[JAWI] Telah Menahan Kakitangan Awam Kerana Bersekedudukan Dengan Teman Wanitanya Yang Hamil Di Precint 9, Putrajaya | Alamak!! Isteri Yang Sah Juga Mengandung Dan Dihantar Ke Kampung

Isteri Dan Kekasih Sama-Sama Hamil - PUTRAJAYA : Seorang lelaki ‘mata keranjang’ yang isterinya bakal melahirkan anak pada bila-bila masa ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana bersekedudukan dengan teman wanitanya yang hamil di Precint 9, di sini, kelmarin.

[JAWI] Telah Menahan Kakitangan Awam Kerana Bersekedudukan Dengan Teman Wanitanya Yang Hamil Di Precint 9, Putrajaya

Teman wanita terbabit baru menamatkan pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) dan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat ini. Tembelang kakitangan awam lingkungan 30-an terbabit dipercayai bersekedudukan dengan ‘isteri luar nikah’ berusia awal 20-an itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jawi, menyerbu kediaman lelaki terbabit, selepas menerima aduan daripada penduduk yang curiga dengan kehadiran wanita mengandung di rumah terbabit.

Siasatan mendapati, lelaki sudah berumah tangga itu menghantar isterinya yang juga kakitangan kerajaan ke kampung kerana wanita berkenaan akan melahirkan anak pada bila-bila masa.

Kesempatan itu digunakan lelaki terbabit membawa kekasih gelap ke rumah dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yang sah.

Sumber berkata, maklumat diperoleh mendapati lelaki terbabit sudah berumahtangga dan mempunyai seorang isteri dan anak. “Bagaimanapun, isteri lelaki itu yang sarat mengandung dan dihantar suaminya pulang ke kampung untuk bersalin di sana.

“Kami percaya kesempatan itu membuka ruang lelaki terbabit membawa kekasih gelap yang juga sedang mengandung hasil persetubuhan haram mereka untuk tinggal di rumah berkenaan,” katanya, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat itu, penguat kuasa Jawi menyerbu rumah itu dan menahan pasangan terbabit yang mengaku bukan suami isteri.

Menurutnya, lelaki terbabit mengaku pasangannya sudah mengandung tujuh bulan, begitu juga isterinya yang bakal melahirkan anak bila-bila masa di kampung.

“Memang tidak ada individu lain di rumah itu dan pasangan terbabit seolah-olah hidup macam pasangan suami isteri.

“Lelaki terbabit memberi alasan dia kini dalam proses penceraian dengan isterinya walaupun pada waktu sama memiliki kekasih yang sudah mengandung.

“Malah, lelaki terbabit mendakwa hubungan dengan kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga wanita berkenaan,” katanya.

Sumber itu berkata, siasatan juga mendapati, gadis terbabit turut bertugas di sebuah jabatan kerajaan bakal menerima ijazah dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan lelaki terbabit bersekedudukan untuk tempoh agak lama sehingga menyebabkan kekasihnya mengandung. – Metro
Read More

Kisah Yang Penuh Pengajaran | Ibu Dan Anak Melekat Ketika Sedang Berzina

Kisah Yang Penuh Pengajaran | Ibu Dan Anak Melekat Ketika Sedang Berzina | Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Kisah Yang Penuh Pengajaran | Ibu Dan Anak Melekat Ketika Sedang Berzina

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup.- kerangs.net
Read More

Nora Danish Sedang Menjalinkan Hubungan Dengan Nadeem Datuk Seri Nazri Aziz | Nora Akui Nadeem Lelaki Pilihan Boleh Dijadikan Suami

Nora Danish Sedang Menjalinkan Hubungan Dengan Nadeem Datuk Seri Nazri Aziz | Nora Akui Nadeem Lelaki Pilihan Boleh Dijadikan Suami | KUALA LUMPUR : Pelakon Nora Danish mengakui sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri. 
 
gambar-Nadeem-Datuk-Seri-Nazri-Aziz.jpg
 
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, pemuda itu juga mempunyai kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.

“Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya, lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya.

“Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah. Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Syawal TV3 di Hotel Istana, di sini pada Rabu.

Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan sedang intim.

Khabar angin percintaan mereka tercetus apabila pelakon itu memuat naik gambar mereka di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun Nora berkata, hubungan tersebut hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.

“Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Salimah Talib, 56, mengakui tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

“Saya tidak menghalang siapa pun lelaki pilihannya namun banyak menasihatkan dia agar berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki.

“Saya takut peristiwa lama berulang kembali, kalau boleh jika berkahwin kali kedua dengan lelaki yang benar-benar dapat membimbingnya,” katanya. – Mstar.com.my
Read More

Semakan Cuti Berganti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

Semakan Cuti Berganti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013  | Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju memberi Cuti Peristiwa / Cuti Berganti sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 bagi hari persekolahan pada 4, 5 dan 6 Ogos 2013 mengikut kumpulan masing-masing. 

Diharap dengan info ini dapat memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang dijangka jatuh pada hari Khamis, 8 Ogos 2013.

Anda boleh juga memuat turun berhubung cuti peristiwa dan cuti berganti seperti di bawah:


Muat Turun
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 16 TAHUN 2013 CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013

Cadangan Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013, 8 dan 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)

Semakan Cuti Berganti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013

 Sumber: http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com


Read More

Kisah Benar Penuh Pengajaran | Wajah Mayat Bertukar Menjadi Keldai

Kisah Benar Penuh Pengajaran | Wajah Mayat Bertukar Menjadi Keldai |  Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. 
Kisah Benar Penuh Pengajaran
“Hai saudara,” tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. “Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja.”

Wajah mayat bertukar jadi himar

“Saya ada alasan tersendiri,” jawab pemuda itu. “Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang ramai tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

“Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, “Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?”

“Maka saya menjawab, “Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?”

“Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama.

“Engkau siapa?” tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu.

“Saya yang terpilih (Muhammad).”

“Saya lantas memegang jarinya dan berkata, “Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh berlaku?”

Rahsia selawat 100 kali

“Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat.

“Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.”

(Dipetik Dari Buku 60 Kisah Bertemu Rasulullah s.a.w)

Gambaran Himar (Keldai) Dalam Al-Quran

Himar atau keldai adalah binatang yang sering menjadi gambaran sebuah kedunguan. Di dunia Arab, binatang ini adalah binatang yang paling rendah di mata mereka. Untuk itulah al-Qur’an pun ketika menyebut himar untuk perumpamaan sesuatu, itu berarti sesuatu tersebut adalah merupakan hal yang sangat rendah dan hina.

Seperti ketika al-Qur’an mengabadikan nasihat Luqman. Di akhir dari nasihat tersebut, Luqman menyampaikan kepada anaknya agar bersuara yang baik,

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman 31:19)

Begitu pula ayat yang akan kita renungi berikut ini

“(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Al-Jumu’ah 62:5)

Ayat ini menyindir,memerli,menghina dan mencerca orang-orang Yahudi yang diberikan Allah Kitab Taurat tetapi tidak mengamalkannya. Mereka seperti keldai yang membawa kitab-kitab tebal di punggungnya tetapi tidak mengerti sama sekali isi kitab-kitab tersebut dan tidak mengambil manfaat sama sekali. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu.

Imam Ibnu Katsir menjelaskan, “Allah ta’ala berfirman menyebutkan keburukan Yahudi yang diberikan kepada mereka Taurat untuk diamalkan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Perumpamaan mereka seperti himar (keldai) yang membawa kitab-kitab tebal….mereka lebih buruk keadaannya daripada himar. Kerana himar tidak mempunyai pemahaman sementara mereka boleh memahami tetapi tidak mengamalkannya.” (Tafsir Ibnu Katsir 8/117, MS)

Ayat ini disampaikan kepada umat Muhammad SAW agar menjadi pelajaran bahwa generasi umat ini tidak boleh seperti generasi himar Yahudi. Generasi yang mempunyai ilmu, wawasan, pengetahuan tentang baik dan buruk bahkan mereka memahami ilmu itu dengan baik, tetapi ilmu tersebut tidak bermanfaat bagi mereka. Mereka faham bahawa kebaikan harus dilakukan, tetapi tidak mereka lakukan. Mereka pun faham bahwa keburukan dan kejahatan harus dijauhi, tetapi tetap keburukan merupakan sebahagian yang tidak terpisahkan dari kehidupannya.

Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepada kita agar generasi ini tidak menjadi generasi keldai. Penjelasan itu ada dalam rangkaian ayat-ayat dalam Surat al-Jumu’ah tersebut. Berikut ayat yang menjelaskan langkah generasi ini agar keluar dari rimba kesesatan.

“Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah 62:2)

Dalam ayat tersebut dijelaskan tugas Rasulullah Muhammad SAW dalam melahirkan generasi sahabat yang luar biasa itu. Ada tiga tugas:

(1) Membacakan ayat-ayat Allah

(2) Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)

(3) mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak)

Ternyata pengajaran ilmu Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) diakhirkan setelah Tazkiyatun Nafs. Mengapa?

Kerana jiwa ini ibarat sebuah wadah/tempat. Jika wadahnya masih kotor, sejernih apapun ilmu yang dituangkan tetap akan terlihat keruh dan tidak bermanfaat. Akhirnya lahirlah keldai seperti yang disebutkan ayat diatas. Ilmu banyak tetapi tidak teraplikasikan dalam amal.

Maka, Nabi ditugaskan untuk menyucikan jiwa barulah mengajarkan Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Agar jiwa wadahnya bersih saat ilmu dituangkan dan diserap didalam diri. Sehingga menjadi ilmu yang bermanfaat dalam beramal.

Wallahu’alam….
Read More

[VIDEO] Santai Lagi Pelik, Kura-Kura Ketagih Rokok Memerlukan Nikotin Setiap Hari [Gambar]

[VIDEO] Santai Lagi Pelik, Kura-Kura Ketagih Rokok Memerlukan Nikotin Setiap Hari [Gambar] |  Agak kelakar bila terdengar seekor kura-kura di China yang ketagihan rokok. Tetapi ianya betul berlaku. Di pinggir banda Changchun, terdapat seekor kura-kura yang memerlukan nikotin setiap hari.

Kura-Kura Ketagih Rokok Memerlukan Nikotin Setiap Hari [Gambar]

Kura-kura terlalu ketagih sehingga ia menghisap sehingga 10 batang rokok sehari. Menurut penjaga kura-kura itu, apabila reptilia itu inginkan rokok ia akan mengeluarkan sejenis bunyi mendesis dan mula gelisah.

Ingin tahu bila si kura-kura ini mula ketagih rokok?? Seoran chef, bernama Tang membantu majikannya menjaga reptilia istimewa itu. Menurutnya, segala-galanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila haiwan itu mula hilang minat ke atas makanan ikan hariannya.

Tang mendapati ada tulang ayam tersangkut di badannya, apabila ingin menariknya keluar Tang telah digigit dan ia menyakitkan. Satu-satunya cara untuk mengalih tulang ayam itu adalah dengan mengalih perhatian haiwan itu.

Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.

Keesokan harinya, ketika Tang duduk di kerusi dan menyalakan rokok selepas bekerja, sebaik sahaja melihat asap rokok berkepul-kepul, reptilia itu merangkak ke atasnya.

Tang terus sahaja menyalakan rokok dan memasukkan ke dalam mulut haiwan itu.

Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan. – MyNewsHub

Read More

Blogger Sex Alvin Dan Vivian Dibebaskan Selepas Lapan Hari Bermalam Di Penjara | Alvin: "Penjara not bad"

Blogger Sex Alvin Dan Vivian Dibebaskan Selepas Lapan Hari Bermalam Di Penjara | Alvin: "Penjara not bad" | Akhirnya kedua Mahkluk ini dibebaskan, aku harap lepas nie semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama jadilah main isu bodoh nie lagi. Marilah sama-sama kita bina satu masyarakat yang saling hormat menghormati.

gambara-alvin-dan-vivian-dibebas-kan.jpg

KUALA LUMPUR - Selepas lapan hari bermalam di penjara, pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee lega, apabila dibebaskan selepas selesai urusan jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Ketika ditanya media, Alvin hanya menjawab, 'not bad' sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan media.

Pasangan itu dilihat hadir di Mahkamah Jalan Duta, diiringi polis dan peguam masing-masing kira-kira jam 10.00 pagi sambil tangan masing-masing bergari dan terus menuju ke kaunter bayaran jamin.

Mereka hadir untuk menandatangani dokumen jaminan, selepas membayar jumlah yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin.

Pasangan berkenaan, masing-masing memakai pakaian yang sama ketika hadir ke Mahkamah Sesyen minggu lepas dijamin oleh ibu Alvin dan seroang rakan mereka.

Setengah jam kemudian, mereka meninggalkan mahkamah dengan menaiki dua kenderanan berasingan.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar atau gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat tambahan, iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan dikehendaki melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan. Sinar Harian
Read More

Kerana Tidak Dapat Menahan Perasaan Isteri Bermain Kayu Tiga, Suami Ditemui Mati Tergantung Di Ruang Tamu Di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat

JELI – Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin. 
gambar-suami-bunuh-diri-dikampung-ayer-lanas-tumpat.jpg


Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.

Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar berkata, sebelum kejadian, pasangan itu telah bertengkar sebaik wanita itu pulang dari satu majlis di Kampung Gemang dekat sini. -Kosmo
Hukum Membunuh Diri Dalam Islam


  • Hadith no. 158 Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sepotong besi, maka dengan besi yang tergenggam di tangannya itulah dia akan menikam perutnya dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Sesiapa yang membunuh dirinya dengan meminum racun maka dia akan merasai racun itu dalam Neraka Jahanam secara berterusan dan dia akan dikekalkan di dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. Begitu juga, sesiapa yang membunuh dirinya dengan terjun dari puncak gunung, maka dia akan terjun dalam Neraka Jahanam secara berterusan untuk membunuh dirinya dan dia akan dikekalkan dalam Neraka tersebut untuk selama-lamanya. [info]



  • Hadith no. 159 Hadis Thabit bin Ad-Dhahhak r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang bersumpah dengan agama selain agama Islam secara dusta maka keadaannya adalah seperti ucapannya. Sesiapa yang membunuh dirinya sendiri maka dia akan diazab pada Hari Kiamat sebagaimana kelakuannya untuk membunuh diri. Seorang lelaki tidak boleh bernazar dengan sesuatu yang dia tidak memilikinya. [info]



  • Hadith no. 162 Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Ketika kami bersama Rasulullah dalam peperangan Hunain, Rasulullah telah berkata kepada seorang lelaki yang diakui sebagai seorang muslim: Dia tergolong dalam golongan ahli Neraka. Ketika kami di medan pertempuran, lelaki itu telah berperang dengan bersungguh-sungguh menyebabkan dia mengalami luka yang parah. Ada yang melaporkan kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah! Lelaki yang engkau katakan sebelum ini bahawa dia merupakan ahli Neraka telah berjuang pada hari ini dengan penuh semangat dan dia telah mati. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dia akan ke Neraka. Sebahagian kaum Muslimin merasa ragu. Pada saat itu datang seseorang melaporkan bahawa dia tidak mati kerana berjuang, tetapi luka parah. Pada malam itu, dia tidak sabar menghadapi kesakitan lukanya lalu telah membunuh dirinya sendiri, hal itu telah dilaporkan kepada Rasulullah. Rasulullah terus bertakbir: الله أكبر dan berkata Aku bersaksi bahawa aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya. Lalu Rasulullah menyuruh Bilal r.a memberitahu semua orang bahawasanya tidak akan masuk Syurga kecuali jiwa atau orang yang berserah diri iaitu Muslimah. Sesungguhnya Allah telah menguatkan lagi agama ini dengan seorang lelaki yang gagah perkasa. [info]



  • Hadith no. 163 Hadis Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a: Rasulullah s.a.w telah bertemu dengan orang-orang musyrik dan terjadilah peperangan. Semasa Rasulullah kembali ke pasukan Muslimin dan orang kafir kembali ke pasukan mereka terdapat seorang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang tidak membiarkan musuh berlalu begitu sahaja. Dia mengejar dan menetak musuh dengan pedangnya. Sahabat Rasulullah yang lain berkata: Pada hari ini tiada di kalangan kita yang benar-benar berpuas hati seperti yang dilakukan oleh Si Anu. Rasulullah s.a.w terus bersabda apabila mendengar kata-kata itu: Tetapi ingat! Dia tergolong dalam golongan ahli Neraka. Seorang lelaki dari kaum Muslimin berkata: Aku akan mengikutnya sepanjang masa. Sahl bin Saad berkata lagi: Lelaki itu telah keluar bersama-sama dengan Si Anu, apabila Si Anu berhenti ketika berperang maka dia turut berhenti, ketika Si Anu bergerak pantas maka dia pun sama bergerak pantas. Lelaki itu telah menceritakan bahawa Si Anu telah mengalami luka parah. Oleh kerana tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, maka dia ingin segera mati lalu dia telah meletakkan hulu pedangnya ke tanah lalu menikam dirinya sendiri. Lelaki itu keluar bertemu Rasulullah lalu berkata: Aku bersaksi sesungguhnya engkau Muhammad, sememangnya Rasul iaitu utusan Allah. Rasulullah bertanya dengan sabda baginda: Kenapa dengan kamu ni? Lelaki itu berkata: Lelaki yang engkau sebut-sebut sebagai ahli Neraka dan kebanyakkan manusia iaitu sahabat dan pejuang-pejuang mengambil berat tentang hal ini, aku bersaksi kepada kamu Rasulullah s.a.w tentang Si Anu, aku telah keluar mengikutnya sepanjang peperangan sehingga aku dapati dia telah luka parah, dia ingin cepat mati, lalu dia telah meletakkan hulu pedangnya ke tanah dan mata pedang di antara dua dadanya kemudian dia menekan ke atas dirinya lantas membunuh dirinya sendiri. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lelaki yang beramal seperti amalan ahli Syurga sedangkan dia adalah ahli Neraka. Ada juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli Neraka sedangkan dia adalah ahli Syurga. [info]
  • Read More

    'Nakhoda' Ketua Ajaran Sesat [Kumpulan Layar Bahtera], Bagi Mereka Merokok Adalah Solat Manakala Nikah Adalah Haram!! | Dunia Akhir Zaman

    'Nakhoda' Ketua Ajaran Sesat, Bagi Mereka Merokok Adalah Solat Manakala Nikah Adalah Haram!! | Dunia Akhir Zaman | - JOHOR BAHRU : Bukan setakat menyamakan laungan azan umpama anjing menyalak bukit, pengikut ajaran sesat Kumpulan Layar Bahtera diwajibkan membayar ‘zakat’ setiap bulan daripada sebahagian pendapatan bulanan kepada ketua mereka yang digelar Nakhoda.

    Gambar-pengikut-ajaran-sesat.jpg

    Pada masa sama, pengikut ajaran sesat terbabit turut mempercayai merokok adalah solat, manakala nikah adalah haram, isteri masing-masing pula boleh digomol dan diperlakukan sesuka hati oleh Nakhoda, manakala suami hanya berperanan sebagai penjaga isteri masing-masing saja.

    Bagaimanapun, Nakhoda yang berusia 40-an meletakkan syarat hanya dia saja yang boleh melakukan perkara terbabit terhadap isteri dan anak gadis pengikutnya, tetapi isteri dan anak gadisnya yang dikatakan menggiurkan tidak boleh disentuh sesiapa.

    Pendedahan itu dibuat seorang bekas ahli kumpulan berkenaan dikenali sebagai Mail, 22, yang bertaubat selepas menyedari ajaran itu jauh menyimpang.

    “Saya menyertai ajaran berkenaan kira-kira setahun lalu selepas mengetahuinya melalui kenalan.

    “Pada mulanya ia hanya suka-suka dan sepanjang sebulan, Nakhoda yang tinggal di sekitar Taman Rinting, Masai, mengajar perkara berkaitan ketuhanan. – paapaada.blogspot
    Read More

    MILITIA SAMSENG [baltojiyah] Penyokong Abdul Fatah As-Sisi belasah Penyokong Ikhwan Dengan Kejam [GAMBAR] | Terkini Di Mesir 26 Julai 2013

    MILITIA SAMSENG [baltojiyah] Penyokong Abdul Fatah As-Sisi belasah Penyokong Ikhwan Dengan Kejam [GAMBAR] | Terkini Di Mesir 26 Julai 2013 | SIAPA "MILITIA SAMSENG" SEBENARNYA?

    Gambar ini insiden yang berlaku semalam di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah. Contoh jelas lelaki yang memegang pistol mengheret seorang penyokong Mursi dengan dikelilingi oleh samseng yang lain. Siapa lelaki itu? Mungkin polis berpakaian biasa atau mungkin ketua samseng upahan.

    Ramai yang bertanya apakah maksud saya menamakan mereka dengan "militia samseng upahan". Siapa mereka ini sebenarnya?

    gambar-mesir-terkini.jpg

    Mereka ini dalam bahasa Arab disebut "baltojiyah" dan tugas mereka sama dengan kumpulan "syabih" yang berada di Syria untuk membantu askar Syria menyembelih rakyat. Jumlah kematian yang meningkat saban hari di Mesir antaranya disebabkan peluru "baltoji" (yang diterjemahkan sebagai 'militia samseng upahan').

    Militia ini wujud sejak puluhan tahun dan semakin aktif di zaman Mubarak. Dalam buku saya, "Menanti Fajar Menyinsing" terbitan Telaga Biru, saya perincikan taktik serangan kumpulan ini pada hari revolusi Januari 2011 di Tahrir. Serangan ini bertujuan untuk rakyat lari menyelamatkan diri dari Tahrir namun gagal.

    Bekas Ketua Agensi Perisikan Mesir yang telah meninggal dunia, Omar Suleiman pernah mendedahkan bilangan militia samseng di Mesir keseluruhan lebih kurang 500,000 orang dan mereka ini dijaga dan dipelihara oleh Unit Perisikan Perang, di bawah Majlis Tentera.

    Manakala Presiden Parti Wasat (serpihan Ikhwan Muslimin), Ir. Abul 'Ela Madhi pula berkata, Presiden Mursi pernah memberitahu beliau bilangan militia ini lebih 300,000 dan mereka mempunyai "tanzim" atau organisasi yang lengkap.

    Mereka disebut sebagai "militia upahan" kerana dibiayai oleh orang kenamaan dan tokoh korporat yang menjadi kroni Mubarak. Sebagai contoh, di Mansurah pembiaya milita samseng ini bernama Waheed Fudah, bekas Ahli Parlimen dari parti Mubarak (NDP). Ramai lagi golongan kaya dari kroni Mubarak seperti Rejab Humaidah dan Abul 'Ainain yang mempunyai "tanzim" samseng di bawah naungan mereka.

    Kita pernah mendengar nama Sobry Nakhnukh, ketua militia samsneg Iskandariah yang diberkas tahun lepas antara mereka yang terkaya di negeri tersebut. Nakhnukh dijaga sendiri oleh bekas Menteri Dalam negeri zaman Mubarak, Habib 'Adli.

    Berapakah 'gaji tetap' kumpulan ini tidak diketahui. Cuma pernah didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen, Dr.Mohammed Beltaji setiap operasi menyerang dan mengganas, mereka diberikan elaun. Sesiapa yang mampu menyerang menggunakan senjata api dibayar LE2,000, dengan pedang atau parang dibayar LE1,000 dan sesiapa hanya mampu membaling batu dibayar LE200. Selain bantuan kewangan, mereka ini turut dibekalkan dengan senjata api.

    Mutakhir ini, apabila himpunan aman digempur oleh polis, mereka bukan datang hanya dengan ketumbukan mereka tetapi dibawa militia samseng-samseng ini bersama. Lihat malam serangan solat terawih di Ramsis, polis dilihat berada di belakang barisan militia samseng menyerang umat Islam yang sedang solat. Mereka saling melindungi antara satu sama lain bagi membelasah rakyat yang menuntut hak.

    Ini bermakna KDN, polis dan askar sendiri yang membiayai militia samseng ini. Jika rakyat Syria mati disembelih oleh kumpulan "syabih" maka rakyat Mesir mati di tangan "baltojiyah". Demikian sedikit catatan saya buat pembaca semua.

    gambar-mesir-terkini.jpg

    Puluhan militia samseng upahan mengejar dan membelasah seorang penyokong Mursi yang mengadakan himpunan di hadapan Kedutaan Amerika di Kaherah hari ini.

    Seorang terbunuh dan berpuluh-puluh mereka yang menyertai demonstrasi aman cedera parah dalam insiden digempur oleh militia samseng di bawah seliaan pasukan polis. 


    gambar-mesir-terkini.jpg

    Detik penyokong Morsi baju t-shirt hitam kena tikam dekat peha..berderau darahhhh tengok gambar ni.laknat Allah ke atas puak baltojiyah!
    Akhlak Penyokong Ikhwan terhadap pasukan Tentera 

    gambar-mesir-terkini.jpg

    Salah seorang 'pengganas' yang menyertai demonstrasi menyokong Mursi sedang membahagi-bahagikan kitab Allah, Al-Quran pada bulan Ramadhan yang mulia kepada para anggota keselamatan yang berkawal.

    Ini salah seorang 'pengganas' yang dimaksudkan oleh As-Sisi..

    gambar-mesir-terkini.jpg

    Membasahkan kepala dengan air sedikit sebanyak mengurangkan rasa panas yang membahang di siang hari dalam bulan Ramadhan. Sama ada peserta demontrasi atau polis..Seorang penyokong Mursi membasahkan dengan air seorang askar yang berkawal sementara rakan-rakan polis lain sedang bersiap sedia..

    Demikian intimnya hubungan antara rakyat dengan askar. Cuma yang bermasalah ialah ketua tentera, As-Sisi.

    Desakan Abdul Fatah As-Sisi Menyuruh Penyokongnya Berhimpun Hari ini Dan Bertembung Dengan Penyokong Mursi di Dataran Tahrir. Salah Satu agenda Yahudi Untuk Mencetuskan perang saudara 

    Desakan Abdul Fatah As-Sisi supaya seluruh rakyat turun ke jalanraya esok bersamaan hari Jumaat bagi "memberikan kuasa kepada beliau berhadapan dengan pengganas" mendapat reaksi pelbagai.Beberapa parti dan pertubuhan Islam melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan yang keluar dari mulut seorang ketua tentera yang dilihat cuba mengheret Mesir ke kancah perang saudara. 

    Gambar-As-Sisi.jpg

    Apapun rata-rata berpandangan bahawa ucapan As-Sisi itu adalah "isytihar perang" kepada rakyatnya sendiri. Seperti yang disebutkan As-Sisi memang berhadapan tekanan setelah 3 minggu rampasan kuasa berlaku tetapi rakyat yang menolak rampasan kuasa saban hari keluar menyatakan pendirian mereka.

    Dengan keruian saham yang dicatatkan semalam lebih LE5 juta, perkhidmatan kereta api dalam negara juga dilaporkan kerugian LE4 juta, sektor pelancongan yang terjejas teruk, keanggotaan Mesir digantung dari Kesatuan Afrika, keengganan beberapa negara luar mengiktiraf kerajaan Sisi maka ini semua memberi tekanan yang dahsyat kepadanya.

    Dilaporkan semalam Amerika kini mula ragu dengan kebolehan orang suruhannya, Sisi. Walaupun perancangan jahat menggulingkan Mursi ini turut melibatkan Amerika tetapi Amerika tidak ingin imejnya sebagai kuasa dunia terjejas. Semenjak rampasan kuasa, lebih 200 nyawa menjadi korban.

    Amerika telah memberi tempoh masa seminggu kepada Sisi untuk menyelesaikan krisis ini. Sebagai 'hukuman awal' kepada Sisi, Amerika menangguhkan penghantaran bantuan empat buah jet pejuang F-16 kepada Mesir memandangkan situasi semasa negara itu. Jika Sisi gagal dalam tempoh yang diberikan, tidak mustahil Sisi menerima nasib yang sama seperti Mubarak. Meskipun Mubarak boneka Amerika tetapi ketika kemuncak penentang rakyat Januari 2011, Mubarak diminta berundur kerana dilihat tidak lagi berguna untuk dikekalkan.

    Demikian bekerja dengan orang jahat, bukan sekadar habuan tidak diberi. Kemungkinan diri menjadi mangsa.

    Sebagai tanda sokongan Gerakan Islam Di Malaysia, Dewan Pemuda Pas bersama dengan NGO telah mengadakan satu perhimpunan Aman di Kedutaan Mesir Hari Ini [26 JULAI 2013] di Hadapan Kedutaan Mesir Selepas Solat Jumaat.


    Himpunan Aman di Kedutaan Mesir.

    DPPM bersama NGO - NGO akan mengadakan Himpunan Aman di hadapan Kedutaan Mesir bagi membantah rampasan kuasa dan kudeta di bumi Anbiya' itu pada :

    Tarikh : 26 Julai 2013
    Masa : Selepas solat Jumaat
    Tempat : Kedutaan Mesir
    Jarak : Mula dari Tabung Haji

    Semua warga prihatin diundang hadir untuk solidariti bersama rakyat Mesir yang tertindas serta doa dan munajat buat mereka di Masjid Tabung Haji.

    YB Ustaz Nasrudin Hassan
    Ketua DPP Malaysia

    Sumber:

    Akhukum Abdul Malik

    Akhukum Abdul Malik

    Read More

    Menulis Status Di Facebook Sebelum Meninggal Dunia [Print Screen] | Bakal Guru, Safwan Shaari Mangsa Kemalangan Maut Jalan Raya Grik

    Menulis Status Di Facebook Sebelum Meninggal Dunia [Print Screen] | Bakal Guru, Safwan Shaari Mangsa Kemalangan Maut Jalan Raya Grik | Berita kemalangan maut seorang bakal guru, Safwan Shaari yang menuntut di sebuah institusi perguruan di utara tanah air telah hangat menggemparkan alam maya.

    Print-Screen-Puisi-Safwan-Shaari-Sebelum-Meninggal-Dunia

    Lebih menyentuh perasaan apabila, diberitahu bahawa status facebooknya yang terakhir seolah-olah beliau sudah mengetahui petanda ajalnya semakin dekat. Kemalangan maut yang berlaku di Jalan Raya Grik ini membabitkan kereta mangsa dan sebuah lori trelar. Arwah dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Kelantan.

    Buit-buit puitis yang beliau nukilkan di facebooknya sudah cukup untuk menginsafkan kita yang masih lagi diberi peluang pinjaman oleh Allah untuk beribadat serta bertaubat kepada-Nya.

    Antara tulisan Puisi beliau di Facebook

    KULAKUKAN SEMUA HANYA UNTUK MU
    BIAR KAU TAK MENGERTI APA MAKSUD KU
    NAMUN MASA TERLALU SINGKAT UNTUK AKU BUKTIKAN PADA MU UNTUK KU
    BUKTIKAN PADA MU
    KU JEJAK TIAP HALUAN DIA TUJU KERNA KU HANYA MAHU MENJADI SEPERTI DIA
    KU HARAP MALAM TAK MUNCUL BINTANG
    KERNA MEREKA TAHU AKU TAK SAMA
    KU HARAP MALAM TAK MUNCUL BINTANG
    KERNA MEREKA TAHU AKU TAK SAMA
    JALAN HIDUP KU JADI DIRIMU. MENCARI SESUATU YANG PERNAH HILANG
    NAMUN HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK AKU BUKTIKAN SEMUA


    NUKILAN: SAFWAN SHAARI

    Kematiannya dalam bulan ramadhan, pada hari khamis, dalam keadaan berpuasa & dalam perjalanan pulang untuk menatap kedua ibu bapanya. InsyaAllah, syurga menanti beliau. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan doakan allahyarham ditempatkan bersama orang-orang soleh. Ameen.

    Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com
    Read More

    Petua Yang Diamalkan Imam Ghazali Dan Ahli-Sufi Meramal Malam Lailatul Qadar [Menarik untuk Dibaca] | Kelebihan Dan Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

    Petua Yang Diamalkan Imam Ghazali Dan Ahli-Sufi Meramal Malam Lailatul Qadar [Menarik untuk Dibaca] | Kelebihan Dan Keistimewaan Malam Lailatul Qadar | 3 hari lagi Bermulahlah 10 malam terakhir di bulan Ramadhan. Bila disebut 10 malam terakhir, pasti kita tidak akan terpaling dengan satu malam yang dikatakan malam bagi seribu malam iaitu malam Lailatul Qadar...Tapi bila Malam itu dari 10 malam terakhir Ramadhan??

    Telah berlegar di kalangan ulama dan bijak pandai akan satu formula yang telah digunapakai sejak beratus tahun lalu mengenai malam Lailatul Qadar oleh ahli sufi .

    Namun ia bukan bermakna kita perlu yakin dengan formula ini dan ia tidak semestinya tepat, tetapi banyak pendapat  juga yg mengatakan formula ini menjadi, seperti tanda-tanda yang muncul selepas keesokan harinya jika lailatul qadar berlaku pada malamnya...antaranya tanda-tanda telah berlakunya Lailatul Qadar adalah cahaya matahari pagi seolah2 terlindung dengan sesuatu yg kita kaitkan dengan sayap malaikat2...ia kelihatan matahari seolah2 redup keputih-putihan terlindung dipagi harinya...ini adalah tanda-tanda lalilatul Qadar yang paling sahih menuru hadis riwayat Muslim.( Sahih Muslim, “Matahari pada paginya tiada pancaran baginya”. (Muslim no: 762))
    Gambar-dimalam-Lailatul-Qadar.jpg

    Berbalik kepada formula ahi sufi tadi dan ada juga yang mengatakan ia adalah petua yang juga diamalkan oleh Imam Al-Qhazali..
    Formula ini menerangkan ...
    Jika puasa bermula pada hari AHAD= Kemungkinan besar malam ke 29
    Jika puasa bermula pada hari ISNIN= Kemungkinan besar malam ke21
    Jika puasa bermula pada hari SELASA= Kemungkinan besar malam ke 27
    Jika puasa bermula pada hari RABU= Kemungkinan besar malam ke 29
    Jika puasa bermula pada hari KHAMIS= Kemungkinan besar malam ke 25
    Jika puasa bermula pada hari JUMAAT= Kemungkinan besar malam ke 27
    Jika puasa bermula pada hari SABTU= Kemungkinan besar malam ke 23
    Ini bukannya dari hadis nabi atau dari al Quran tapi ini hanya formula yang dicipta oleh ulamak2 sufi terdahulu...mereka mungkin diberikan kelebihan yang istimewa hingga dapat membuat formula seperti ini...tapi sebagai orang Islam yang sempurna...kita tidak sepatutnya menunggu malam2 tertentu sahaja utk beribadat dan mencari lailatul qadar...

    Gambar-dimalam-Lailatul-Qadar.jpg

     Formula ini bukannya 100% tepat tetapi menurut kebanyakan pendapat kebanyakkannya mengena... Contohnya tahun 2012 bermulanya kita berpuasa adalah pada hari SABTU, maka kemungkinan lailatul qadar adalah pada malam ke 23 ramadhan...tapi bukan lah bermaksud selepas malam ke 23 tu kita tak perlu mencari lagi Lailatul Qadar...ada kemungkinan lailatul qadar berlaku selepas malam ke 23 juga...kita umat islam cuma harus percaya bahawa lailatul qadar pasti berlaku...nabi berpesan agar mencari lailatul qadar pada 10 malam terakhir dan nabi membanyakkan ibadat pada malam2 yang ganjil...ini adalah satu hikmah kepada kita semua agar kita terus beribadat tanpa menunggu satu malam sahaja utk beribadat...
     Ini hanyalah satu formula...dan formula ini dibuat oleh ahli2 sufi terdahulu...

    Gambar-dimalam-Lailatul-Qadar.jpg

     Artikel ini adalah satu perkongsian ilmu dan bukan untuk mengajak ke arah bidaah...tiada siapa yang tahu bila ia akan berlaku melainkan setelah ia berlalu, menerusi tanda-tanda yang disebutkan seperti cahaya matahari seolah-olah terhalang di awal pagi...
    P/s : kalau ikut perkiraan malam  yg dijangkakan pada tahun ini adalah malam ke 29....Wallahualam

    Read More

    Sejarah Peristiwa [Nuzul Al-Quran] Penurunan Al-Quran | NUZUL AL-QURAN DAN LAILATULQADAR

    Sejarah Peristiwa  [Nuzul Al-Quran] Penurunan Al-Quran | NUZUL AL-QURAN DAN LAILATULQADAR | Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah dengan limpah dan kurnianya dapat lagi kita menghirup udara ciptaan Nya dikala ramai kenalan sudah meninggalkan kita menyahut seruan Ilahi. Pejam celik-pejam celik esok dah 17 Ramadhan dan umat Islam seluruh dunia akan menyambut NUZUL AL-QURAN DAN MENCARI MALAM  LAILATULQADAR, semoga Allah menerima ibadat kita semua.

    gambar NUZUL AL-QURAN DAN LAILATULQADAR


    Nuzul Al-Quran

    Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

    al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

    Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

    Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

    Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

    Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

    Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
    Panduan

    Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

    1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

    2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

    3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


    Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

    Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

    Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

    Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

    Kesimpulan Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.
    sumber: www.islam.gov.my
    Artikel Kedua
    Allah SWT telah menurunkan al-Quran sebagai satu mukjizat terbesar yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat sunnah.
    .
    Maka peristiwa Nuzul al-Quran memberi makna terlalu besar kepada umat Islam dan kehidupan Nabi SAW khasnya.  Ayat al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat-peringkat hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.
    Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir, pasti dan qat’i serta ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani. Adalah wajar bagi umat Islam mengkaji sejarah al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya.
    .
    .
    NUZUL AL QURAN ( 24 RAMADHAN )
    .
    Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
    Firman Allah SWT.:
    1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.(Surah al-Dukhan ayat 3).
    2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.(Surah al-Qadr, ayat 1).
    3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)
    ‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
    Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
    .
    .
    MAKNA NUZUL AL QURAN
    .
    Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).
    .
    ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
    .
    Kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
    وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ ﴿٣٨
    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
    .
    Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
    .
    .
    TARIKH SEBENAR NUZUL AL-QURAN
    .
    Secara tradisinya umat Islam di Malaysia memperingati dan menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, yang sepatutnya dibuat sambutan pada setiap 24 Ramadhan.
    .
    Peristiwa Nuzul Al-Quran yang dikatakan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW., bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M,  ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira. Namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M.
    .
    Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:
     إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١
    “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”   (8 : 41)
    Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
    .
    Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.
    “ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.
    .
    Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.
    .
    .
    Al-Quran
    .
    PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
    .
    Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekaligus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekaligus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu;
    Pertama, Penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz;
    Kedua, Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; dan
    Ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. dalam tempoh 20 malam.
    .
    Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s.
    .
    1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

    Penurunan ini berlaku sekaligus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,
    بَلْ هُوَ قُرْآنٌ مجيد فِي لَوْحٍ مَحْفُوظ .
    “(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)
    .
    .
    2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia

    Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;
    .
    Allah SWT berfirman, dalam al-Baqarah, ayat 185:
    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
    “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.”
    .
    Firman Allah SWT, dalam ad-Dukhan, ayat 3:
    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
    “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).”
    .
    Firman Allah SWT  dalam al-Qadr, ayat 1:
    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
    “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.”
    .
    Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.
    .
    Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”
    .
    .
    3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah SAW

    Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan majoriti para mufassirin, Al-Quran diturunkan sekaligus ke Baitul Izzahdi langit ke dunia pada malam Lailatul Qadar. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
    .
    Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah SAW dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah al-Munawwarah. Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenali sebagai Makkiyah dan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .
    .
    Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW dalam masa 20 tahun. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.
    .
    RasululLah SAW bersabda: Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun (Hadis riwayat Ibn Abbas.)
    Sebahagian ulama berpendapat penurunan al-Quran hanya sekali sahaja iaitu daripada Allah SWT terus kepada Rasulullah SAW melalui Jibril secara berperingkat dan bukannya tiga kali dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz, ke Bait al-‘Izzah dan kepada Rasulullah SAW.

    Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com
     
    Read More

    Tahniah Hattan & Arianie Sah Bergelar Suami Isteri Majlis Berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya

    Hattan & Arianie Sah Bergelar Suami Isteri - PUTRAJAYA : Penyanyi lagu Bisa Bonar iaitu Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu. 
     
    di Hotel Marriot
    Gambar oleh Red Photography
     
    Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang.

    Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

    Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

    Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.

    Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

    Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

    Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail.

    “Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat”, katanya.

    Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar. – MStar
    Read More

    Pembunuhan Kejam, Wanita Dibunuh Dengan Leher Ditikam, Dada Dirodok

    Pembunuhan Kejam, Wanita Dibunuh Dengan Leher Ditikam, Dada Dirodok | Jenayah di negara kita semakin hari semakin membimbangkan, bukan setakat pasar raya jea dirompak malahan kejadian rompakan dan curi di masjid pun dah menjadi-jadi. Desakan hidup antara punca berlakunya perkara ini. Bagi akulah penyelesaian daripada semua masalah ini adalah kembali dengan Islam dan Allah pencipta kita sudah membuat panduan di dalam Al-Quran Dan Al-Hadis kenapakah manusia mencari selain panduan dan hidayah lain daripada itu..Fikir-fikirkanlah..

    Pembunuhan Kejam, Wanita Dibunuh Dengan Leher Ditikam, Dada Dirodok

    Lima kesan tikaman termasuk empat di dada dan satu di leher dipercayai menggunakan pisau ditemui pada tubuh seorang wanita yang menanggung azab lebih sejam sebelum menemui ajal di Jeti Maling, berdekatan Dataran Sibu Fasa II, malam kelmarin.

    Mangsa dipercayai diserang sebelum diheret ke dalam semak di kawasan itu.

    Sebelum kejadian, mangsa, Chiew Ming, 40, bersendirian menunggu feri untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Bidut, sebaik selesai kerja, jam 8 malam.

    Mangsa yang menetap di Jalan Chong Sang, di sini, dan masih bujang menunggang motosikal berhenti di jeti terbabit sebelum diserang individu tidak dikenali.

    Sumber berkata, ketika diserang, seorang wanita yang melalui tempat kejadian terdengar suara individu menjerit meminta pertolongan.

    Berikutan itu, dia yang dibantu orang ramai kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.- Metro
    Read More

    Memang Parah Cadangan Yang Bangang, Rakan Facebook Ajak Sara Amelia Tukar Agama Dari Islam Ke Atheist Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik!

    Memang Parah Cadangan Yang Bangang, Rakan Facebook Ajak Sara Amelia Tukar Agama Dari Islam Ke Atheist Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik! | Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.

    Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama. Seperti firman Allah Taala:

    “Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)

    Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda:

    “Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]

    Maka dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kali memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, di mana Allah Taala membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada hambaNya.

    Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi tugas anda untuk memberi kesedaran secara berhikmah kepada empat peserta wanita ratu cantik Islam ini mengapa ugama yang mereka anuti tidak membenarkan perlakuan sebegini.

    Manakala bagi masyarakat di luar sana pula, jagalah bahasa apabila mahu tumpang semangkuk memberi komen di mana-mana medium sosial. Janganlah mencemuh rakan seagama anda yang tersilap langkah mungkin kerana kejahilannya dalam agama. Kalau disebabkan bengang dan kecewa dengan komen anda mereka mendengar cakap pihak bukan Islam untuk menukar agama, bukankah bermakna ada ‘saham’ dosa anda juga di situ?

    Apatah lagi dalam keadaan sekarang, keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu sedang gundah dan kecewa.

    Hal ini kerana jika mereka benar-benar memahami Islam, sudah tentu dari awal mereka tidak akan memasuki pertandingan seperti ini. Malah ‘ketidaktahuan’ itu dibuktikan dengan kenyataan salah seorang mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, yang mendakwa fatwa melarang wanita muslim memasuki Ratu Cantik sudah ketinggalan zaman.

    Maka sepatutnya, Sara dan 3 lagi peserta ini dipanggil oleh pihak yang sesuai, lalu diberikan penjelasan lanjut dari sudut agama mengapa wanita Islam dilarang memasuki pertandingan ratu cantik.

    Maklumlah apabila isu agama diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.

    Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi!

    Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:



     Pada masa sama, mungkin sudah tiba masanya undang-undang berkaitan penglibatan wanita Islam dalam mana-mana acara melibatkan aurat diselaraskan selepas ini. Di sebalik kejahilan tentang hukum agama, ada benarnya pertikaian dibawakan peserta ratu cantik ini – mengapa peserta renang atau gimrama wanita dibenarkan pula sedangkan mereka juga berpakaian lebih kurang serupa!

    Fikir-fikirkan.

    Sumber: http://aans1.blogspot.com

     
    Read More

    Lagi [VIDEO] Pelajar Perempuan Dibuli, Rambutnya Dipotong, Stokin Busuk Disumbat Ke Dalam Mulut | Hati Kering Sahaja Boleh Menonton Video ini..hehe

    Lagi [VIDEO] Pelajar Perempuan Dibuli, Rambutnya Dipotong, Stokin Busuk Disumbat Ke Dalam Mulut | Apa nak jadi dengan pelajar-pelajar kita sekarang ni…lepas satu-satu insiden buli dan pergaduhan di antara mereka dapat kita saksikan di laman YouTube.

    Lagi [VIDEO] Pelajar Perempuan Dibuli, Rambutnya Dipotong, Sokin Busuk Disumbat Ke Dalam Mulut

    Terbaru video seorang pelajar perempuan yang teruk dibuli, rambutnya dipotong, stokin busuk disumbat ke dalam mulut, dipukul sampai menjerit-jerit kawan tu dibuatnya.

    Sebenarnya kejadian buli nie boleh dikatakan perkara biasa di sekolah pelajar berasrama penuh, tapi semenjak ada telefon boleh merakam video nie perkara ini tersebar dan menjadi bualan dan cemuhan masyarakat. Kalau kita tengok negara Jepun merupakan negara yang tertinggi dalam kegiatan pembuli ini dan kalau kita tengok statistik di negara matahari terbit itu kejadian bunuh diri antara tertinggi direkodkan kerana amalan membuli di sekolah.
    Apa pun berbalik kepada Islam, perkara ini adalah melampau dan ditegah dalam Islam, kalaulah inilah cara Senior nak ajar Junior respect bagi aku x betul,  kerana perkara ini akan menjadi adat berulang-ulang apabila junior dah jadi senior..Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia harus mengambil serius dalam membendung masalah buli ini, kerana seolah-olah sudah menjadi amalan di sekolah terutamanya sekolah berasrama penuh.

    Read More

    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 | Pemberian Bonus Hari Raya 2013.

    Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54 | Akhirnya penantian penjawat awam menunggu bonus dari PM Najib akhirnya tertunai, semalam beliau telah mengumumkan berkenaan pemberian bonus ini. Setelah kerajaan negeri selangor memberi bonus sebulan gaji, kerajaan tiba-tiba mengumumkan dengan cepat dan efisen..hehe
    Gambar-Datuk-Seri-Najib-Tun-Razak

    Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

    Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

    Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
    Dari Sinar Harian Pula,
    KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

    Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

    Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

    Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

    "Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

    Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

    Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

    "Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

    Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama
    Read More
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Makhluk Allah Bertandang

    Search This Blog

    Sembang Minggu ini ( Tersohor )

    ENTRI TERBAIK

    Google+ Followers

    Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

    Followers

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Powered by Blogger.