54 Tikaman Dan Torehan Di Muka, Kepala Dan Seluruh Badan | Misteri Kehilangan Terjawab!!

54 Tikaman Dan Torehan Di Muka, Kepala Dan Seluruh Badan | Misteri Kehilangan Terjawab!! | Sepang – Misteri kehilangan seorang lelaki warga Indonesia sejak 20 Julai lalu berakhir apabila mayatnya ditemui orang awam dalam keadaan menyayat hati dengan 54 tikaman dan torehan di muka, kepala dan seluruh badan empat hari kemudian.
Gempar, Mayat Lelaki Ditemui Dengan 54 Tikaman
 
Mangsa dikenali Rustam Sugi, 59, yang juga seorang kontraktor ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan telentang di dalam semak samun bersama sebilah pisau di Kampung Jenderam Hilir pada 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman berkata, sebelum ini, mangsa dilaporkan hilang oleh adik iparnya pada 20 Julai lalu dipercayai diculik.

Beliau berkata, berpandukan laporan diterima, pihaknya turut menahan seorang suspek berumur 21 tahun di Sungai Merab, Bangi pada 21 Julai lalu berhubung penculikan mangsa itu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sudah 10 tahun menetap di Malaysia dan hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat tikaman di dada.

“Kematian mangsa juga dipercayai ada kaitan dengan motif dendam,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Dalam kes berasingan, Imran berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Taman Wang Permai, Kota Warisan pada 26 Julai lalu selepas didapati membawa sepucuk pistol bersama lapan butir peluru.

“Suspek ditahan ketika dalam keadaan mencurigakan sambil membawa sebuah beg plastik putih ditangan kanannya. Dua anggota polis yang sedang meronda kawasan berkenaan berjaya mengesan suspek sebelum mendekatinya.

“Sebaik didekati, suspek tiba-tiba bertindak ganas dan cuba meloloskan diri. Berlaku sedikit pergelutan di antara suspek dengan dua anggota polis berkenaan sebelum suspek akhirnya diberkas,” katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati, suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau termasuk berkaitan kes samun, dadah dan rusuhan.

Imran berkata, suspek juga dikehendaki kerana terbabit dalam kes samun di Serdang.

“Selain itu, ujian air kencing mendapati suspek turut positif ganja malah, pernah dipenjarakan pada tahun 1992 dan kali terakhir tahun 2010 kerana kesalahan dadah.

“Suspek ditahan reman hari ini (semalam) dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37),” katanya.

Katanya, suspek juga akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut mengenai pertuduhan samun -Metro
Read More

Kantoi!! Ahli Parlimen Layan Gambar Lucah Ketika Sidang Parlimen [GAMBAR]

Kantoi!! Ahli Parlimen Layan Gambar Lucah Ketika Sidang Parlimen [GAMBAR] | JAKARTA : Bintang porno Norway, Vicky Vette menyapa anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Arifinto dalam laman Twitternya.
Arifinto dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dirakam menerusi kamera sedang menonton klip porno ketika sidang Parlimen Jumaat lalu.
Dia mendakwa kandungan porno itu muncul sebaik dia membuka e-melnya.


Dalam laman Twitternya, Vicky berkata: “Saya sungguh gembira Arifinto menerima e-mel saya. Saya menghantar gambar terbaik saya.” Ini bukan kali pertama Vicky menulis mengenai tokoh politik dan selebriti Indonesia.
Dia pernah berkata, Menteri Komunikasi dan Penerangan, Tifatul Sembiring, juga anggota PKS boleh menyentuhnya bila-bila masa dia mahukan.


Tifatul ketika itu menjadi tumpuan antarabangsa kerana bersalaman dengan Michelle Obama yang mengiring Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat Indonesia tahun lalu.
Menteri itu sebelum ini terkenal kerana tidak bersalam dengan wanita yang bukan muhrimnya.
Vicky juga berkata, dia berminat dengan ‘Peterporn’, gelaran yang diberikan kepada penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel, yang muncul dalam video seks tahun lalu.
Sementara itu, PKS, membenarkan Majlis Syariahnya memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap Arifinto. “Kami menyerahkan kepada Majlis Syariah,” kata Setiausahanya, Abdul Hakim, semalam.
Majlis berkenaan dijadual membincangkan kes Arifinto hari ini. – Agensi

Read More

Ditemui Mati Dengan Usus Terburai Dipercayai Ditikam | Jenayah Bunuh Yang Semakin Membimbangkan

Ditemui Mati Dengan Usus Terburai Dipercayai Ditikam | Jenayah Bunuh Yang Semakin Membimbangkan | Seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan usus perut terburai di dalam semak berhampiran pantai Telok Gong, Kuala Sungai Baru, malam kelmarin.
Ditemui Mati Dengan Usus Terburai Dipercayai Ditikam | Jenayah Bunuh Yang Semakin Membimbangkan

 


Mangsa, Oh Son Liong, 55, yang dipercayai turut ditikam enam kali di badan dan leher ditemui anggota bertugas sukarelawan dalam keadaan terbaring dengan baju dan seluar putih yang berlumuran darah kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut sumber, anggota berusia 21 tahun yang sedang menjalankan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) bersama dua rakannya itu terlebih dahulu menjumpai sebuah lori Daihatsu berhampiran sebuah kilang.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi kemudian menemui mangsa yang terbaring dalam keadaan isi perut terkeluar namun berpakaian lengkap,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat jam 10 malam.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Raja Shahrom berkata, pihaknya juga masih menyiasat motif sebenar pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

Sementara itu, isteri mangsa, Wee Woon Kin, 51, berkata, suaminya yang keluar rumah di Malim jam 12 tengah hari kebiasaannya akan pulang antara jam 7 dan 8 malam.

“Kira-kira jam 11 malam baru saya dapat tahu mengenai kejadian menimpa suami selepas menerima panggilan daripada polis.

“Setahu saya suami tiada musuh dan saya tidak tahu kenapa dia dibunuh. Apa yang saya tahu, dompetnya turut tiada ketika dia ditemui,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka. [SH]
Read More

Detik Terakhir Chua Boon Huat Bersama Rakan Pasukan Sebelum Berlakunya Kemalangan Maut [Bergambar]

Detik Terakhir Chua Boon Huat Bersama Rakan Pasukan Sebelum Berlakunya Kemalangan Maut [Bergambar] | Majlis penyampaian insentif kecemerlangan kepada pemain kelmarin menjadi pertemuan terakhir mendiang Chua Boon Huat dengan rakan sepasukan sebelum pemain hoki kebangsaan itu maut dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.
Lebih menyedihkan, ketika pemain tersebut ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 10.4, Lebuh Raya Damansara-Puchong dekat Stesen LRT Kelana Jaya, awal pagi semalam, dia masih memakai kemeja putih dan seluar hitam yang dipakainya pada majlis tersebut.

(BACA: Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat Maut Kemalangan)

Pada majlis di Hotel Park Royal di ibu negara kelmarin, dia menerima insentif RM7,500 atas kecemerlangannya ketika mewakili negara pada kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bulan lepas dan Trofi Juara Asia hujung tahun lalu. Sepanjang bersama rakan sepasukan, dia mesra dan ceria.

Detik Terakhir Chua Boon Huat Bersama Rakan Pasukan Sebelum Berlakunya Kemalangan Maut [Bergambar]

Malah Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang hadir pada majlis tersebut juga sempat bergurau dengan pemain itu dengan berkata: “Chua (Boon Huat) nampak makin berisi masa puasa ini.”

Gurauan tersebut hanya dibalas dengan senyuman oleh Boon Huat dan gelak ketawa rakan sepasukannya.

Sewaktu ditemuramah oleh wartawan dari Bernama TV untuk ucapan Hari Raya Aidilfitri, dia sempat bergurau sebelum membuat ucapannya.

“Ini kali pertama saya beri ucapan Hari Raya,” katanya.

Ucapan tersebut menjadi ayat terakhir Boon Huat kepada wartawan pada majlis tersebut.[utusan]
Read More

6 individu dikehendaki polis Berhubung Dengan Kes Tembak Mati Seorang Lelaki Di Jalan Meru [Bergambar] | Pastikan Wajah-wajah Ini Di sekitar Anda

6 individu dikehendaki polis Berhubung Dengan Kes Tembak Mati Seorang Lelaki Di Jalan Meru [Bergambar] | Pastikan Wajah-wajah Ini Di sekitar Anda | PIHAK polis sedang mengesan enam individu bagi membantu siasatan polis berhubung kes menembak mati seorang lelaki di sebuah restoran di Jalan Meru, Klang.


6 individu dikehendaki polis Berhubung Dengan Kes Tembak Mati Seorang Lelaki Di Jalan Meru [Bergambar] | Pastikan Wajah-wajah Ini Di sekitar Anda

Bagaimanapun pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki.

Berikut adalah pengenalan individu yang dicari untuk membantu siasatan:

Nama: George Stanley a/l Sa...thya Nanthan
K/P : 840606-08-5689
Alamat : No. GG2, Kg, Bertuah Bidor, Perak

Nama: Rajamuniandy a/l Chellamuthu
K/P : 810525-08-6201
Alamat : No. 120, Lorong Melati 8, Hutan Melintang Perak

Nama: William Gary a/l Sebastian
K/P : 890607-10-5237
Alamat : No. GG2, Kg, Bertuah Bidor, Perak

Nama: Kartikgasu a/l Manoharan
K/P : 851119-08-6119
Alamat : No. 34 Jalan Mempari, Taman Bayu Klang.

Nama: Vallinatthan a/l Malarajan
K/P : 851004-43-5059
Alamat : No. 26 Jalan Meranti Raman Meru Klang

Nama: Puspanathan a/l Arumugam
K/P : 831130-10-5917
Alamat : No. 29 Taman Sri Meru, Jalan Kenangan 8, Klang

Mana-mana orang yang mengenali atau mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan individu tersebut sila berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Chua Hang Loun, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 019-3193193 atau mana-mana balai berdekatan.
Read More

Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya | Apa Cerita nie?

Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya  | Apa Cerita nie? |  Terkejut aku mendengar cerita ini, menang kes membatalkan keIslaman tiga anaknya?...Adakah benar cerita ini?, tidakkah Mahkamah sensitif terhadap perkara ini?, Mana undang-undang yang melindungi kesucian Islam?...Dalam Islam kita kena menghormati Agama lain dan tidak boleh memaksa penganut Agama lain memeluk Islam, tetapi Islam itu menjaga kesucian jika murtad hukumnya bunuh dan diberi peluang untuk bertaubat kerana mereka telah menghina fitrah..Apa pun mohon kita muhasabah terhadap perkara pelik yang berlaku sekarang ini....
 
Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya
 
Guru tadika itu menarik nafas lega selepas kesemua anaknya mengekalkan agama Hindu hasil perjuangan selama empat tahunnya tetapi apa yang menghantui fikirannya adalah anak bongsunya yang masih bersama bapa mereka.

Indira berkata Tevi Darsiny, 16 dan Karan Dinish, 15, yang tinggal bersama dengannya gembira apabila krisis identiti mereka berakhir.

Bagaimanapun, Indira amat merindui anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa, yang hanya berusia dua tahun ketika diambil oleh bapanya pada 2009.

Dia (suami) belum mengembalikan Prasana dan Indira tidak tahu cara bagaimana untuk menghubunginya.

“Amat menyiksakan untuk membayangkan anak perempuan saya mungkin muncul di depan saya dan tidak mengenali saya sebagai ibunya. Hati saya sakit.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Saya tidak tahu cara hidup yang diamalkannya selama ini tetapi tidak kira bagaimana dia dibesarkan, saya mahukannya kembali. Dia anak saya dan harus bersama dengan saya,” katanya dipetik Mstar.

Indira berkata dia tidak tahu siapa yang menjaga Prasana kerana kali terakhir melihatnya sejak 2009.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi mengarahkan suaminya, K.Patmanathan, yang memeluk Islam dan menggunakan nama Mohd Ridzuan Abdullah supaya menyerahkan anak mereka kepada Indira yang diberi hak penjagaan penuh.

Pada masa itu, Mohd Ridzuan turut menukar agama ketiga anaknya kepada Islam.

Selepas diperintahkan mahkamah untuk berbuat demikian, Mohd Ridzuan mengembalikan dua anaknya kepada Indira tetapi enggan menyerahkan anak bongsu mereka.

Kes hak penjagaan itu kini selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memberi hak penjagaan kepada Indira.

Indira berkata dia telah memfailkan prosiding permohonan menghina mahkamah terhadap suaminya.

Kali terakhir Indira melihat Prasana adalah ketika di mahkamah, apabila dia hanya berusia setahun setengah.

Indira berkata dia tidak tahu di mana Mohd Ridzuan berada atau sebarang cara untuk menghubunginya.

“Setiap 8 April, saya akan menghantar mesej selamat hari lahir kepadanya (Prasana) menerusi telefon bimbit Mohd Ridzuan. Namun mesej saya tidak pernah dibalas,” katanya.

Tevi Darsiny turut menyuarakan hasrat untuk bertemu semula dengan adik perempuan bongsunya itu.

“Ibu saya, abang (Karan) dan saya sendiri amat merinduinya,” kata Tevi.

Sementara itu, Tevi berkata dia amat gembira kerana diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama Hindu.

Kedua-dua mereka berkata telah melalui tempoh sukar untuk mengetahui diri mereka yang sebenar.

Mereka berkata turut berada dalam dilema mengenai sama ada untuk menghadiri kelas agama Islam.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan perakuan memeluk Islam ke atas Tevi, Karan, dan Prasana sebagai terbatal dan tidak sah kerana pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan.

Indira berkata dia menjangkakan Mohd Ridzuan akan memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan mahkamah itu.

“Saya dan peguam sudah bersedia untuk mempertahankan keputusan tersebut,” katanya.

Indira diwakili peguam K.Shanmuga, M.Kulasegaran dan N.Selva dalam kes tersebut.[Sinar Harian]
Read More

Perlawanan Barcelona FC Vs Harimau Malaya Pada 10 Ogos 2103 | Menjana Pendapatan RM115 Juta Kepada Ekonomi Negara

Perlawanan Barcelona FC Vs Harimau Malaya Pada 10 Ogos 2103 | Menjana Pendapatan RM115 Juta Kepada Ekonomi Negara | PERLAWANAN persahabatan antarabangsa antara Barcelona FC dan Harimau Malaya pada 10 Ogos ini dijangka dapat menjana pendapatan RM115 juta kepada ekonomi negara.

Perlawanan-Barcelona-FC-Vs-Harimau-Malaya-Pada-10-Ogos-2103.jpg

Penganjur, Malaysia Major Events, dalam kenyataan hari ini, berkata perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka menarik 80,000 penonton dengan lebih 8,000 peminat kelab gergasi Sepanyol itu di rantau ini.

Ia berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.

"Rakyat Malaysia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Kami gembira untuk melihat kehebatan semangat bola sepak melanda negara ini dan kami akan terus membawa acara sukan mega ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.

Malaysia Major Events merupakan cabang dalam MyCEB, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. - Bernama
Lagi Berita
KUALA LUMPUR: Kelab gergasi La Liga, Barcelona kini sah bakal beradu kekuatan dengan skuad kebangsaan, pada 10 Ogos ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Justeru, buat julung kalinya peminat bola sepak tempatan berpeluang menyaksikan dengan dekat, kelibat Lionel Messi, David Villa, Xaxi dan Andreas Iniesta.

Selain Malaysia, Barca akan turut mengakan aksi persahabatan di China dan Thailand dalam rangka lawatan Jelajah Asia kelab Catalan itu.

Pujian buat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang turut berjaya menjalin kerjasama dengan Barca untuk program pembangunan futsal negara.

Mungkin ramai peminat kurang sedar, Barcelona juga turut memiliki pogram pembangunan futsal yang berkesan dan Sepanyol, juga mempunyai saingan liga futsal yang terbaik di benua Eropah.

Ada baiknya juga, jika FAM berusaha mendapatkan persetujuan Barcelona, untuk menghantar beberapa pemain Harimau Muda berlatih di akademi kelab itu yang terjenal, La Masia.

Selain pemain pelapis kebangsaan, tiada salahnya jika pengendali Harimau Muda A dan B, Ong Kim Swee serta Razip Ismail ke akademi tersebut, untuk melihats sendiri bagaimana kaedah latihan dan pendekatan yang digunakan dalam menghasilkan produk berkualiti.

[Astro Awani]

Harga Tiket Perlawanan Malaysia Vs Barcelona Fc

Sudah pasti perlawanan yang menjadi penantian buat peminat bola sepak tanah air kita iaitu perlawanan skuad kebangsaan menentang kelab gergasi dari sepanyol iaitu Barcelona. Mampukah Malaysia memberikan saingan dengan kelab gergasi yang memiliki ramai pemain bintang pada 10 Ogos 2013 nanti?

Perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Barcelona ini adalah sempena jelajah Asia yang bertempat di Stadium Bukit Jalil. Pastinya perlawanan ini sangat dinantikan bagi para peminat khususnya Barcelona dan Harimau Malaya.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan itu ditetapkan pada RM668 untuk tempat duduk VIP dan RM98 hingga RM388 untuk tempat duduk biasa.

Harga Tiket:

FREE SEATING : RM98 (USD32) – RM388 (USD128)
VIP SEAT : RM688 (USD 227)

Beli Tiket Online:

Tiket perlawanan boleh didapatkan secara online http://www.tickethotline.com.my/ pada tarikh yang akan diumumkan nanti.









Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/barca-datang-malaysia-12597?cp

Read More

Pokok Besar Tumbang Menghempap Kereta Yang Sedang Dipandu | ‘Mungkin Malaikat Bantu Lindungi Kami’

‘Mungkin Malaikat Bantu Lindungi Kami’ - Ipoh : “Mungkin malaikat bantu melindungi kami. Saya sendiri tidak percaya masih hidup,” kata Zarina Kamaruddin, 23, yang terselamat selepas sebatang pokok besar tumbang menghempap kereta dipandunya, kelmarin.

‘Mungkin Malaikat Bantu Lindungi Kami’
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, sebatang pokok sebesar tiga pemeluk dan setinggi 20 meter tumbang sebelum menghempap kereta mangsa yang melalui Jalan Abdul Jalil, di sini.

Ketika kejadian mangsa dan tunangnya yang mahu dikenali sebagai Asmawi, 20, dikatakan baru saja berbuka puasa di sebuah restoran berhampiran Stadium Indera Mulia, di sini.

Zarina berkata, dia yang memandu kereta pulang ke rumah terkejut melihat pusaran angin berwarna putih melalui kawasan itu bersama hujan lebat.

“Secara tiba-tiba sebatang pokok besar tumbang sebelum menghempap sisi kiri kereta Proton Persona yang saya pandu. Kesan hentaman kuat itu menyebabkan pintu bahagian kiri kereta tidak boleh dibuka manakala cermin pintu serta hadapan kenderaan pecah. – HARIAN METRO
Read More

Lagi Kes Tembakan!!!, Kali Ini Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah

Lagi Kes Tembakan, Kali Ini Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah | Apa nak jadi negara kita sekarang, dah macam negara Cowboy dah lagaknya. Kenapakah perkara ini berlaku berlegar-legar di benak kepala hotak aku nie..Penjenayah seolah-olah tidak takut kepada undang-undang, adakah penjenayah sekarang terlalu hebat sehingga Polis pun sukar mengesan mereka?..Ada orang berkata penjenayah ini mungkin dari pihak Polis juga..X mungkin kot..Ada orang kata inilah berpunca dari gejala rasuah yang sudah tidak terkawal? Mungkin kah....
 
Lagi Kes Tembakan, Kali Ini Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada pukul 8.45 pagi.

“Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.

Amiruddin berkata Wong, yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilapor stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di sini.

Pada 29 Julai juga seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam di sini.

Rabu lepas pula, pemandu van kilang N. Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. -Sh
Read More

[VIDEO] Lagi Penghinaan Terhadap Menteri | Namewee Ugut Nak Kencing Menteri?

[VIDEO] Lagi Penghinaan Terhadap Menteri |  Namewee Ugut Nak Kencing Menteri? -
 Pengarah filem Nasi Lemak 2.0 yang dahulunya merayu-rayu memohon dana untuk menerbitkan filem dan akhirnya meletup dipanggung dan sekarang beliau hentam pulak Menteri. Namawee membuat satu video menyatakan ketidak puasan hatinya mengenai tayangan filem yang beliau keluarkan dan dikatakan telah dibuli oleh Menteri dan berlaku ketidakadilan, korang tahu ajer laa bahasa Namawee memang kuang ajar, walaupun ada jugak benarnya....

[VIDEO] Lagi Penghinaan Terhadap Menteri |  Namewee Ugut Nak Kencing Menteri?

Pakai kot dan berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan rupa baik.

Selepas Alvin dan Vivian berjaya mendapat pengaruh daripada video murahan mereka, Chetz juga dapat bahagian juga, saya sudah menjangkakan si Wee Meng Chee atau Namewee ini akan membuka mulut.

Rabu lepas Namewee sudah pun menghasilkan video dengan menggunakan kata ganti diri kedua “kau” melabelkan para Menteri yang dahulu pernah membantunya. Namewee turut mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa Alvivi yang telah mencetuskan kontroversi dengan sup “Bak Kut Teh” mereka.

Namewee turut hendak merasakan juga jadi terkenal dek kerana populariti murahan.

Video selama 5 minit 23 saat itu penuh kata mengutuk kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diterajui oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam video berkenaan, tindakan polis menahan Alvivi juga dipersoalkan oleh Namewee tetapi dia mengambil contoh kes Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Pristana yang katanya “murid bukan Islam disuruh makan di tandas”.

Jelas Namewee buat tuduhan melulu biarpun kes itu sudah selesai dan mereka bukan makan di tandas pun sebenarnya.

Dalam satu babak di video berkenaan pada 2:11 Namewee berkata “Gua tau bahagian puting kamu paling sensitif kan?” jelas menghina kerajaan terutamanya menteri yang terlibat secara langsung dengan penerbitan filem

Namewee turut memperlekehkan tindakan kerajaan menggantung tayangan filem The New Village atau Kampung Baru Cina seperti diumumkan oleh Dr Ahmad Zahid untuk dinilai semula oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas)

Siapa lagi yang disebut kau “kau” oleh Namewee kalau bukan kementerian itu. Kita harap Dr Ahmad Zahid sekali lagi tidak berdiam diri dengan isu ini kerana Namewee jelas tidak mengenang budi.

Sudahlah diberi dana dahulu RM500,000 untuk menerbitkan filem Nasi Lemak 2.0, kini dia memperlekehkan para menteri ini dan mennyemai kebencian dengan mempersoalkan kerajaan seperti tidak menghargai undi dari kaum cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Semenjak dimuatnaik, video ini sudah ditonton oleh 159,298 kali dan ia jelas untuk disebarkan dalam kalangan rakyat Malaysia walaupun Namewee berbahasa Mandarin tetapi sudah diletakkan sarikata dalam videonya. Lebih lagi ia boleh ditonton oleh sesiapa sahaja di laman YouTube.

Dalam video Namewee itu, dia sempat memberi amaran kepada Dr Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery supaya tidak melewat-lewatkan atau menangguhkan tayangan filem baru arahannya.

Jika tidak dialog di dalam video Namewee “Nanti gua sembur kamu dengan kencing gua dan suruh kamu dakwa air kencing gua” katanya kasar dan menghina. Sombong betul lelaki ini.

Selain itu, sebelum akhir video ini Namewee memberikan satu lagu katanya ditujukan khas kepada mereka yang terlibat kerajaan lah kan. Lagu itu katanya dipetik dari lagu dalam filemnya yang bakal ditayangkan 1 Ogos iaitu semalam bertajuk Kara King

Dalam liriknya ada perkataan”Makan Tahi, Makan Tahi,” Saya pelik bagaimana lagu ini boleh terlepas dalam filem Namewee?? dan diluluskan tayangannya.

Lelaki seperti ini tidak perlu lagi diberikan peluang mengarahkan filem. Dahulu ada pengarah filem mencarut di dalam program siaran langsung televisyen terus digantung, tapi kali ini dia bebas mengarahkan filem lagi selepas menghina orang lain sebegitu rupa. – MyNewsHub

Read More

[VIDEO] Pencuri Seluar Dalam Wanita Di Kawasan Sri Petaling! | Apa Punya Perangai Ntah

Video Klip Pencuri Seluar Dalam Wanita Di Kawasan Sri Petaling! | Ramai di antara kita pasti pernah mendengar dan wanita mungkin pernah menjadi mangsa apabila seluar dalam yang dibasuh di letak di jemuran hilang dicuri.

[VIDEO] Pencuri Seluar Dalam Wanita Di Kawasan Sri Petaling!

Hal begini biasanya terjadi di rumah-rumah wanita bujang, namun yang sudah berkahwin pun tidak terlepas kerana jenayah tidak mengenal sesiapa.

Pelaku hampir pasti 100 peratus lelaki yang mempunyai masalah psikologi seks.

Dalam video di bawah yang dimuat naik pihak Malaysian Crime Awareness Campaign memperlihatkan seorang lelaki dengan penuh selamba mencuri seluar dalam di kawasan Sri Petaling.

Salah sebab yang mudah untuk lelaki itu bertindak mungkin kerana pagar rumah tidak dikunci. Jadi untuk mengelakkan kejadian seperti ini, pertimbangkanlah untuk mengunci pagar rumah bila keluar.

Kepada penduduk sekitar Sri Petaling pula … apakah anda cam lelaki ini? – MyNewsHub

Read More

[GAMBAR] PEGAWAI AGAMA MAUT KEMALANGAN | NAHAS MENUJU MAJLIS BERBUKA PUASA MERAGUT 4 NYAWA

[GAMBAR] PEGAWAI AGAMA MAUT KEMALANGAN | NAHAS MENUJU MAJLIS BERBUKA PUASA MERAGUT 4 NYAWA | Hari ini kita dikejutkan dengan kemalangan maut Atlit Hoki Negera Chua Boon Huat dan kejadian itu cukup mengejutkan seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat hoki negara. Hari ini juga berlakunya kemalangan ngeri di Sri Aman di mana Empat Pegawai Agama Islam (Jakim) maut dalam kemalangan semasa menuju ke Majlis Berbuka Puasa. Ini lah dugaan kepada seluruh keluarga mangsa di bulan Ramadhan ini, apa pun nasihat aku di musim perayaan ini berhati-hati di jalan raya kepada teman-teman yang mula pulang ke kampung esok pastikan kenderaan di servis terlebih dahulu dan jika mengantuk berhentilah tidur, biar lambat asal selamat......


SRI AMAN 1 Ogos - Empat pegawai agama Islam, tiga daripadanya wanita yang dalam perjalanan ke majlis berbuka puasa maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori balak di Jalan Sri Aman - Betong dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang ini.

6 PEGAWAI AGAMA MAUT KEMALANGAN

Seorang pegawai agama lelaki yang turut terlibat dalam kejadian itu cedera parah dan kritikal manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan.

Ketika kejadian, kereta Toyota Innova yang dipandu Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Sarawak, Ibrahim Hailee, 35, dari arah arah Sri Aman menuju Sarikei gagal dikawal lalu bertembung dengan lori balak dari arah bertentangan.

Jurucakap polis memberitahu, lori balak dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun itu, dipercayai telah memasuki laluan bertentangan ketika mengambil selekoh. 
 
6 PEGAWAI AGAMA MAUT KEMALANGAN
 
Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian. Tiga lagi yang meninggal dunia di lokasi kejadian ialah tiga pegawai wanita, Harliani Hanani, 29; Halimah Hamrie, 30; dan Qurratu Aini Rolfandy, 23.

Penumpang yang cedera parah dan kritikal ialah Fakih Ikhwan manakala seorang lagi, Mohd. Firdaus Ahmat, 23, mengalami cedera ringan.

Kesemua mangsa, masing-masing bertugas di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jakim Sarawak. - UTUSAN ONLINE

Artikel
© Utusan Melayu (M) Bhd

Read More

Pemuda Berusia 19 Tahun Ditangkap Kerana Memperkosa Ibu Kandung Dan Empat Adik Tirinya!!!

Pemuda Berusia 19 Tahun Ditangkap Kerana Memperkosa Ibu Kandung Dan Empat Adik Tirinya!!! | - Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.

Pemuda Berusia 19 Tahun Ditangkap Kerana Memperkosa Ibu Kandung Dan Empat Adik Tirinya!!!
 
Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu.
“Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” kata TG ketika disoal polis, semalam.

Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu.
Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun. Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks.
Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya.

“Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya,” katanya.

Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun.

Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya. – Lensa
Read More

Dunia Akhir Zaman | Keluarga 69, Bini Kandung Anak Haram, Suami Buat Hubungan Haram

Dunia Akhir Zaman | Keluarga 69, Bini Kandung Anak Haram, Suami Buat Hubungan Haram |- Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan lelaki lain manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik ipar dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar. 
 
Keluarga 69, Bini Kandung Anak Haram, Suami Buat Hubungan Haram
 
Lebih mengejutkan, lelaki berusia 39 tahun bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jaips, Suhaimi Ahmad berkata, kedua-dua pasangan itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di rumah mereka jam 12.30 tengah malam dan 1.20 pagi semalam. – paapaada.blogspot
Read More

[GAMBAR] Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan | Chua Boon Huat (33 tahun) Dalam Kenangan

[GAMBAR] Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan |  Chua Boon Huat (33 tahun) Dalam Kenangan | Tak kira anda minat sukan hoki atau tidak, nama Chua Boon Huat (33 tahun) pasti anda kenal. Mana taknya sebab dia telah mewakili negara kita sejak dari 1998 dalam sukan Komanwel.  

Ini adalah satu berita yang begitu menyedihkan kerana dia telah disenaraikan untuk mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Asia yang akan datang. Dan sekiranya Malaysia masuk ke peringkat akhir Piala Dunia, pastinya dia juga disenaraikan. Apa-apapun, Rest In Peace.
Gambar Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat Meninggal dalam kemalangan jalanraya jam 3 pagi tadi.

Takziah kepada keluarga Chua Boon Huat, pemain hoki kebangsaan, yang meninggal dunia kira-kira jam 3.00 pagi tadi setelah mengalami kemalangan di LDP.

Beliau seorang bintang hoki yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan merupakan seorang atlet yang cemerlang, berdisiplin, sentiasa positif dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda.

Terima kasih, Boon Huat. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh negara. [ Khairy Jamaluddin ]


[GAMBAR] Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan

[GAMBAR] Pemain Hoki Negara Yang Maut Dalam Kemalangan
Read More

Buang Ibu Kerana Dianggap Membawa Sial!! | Dunia Akhir Zaman

Buang Ibu Kerana Dianggap Membawa Sial!! | Dunia Akhir Zaman |- HANYA kerana dianggap malang dan pembawa sial, seorang wanita berusia 90-an, Seni Aisyah Abdullah yang kini menderita kesunyian selama tujuh tahun ditinggalkan oleh anak-anaknya.

Buang Ibu Kerana Dianggap Membawa Sial!! | Dunia Akhir Zaman

Seni kini menjadi salah seorang penghuni Rumah Orang Tua Al-Ikhlas dan gembira menjalani kehidupan baru disana.

Mesra dipanggil mami oleh penghuni, dia berkata telah dibuang oleh anak-anaknya dan dihantar ke rumah itu oleh anak lelakinya yang menganggap dirinya pembawa sial dan punca kegagalan perniagaan anaknya itu.

Dia yang mengalami masalah sakit tua turut nyanyuk dan hanya mengingati beberapa perkara semasa usia mudanya.

“Selama tujuh tahun saya disini, saya dijaga dengan baik oleh sukarelawan, jadi saya tidak mahu ingat lagi apa yang berlaku sebelum ini”, jelasnya yang berasal dari Kinrara, Puchong.

Katanya, keadaannya yang uzur membuatkan dia tidak lagi berfikir mengenai anak-anaknya dan tidak berharap untuk kembali kepangkuan anak-anaknya lagi.

“Sekarang saya sudah tidak lagi ingat mereka dan kehidupan disini sekarang adalah lebih baik berbanding sebelumnya.

Menurut Pengasas Pusat Jagaan itu, Muji Sulaiman, Mami mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan dan mereka semuanya berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Dulu semasa tahun pertama Mami berada di sini, selama 20 hari sepanjang Aidilfitri dia asyik termenung di luar pintu menunggu kedatangan anaknya, tapi kini sudah tujuh tahun dia menyambut Hari Raya bersama rakannya yang lain.

Muji yang juga bekas jururawat turut berkata ketiga-tiga anak Mami tidak pernah datang menziarah ibu mereka selepas menyerahkan Mami kepada pihaknya tujuh tahun lalu.

“Dulu, saya pernah cuba untuk mencari mereka tapi kini tidak lagi, dan 99 peratus daripada penghuni disini adalah ditinggalkan dan dibiarkan oleh waris mereka sehingga meninggal”, jelas Muji yang turut membiayai Pusat Jagaan dan Rawatan itu secara persendirian.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang muallaf cina yang mesra dipanggil Uncle Chan, 80-an.

Dia yang sudah 9 tahun lebih tinggal di pusat jagaan orang tua itu pada asalnya di tinggalkan oleh isteri dan tiga anaknya.

“Sebelumnya saya tiada tempat untuk dituju dan saya berfikir untuk meminta bantuan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan disebabkan saya tiada waris dan anak-anak juga tidak mahu bela saya, jadi mereka hantar saya kesini.

Katanya, anaknya pernah datang sekali sahaja untuk bertemunya kira-kira dua tahun lepas namun mereka datang bukan untuk menziarah tetapi bersebab.

“Anak perempuan saya datang hanya minta tandatangan borang izin kahwin dan selepas itu untuk jual rumah,” katanya yang gembira berada di rumah jagaan itu.

“Saya juga berterima kasih kepada Muji kerana menjaga saya, merawat serta memberi pengisian rohani setiap hari dimana saya dapat belajar mengaji dan mendalami ilmu agama”, katanya yang berasal dari Selangor.

Menurut Muji, Uncle Chan dibuang isteri dan anak-anaknya kerana dia kini tidak punya harta.

“Saya difahamkan, dulu dia orang yang berharta tetapi selepas jatuh bankrap keluarganya tidak mahu membelanya lagi.

“Ketika dihantar oleh pihak MAIS, Uncle Chan sakit terlantar dan tidak punya harta tapi saya pun gembira dapat menjaganya sebab dia tidak mempunyai kerenah”, katanya.

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas terletak di Puchong dihuni oleh 66 orang tua yang tiada waris dan di urus secara persendirian oleh Muji dan anak-anaknya.

“Kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, ini semua hasil daripada perniagaan restoran saya dan saya sumbangkan kepada orang-orang tua ini untuk mereka meneruskan hidup.- Malaysiandigest

Read More

Syiah Melayu Menggunakan Kafan Berwarna Hitam | Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara Ini

Syiah Melayu Menggunakan Kafan Berwarna Hitam | Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara IniDari Abdullah bin Amr ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja...Sahabat-sahabat baginda bertanya: Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?...Baginda menjawab: Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (HR at-Tirmizi )

Hadis di atas menjelaskan perkara yang telah berlaku di zaman kita sekarang, fitnah dan mehnah telah kita rasai sekarang, sekarang ini isu Syiah dan Wahabi begitu hangat diperkatakan sekarang. Satu persatu Allah kebenaran telah tertegak dan kebatilan semakin terserlah. 

Semenjak berlakunya Revolusi Iran, siapa yang tidak bangga dengan revolusi tersebut. Imam Khomenei dianggap sebagai Mujaddid di abad ini, semua gerakan Islam begitu bangga dengan revolusi tersebut sehingga menjadi siulan dan topik ceramah di kalangan mereka, aku masih ingat sewaktu sewaktu Hizbullah ditubuhkan dan menyatakan sikap melawan Yahudi, ketika itu siapa yang tidak bangga dan sticker-sticker lambang Hizbullah di tampal dikebanyakan kereta Umat Islam ketika itu dan mereka sangat menghormati Hassan Nasrullah dan dianggap sebagai hero Umat Islam dan ketika itu Yusof Qardawi memuji Hizbullah, beliau pun tertipu ketika itu.

Tembelang mereka di buka Allah sejak berlakunya Revolusi Syria iaitu pembunuhan beramai-ramai penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah di sertai oleh Hizbullah dan Iran di belakangnya. Sewaktu itulah dunia Islam mengetahui niat mereka sebenar dan betapa bencinya mereka kepada Ahli Sunnah dan Sahabat-sahabat nabi yang lain seperti Abu Bakar, Umar, Usman dan Saidatina Aisyah  dan dan menganggap mereka Kafir dan Jalang. Mereka terlalu Agongkan Saidina Ali Dan Saidina Hassan Dan Hussein, jika Saidina ALi, Hussein dan Hassan masih hidup sudah pasti mereka tidak membenarkan perkara ini berlaku dan pasti mereka akan memerangi pengikut Syiah.

Saidina Ali, Hassan Dan Hussein merupakan keturunan nabi yang dijanjikan ke Syurga dan kita sangat menyanyangi mereka dan kita sebagai Ahli Sunnah kita tidak pernah menghina sahabat nabi yang lain, kerana meraka adalah semulia-mulia Umat dan mereka adalah Umat Nabi Muhammad saw yang terbaik dan teragong.  

Berbalik kepada Syiah Melayu dan bertapak di Malaysia, bagi akulah mereka tidak layak untuk menyebarkan ajaran mereka di Malaysia, kerana ajaran mereka mengarut dan sesat boleh tengok entri aku yang lepas-lepas berkenaan kesesatan Syiah ( Sila Klik ). Moga-moga Allah lindungi kita dari ditimpa bala bencana dari ajaran Syiah yang menyedihkan..........

Syiah Melayu Menggunakan Kafan Berwarna Hitam | Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan Menafikan Perkara Ini

Syiah Nafi Guna Kafan Warna Hitam - PENDANG : Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran,” katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu. – SINAR HARIAN
Read More

Dihalau Balik Sebab Tak Siap Kerja Sekolah, Adakah Cikgu Sekejam Ini?

Tertarik aku dengan cerita di bawah ini berkenaan seorang bapa mendakwa anaknya di rotan dan dihalau dari sekolah oleh gurunya sendiri, apabila menerima berita ini aku ada terfikir 2 persoalan, adakah cikgu sekarang ini sekejam ini atau pun adakah anak-anak terlalu dimanjakan. Sekarang ini kita hanya mendengar cerita disebelah pihak, jika zalim sangat kenapakah Cikgu tersebut menghubungi ayah dia berkenaan kehilangan anaknya di sekolah..Aku dulu pernah lah melalui zaman budak sekolah, korang pun tahukan..hehe

Aku kalau malas nak pergi sekolah mesti aku akan bagi alasan kow2 kat aku punya ayah lerr. Ko nak tahu apa reaksi diaorang jawapannya boolaayan laa. Kalau aku kena rotan di Cikgu mmg berbelang-belanglah betis dan peha aku ada aku berani nak report kat ayah aku, mahunya bertambah lagi lah belang-belang kat badan aku.

Walhasilnya semenjak ada media sosial dan maklumat dihujung jari ini, makin manja di buatnya masyarakat . Perkara yang tidak patut di perbesarkan di utamakan, berbalik kepada isu ini aku tengok para guru cukup tertekan dengan keadaan sekarang, ibu-bapa terlalu dengar cakap anak sikit-sikit nak report sehingga Polis pun terbeban dengan report-report dan akhirnya lihatlah apa yang terjadi sekarang, tak menang tangan dibuatnya Polis. 

Akibat daripada perkara ini Cikgu-cikgu malas hendak bersungguh sangat mendidik, korang tengok apa yang terjadi sekarang perangai budak-budak sekolah dah tidak terkawal.....fikir-fikirkanlah janganlah duk salahkan cikgu semata-mata.

Dihalau Balik Sebab Tak Siap Kerja Sekolah, Adakah Cikgu Sekejam Ini?

Dihalau Balik Sebab Tak Siap Kerja Sekolah - BUTTERWORTH : Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – BERNAMA
Read More

Mawi-Ekin Akui Disabotaj, Dituduh Menipu Stokis UneQuein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk

Mawi-Ekin Akui Disabotaj, Dituduh Menipu Stokis UneQuein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk |  KUALA LUMPUR : Penyanyi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani yang juga bekas juara Akademi Fantasia Musim 3 menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahwa dia telah menipu pengedar yang mengedarkan produk UneQuein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk.

Mawi-Ekin Akui Disabotaj, Dituduh Menipu Stokis UneQuein miliknya sehingga mereka mengalami kerugian teruk
 
Malah, Mawi berkata, selama ini dia sentiasa menyokong dan membantu stokisnya untuk melakukan pelbagai promosi.

“Sebenarnya, sejak daripada awal penubuhan UneQuien lagi promosi sudah giat dijalankan sama ada menerusi akhbar, majalah dan televisyen. Malah, kami sendiri yang turun padang untuk melakukan promosi bersama. Jadi tidak timbul isu perniagaan yang saya usahakan ini teruk dan berdepan pelbagai isu termasuk penipuan daripada segi promosi.

“Lagipun bagi saya, pada mereka yang sudah bersetuju untuk menjadi stoksi, dia perlu bekerja keras dan bukan hanya mengharapkan pihak kami semata-mata untuk menjalankan promosi. Lainlah, jika stokis yang mahu bernaung di bawah syarikat kami ini hanya ingin menggunakan nama saya untuk kepentingannya atau sebab-sebab lain.

“Tapi tak mengapalah, ini adalah lumrah dan menjadi kebiasaan dalam bidang perniagaan. Jadi, bagi saya selagi saya membuat kerja saya di tempat yang benar dan telus, tiada apa-apa yang perlu saya takutkan.,” katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran produk baru Unequein di Seksyen 9, Bangi, Sabtu lalu.

Sebelum ini, ada gosip yang mengatakan Mawi selaku pengusaha produk Unequein didakwa telah menipu beberapa pengadar serta tidak mahu memberi kerjasama promosi untuk stokisnya.

Mawi kini sudah berjaya melantik sehinga 40 stokis Unequein daripada seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.

Sementara itu, isteri Mawi iaitu Ekin atau Norashikin Rahmat yang juga pengusaha bersama Unequein memberitahu cerita negatif mengenai produknya itu disifatkan sebagai sabotaj daripada stokisnya yang tidak bertanggungjawab.

“Sebenarnya memang ada stokis yang cuba nak jatuhkan kami. Cerita ini berpunca daripada seorang stokis yang tidak membenarkan kami pergi ke tempat promosi yang diadakan kerana difahamkan majlis itu hanya diadakan secara kecil-kecillan dan tidak ramai yang hadir.

“Kami yang pada awalnya ingin pergi ke lokasi tersebut terpaska membatalkannya di saat-saat akhir. Namun, keesokan harinya kami menerima panggilan daripada media yang memberitahu hadir di majlis promosi itu kerana mahu berjumpa kami.

“Saya terkejut kerana rupanya majlis itu diadakan besar-besaran dan ramai yang berada di situ telah dijanjikan kehadiran saya dan Mawi akhirnya hampa bila kami tak datang. Saya sedih atas apa yang berlaku, tetapi hendak buat bagaimana. Inilah dugaan dan cabaran pernigaan yang perlu kami terima,” jelasnya lagi.

Unequein yang kini sudah mempunyai 7 produk semuanya sejak awal tahun ini penubuhannya telah melancarkan 4 produk baru iaitu air berkabornat, the tarik khasiat, skincare pek ekonimi dan juga BB Cream. – Murai
Read More

Biar Betul !! Umur 18 Tahun, Sudah Kahwin 11 Kali Akibat Kahwin Kontrak

Biar Betul !! Umur 18 Tahun, Sudah Kahwin 11 Kali Akibat Kahwin Kontrak | Umur 18 Tahun, Sudah Kahwin 11 Kali – Bogor, Indonesia : Fitriasih, 18, mengakui dirinya telah melakukan perkahwinan kontrak dengan lelaki Timur Tengah sebanyak 11 kali di kawasan Puncak Cisarua, Jawa Barat. 
 
Biar Betul !! Umur 18 Tahun, Sudah Kahwin 11 Kali Akibat Kahwin Kontrak
 
Dia yang berasal dari Jakarta Timur itu mengakui terpaksa menjual diri kepada pelancong Timur Tengah atas alasan kesempitan ekonomi.

Ibu bapanya dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala adiknya memerlukan pembiayaan sekolah.

“Demi adik, saya rela keluar dari sekolah saat masih duduk dibangku SMP.

“Orang tua saya tidak tahu pekerjaan saya begini. Yang jelas, saya dapat wang, saya bayar sekolah adik dan keperluan rumah tangga,” katanya.

Dia mengenali jejaka Arab melalui bantuan pemandu pelancong yang telah lama dikenalinya.

Malah, Fitriasih juga mengakui yang dia pernah menikah ketika usianya mencecah 17 tahun.

“Selama lapan bulan saya menjalani profesion ini, sudah 11 laki-laki Arab saya nikahi.

“Usia kawin kontrak saya dengan mereka paling pendek 3 minggu dan paling lama 1 bulan.

“Selama kawin kontrak, saya diberi nafkah Rp5 juta (RM1,600 +-) seminggu,” katanya.

Pengakuan Fitriasih telah mengejutkan Ketua Daerah, Drs Teddy Pembang.

Teddy seolah-olah tidak percaya yang Fitriasih telah melakukan kawin kontrak hingga belasan kali.

Malah, semua kegiatan tersebut dilakukan melalui ijab kabul.

Teddy menegaskan bahawa perkahwinan kontrak adalah bertentangan dengan syariat agama.

Justeru, dia sangat kecewa dan mengutuk perbuatan tersebut.

“Ibu yang membenarkan anak mereka bekerja demi kepuasan nafsu jejaka Timur Tengah, benar-benar tidak mempunya nurani. Saya akan minta pihak polis untuk menyiasat keterangan mangsa dan ibu mereka.

“Dia harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Ini kali terakhir wilayah saya dijadikan maksiat. Jika tertangkap lagi sewaktu operasi, saya akan hantar mereka ke Jawa Tengah atau Pasar Rebo Jakarta Timur,” ujar Teddy. – Inilah.com
Read More

Berhati-Hati Beg Sekolah Papar Imej Lucah!!

Berhati-Hati Beg Sekolah Papar Imej Lucah!! | Kalau sekali tengok memang beg sekolah atau ‘backpack’ ini nampak seperti biasa.
Namun, selepas dibuka baru nampak imej sebenar yang terpapar dalam beg tersebut.
Rasanya, rekaan sebegini haruslah dipantau kerana tidak mustahil kanak-kanak akan terbeli beg tersebut dan kemudiannya melihat imej-imej yang tidak senonoh yang terkandung dalam beg itu. – MyNewsHub




Read More

Courts Mammoth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan

Courts Mammoth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan | Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu. 
 
Courts Mammoth Cuai, Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan
 
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

“Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

“Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan,” katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

“Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah,” katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

“Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

“Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.- Sinar
Read More

Tazkirah Ramadhan Yang Penuh Pengajaran | Kisah Nabi Muhammad SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta Matanya

Tazkirah Ramadhan Yang Penuh Pengajaran | Kisah Nabi Muhammad SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta Matanya | Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” 
 
Tazkirah Ramadhan Yang Penuh Pengajaran | Kisah Nabi Muhammad SAW Dengan Pengemis Yahudi Yang Buta Matanya
 
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.

Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Read More

Misteri Batu Nisan Berusia Lebih 300 Tahun Bernyawa Di Kuala Lipis | Kisah Misteri

Misteri Batu Nisan Berusia Lebih 300 Tahun Bernyawa Di Kuala Lipis | Kisah Misteri | Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun, Kuala Lipis. 
Misteri Batu Nisan Berusia Lebih 300 Tahun Bernyawa Di Kuala Lipis
Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya. “Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.- Ronyanuar.com
Read More

Penjelasan Hukum Membela Anjing Dalam Islam | Moga-moga Perkongsian Ini Memberi Manfaat

Penjelasan Hukum Membela Anjing Dalam Islam | Moga-moga Perkongsian Ini Memberi Manfaat | Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden init banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah:

Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat”.

Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat (sebesar gunung) setiap hari?

PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH/MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE

3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

(Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung)

3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut:

Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.

Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.

3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram.

Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya :

“Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”.



Satu lagi artikel

SEJAK kebelakangan ini terdapat ramai umat Islam di negara ini, terutamanya yang Melayu membela anjing walaupun haiwan itu termasuk dalam kategori najis mughalazzah iaitu jika terkena air liur atau terpegang badan anjing yang basah maka wajib dibasuh dengan air yang bercampur tanah sekali diikuti dengan enam kali air yang bersih.

Antara alasan-alasan yang mereka beri:

1) Tidak terdapat dalam al-Quran yang menyatakan orang Islam tidak boleh membela anjing.

2) Rasullullah SAW tidak pernah mengharamkan orang Islam membela anjing.

3) Anjing juga seperti haiwan-haiwan yang lain adalah makhluk Allah.

4) Terdapat ramai pemimpin-pemimpin Islam di negara luar juga membela anjing malah ada yang membiarkan anjing mereka memasuki rumah dan bilik tidur.

5) Ramai penganut-penganut Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Afghanistan membela anjing.

6) Ada kisah yang menceritakan tentang tiga orang pemuda terkurung di dalam gua bersama seekor anjing selama 300 tahun, kemudian dibebaskan Allah yang mana dikatakan pemuda-pemuda tersebut termasuk anjing mereka dimasukkan Allah ke dalam syurga.

7) Ada kisah di Amerika seorang penganut Islam yang buta kedua-dua matanya mempunyai seekor anjing penunjuk jalan untuk ke masjid.

8) Terdapat sebilangan ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang berpendapat tidak salah orang Islam membela anjing.

Seperkara lagi, benarkah Rasullullah ada bersabda: "Tidak akan masuk Malaikat Rahmat ke dalam rumah seseorang Islam itu yang mana di rumah tersebut ada membela anjing."

JAWAPAN

Pada dasarnya, ketetapan najis bagi air liur anjing ini dipandang daripada dimensi yang bersifat ritual, bukan rasional, sehingga tidak harus ada alasan logik. Dimensi akal masih jauh daripada kesempurnaan untuk menganalisis secara teliti tentang najis air liur anjing.

Memang, agama tidaklah diukur dengan akal. Sayidina Ali mengatakan: "Andaikan agama diukur dengan akal, maka mengusap sisi bawah muzah (sepatu) lebih utama daripada mengusap sisi atasnya. Dan Rasulullah SAW telah mengusap di atas dua sepatu." (riwayat Abu Dawud).

Ada yang berpendapat apa salahnya memelihara anjing kerana ia juga makhluk ciptaan Allah SWT. Lagi pula, ia sangat taat pada tuannya. Sebab itu agama Islam tidak boleh dikias sesuka hati mengikut perasaan.

Apa yang digaris oleh Islam dalam syariatnya ialah lebih kepada menjaga kemaslahatan penganutnya. Bukan sekadar menyuruh Muslim membuat itu dan meninggalkan ini, malahan lebih daripada itu.

Sebagai pembuka perbincangan, suka saya nukilkan beberapa dapatan kajian saintifik yang kebanyakan kita tidak mengetahuinya.

Walaupun sesuatu suruhan dan tegahan yang dinyatakan oleh Allah dan rasul-Nya pada awalnya diterima oleh sahabat dan para salaf soleh dengan tanpa bantahan, tanpa bertanya hikmah mahupun falsafah di sebaliknya. Tetapi mutakhir ini, kebanyakan tegahan dan suruhan dapat dibuktikan hikmah dan falsafahnya.

Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.

Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.

Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).

Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.

Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat).

Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie.

Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.

Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.

Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.

Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).

Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"

Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah

1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.

2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.

3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.

4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).

5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.

Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.

Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.

Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Read More

AIYAAAA!!!, LEPAS SATU-SATU PENGHINAAN TERHADAP ISLAM | PEMUDA YANG MENGGUNAKAN ANJING SEBAGAI SIMBOLIK HINA AMBIL WUDHU DAN SAMBUTAN HARI RAYA [VIDEO]

AIYAAAA, LEPAS SATU-SATU MAINKAN ISLAM!!! | PEMUDA YANG MENGGUNAKAN ANJING SEBAGAI SIMBOLIK HINA AMBIL WUDHU DAN SAMBUTAN HARI RAYA [VIDEO] | Ya Allah di bulan yang mulia ini, kamu bukakan satu-satu perangai Munafiqun yang sudah lama memusuhi agama Mu, bermula ajaran Syiah kamu bongkarkan satu-satu penipuan mereka, sesudah lama kita tertipu dengan ajaran mereka, kemudian kekejaman Sekularisme di Mesir yang mengikut telunjuk Yahudi dan sanggup membunuh rakyat mereka sendiri.

Terbaru kejadian yang berlaku di negara kita, nyawa sudah menjadi barang mainan dan  kerap kita melihat, mendengar dan membaca di media eletronik dan media massa pembunuhan demi pembunuhan yang mereka lakukan. Kalau nak kira tidak terhitung banyaknya..Hari ini pula aku menerima satu video penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan oleh Malaun yang sangat membenci Islam, Malaun ini mengunakan simbolik 3 ekor anjing menyambut bulan Mulia umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri berlatar belakangkan Takbir Hari Raya.

PEMUDA YANG MENGGUNAKAN ANJING SEBAGAI SIMBOLIK HINA AMBIL WUDHU DAN SAMBUTAN HARI RAYA [VIDEO]

Adakah mereka ini tidak tahu menghormati agama Islam, tidakkah mereka mengetahui bahawa anjing adalah haiwan yang haram dipegang oleh Umat Islam dan merupakan najis berat. Kenapakah mereka begitu berani berbuat demikian rupa? adakah kerajaan terlalu berlembut?....betullah apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammada SAW 1400 tahun yang lalu perihal umat akhir zaman..

Diriwayatkan dari Tqausan r.a Rasulullah SAW bersabda: “akan terjadi, bersatunya bangsa-bangsa didunia menyerbu kalian seperti sekelompok orang menyerbu makanan”. Salah seorang sahabat bertanya: “apakah karena jumlah kami dimasa itu sedikit”. Rasulullah menjawab : “jumlah kalian banyak tapi seperti buih dilautan. Allah mencabut rasa takut dari dada musuh-musuh kalian dan Allah menanamkan penyakit ‘wahan’ dalam hati kalian.” Lalu ada yang bertanya lagi :“apakah penyakit ‘wahan’ itu ya rasulullah?” Beliau bersabda : “ Cinta kepada dunia dan takut mati!”.
(Silsilah hadist shahih no.958).

Sama2lah kita fikirkan bersama teman-teman 


Read More

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tengok pesta pancung kepala yang sangat ngeri tak? Pesta luar biasa dan pelik yang bertemakan keagamaan ini berlangsung setiap tahun di Nepal ini amatlah mengerikan di mana beratus-ratus ekor lembu ditetak dan dipancung (bukan sembelih). Aku pun tak tahu apa yang depa buat dengan lembu-lembu yang sudah kehilangan kepala tu. Macam tak lalu je nak makan. Gambar-gambar pesta pancung kepala di Nepal ini ada di bawah. Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri.

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri | Pesta Pancung Kepala Paling Zalim di Nepal

Selalu kita tengok sembelih lembu tapi kali ini pancung lembu. Kejadian ni berlaku di Nepal semasa upacara keagamaan. Sekali tengok dah macam pesta. Korang tengok la dulu gambar-gambar lembu ni kena pancung, nanti ada masa aku upload video orang kena pancung pulak. Bukan pancung dengan gergaji tetapi dengan mesin pemotong kayu.
P/S: Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Allah yang soleh. Berbuat baik kepada haiwan ada tugas seorang khalifah. Ingatlah, binatang yang kita berbuat zalim ini akan menuntut haknya di akhirat kelak.- http://www.myfuhh.com
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.