[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID [MESIR TERKINI]

[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID | ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA

[GAMBAR] Wajah-Wajah Senyuman Yang Begitu Indah Syuhada Di Mesir | INDAH DAN NIKMATNYA MATI SYAHID


Maksud firman Allah Taala:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.

(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)

Rasulullah SAW bersabda;

Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:

1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.
(Hadith Riwayat Bukhari)

Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:

1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.
2.Dipakaikan dengan pakaian iman.
3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.
4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.
5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).
6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.
7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sabda Rasulullah Saw:

"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID..



Read More

Akhbar Utama Di Mesir Al Youm Memutar Belitkan Fakta Menuduh Segala Kejahatan Yang Berlaku Di Mesir Angkara Ikhwanul Muslimin | Terkini Di Mesir


Akhbar Utama Di Mesir Al Youm Memutar Belitkan Fakta Menuduh Segala Kejahatan Yang Berlaku Di Mesir Angkara Ikhwanul Muslimin | Terkini Di Mesir | Akhbar Al Youm | (http://akhbarelyom.com/) | Seperti biasa di seluruh Dunia Islam akhbar memang tidak telus dalam menyiarkan berita, di Mesir akhbar Pro Ikhwan semuanya diharamkan dan seluruh wartwan Pro Ikhwan ditangkap dan dibunuh. Kawasan pendalaman memang tidak akan dapat maklumat, dan ramai penyokong As-Sisi datang dari golongan ini. Moga Allah membantu Umat Islam yang tertindas di Mesir dan Syria. Kekejaman mereka di luar pemikiran Manusia yang normal...
Edisi Jumaat, 16 ogos 2013.
 
Gambar As Sisi

1. Mursyid Am Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Ikhwanul Muslimin membakar masjid-masjid dan gereja-gereja

2. Rabiatul Adawiyah berjaya dibebaskan daripada cengkaman samseng Ikhwanul Muslimin.

3. 30 mayat yang sudah busuk ditemui di bawah pentas utama Rabiatul Adawiyah. Ianya mungkin sudah mati sebelum serangan meleraikan demonstrasi dilakukan (14 Ogos)

4. Ikhwan membiarkan Masjid Rabiatul Adawiyah ditinggalkan dalam keadaan hancur. Mereka juga mencuri wang zakat milik masjid dan membakar pusat kesihatan bersebelahan masjid dan kerugian dianggarkan berjumlah 12 juta pound Mesir.

5. Polis menjumpai senjata api dan senjata tajam di dalam kawasan demonstrasi di Rabiatul Adawiyah.

6. Penyokong Mursi memusnahkan beberapa balai polis di Giza, melepas ramai banduan dan mencuri senjata api yang ada di dalamnya. 15 buah lori FRU Mesir musnah, 10 kenderaan polis terbakar dan 3 buah kereta perisai hancur dan terkorban 4 pegawai polis dan 5 penduduk berdekatan.

7. Bangunan Kementerian Kewangan Mesir terbakar sebahagiannya (60%) dan turut musnah banyak dokumen rasmi yang penting akibat serangan penyokong Mursi. Mereka juga memusnahkan sebahagian kenderaan kakitangan dan mencuri sejumlah kenderaan milik kementerian. Mereka juga telah memecahkan sebuah mesin ATM yang ada di dalam bangunan ini dan mencuri wang yang ada di dalamnya.

8. Seluruh Mesir berhadapan dengan pengganas Ikhwan. Mereka membakar gereja-gereja dan harta benda awam dan individu dan menceroboh bank-bank. Penyiasatan sedang dijalankan terhadap 72 ahli Ikhwanul Muslimin yang membawa senjata api dan menyekat laluan jalanraya.

9. Ikhwan juga telah membakar pos polis di Abu Za'bal dan gagal dalam usaha menceroboh balai polis di Syubra.

10. Serangan oleh penyokong Mursi dari kalangan kumpulan Islam di Asiyut menggunakan 3 roket Yang dilancarkan menggunakan pelancar houn

11. Ikhwan telah membakar Negeri Al Minya : 6 buah balai polis terbakar, 14 gereja musnah dan berlaku banyak kejadian samun terhadap pusat perniagaan. Penyokong Mursi juga telah mencuri barang- barang daripada Muzium Malawy selepas berjaya memecahkannya.

‪#‎mesirkini‬
— ‎with ‎انا انتام مانا سوكا‎.‎
Read More

[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat Pengadang Baru

[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat Pengadang Baru  | Ustaz Azhar Idrus terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu Isyarat berdekatan dengan kampung aku di Pengadang baru sekitar jam 9 pagi tadi, menurut saksi kawan Ustaz Azhar yang menjadi pemandu dan menuju ke Kuala Lumpur kerana memenuhi jemputan di sana. Menurut saksi ditempat kejadian Ustaz tidak mengalami kecederana tetapi Isteri beliau mengalami sedikit kecederaan apa pun semoga Ustaz dan mangsa kemalangan sabar dalam menghadapi ujian ini. Alhamdulillah tiada kematian yang berlaku..

[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta

[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta
[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta

[GAMBAR] Ustaz Azhar Idrus Kemalangan Kereta


Read More

Panas!! Mufti Perlis Dr Juanda Dan Isteri Dirompak Dan Diikat | Barangan Berharga RM 30k Dilarikan Perompak

Panas!! Mufti Perlis Dr Juanda Dan Isteri Dirompak Dan Diikat | Barangan Berharga RM 30k Dilarikan Perompak | Sejak Akhir-akhir ini kita digemparkan dengan kes jenayah berat yang menggerunkan, terbaru mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya telah dirompak sewaktu pulang berhari raya di kampung beliau di Kuching Serawak. Perompak yang bersenjatakan telah mengikat Dr Juanda dan isterinya. Dulu kita pernah dikejutkan dengan rompakan di rumah Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin ..byk jugak duit Mufti yang dirompak yerr...Errkk kenapa perkara ini berlaku yerr..Tabung Masjid Kampung aku pun di kebasnya, terdesakkah hidup di Malaysia ini?

Mufti-perlis-dan-isteri-di-rompak.jpg

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, yang pulang berhari raya ke Kuching ini bersama keluarganya disamun dua lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Jalan Semariang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Supt Abang Ahmad Abang Julai berkata kedua-dua lelaki terbabit mengikat Dr Juanda, isteri dan pembantu rumahnya sebelum menggeledah rumah berkenaan.

Mereka kemudian melarikan barangan berharga benilai kira-kira RM30,000, katanya.

Beliau berkata kejadian pada pukul 5.30 pagi itu turut menyebabkan isteri dan pembantu rumah mufti berkenaan cedera.

"Polis masih meneruskan siasatan dan pasukan forensik telah dihantar ke rumah itu untuk mengumpul maklumat, termasuk mengenai suspek," katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai masuk ke rumah itu melalui pintu belakang.

Sementara itu Dr Juanda, yang berasal dari Mukah dan merupakan orang Sarawak pertama dilantik ke jawatan itu pada 2009, tidak boleh dihubungi untuk mendapatkan reaksi. –Bernama, 16 Ogos 2013.
Read More

Budak 11 tahun Dirogol selepas dipaksa ambil dadah oleh Tujuh Lelaki | Kejadian Berlaku Di Petrajaya

Budak 11 tahun Dirogol selepas dipaksa ambil dadah oleh Tujuh Lelaki | Kejadian Berlaku Di Petrajaya | KUCHING – Seorang kanak-kanak perempuan diiringi beberapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat laporan polis petang kelmarin mendakwa telah dirogol tujuh lelaki selepas dipaksa mengambil dadah.

Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun dan berasal dari kawasan Samariang, Petra Jaya telah berkenalan dengan beberapa lelaki sebelum dia didakwa dirogol.

Menurut sumber, mangsa mendakwa telah dipaksa untuk mengambil dadah sehingga menyebabkan dia khayal dan peluang tersebut digunakan kesemua suspek untuk merogolnya.
Bagaimanapun, waktu kejadian tersebut belum dapat dipastikan sehingga mangsa menceritakan perkara tersebut selepas dihantar oleh keluarganya kepada pihak JKM, kelmarin.

Selain itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan selepas laporan polis dibuat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

“Laporan ada diterima dan pihak kita masih menjalankan siasatan berhubung kejadian,” katanya. -The Borneo Post.
P/S: Mujurlah Malaysia Masih Aman...
Read More

Kekejaman Firaun Alaf Baru Di Mesir | Hanya Yang Hati Kering Sahaja Boleh Menonton Video Ini !!!!

Kekejaman Firaun Alaf Baru Di Mesir | Hanya Yang Hati Kering Sahaja Boleh Menonton Video Ini | Hari ini diishtiharkan oleh Dr Yosuf Qardhawi sebagai Hari Kemarahan Umat Islam, Kemarahan ditujukan kepada kerajaan Tentera pimpinan As-Sisi AKA Firaun Moden. Dalam kita membenci dan menyatakan kemarahan berkenaaan peristiwa ini ada pulak Ulama Muda di Malaysia Menggelarkan Golongan Ikhwan Musliman sebagai Khawarijjj..Apa punya bala aku pun x faham....

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg

Peristiwa yang berlaku di Mesir menguatkan lagi stereotype orang 'arab' di kalangan orang melayu dengan sikap prejudis. 'Arab ni memang tak tahu nak berdamai, kasar dan biadap...'

Tuan-puan, ini adalah sikap jahiliyah. Apabila kita melabel seorang atau bangsa lain dengan panggilan yang negatif. Kita diingatkan oleh al Quran jangan menggelar seseorang atau suatu kaum dengan gelaran yang buruk. Mana tahu yang digelar itu lebih baik dari kamu.

Hakikatnya setiap bangsa ada kekuatan dan kelemahan kerana latar belakang budaya, sejarah, persekitaran dsbnya. Bahkan setiap individu dibentuk sikapnya oleh pengalaman yang dilaluinya. Hakikatnya manusia manapun yang mendapat petunjuk Islam dan berusaha untuk menegakkan akhlak Islam akan menjadi sebaik-baik manusia. Bukankah sebaik-baik manusia ialah Rasululla SAW dan ribuan sahabatnya yang dihiasi dengan akhlak yang terbaik dan terpuji. Sebahagian besarnya adalah bangsa Arab dan ada juga bangsa-bangsa yang lain di kalangan mereka, Habsyi, Rum, Farsi bahkan yahudi.

Teringat kepada komen seorang jemaah haji Malaysia yang mencemuh orang Afghanistan di Mekah yang diperkira kasar dan biadap (Kita juga tidak reda dengan kekasaran dan kebiadapan dari bangsa arimana pun). Mungkin sebab kelebihan orang melayu Malaysia sering dipuji kerana tertib, disiplin dan bersopan berbanding ahli jemaah negara lain.

Tetapi ingatlah, 'kasar' nya bangsa Afghan ini sehingga 4 kali mengalahkan kuasa besar (British 2 kali), kemudian Russia (Soviet) dan kini Amerika. Berbanding dengan sopan dan tertibnya bangsa melayu tetapi di jajah oleh 4 kuasa besar silih berganti (Portugis, Belanda, British dan Jepun).

Orang melayu juga ada kelebihan dan akan jadi hebat juga sebagaimana bangsa lain apabila ada kemahuan untuk menegakkan Islam dalam kehidupan. Kerana Rasulullah SAW adalah qudwah bagi manusia, bukan sahaja kepada bangsa Arab atau pada mana-mana bangsa sekali pun.

Ubah dan buanglah stereotype dan prejudis berteraskan bangsa ini. Ia sebahagian 'rawathib' (karat-karat) jahiliyah yang perlu ditanggalkan dari hati dan benak kita.

Sebagai nota penghujung - Orang Mesir yang berhimpun di medan Raba'ah dan kemudian terbunuh di sana adalah dari kalangan mereka yang cuba menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah. Sebab Nabi ada sebut

سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَالَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

Penghulu para Syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zhalim lalu ia menyuruhnya dan melarangnya, lalu pemimpin itu membunuhnya. (Hadits Shahih dalam Mustadrak ‘ala shahihain, imam Al Hakim no. 4884).

- Dr Hafidzi Mohd Nor

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg

gambar-kekejaman-tentera-di-mesir.jpg

Read More

[VIDEO] Muslimah Bertudung Dan Berniqab Ditembak Didada Oleh Penembak Tepat Tentera Mesir!!! | Mesir Berdarah

[VIDEO] Muslimah Bertudung Dan Berniqab Ditembak Didada Oleh Penembak Tepat Tentera Mesir!!! | Mesir Berdarah |  Semalam gempar apabila dilaporkan lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Gambar Wanita Berniqab Ditembak Penembak Tepat Tentera Mesir

Dalam pada itu, sebuah video rakaman amatur yang kini sedang viral di laman sosial Facebook menunjukkan seorang wanita berniqab ditembak mati oleh penembak tepat.

Video 48 saat itu menunukkan seorang wanita berniqab bertindak berani merakam serangan video serangan terhadap penyokong Morsi.

Merujuk kepada saat ke 14 rakaman tersebut, wanita itu sedang asyik membuat rakaman.

Secara tiba-tiba, wanita tersebut rebah dan dia diangkat oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian untuk dibantu.

Kelihatan kesan tembakan di hadapan dada wanita tersebut.

Apabila diterbalikkan mangsa, darah telah membasahi baju wanita tersebut.

Jelas, tembakan tersebut dibuat oleh penembak tepat dan tembakan tersebut menembusi jantung wanita itu.

Umum beranggapan bahawa tindakan penembak tepat menembak wanita itu disebabkan mereka tidak mahu situasi sebenar di Mesir tersebar kepada media.

Para wartawan juga dikatakan menjadi mangsa kepada sasaran penembak tepat disebabkan yang menjadi sebahagian daripada amaran supaya tragedi di Mesir itu tidak disebarkan kepada dunia.

Memetik laporan Al-Jazeera, selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.

Takziah kepada wanita itu dan semua umat Islam yang terbunuh dalam pertempuran yang sangat menyayat hati semalam.

Al-Fatihah.

Saksikan video tragik itu. – MyNewsHub

Read More

GAMBAR Dan VIDEO Kekejaman Tentera Mesir As-Sisi Laknatullah Di Mesir [Terkini] | Semoga Allah Melindungi Ikhwan Di Sana

GAMBAR Dan VIDEO Kekejaman Tentera Mesir As-Sisi Laknatullah Di Mesir [Terkini] 15/08/2013 | Semoga Allah Melindungi Ikhwan Di Sana | Kejadian di Mesir sungguh menyedihkan Tentera Dajjal As-Sisi AKA Yahudi Zionist telah membunuh ribuan Ikhwan di sana, betapa menderitanya anak yang kehilangan ayah dan ibu mereka. Tapi jika difikirkan secara Sunnatullah inilah adab berjuang, sunnah para Nabi dan Rasul tiada kemenangan mudah tanpa pergorbanan dan ada diantara mereka dibunuh dan digergaji..Apa pun tidak yang lebih mulia dan bermakna selain mati bertemu Allah dalam keadaan Syahid..Takbirrrr!!!!
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg

gambar-terkini-rusuhan-di-mesir.jpg



Read More

Video Panas | Pembantu Rumah Kencing Dalam Masakan Tuannya!!!

Video Panas | Pembantu Rumah Kencing Dalam Masakan Tuannya!!! | gila dan biadap, Pembantu rumah kencing dalam masakan tuan memang pengotor dan jijik. Macam-macamlah perkara yang berlaku kat negara kita sejak akhir-akhir ini. bermula dari dalam rumah sehinggalah di luar rumah. Hari-hari kita dillaporkan di Media Massa dan Eletronik berkenaan dengan kes tembakan dan pembunuhan, semalam kes tembakan dan rompakan di Paka dan menyebabkan kematian terdetik dalam hati aku bilakah perkara ini akan berakhir. Apa pun silalah tonton video ini...


Read More

Video Lelaki Serang Bekas Kekasih Dengan Penukul Tersebar, Memang Kejam!!

 Video Lelaki Serang Bekas Kekasih Dengan Penukul Tersebar, Memang Kejam!! | PETALING JAYA -Video seorang lelaki yang menyerang bekas teman wanitanya tersebar di Internet.

Lelaki tersebut bukan saja bertindak memijak badan wanita berkenaan tetapi memukulnya dengan penukul.
 
Video itu dipercayai dirakamkan oleh anak perempuannya.

Seorang lagi wanita cuba menghentikan pertengkaran itu manakala terdengar suara merayu supaya ianya dihentikan.

Video tersebut yang disiarkan dalam laman Facebook Malaysian Crime Awareness Campaign itu dikongsi sebanyak 160 kali sejak ia dimuat naik pada Isnin.

Video itu yang turut dimuat naik dalam laman YouToube ditonton lebih 6,800 kali.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan insiden itu berlaku pada Ahad.

Beliau berkata insiden itu berkaitan dengan keganasan domestik dan suspek ditahan pada hari yang sama.

Mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata. -mStar
Read More

Niat Puasa Enam | Kelebihan Dan Keistimewaan [Puasa Enam Di bulan Syawal]

Cepatnya masa berlalu dan hari ini sudah 6 Syawal, ramai sudah pulang ke bandar untuk bekerja, Esok tamatlah sudah aku bercuti dan akan pulang ke Kota untuk mencari rezeki untuk mengisi perut..hehe.. Apapun aku nak kongsi artikel sempena bulan Syawal yang mulia ini iaitu Puasa Enam Hari di bulan Syawal iaitu Fahdilat, Kelebihan dan Niat Puasa Enam.. Moga artikel ini memberi sedikit Ilmu dan moga boleh diamalkan oleh kita semua...Selamat Berpuasa Enam...
 
Oleh : Mufti Brunei
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda).

Niat Puasa Enam  | Kelebihan Dan Keistimewaan [Puasa Enam Di bulan Syawal]

Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.

Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?


Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam


Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”

(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka


Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”
(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya: “
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:
"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).


Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”

(Surah Muhammad:33)

Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:
“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”

(Hadits Riwayat Imam Ahmad)


Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

Sumber: Pejabat Mufti Negeri, Brunei Darussalam

Hadith:


Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith:


1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
 
Sumber: Jakim
 
 

Niat puasa sunat 6 syawal & puasa ganti / qada'

Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. (Begitu juga dengan puasa nazar, tidak boleh disekalikan) Walaupun ada yang mengatakan pelbagai pendapat tentang mana patut buat dulu antara qada dan sunat ini - namun pendapat umum ulama' mengatakan dibolehkan puasa sunat syawal dahulu baru puasa ganti kerana tempoh syawal adalah sebulan sahaja.Puasa ganti dibolehkan sebelum menjelang ramadhan akan datang, namun elakkan bertangguh .

Puasa sunat enam syawal boleh dilakukan secara terpisah-pisah (6 hari selang) tetapi jika dilakukan secara berturutan ianya lebih afdhal.
Lafaz Niat puasa sunat enam syawal : “sahaja aku puasa sunat bulan syawal kerana Allah swt “.
Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulullah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih. Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Puasa Enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


 -
Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi : 
 نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى 
Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala 

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .
 *ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

 Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat."

Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com

Read More

Justin Bieber Penyanyi Popular Menyanyi Sambil Berbogel Dihadapan Neneknya

Justin Bieber Penyanyi Popular Menyanyi Sambil Berbogel Dihadapan Neneknya - PENYANYI muda ini memang tak habis-habis dengan kisah kontroversinya sejak kebelakangan ini.

Justin Bieber Penyanyi Popular Menyanyi Sambil Berbogel Dihadapan Neneknya


Terbaru, dua keping gambar menunjukkan Bieber berbogel sambil memegang gitar telah tersebar di sebuah laman gosip terkenal Hollywood, TMZ.com.

Gambar itu dipercayai diambil semasa perayaan Thanksgiving tahun lalu dan tidak diketahui bagaimana ianya hanya tersebar baru-baru ini sahaja.

Penyanyi kelahiran Kanada itu dilaporkan mula bermasalah selepas hubungan cintanya dengan Selena Gomez berakhir dan kebanyakan peminat sudah jemu dengan sikap menjengkelkan yang ditunjukkannya sebelum ini.

Antara lain, dia dilaporkan pernah menghisap ganja selain kencing dalam sebuah baldi di sebuah restoran baru-baru ini. – MyNewsHub
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.