak dia..Al -Fatihah

Gambar kematian anak bongsu yang ditinggalkan ibunya di dalam kereta

 Lemas Ditinggal Dalam Myvi Ibu - SUBANG JAYA : Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.

“Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik,” ceritanya. – Kosmo
Read More

Abby Abadi Akui Belum Jumpa Keluarga Noor Farhan Che Bakar, 24 di Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan | Akan Mengadakan Resepsi Perkahwinan Mereka Pada 31 Ogos Depan

Abby Abadi Akui Belum Jumpa Keluarga Noor Farhan Che Bakar, 24 di  Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan | Akan Mengadakan Resepsi Perkahwinan Mereka Pada 31 Ogos Depan |  PETALING JAYA : Setelah lima tahun menjanda, bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi akhirnya bertemu jodoh dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 12 tahun lebih muda daripadanya. 
 
 
Mereka bernikah pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, berkata, dia menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan, 24, adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

“Pertemuan bermula di sebuah pasar raya di mana kami tiba-tiba sahaja bertentang mata.

“Selepas dua minggu berkenalan, dia melamar saya dan kami mengambil keputusan untuk berkahwin.

Abby menyifatkan perkahwinannya dengan Farhan adalah jodoh yang tidak disangka selepas hanya dua minggu berkenalan.

“Apa yang kami lakukan semua ini adalah kerana Allah. Saya tak tahu nak kata apa kerana ini adalah jodoh daripada-Nya. Saya berharap agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami sehingga akhir hayat,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat di sini.

Abby bagaimanapun enggan mendedahkan pekerjaan pemuda tersebut, lokasi pertemuan mereka dan di manakah mereka diijabkabulkan sehinggalah beberapa perkara selesai.

Tambah Abby, dia tahu ada yang akan memberi respons positif dan negatif mengenai perkahwinannya itu, namun dia percaya apa yang dilakukan mereka adalah perkara yang baik dan ia adalah jodoh.

Dalam pada itu, beritahu Abby lagi, Farhan merupakan anak kelahiran Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan dan dia bakal berjumpa dengan keluarga suaminya itu selepas berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut, Terengganu.

“Alhamdulillah, kedua-dua keluarga kami merestui perkahwinan ini walaupun mereka terkejut pada mulanya. Ini pun saya baharu nak berkenalan dengan keluarga suami di Kelantan selepas PRK nanti.

“Saya dapat rasakan perkahwinan ini juga adalah sesuatu yang menenangkan lebih-lebih lagi melihat wajah suami yang sentiasa tenang dalam apa-apa jua situasi,” ujarnya.

Pasangan tersebut bercadang akan mengadakan resepsi perkahwinan mereka pada 31 Ogos depan dan majlis di pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas itu.

Bagaimanapun, lokasi masih belum ditetapkan lagi.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5. – Mstar.com.my
 
Baca lagi [ klik disini ]
Read More

Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya [GAMBAR]

Bahana terlibat dengan kumpulan gengster dan dadah, seorang lelaki menemui ajal yang dahsyat apabila ditembak sebanyak sembilan kali di kepala dan badannya [GAMBAR] | Setiap hari jenayah pembunuhan semakin menjadi-jadi dan begitu membimbangkan, kenapakah perkara ini berlaku?. Minggu ini kita dikejutkan dengan pembunuhan guru di Kelantan dan Kedah dengan Modus Operandi yang sama iaitu tembakan menggunakan senjata api. Kerajaan harus mengambil serius perkara ini dengan memperketatkan kawalan di sempadan kerana senjata api kebanyakan dibawa dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand. Satu lagi isu gengster dan dadah bagi aku sudah mencapai tahap yang begitu kronik di negara kita, kerajaan harus bertindak membendung perkara ini dari terus merebak. Ubah sebelum parah!!!

Dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Gula menghala ke Semanggol di Bagan Serai semalam.


Gambar lelaki yang ditembak di kepala

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang belum diketahui identitinya itu ditemui terbaring di dalam sebuah kereta jenis Proton Waja pada pukul 2.30 pagi.

Difahamkan, pemeriksaan di tempat kejadian menemui tiga kelongsong peluru bersaiz 9 milimeter jenis Luger.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, semakan mendapati kereta tersebut dilaporkan hilang di Puchong, Selangor baru-baru ini.

“Ketika ditemui, mayat mangsa tanpa sebarang dokumen pengenalan diri itu berada dalam keadaan bersandar pada tempat duduk belakang dengan beberapa kesan tembakan di kepala,” katanya.-Utusan
Read More

Abby Abadi Mula Berkempen Bersama Suaminya [FARHAN] di PRK Kuala Besut | Secara Rasmi Bersama Suami Tersayang Di Pentas Ceramah [GAMBAR]

Abby Abadi Mula Berkempen Bersama Suaminya [FARHAN] di PRK Kuala Besut | Secara Rasmi Bersama Suami Tersayang [GAMBAR] di pentas ceramah | Malam di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.

gambar Abby Abadi Dan Suaminya di PRK Kuala Besut.jpg

 Perkahwinan yang menutup segala tomahan dan fitnah yang di alami oleh Abby sejak bergiat aktif dalam pentas politk beliau berkeseorangn selama ini ( Janda ). Sekarang Abby Abadi sudah ada tempat untuk meluahkan perasaan dan tempat bergantung. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat..Ameen

gambar Abby Abadi Dan Suaminya di PRK Kuala Besut.jpg

Dalam PRK Kuala Besut jAbby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

NONEIa dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010.

Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.

gambar Abby Abadi Dan Suaminya di PRK Kuala Besut.jpg

Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

"Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

'Mahu lelong barang lain?'

Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

NONEMajlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70.

Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.
Sumber : Malaysiakini

Untuk Baca Lagi ( Sila Klik )

Read More

Suami Baru Abby Abadi [Farhan] Rupanya Orang Kelantan Dan Merupakan Pembantu Butik Abby

Suami Baru Abby Abadi [Farhan] Rupanya Orang Kelantan Dan Merupakan Pembantu Butik Abby | - Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?
gambar Abby Abadi Dan Suaminya Farhan
Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu. Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut
Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.
gambar farhan suami Abby Abadi

gambar farhan suami Abby Abadi
 Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya. – MyNewsHub

Untuk Membaca Lagi ( Sila Klik )
Read More

Abby Abadi Dah Kahwin Baru [GAMBAR] Sudah 12 Hari Menikah Dan Kenal Selama 2 Minggu , Tahniah Moga Kekal Ke Akhir Hayat

Abby Abadi Dah Kahwin [GAMBAR], Tahniah Moga Kekal Ke Akhir Hayat | Tahniah Abby abadi, aku terlihat cerita ini kat Page JKKK, semoga dengan perkahwinan yang baru ini memberi ketenangan dan kebahagiaan kepada Abby Abadi 

Gambar ini diberi kapsyen:-
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!
Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Abby, semoga berkekalan ke akhir hayat.

gambar- abbyabadi- bersama-suaminya.jpg

gambar- abbyabadi- bersama-suaminya.jpg

Gambar-Suami-Abby-Abad-Farhan.jpg

Gambar-Suami-Abby-Abadi.jpg


Sumber: Facebook  Untuk Baca Lagi ( Sila Klik )
Read More

Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ Kerana Tertekan Dengan Anaknya ? | Mahakamah Tidak Berkompromi Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin!

Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ Kerana Tertekan Dengan Anaknya | Mahakamah Tidak Berkompromi Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin! |     Ibu Bapa Vivian ‘Menghilang’ - JOHOR BAHRU : Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini. 

Gambar-Rumah-Ibu-bapa-vivian-di Desa-Jaya-Johor.jpg

Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu.

Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan.

Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar.

Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci.

Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya.

Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung.

Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog. – Sinar Harian
gambar Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara.jpg

Alvin Dan Vivian Disumbat Ke Penjara – Mahkamah Tolak Ikat Jamin! – Pasangan menghina Islam dalam Facebook, Alvin Tan, 25 dan Vivian Lee, 24 hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan.

Pasangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan juga Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Hakim juga membuat keputusan tidak membenarkan mereka diikat jamin sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Mereka akan dipenjarakan di mana Alvin akan dihantar ke penjara Sungai Buloh, sementara Vivian pula akan dihantar ke penjara Kajang.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Ishak Md Yusoff turut meminta hakim agar ketiga-tiga pertuduhan dibicarakan serentak.

Pihak peguam pembela bagaimanapun memaklumkan bahawa dakwaan Penapisan Filem tidak boleh dibicarakan serentak kerana perkara itu dilakukan pada tarikh berlainan.

Hakim bagaimanapun memutuskan untuk membicarakan ketiga-tiga tuduhan serentak.

Pasangan ‘Alvivi’ itu telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO. – http://www.astroawani.com

Read More

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Di dalam Bilik Asrama Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

Jururawat Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas Di dalam Bilik Asrama Jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | TEMERLOH - Seorang jururawat ditemui mati tergantung pada kipas di dalam biliknya di asrama jururawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC Mohd Zakaria Ahmad berkata polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.40 malam.

"Mayat wanita terbabit yang berusia 25 tahun ditemui penyelia asrama yang bertindak memecahkan pintu bilik yang berkunci dari dalam setelah mendapati mangsa tidak menyahut panggilannya," katanya hari ini. 

Gambar-Jururawat-Yang-bunuh-diri-di Temerloh.jpg

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat hospital berkenaan untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berlaku. Bagaimanapun polis masih menyiasat dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," kata Mohd Zakaria.

Sementara itu seorang lelaki turut ditemui mati tergantung pada pokok rhu dengan tali nilon, kira-kira 50 meter dari pantai Kuala Pahang.

Mayat mangsa ditemui seorang nelayan kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 30 tahun merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki.- Bernama
                                                       
Read More

"Arif" Membuat Panggilan Lucah Kepada Pelakon Dan Pengacara Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33 Dan Beliau Telah Membuat Laporan Kepada Pihak Polis

"Arif" Membuat Panggilan Lucah Kepada Pelakon Dan Pengacara Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33 Dan Beliau Telah Membuat Laporan Kepada Pihak Polis | Pengacara televisyen tidak asing lagi, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. 
 
gambar-Wardina Safiyyah Fadhlullah-buat laporan Polis.jpg
 
Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa.

Menurutnya, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” katanya semalam.www.wowberita.org
Read More

[Terkini] Lagi Guru Maut Ditembak Mati Terkena Tembakan Dikepala Dan Badan Oleh Dua Lelaki Bermotosikal Di Kulim Kedah [GAMBAR]

[Terkini] Guru Maut Ditembak Mati Dua Lelaki Bermotosikal Di Kulim Kedah [GAMBAR] | KULIM, 19 Julai (Bernama) -- Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

gambar-guru-ditembak-di Kulim-Kedah.jpg

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

gambar-guru-ditembak-di Kulim-Kedah.jpg

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.- Bernama
Read More

Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim Nukilkan Puisi Yang Sedih Buat Suaminya | Isu Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah

Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim Nukilkan Puisi Yang Sedih Buat Suaminya | Isu Perkahwinan Kedua Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah |Isteri mana yang tidak remuk hatinya apabila mengetahui sang suami memadukan dirinya. Secekal mana pun hati Dayana, pasti air mata mengalir apabila berita perkahwinan kali kedua suaminya, Ashraf Muslim diketahui menerusi jadual penerbangan ke Bangkok bersama Wan Sakinah.

Terbaru menerusi Facebooknya, Dayana telah pun menukilkan sebuah puisi untuk suaminya. Puisi ini pastinya luahan hati ikhlas Dayana terhadap suaminya dan perkahwinan mereka. 
 
Gambar-Isteri-Ashraf Muslim


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan
 
P/S: Setiap perkara ada seribu hikmah yang tersembunyi, semoga Allah menrungkaikan masalah mereka di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Read More

Akibat Menegur Anak Perempuan Beliau Berposing Seksi!!!, Aaron Aziz Mengamuk Dengan Peminat di Instagram

Akibat Menegur Anak Perempuan Beliau Berposing Seksi!!!, Aaron Aziz Mengamuk Dengan Peminat di Instagram | Jika sebelum ini selebriti seperti Nabila Huda, Nora Danish dan Datuk Siti Nurhaliza pernah dikritik serta dikecam teruk peminat di laman Instagram, kali ini tiba giliran pelakon yang menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana, Aaron Aziz mendapat tempias yang sama. 
gambar-AaronAziz.jpg


Namun, tidak seperti selebriti yang lain, Aaron dilihat lebih senang membalas kritikan tersebut melalui Instagramnya dengan memaki hamun peminat yang mengutuk gambar anaknya yang dikongsikan menerusi laman sosial tersebut.

Menerusi gambar tersebut, peminat menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan. 
gambar-isu-kemarahan-Aaron Aziz-Diinstagram.jpg
Pelakon itu terus membidas kritikan tersebut dengan cara yang agak kasar malah sudah membuang komen-komen yang dilihat mengguris hati pelakon tersebut.

Aaron turut menyuruh mereka yang memberi komen tersebut supaya menyimpan nasihat bodoh mereka itu di dalam jamban.

Marah benar nampaknya abang Aaron kita ni. 
 Sumber:wowberita.org
tulisan-diinstagram-kemarahan- Aaron Aziz.jpg
Mungkin ini adalah caranya untuk melindungi anak-anak serta keluarganya daripada diperkatakan umum.
Read More

Saksikan Penyeksaan Yang Dihadapi Oleh Mustafa Kamal Ataturk Disaat Kematiannya | Peringatan Kepada Penguasa Yang Memisahkan Agama Dalam Pemerintahannya


Saksikan Penyeksaan Yang Dihadapi Oleh Mustafa Kamal Ataturk Disaat Kematiannya | Peringatan Kepada Penguasa Yang Tidak Amanah | Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. 
 
gambar-kamal attarturk-yang zalim
 
kubur-Mustafa Kamal Atarturk
Mayat Terpaksa ditanam di batu Mar-Mar Kerana Mayat Tidak diterima bumi
 Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!- Aku Islam.com

gambar-Mustafa Kamal Atarturk
Kolonel Mustafa Kamal (4 dari kiri) bersama pegai-pegawai kumpulan Anafarta, semasa
mengetuai kumpulan itu pada Ogos 1915 di Gallipoli.




  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
  • - See more at: http://waazin.blogspot.com/2013/03/hinanya-kematian-mustafa-kamal-ataturk.html#sthash.qPWUJH9r.dpuf
    Read More

    Kerana Hutang RM 50 Ringgit, Abang Menikam Dada Dan Peha Kiri Adiknya Sendiri Sehingga Mati

    Kerana Hutang RM 50  Ringgit, Abang Menikam Dada Dan Peha Kiri Adiknya Sendiri Sehingga Mati | Gara-gara tidak tahan dengan desakan si abang yang menuntut hutang, seorang adik yang dipercayai terlalu marah bertindak menikam mati saudara kandungnya itu dalam kejadian di Taman Dato Harun, Petaling Jaya kelmarin.

    Kejadian itu berlaku pada pukul 6 petang semasa dua beradik itu berada di tingkat atas rumah teres itu manakala ibu bapa mereka berada di ruang tamu rumah. 
     
    Gambar-Kes-Bunuh.jpg
     
    Difahamkan sebelum tercetus tragedi berdarah itu, kedua-dua beradik terbabit berperang mulut kerana isu hutang RM50.

    Mangsa, Kamarul Azhar Nazi, 28, mendesak adiknya yang berusia 21 tahun supaya membayar semula hutang sebanyak RM50.

    Tidak tahan dengan desakan si abang, si adik yang terlalu marah mengeluarkan pisau dan menikam dada dan paha kiri mangsa.

    Kamarul yang cedera parah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam menerima rawatan.
    Read More

    PRK Kuala Besut | Ngeri! Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Selepas Motor Beliau Dirempuh Kereta

    PRK Kuala Besut | Ngeri! Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Selepas Motor Beliau Dirempuh Kereta | Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

    Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

    Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

    Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

    Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh. “Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh,” katanya.

    gambar-Kemalangan-Ngeri-Di PRK Kuala Besut.jpg

    gambar-Kemalangan-Ngeri-Di PRK Kuala Besut.jpg

    gambar-Kemalangan-Ngeri-Di PRK Kuala Besut.jpg

    Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

    Mencerita saat beliau menghampiri mangsa, Zainalabidin berkata beliau terdengar mangsa merintih “Apa dosa saya? Kenapa dia langgar saya?”.

    Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

    Keadaannya kini dilaporkan stabil.

    Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

    Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan.www.Terengganu Today.com
    Read More

    [Terkini 18 Julai 2013], Pasangan Kontroversi Alvin Dan Vivian Akan Didakwa Hari ini Di Mahkamah Seksyen Jalan Duta

    Terkini 18 Julai 2013, Pasangan Kontroversi Alvin Dan Vivian Akan Didakwa Hari ini Di Mahkamah Seksyen Jalan Duta | Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta esok, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah. 

    Gambar-Alvin-Vivian-Dakwa- Mahkamah.jpg

    Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.

    Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.

    "Melalui pesanan ringkas yang dikirim oleh peguam, pasangan itu akan serah diri di Bukit Aman dan kita juga panggil mereka untuk ke IPD Dang Wangi namun sehingga petang ini mereka tidak muncul," kata sumber itu.

    Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.

    Kelmarin, Tan dan Lee memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

    Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata polis Kuala Lumpur membuka kertas siasatan terhadap pasangan itu mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan. - Bernama, 17 Julai, 2013.
    Read More

    [Terkini] Isu Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka.

    Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka | Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan. 
     
    Ng Mun Tatt, 21,
     
    Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis.

    "Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini.

    "Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam, memberitahu pemberita di Bukit Aman bahawa kes Ng mungkin tercetus akibat kontroversi pasangan lucah itu.

    Bercakap di sidang akhbar itu, Ng berkata, pengalaman pahitnya bermula apabila beliau sedang minum bersama teman wanitanya, Rachel Leong, 16, dan seorang lagi rakan di Seksyen 25, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin.

    "Dua lelaki menghampiri saya. Seorang berbisik di telinga saya bertanya adakah saya `Ah Kiong', sementara seorang lagi memberitahu rakan dan teman wanita saya supaya senyap di kerusi masing-masing.

    "Tanpa menunggu jawapan saya, lelaki itu menarik kemeja T saya dan mengheret saya ke sebuah kereta yang sedang menunggu," katanya.

    Katanya, ada empat lelaki dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu itu. Ng mendakwa dia dipukul, ditutup mata dan dibawa ke sebuah pangsapuri.

    "Saya tidak tahu saya dibawa ke mana. Mereka mengambil kad ATM saya dan meminta number PIN," katanya dan menambah bahawa mereka terus memukulnya hingga tidak dapat mengingati number PIN itu.

    "Mereka juga menghubungi abang ipar saya meminta RM5,000 untuk pembebasan saya," katanya.

    Ng berkata, beliau kemudian dibawa ke sebuah estet sebelum dibogelkan dan mereka menulis perkataan di tubuhnya serta memaksanya menghidu gam.

    "Lelaki itu beritahu saya mereka tulis perkataan itu di badan saya saya supaya orang awam akan pukul saya jika cuba hendak melarikan diri," katanya.

    "Saya khayal disebabkan hidu gam, tetapi tidak beberapa lama kemudian saya tersedar apabila mendengar bunyi bising. Saya menanggalkan kain penutup mata dan nampak tujuh lelaki yang sedang khayal. Hari juga sudah terang jadi saya melarikan diri.

    "Saya mendapati saya berada di lebuh raya DUKE dan ada penunggang motosikal membantu saya menghubungi polis.

    "Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa kes saya tidak ada kena mengena dengan blogger seks itu seperti yang dilaporkan media hari ini," katanya.

    Katanya, beliau tidak pernah mendengar nama pasangan itu sehingga semalam dan menambah dalam tempoh dua bulan terakhir ini, beliau bekerja di kedai telefon bimbit di Johor sebelum kembali ke Shah Alam untuk menetap bersama kakaknya.

    Ng, yang kini tidak bekerja kelihatan masih berada dalam keadaan terkejut dan lemah ketika bercakap dengan pemberita awal hari ini.

    Mengenai gambarnya yang kini tersebar, beliau berkata:"Saya tidak tahu siapa mengambilnya, tetapi saya berada di balai polis ketika itu," katanya dan menambah tidak tahu di balai mana.

    "Polis belum mengambil kenyataan saya lagi tetapi saya diberitahu untuk hadir ke balai polis Seksyen 9 untuk kawad cam," katanya.

    Sementara itu, abang ipar Ng, Mak Wui Weng, 28, berkata penculik terbabit menghubunginya kira-kira jam 5 pagi dan meminta beliau memasukkan wang RM5,000.

    Mak berkata, beliau hanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 dan memberitahu mereka perlu membawa Ng bertemunya, jika mahu baki wang berkenaan.

    P/S: Jika benar apa yang diperkatakan, memang sial lah siapa yang buat nie, adakah Islam mengajar supaya melakukan hukuman tanpa di bicarakan terlebih dahulu. Perangai samseng ini adalah perangai orang Yahudi Dan Jahiliyyah. Ini lah akibat dari perkataan rasis dari ahli politik dan media massa utama dan akibatnya terjadilah seperti sekarang..Fikir2kan lah
    Read More

    Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher [gambar]

    Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher | Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.

    Kejam Dan Tidak Berperikemanusiaan | Bayi Baru Lahir Dibuang Tempat Pembuangan Sampah Dengan Kesan Kelar Dileher

    Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

    “Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.

    “Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

    Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

    Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi. - DM
    Read More

    Ibu Simpan ‘Anak Ikan’ Di Presint 9 Putrajaya, Anak Sendiri Yang Buat Aduan Kerana Tidak Mahu Bersubahat | Dunia Akhir Zaman

    Ibu Simpan ‘Anak Ikan’ Di Presint 9 Putrajaya, Anak Sendiri Yang Buat Aduan Kerana Tidak Mahu Bersubahat | Dunia Akhir Zaman | - PUTRAJAYA : Seorang ibu tunggal dicekup bersama lelaki muda atau ‘anak ikan’ belaannya di sebuah rumah di Presint 9, di sini awal pagi kelmarin selepas diserbu penguat kuasa agama yang bertindak atas aduan anak wanita itu sendiri.

    Ibu Simpan ‘Anak Ikan’ Di Presint 9 Putrajaya
     
    Serbuan dilakukan pada jam 2.50 pagi oleh sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya hasil maklumat anak wanita itu mengenai ibunya berusia 40-an yang sering membawa balik teman lelakinya berusia 20-an dan tidur bersama sejak beberapa bulan lalu.

    Sumber berkata, pasangan berkenaan sebelum ini bijak menyembunyikan perbuatan terkutuk mereka kerana rumah itu turut dihuni anak perempuan terbabit yang berusia 20 tahun serta dua anak lelaki belasan tahun.

    Menurutnya, mungkin meluat dan tidak mahu bersubahat dengan sikap ibunya yang bergelumang dosa, anak perempuan itu sendiri yang membuat laporan supaya ibunya ditahan.

    “Ketika serbuan wanita itu membuka pintu rumah dan membenarkan penguat kuasa masuk seolah-olah tidak melakukan sebarang kesalahan. “Dia cuba menipu penguat kuasa dengan memberitahu mendakwa teman lelakinya yang ketika itu sudah berpakaian lengkap adalah saudara terdekat yang menumpang buat sementara sebelum memperoleh pekerjaan tetap,” katanya.

    Bagaimanapun, penguat kuasa Jawi yang curiga dengan penjelasan wanita terbabit menyoal anak perempuannya dan ketika itulah rahsia jijiknya terbongkar. “Anak perempuan wanita itu memberitahu sebelum serbuan dilakukan lelaki terbabit tidur di bilik ibunya dan mereka sudah melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu. “Kata gadis itu, dia sudah berbuih mulut menasihati ibunya supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak dipedulikan, menyebabkan dia nekad membuat laporan kepada kami,” katanya.

    Sumber itu berkata, mendengarkan kata-kata anak gadisnya wanita terbabit cuba berdalih dan mendapat simpati dengan memberitahu dia bakal mengahwini teman lelakinya dan lelaki itu juga memberi kenyataan serupa dengan pengakuan mereka merancang berkahwin dalam masa terdekat.

    Bagaimanapun, alasan itu gagal mengelakkan mereka ditahan dan ketika disoal siasat wanita terbabit memberitahu dia menjalinkan hubungan intim dengan teman lelakinya selepas berkenalan melalui laman sembang di Internet.

    “Wanita itu juga memberitahu sudah bercerai dengan suami, tetapi gagal menunjukkan dokumen perceraian apabila diminta penguat kuasa,” kata sumber itu.

    Menurutnya, pasangan terbabit kemudian dibawa ke pejabat Jawi Putrajaya untuk diambil keterangan lanjur sebelum dibebaskan dengan jaminan.

    Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b), Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000, jika didapati bersalah.

    Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Rohaizan Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan didakwa di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat. – paapaada.blogspot
    Read More

    Kurang Ajar Ramadhan Dicemari Dengan Mini Konsert | Tarian Gelek Waktu Terawih

    Ramadhan Dicemari Dengan Mini Konsert |  Tarian Gelek Waktu Terawih di Seksyen 31, di Shah Alam | Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di Shah Alam, malam kelmarin. 
     
    gambar tarian gelek di Seksyen 31, di Shah Alam
     
    Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

    Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.

    Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas. 
     
    gambar tarian gelek di Seksyen 31, di Shah Alam
     
    Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan.-Metro
    Read More

    Pulak Dah !!! Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia

    KUALA LUMPUR - Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

    Bak Kut Teh Halal di Karnival Makanan 1Malaysia

    Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

    "Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengenalan bak kut teh halal kepada para pengunjung Karnival Makanan Malaysia 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kelmarin.

    Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh.

    Menurut Chef Eksekutif Hotel Marriot, Zaffar Abdul Samad, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.- Utusan
    Read More

    [Video Terkini] Pendedahan Oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli Menyatakan Di Parlimen Pegawai Tertinggi (SPR) Memberikan Kontrak Dakwat Kekal Kepada Kawan Karib Secara Rundingan Terus

    [Video Terkini] Pendedahan Oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli Menyatakan Di Parlimen Pegawai Tertinggi  (SPR) Memberikan Kontrak Dakwat Kekal Kepada Kawan Karib | Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan pembekal dakwat kekal di Dewan Rakyat dengan menyatakan individu itu "rakan rapat" pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mendakwa kontrak berkenaandiberikan secara rundingan terus. 



    "Kontrak dakwat kekal ini diraih oleh seorang pakar rundingan terus bernama Mohd Salleh Md Ali, nombor kad pengenalan 671112665021 (IC asal dari Singapura).

    "Dikhabarkan pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya," katanya di Dewan Rakyat.

    Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu selepas ia mudah ditanggalkan walaupun hanya dengan membasuhnya.

    SPR yang didesak mendedahkan pembekal dakwat itu berkeras enggan berbuat demikian atas alasa "isu keselamatan".

    Rafizi berkata, Mohd Salleh memiliki tiga syarikat yang mendapat banyak kontrak kerajaan secara rundingan terus, antaranya Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang didakwa membekal dakwat pada pilihan raya 5 Mei lalu.

    "Ada tiga syarikat yang dikawal oleh niagawan bernama Mohd Salleh termasuklah satu syarikat bernama Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

    "Daripada syarikat ini, ada dua lagi syarikat yang masuk menerusi rundingan terus yang dikawal oleh Md Salleh menggunakan nama kerani syarikatnya, Norsiah Yusof.

    "Beliau adalah ahli pengarah dalam syarikat yang dikawal Mohd Salleh," katanya ketika perbahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

    Rafizi mencabar kerajaan untuk memberi penjelasan dan tidak hanya berdiam diri kerana perkara itu boleh mendorong kepada tanggapan buruk terhadap pengendali pilihan raya.

    Beliau juga meminta menteri berkaitan mengesahkan pendedahannya mengenai pembekal dakwat kekal itu pada sesi penggulungan.

    "Sebab itu dulu saya minta SPR dedahkan sebelum kita yang dedahkan. Ini kerana ia akan datangkan pelbagai persepsi tidak baik. Bukankah lebih baik beritahu awal-awal," katanya.

    Semalam, Pakatan Rakyat (PR) mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan.

    Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertegas SPR tidak bercadang untuk mendedahkan syarikat pembekal dakwat kekal. -TMI

    Read More

    Pasangan Hidup Seperti Pontianak, Minum Darah Masing-Masing | Lebih Bertenaga Lepas Hisap Darah

    Pasangan Hidup Seperti Pontianak, Minum Darah Masing-Masing | Lebih Bertenaga Lepas Hisap Darah | - Pittsburg : Ramai pasangan yang mempunyai tradisi mingguan, tetapi kebanyakannya tidak seaneh yang dikongsi oleh Lia Benninghoff dan Aro Draven.

    gambar Pasangan Hidup Seperti Pontianak, Minum Darah Masing-Masing | Lebih Bertenaga Lepas Hisap Darah
     
    Mereka yang menjalani kehidupan seperti pontianak, meminum darah masing-masing seminggu sekali.

    Lia, 20, bertemu Draven, 38, di laman web mencari jodoh Februari lalu. Kedua-duanya sukakan gaya kehidupan ‘gothic’ dan Draven mahukan hubungan yang lebih intim.

    “Apabila dia menjelaskan bahawa perkongsian darah akan menjadikan kami lebih rapat, saya meminta dia untuk mencuba menghisap darah saya,” kata Lia.

    “Draven menghiris anggota tubuhnya dengan pisau cukur dan menawarkan saya darahnya. Saya kemudian menghiris anggota tubuh saya dan dia menghisap darah saya.

    “Saya merasakan lebih bertenaga apabila darahnya meresapi tubuh saya. Ia pengalaman magis lebih intim daripada seks.”

    Pasangan itu merancang untuk berkahwin pada hari Halloween depan.

    Tetapi, mereka belum memberitahu ibu bapa Lia bahawa mereka sudah bertukar menjadi pontianak.

    “Ibu bapa saya sangat gembira dengan hubungan saya bersama Draven, tetapi mereka tidak tahu kami pontianak dan Draven yang mengubah saya,” katanya.

    Bagaimanapun, bukan mereka saja yang menjalani kehidupan seperti itu.

    Julia Caples, 45, juga adalah pontianak dari Wilkes, Barre, Pennsylvania yang menghisap hampir dua liter darah setiap bulan.

    Dia menghisap darah penderma yang ditemuinya ketika sesi perjumpaan ghaib atau pengunjung kedai pelik yang dibukanya dekat kediamannya.

    “Ketika saya berikan darah untuk dihisap dan turut menghisap darah mereka, saya rasa lebih kuat dan lebih sihat,” katanya.

    “Secara santifik, tiada khasiat yang banyak dalam darah, tetapi mungkin terdapat beberapa nilai berharga yang kita belum temui lagi.” – Agensi
    Read More

    [Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP.

    [Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP. | Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin mendakwa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah tajaan DAP. 
    gambar  Datuk Seri Bung Mokthar Radin
    Tindakan Bung Mokthar itu membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat DAP sehingga mencetuskan kekecohan.

    Bung Mokthar dalam ucapan perbahasannya meminta kerajaan menahan dan menghukum pasangan terbabit kerana menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

    “Mereka perlu didakwa dan ditangkap serta merta, jangan dibebaskan, penjarakan.

    “Saya rasa gejala ini berlaku selepas PRU13, mungkin ini semua tajaan DAP,” katanya.

    Kenyataannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantahan dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Anthony Loke (DAP-Seremban), Nga Kor Ming (DAP-Taiping).

    “Ini fitnah. Tarik balik. Tarik balik kenyataan,” tegas Kor Ming.

    Teresa Kok (DAP-Seputeh) bangkit membacakan peraturan mesyuarat berbunyi seseorang ahli tidak boleh membuat sangkaan buruk keatas ahli lain. “Apa yang dikatakan itu memang sangkaan jahat,” katanya.

    Bung Mokhtar bagaimanapun hanya ketawa apabila melihat respon wakil rakyat pembangkang itu.

    “Bukan saya tuduh seseorang sahaja, saya sebut secara menyeluruh.

    “Saya kata mungkin. Bukan tuduhan,” katanya sambil ketawa.
    P/S: Kenapa isu ini kita nak salahkan pihak lain, dulu isu ayam naik menteri  kata makan Ikan, bijak ke seorang Menteri cakap camnie. Sekarang isu lucah nak salahkan DAP. Aku bukanlah pengikut DAP tetapi kita kena faham isu  [Isu Alvin Tan dan Vivian Lee] ini dah lama tapi dibiarkan macam tu jea..Kalau korang tengok entri aku yang lepas lama dah aku main isu mangkuk ini. Tetapi kenapa sudah jadi barah baru nak ambil tindakan, pastu nak salahkan orang lain lak dalam isu ini..Politik matang, Politik baru pilihan orang muda zaman sekarang dan zaman politik 60-an sudah tidak sesuai...sekian
    Read More

    Ujikaji Menghasilkan Mercun Membawa Padah, Tangan Hancur Angkara Mercun [GAMBAR]

    Ujikaji Menghasilkan Mercun Membawa Padah, Tangan Hancur Angkara Mercun |  KOTA BHARU : Keghairahan seorang lelaki untuk menghasilkan mercun dengan menyumbat belerang daripada pelbagai jenis mercun ke dalam batang besi payung hampir menyebabkan tangan kirinya kudung apabila bahan ‘uji kajinya’ itu meletup ketika berada dalam genggamannya. 
     
    Ujikaji Menghasilkan Mercun Membawa Padah, Tangan Hancur Angkara Mercun
     
    Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4 petang Sabtu lalu itu menyebabkan mangsa, Ahmad Fuad Jaafar, 27, terputus jari tengah dan jari manis, manakala tapak tangannya turut terkoyak.

    Mangsa yang berasal dari Kampung Telok Kandis dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII) di sini menggunakan ambulans untuk menerima rawatan kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian ekoran kecederaan parah yang dialaminya.

    Menurut sumber, mangsa tersebut menceritakan kepada pasukan perubatan yang merawatnya bahawa kejadian itu berlaku ekoran belerang yang disumbat di dalam batang payung itu tiba-tiba meletup.

    “Menurut mangsa, dia mengumpul belerang yang banyak di dalam batang besi itu dan ketika sedang memampatkannya, ia tiba-tiba meletup sehingga terkena tangannya,” cerita sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam. – Kosmo
    Read More

    Di Belasah Suami Kerana Membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya | Suami Dayus

    Di Belasah Suami Kerana Membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya | Suami Dayus | KLANG - Berang dengan tindakan isteri membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya, seorang lelaki sanggup membelasah isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Telok Gadong, di sini, Khamis lalu. 
     
    Di Belasah Suami Kerana Membaca SMS berbaur cinta dalam telefon bimbitnya | Suami Dayus
    gambar hiasan
    Wanita itu dikatakan mengalami kecederaan pada bahu, lengan dan belakang badan akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba ‘naik angin’ selepas dipersoal mengenai pengirim SMS yang juga seorang wanita jam 2.15 petang.

    Menurut sumber, pada mulanya mangsa yang berusia 19 tahun hanya memeriksa telefon bimbit lelaki yang dikahwininya sejak beberapa bulan lalu itu secara suka-suka ketika suaminya sedang mandi.

    “Sewaktu membelek telefon bimbit suaminya itu dan secara kebetulan satu SMS dihantar ke telefon bimbit suaminya itu. Tanpa curiga, dia terus membaca kandungan SMS itu dan terkejut apabila mendapati SMS itu mengandungi kata-kata cinta kepada suaminya.

    “Mangsa kemudian terus membaca semua SMS diterima dari nombor itu sebelum bertanyakan suaminya mengenai perkara itu untuk mendapatkan kepastian,” katanya.

    Sumber berkata, selepas mendapati isterinya memeriksa telefon bimbit miliknya tanpa pengetahuannya, suaminya terus berang dan menengking wanita terbabit sehingga berlaku pertikaman lidah.

    Katanya, mangsa tetap mendesak agar suaminya mengaku menjalin hubungan sulit dengan pengirim SMS berkenaan.

    “Hilang sabar dengan desakan itu, mangsa dipukul di badan dan tangan sehingga lebam,” katanya.

    “Selepas melihat mangsa menangis teresak-esak, suaminya terus keluar dari rumah,” katanya.

    Beliau berkata, mangsa kemudian datang ke Balai Polis Klang, membuat laporan polis.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -MD
    Read More
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Makhluk Allah Bertandang

    Search This Blog

    Sembang Minggu ini ( Tersohor )

    ENTRI TERBAIK

    Google+ Followers

    Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered by Blogger.