Sambutan Hari Raya Kanak-Kanak Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

Sambutan Hari Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ] | Hari raya merupakan hari kemenangan Umat Islam kerana telah meakukan suruhan Allah iaitu berpuasa, berlainan pula dengan di Syria mereka bukan setakat berpuasa tetapi melalui ujian Allah yang getir iaitu peperangan melawan Rejim Bashar Al-Assad dan bagi kanak-kanak di Syria mereka tetap menyambut kedatangan Syawal dengan penuh sederhana tetapi meriah...

Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

 RAYA DI BUMI SYAM
Suasana raya pertama di wilayah Dar'a, Syria. Sambutan raya yang penuh dengan kekurangan tetapi bermakna.
Doakan mereka agar diberi kekuatan.


Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

 RAYA DI BUMI SYAM

Kuih raya yang sempat disediakan oleh wanita-wanita Syria untuk menyambut Aidilfitri dalam keadaan yang penuh kesederrhanaan di wilayah Suwaida'.


Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

 Walaupun serba kekurangan tetapi masih boleh bergaya di pagi Aidilfitri

Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

Shahd mahu bapanya yang syahid untuk menjadi orang pertama yang menyambut Hari Raya.
Dia membawa bunga merah untuk menyatakan rasa cinta kepada bapanya


Raya Kanak-Kanak  Di Bumi Syria Yang Menarik !!![ Bergambar ]

Kanak-kanak di Kem Pelarian Za'taari, Jordan menyambut Aidilfitri dengan cara tersendiri.




Read More

Nasib Tung Wei Fei Yang Dilaporkan Meninggal Dunia Semasa Berada Dalam Tahanan Lelaki Bersenjata Filipina, Bersama Sepupunya | Wisma Putra Melakukan Siasatan

Nasib Tung Wei Fei Yang Dilaporkan Meninggal Dunia Semasa Berada Dalam Tahanan Lelaki Bersenjata Filipina, Bersama Sepupunya | Wisma Putra Melakukan Siasatan |

Tung Wei Fei di bunuh Tentera Sulu
 
Dalam kenyataan di sini hari ini, Wisma Putra berkata pihak keselamatan Filipina sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas nasib Wei Fei, 34.

"Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di Malaysia serta Polis Negara Filipina (PNP) mengenai perkara ini," menurut kenyataan itu.

Pada 13 Nov tahun lepas, Wei Fei bersama sepupunya Tung Wei Jie, 26 diculik lelaki bersenjata Filipina di rumah sarang burung di ladang milik keluarga di Lahad Datu, Sabah dan dilarikan ke Jolo, selatan Filipina.

Pada 6 Ogos lalu, Wei Jie berjaya melarikan diri daripada tahanan di kepulauan Wilayah Sulu dan memaklumkan kepada pihak berkuasa bahawa Wei Fei telah meninggal dunia akibat penyakit, pada 8 April ketika berada dalam kurungan.

Wee Jie kini di bawah jagaan PNP untuk direkod keterangannya sebelum diserahkan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Manila.

"Kedutaan Malaysia di Manila bekerjasama dengan PNP, Polis Diraja Malaysia dan keluarga Wei Jie untuk memastikan beliau selamat pulang ke Malaysia tidak lama lagi," menurut kenyataan itu. - Bernama
Read More

Koleksi Ucapan dan pantun hari raya aidilfitri [TERKINI] 2013/2014



Koleksi Ucapan dan pantun hari raya aidilfitri [TERKINI] 2013 | Ucapan dan pantun hari raya aidilfitri [TERKINI] 2013 | Alhamdulillah Syukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur untuk menghirup udara segara ciptaan Allah ini, pejam celik kita dah berada di penghujung Ramadhan Al Mubarak. Esok kita akan meraikan Eidulfitri yang mulia. Au ingin mengucapkan kepada semua pembaca di kakisembang.com Selamat Hari Raya Aidilfiti dan Maaf Zahir dan Batin dan semua pantun di bawah ditujukan kepada Anda Semua

Sudah menjadi tradisi,menjelang Aidilfitri ia akan diserikan dengan ucapan mahupun pantun yang akan memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya


Di bawah adalah pilihan pantun ataupun ucapan untuk dikongsikan bersama

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.

Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Seiring salam seharum ganja
Kasih sebening heroin,
Dengan hati seputih syabu,
Walaupun ada dosa sekecil extacy.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.

Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,

Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)

“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)

ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampuanan,rahmat di Ramadhan lalu. (nama penghantar dan family)

Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. (nama penghantar dan family)

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)

.i. .i.
* l.l _£_ l.l *
.l.l_(“”””‘)_l.l.
:l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l:
HiDP iNi iNDH JKa SGÄLÄNya KRN
, w ,
c(_)_)I
slm aidilfitri.Smg lbrn ini dlmphi rhmt n hdyhNya.maaf zahir n batin.
(nama penghantar dan family)

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)

although no face to face,do not shake hands,but hearts was close to saying sorry for any mistake,Minal ‘Aidin wal Faizin,apologize and unseen…..aq nuwun pangapura kesalahan pitutur uga tindakanku marang kowe,muga-muga kabeh dosaku lan dosamu di lebur ing dino riyoyo Minal Aidin wal Faizin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Buah pauh ditengah bendang
Jadi dagangan ditengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

My Sumber

Pantun 1:
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,
Bermain mercun di tengah padang,
Bila bermain bising sekali,
Di kejar Pak Abu dengan parang.



Pantun 2:
Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Untuk diisi di dalam pelita,
Baik si skema mahupun samseng,
Mohon ampun maaf dipinta.



Pantun 3:
Bila diumum esok nak raya,
Semua kanak-kanak beriye-riye,
Di hari raya semua bergaya,
Jangan lupe tutup aurat ye.



Pantun 4:
Pulang ke kampung di pagi raya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,
Mendapat sampul di pagi raya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.



Pantun 5:
Bile nak raya tertanya-tanya,
Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Banyak bicara banyak dosanya,
Wahai rerakan, maafkan saya.



Pantun 6:
Sang Teruna berbaju melayu,
Sang Dara berbaju kebaya,
Wahai si gadis yang ayu,
Jom kahwin lepas raya.



Pantun 7:
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!



Pantun 8:
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?



Pantun 9:
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang



Pantun 10:
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri



Pantun 11:
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia



Pantun 12:
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan



Pantun 13:
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan



Pantun 14:
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah



Pantun 15:
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia



Pantun 16:
Kad ucapan penganti diri,
Semoga berbahagia di aidilfitri,
Kepulangan perantau dipagi raya,
menyambut syawal bersama keluarga.



Pantun 17:
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.



Pantun 18:
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.



Pantun 19:
Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.



Pantun 20:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.



Pantun 21:
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.



Pantun 22:
Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.



Pantun 23:
Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.



Pantun 24:
Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.



Pantun 25:
Puasa itu satu perintah,
Oleh Allah yang maha perkasa,
Perintah itu jangan dibantah,
Wajibnya itu pada yang berkuasa.



Pantun 26:
Hari raya hari yang berkat,
Bermaaf-maafan sesama saudara,
Hai maknusia bulatkan tekad,
Perintah Allah laksanakan segera.



Pantun 27:
Sehari sudah lesu berpuasa,
Hidangan berbuka sudah tersedia,
Jangan kamu membazir masa,
Mulai beribadat semasa belia.



Pantun 28:
Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.



Pantun 29:

Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.



Pantun 30:
Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.



Pantun 31:
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.



Pantun 32:

Udara dingin hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
Aidilfitri menjelma lagi,
Masing-masing pakai berseri.



Pantun 33:

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.



Pantun 34:
Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.



Pantun 35:
Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.



Pantun 36:
Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.



Pantun 37:
Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keris,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya.

Sumber: Haluan Kiri
Read More

Saksikan [Gambar] Dan [Video] Rakyat Haiti Hampir Kesemua Penduduknya Makan Tanah Untuk Terus Hidup | Bersyukurlah Kita Semua

Makan Biskut Diperbuat Tanah Kerana Miskin. Penduduk Haiti adalah antara yang paling miskin di dunia dan hampir kesemua penduduknya makan tanah untuk terus hidup.


Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan ‘mud cookies’ atau biskut tanah liat.
Tanah liat itu akan dicampur dengan garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran dan rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama.

Read More

Betul Ker Telur Lipas Dalam Burger Samurai McDonalds ? | Jom Saksikan

Betul Ker Telur Lipas Dalam Burger Samurai McDonalds ? | Jom Saksikan | Lepas satu, satu lagi kes pencemaran makanan yang berlaku di Malaysia. Baru-baru ini ada pengunjung restoran makanan segera McDonald’s telah menemui telur lipas di dalam burger Samurai Chicken Burger yang telah dibeli olehnya di McD cawangan Mont Kiara semalam dan gambar tersebut telah dihantar di Lipstiq.com.

Telur Lipas Dalam Burger Samurai McDonalds

Sambil sedang menikmati hidangan burger yang baru diperkenalkan oleh restoran makanan segera tersebut,dia terlihat satu objek hitam yang lebih besar saiznya dari sebiji bijan. Apabila dia melihat betul-betul, rupa-rupanya yang berada ‘cantik’ di atas roti burgernya merupakan telur lipas.


Telur Lipas Dalam Burger Samurai McDonalds
 
Tiada kenyataan dibuat oleh pihak McDonald’s selepas gambar-gambar itu diemelkan kepada pihak HQ McDonald’s dan juga McDonald’s cawangan Mont Kiara.

Sebelum makan, perhati betul-betul! – Wanista
Read More

Aidil Pemain Bola Kebangsaan Ceraikan Rita Rudain Isterinya Melalui SMS ?.. Kerana Bengang Kerana Digosipkan Dengan Zarema

Aidil Pemain Bola Kebangsaan Ceraikan Rita Rudain Isterinya Melalui SMS ?.. Kerana Bengang Kerana Digosipkan Dengan Zarema | - Konflik rumah tangga antara aktres Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan yang sekian lama berlarutan, sudah berakhir.

Aidil Pemain Bola Kebangsaan Ceraikan Rita Rudain Isterinya Melalui SMS ?.. Kerana Bengang Kerana Digosipkan Dengan Zarema
 
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel ‘Rita bengang skandal terbaru Aidil’ disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.

Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku ‘perang SMS’ di antara mereka sebelum itu.

Antara butiran SMS Aidil kepada Rita: “Aku ceraikan kau talak satu.”

Rita yang kini berada di kampungnya di Perlis untuk sambutan Aidilfitri berkata, dia reda menerima keputusan itu.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Sebelum ini, Aidil pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres, Jue Aziz tetapi menafikan dia mengenali wanita itu.

Terbaru, dia digosipkan menjalin hubungan dengan seorang gadis dikenali sebagai Zarema Zainal.

“Bagi saya kecurangan Aidil sangat memalukan saya dan anak anak. Zarema pula memang suka cari publisiti murahan, dia memang nak orang tahu ketika ini dia keluar dengan Aidil.

“Saya sebenarnya nak muntah membaca atau melihat gambar Aidil keluar dengan perempuan lain. Secara jujur saya sedih dengan kehidupan Aidil hari ini, tak ada siapa yang membimbingnya”, ujar Rita Rudaini. – MyNewsHub
Read More

Iklan Raya 2013 Paling Tidak Disukai Dan Dikritik Adalah...

Iklan Raya 2013 Paling Tidak Disukai Dan Dikritik Adalah... | - Dalam bidang penerbitan dan komunikasi korporat, Pesanan Khidmat Masyarakat atau di panggil ‘Public Service Announcement (PSA) merupakan salah satu medium sesebuah syarikat itu mendekati hati pelanggannya.

Iklan Raya 2013 Paling Tidak Disukai Dan Dikritik Adalah...

Fungsi utama PSA bukan sahaja memberi penerangan atau informasi, tetapi ia berobjektif untuk memupuk kesedaran, mengubah sikap orang awam serta sikap terhadap isu-isu sosial.

Menjelang Aidilfitri, pelbagai iklan syarikat-syarikat korporat dikeluarkan untuk memberi kesedaran pemanduan berhemah serta nilai maaf bermaafan sepanjang Syawal.

Antara iklan yang menarik perhatian menjelang Syawal tahun ini seperti iklan Petronas, TM, Samsung dan pelbagai lagi.
Iklan Raya 2013 Paling Dikritik Adalah…
Iklan Raya 2013 Paling Dikritik Adalah…



Namun, apabila kami melayari laman video Youtube, sebuah iklan Aidilfitri yang ditrerbitkan oleh Takaful Ikhlas telah menarik perhatian kami.

Sekali pandang, wah… Fahrin Ahmad.

Dua kali pandang, konsep iklan berlainan.

Jika selalu kita melihat iklan raya berkenaan kesedaran kepada mereka yang menyambut Syawal, tetapi Takaful Ikhlas memberi kesedaran kepada orang untuk membeli insurans mereka.

Dalam pada itu, ramai komentator yang mengkritik iklan tersebut.

Yang jelas, video tersebut boleh dikatakan bukan iklan Aidilfitri, sebaliknya lebih kepada iklan mempromosi insurans Takaful Ikhlas.

P/s: Tak pernah pula tengok iklan Petronas, digalakkan orang pulang beraya mengisi minyak di Pteronas. Tak pernah pula Bernas suruh orang beli beras Bernas dalam iklan Aidilfitri. Tetapi Takaful Ikhlas… Eh.. – MyNewsHub
Read More

Kerana Enggan Menyerahkan Wang Belanja Untuk Kahwin Lain, Isteri Dibelasah Suami!!!

Kerana Enggan Menyerahkan Wang Belanja Untuk Kahwin Lain, Isteri Dibelasah Suami!!!- | Kuala Lumpur : Dia bukan sekadar menendang dan memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Kerana Enggan Menyerahkan Wang Belanja Untuk Kahwin Lain, Isteri Dibelasah Suami!!!
 
Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam kejadian jam 6 pagi.

Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.

Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup sebelum meminta daripada isterinya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6 pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.

“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat berkahwin lagi.

“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.

“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.

Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.

Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.

“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang kandung wanita terbabit datang ke rumah.

Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.

Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah.

Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. – Metro
Read More

Rela Ditiduri Semata-Mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan Sekumpulan Penculik | Pergorbanan Si Isteri Terhadap Suami

Rela Ditiduri Semata-Mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan Sekumpulan Penculik | Pergorbanan Si Isteri Terhadap Suami | Nyata ia pengorbanan besar yang dibuat seorang janda apabila rela dirinya ditiduri semata-mata bagi memastikan bekas suaminya dibebaskan sekumpulan penculik.

Wanita yang juga seorang peniaga berusia 41 tahun itu dilaporkan berbuat demikian selepas gagal menyediakan wang tebusan RM10,000 yang diminta lima penjenayah terbabit.

Rela Ditiduri Semata-Mata Bagi Memastikan Bekas Suaminya Dibebaskan Sekumpulan Penculik | Pergorbanan Si Isteri Terhadap Suami
Sumber polis berkata, bekas suami wanita itu yang berusia lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu lima lelaki terbabit berkaitan penjualan permit warga asing. “Natijahnya, bekas isteri lelaki itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan wang tebusan RM10,000 bagi membebaskannya,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit didatangi lima lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil, di sini, jam 4 petang, 10 Jun lalu.

“Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu kerana dikatakan menipu mereka,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami wanita itu kemudian dibawa semula bersama kumpulan penculik terbabit menaiki Proton Waja berwarna biru.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12.30 tengah hari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10,000 sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.

“Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk ‘mencukupkan’ jumlah RM10,000 yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.

“Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak hingga mati.

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.

“Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui lima lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.

“Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana dijanjikan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.

“Ini kerana mangsa dihubungi semula kumpulan terbabit kira-kira jam 3 pagi, 12 Jun lalu sebelum diarahkan membayar sejumlah lagi wang atau keluarga dan bekas suaminya akan dibunuh jika dia gagal berbuat demikian.

“Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, jam 1.30 tengah hari, hari sama,” katanya.

Sumber itu berkata, bekas suami mangsa sudah dibebaskan kumpulan penjenayah terbabit.-Metro
Read More

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013 | Bangga sungguh aku dengan Sultan Kelantan dan Pimpinan kerajaan negeri kerana menganjurkan program berbentuk ilmiah dan ibadat seperti ini, aku sebagai rakyat Terengganu begitu mencemburui negeri Kelantan bukan kerana kayanya negeri mereka tetapi tingginya akhlak Pimpinan dan Sultan mereka..

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan | Iftor Maei Qiam With Me 1434H/2013
Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar Kuliyyah Ustaz Azhar Di Istana Negeri Kubang Kerian Bersama Sultan Kelantan

Gambar: Facebook Ustaz Azhar Idrus Original

Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Huraian Hadith:


Pengajaran hadith:
i) Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya.
Ii) Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat.
iii) Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama' dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.
Read More

Faisal Hamdi Warganegara Malaysia Berjuang Di Barisan Hadapan Bersama Mujahidin Di Syria | Fasial Hamdi Bergambar Memegang Senapang AK47

Faisal Hamdi Warganegara Malaysia Berjuang Di Barisan Hadapan Bersama Mujahidin Di Syria | Fasial Hamdi Bergambar Memegang Senapang AK47 | Semoga sahabatku Faisal Hamdi memperoleh syahid di bumi Syria. Amin..rupanya ramai rakyat Malaysia yang menyertai Mujahidin di sana, aku yang lemah ini hanya mampu berdoa untuk sahabat di sana, moga apa yang kamu cari iaitu Syahid akan dimakbulkan Allah....

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" (Ali’Imraan : 169)


Faisal Hamdi Warganegara Malaysia Berjuang Di Barisan Hadapan Bersama Mujahidin Di Syria | Fasial Hamdi Bergambar Memegang Senapang AK47

Video yang aku shoot ni diupload semula oleh page Khilafa Army..
Nyanyian oleh mujahidin Syria ini ditujukan buat mujahidin Malaysia di Sana



 
Read More

GAMBAR Sultan Kelantan [Sultan Muhammad V] Yang Menarik Qiam Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid

GAMBAR Sultan Kelantan [Sultan Muhammad V] Yang Menarik Qiam Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid | Sultan Kelantan memang terkenal dengan kezuhudan dan aku rasa itulah cara beliau membuang sikap sombong dan takbur sebagai pemimpin, semoga Allah mengurniakan kesihatan dan keselamatan kepada Tuanku.

GAMBAR Sultan Kelantan [Sultan Muhammad V] Yang Menarik Qiam Sempena Ramadhan | Sahur Bersama Rakyat Di atas Tangga Masjid

Selamba je Tuanku, tanpa bodyguard hanya dikelilingi oleh ahli jemaah Masjid dan makan menggunakan tangan, sehingga Imam disebelah asyik melihat kehairanan.

Ini aku bawak satu Kisah Raja Yang Amanah Semoga Kisah Ini Memberi Pengajaran Yang Berguna Kepada Kita Semua

Umar bin Abdul Aziz Pemerintah Yang Amanah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz, adalah seorang Khalifah Bani Umaiyah. Pada suatu malam tatkala baginda sedang tekun bekerja di bilik istananya, tiba-tiba seorang putranya masuk untuk membincangkan sesuatu hal. Baginda bertanya. “urusan kerajaankah? Atau urusan keluarga yang hendak kamu bincangkan?” Jawab anakandanya, “urusan keluarga, ayahanda.”

Tiba-tiba baginda memadamkan lampu yang terletak di mejanya yang digunakan untuk menerangi bilik kerjanya itu. Putranya merasa hairan melihat sikap ayahnya itu seraya bertanya: "Kenapa ayah padamkan lampu itu?"

Maka jawab ayahnya: "Benar kata kau wahai anakku, tetapi kau harus ingat lampu yang sedang ayah gunakan untuk bekerja ini kepunyaan kerajaan. Minyak yang digunakan itu dibeli dengan menggunakan wang kerajaan, sedang perkara yang hendak anakanda perbincangkan dengan ayahanda adalah perkara keluarga." Lantas baginda meminta pembantunya membawa lampu dari bilik dalam. Kemudian baginda pun berkata kepada putranya: "Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyak pun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukakan apa masalah yang anakanda perbincangkan dengan ayahanda." Demikianlah besarnya sifat amanah dari seorang pemimpin berkalibar selaku seorang raja yang berjiwa besar.


Read More

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya [GAMBAR] | IPOH 4 Ogos - Tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty ditemui mati dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat berkenaan di Meru Hill, Bandar Meru Raya di sini malam tadi.

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya

Dua Anak Pengasas Produk Kecantikan Vida Beauty Ditemui Mati Dalam Kebakaran | Kejadian Berlaku Di Meru Hill, Bandar Meru Jaya
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10.

Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.

Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.

Kerja-kerja memadam kebakaran dan membawa keluar ketiga-tiga mayat selesai kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba Negeri, P. Samasuvam, punca kejadian masih dalam siasatan.

“Semasa kami sampai di lokasi kejadian, api sudah marak dan bumbung rumah jatuh," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ketiga-tiga mayat berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat.

Ahli Parlimen Tambun merangkap Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah turut hadir meninjau lokasi kejadian.

- UTUSAN

p/s: bulan Ramadhan kali ini berbeza sekali dengan Ramdhan yang lepas-lepas berbagai peristiwa dan dugaan telah menimpa Umat Islam seolah-olah tiada titik noktahnya. Bermula Krisis di Timur Tengah dan jenayah yang semakin meruncing seperti tembakan dan pembunuhan dan kita masih ingat pembunuhan Jutawan Kosmetik Sosilawati yang dibunuh kejam dan kes terbaru ini Jutawan Kosmetik Produk Kecantikan Vida Beauty yang dikatakan disabotaj dan kita sebagai Umat Islam hendaklah mengakui dan beriman bahawa segala Qada Dan Qadar. Al- Fatihan kepada Mangsa
Read More

Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar]

Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar] | - Changchun (China): Cubaan seorang lelaki membunuh diri digagalkan isterinya sendiri apabila wanita terbabit sempat menyambar seluar dalamnya sebelum terlewat.

Menurut saksi Wang Li terkapai-kapai tergantung selama 20 minit sebelum polis dan anggota bomba tiba untuk menyelamatkannya. Ling cuba membunuh diri dengan melompat dari tingkap bilik tidurnya di tingkap atas bangunan enam tingkat di Changchun ibu negeri wilayah Jilin, utara China.

Niat Suami Untuk Bunuh Diri Terbantut, Isteri Sempat Menyambar Seluar Dalamnya..[Gambar]
 
Keadaan menjadi sukar kerana pintu bilik tidur pasangan terbabit berkunci dari dalam dan menghalang anggota penyelamat bertindak lebih pantas.

Seorang saksi berkata mereka terdengar jeritan seorang lelaki dan terkejut apabila mendongak dan mendapati seorang lelaki tergantung dengan seluar dalamnya dipegang seorang wanita.

“Wanita terbabit kemudian merangkul kaki suaminya untuk mendapatkan cengkaman lebih kuat,” katanya. Beberapa orang cuba membantu dengan pergi ke rumah pasangan terbabit tetapi terhalang kerana pintunya berkunci.

Mereka juga gagal memecahkan pintu rumah itu. Detik dramatik itu berakhir selepas Wang, 45, ditarik ke dalam bangunan oleh pasukan penyelamat.

Sumber berkata Wang cuba membunuh diri kerana tertekan akibat menganggur. – Agensi
Read More

Koleksi Resume Lengkap Terbaik Dan Terkini [2013-2014]

Koleksi Contoh Resume Lengkap Terbaik Dan Terkini | SUMBER RUJUKAN | Zaman sekarang sememangnya terlalu banyak persaingan bagi mendapatkan pekerjaan dalam Sektor Swasta mahupun Sektor Kerajaan. Hal ini berlaku kerana graduan-graduan lepasan Universiti semakin bertambah dengan begitu mendadak manakala peluang pekerjaan bertambah secara sederhana sahaja.

 Koleksi  Resume Lengkap Terbaik Dan Terkini [2013-2014]

Selain itu, faktor permohonan yang tidak menepati syarat seperti yang dimahukan oleh pihak majikan juga menyebabkan permohonan di tolak. Jadi, langkah pertama sebelum dipanggil untuk sesi temuduga, anda haruslah mempersiapkan Resume yang lengkap dan menepati syarat.

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.