Ajal Menjemput Ketika Sedang Membaca Khutbah | Kematian Yang Baik

Ajal Menjemput Ketika Sedang Membaca Khutbah | Kematian Yang Baik | Alor Setar : Jemaah solat Jumaat Masjid Rafeah Taman Uda, di sini, gempar apabila seorang warga emas berusia 66 tahun tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika khatib membaca khutbah, semalam.

Ajal Menjemput Ketika Sedang Membaca Khutbah | Kematian Yang Baik
 
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, jemaah itu, Arshad Harun dari Kampung Padang, Hutan Kampung, di sini, dikatakan menghidap penyakit darah tinggi.

Jemaah lain yang melihat mangsa tiba-tiba rebah segera mengangkat mangsa dan meletakkannya di tepi dinding sambil memberi rawatan kecemasan.

Seorang jemaah, Yusof Abdul Majid, 80, dari Taman Muhibah, di sini, berkata dia bersama beberapa jemaah lain mengangkat Allahyarham ke tepi dinding sambil mengurut belakangnya bagi memberi bantuan.

“Ketika itu, saya dapat rasa arwah masih bernafas dan kami cuba memulihkannya sementara menunggu ambulans tiba. Saya difahamkan dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

“Arwah tinggal di Kampung Padang, Hutan Kampung dan selalu menunaikan solat Jumaat di masjid ini,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Imam Masjid Rafeah Taman Uda, Zakaria Long, 74, berkata, ini kali pertama jemaah meninggal dunia di dalam masjid berkenaan sejak masjid ini beroperasi 30 tahun lalu.

“Ini kes pertama jemaah meninggal dunia di masjid ketika khatib membaca khutbah Jumaat. Bagi saya, arwah antara individu yang diberi keistimewaan Allah kerana meninggal di dalam masjid, pada hari Jumaat yang mulia,” katanya.

Anak mangsa, Mohd Azhari Arshad, 22, berkata, arwah bapanya sudah mengidap penyakit darah tinggi sejak dua tahun lalu.

“Arwah selalu mengadu penat dan sakit darah tinggi sejak dua tahun lalu, tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik sebelum ini.

“Arwah selalu pergi menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan walaupun ada masjid berhampiran dengan rumah.

Menurutnya, arwah juga sudah berhenti merokok sejak Ramadan lalu kerana bimbang dengan penyakitnya itu.

“Arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Padang, Hutan Kampung, semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – Metro
Read More

Gila Tentera Jadikan Wanita Somalia Pemuas Nafsu!!

Gila Tentera Jadikan Wanita Somalia Pemuas Nafsu!! | JIKAkita lihat sebelum ini banyak jenayah rogol dilaporkan berlaku di India.

Gila Tentera Jadikan Wanita Somalia Pemuas Nafsu!!
 
Namun kali ini media antarabangsa, Al Jazeera mendedahkan golongan wanita di kem pelarian di Somalia turut menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Rata-rata mangsa rogol bertindak untuk tidak mendedahkan kesengsaraan yang dihadapi mereka kerana takut akan stigma masyarakat serta akibat yang bakal dihadapi mereka.

Sebuah organisasi kebajikan tempatan menggesa golongan mangsa jenayah rogol untuk tampil mengemukakan laporan sekaligus menerima nasihat perundangan dan perubatan.

Salah seorang mangsa yang buta mendakwa pihak tentera telah bertindak kasar terhadap dirinya serta menjadikannya sebagai umpan pemuas nafsu.

“Dia menekan dahi saya menggunakan senapang dan menyuruh saya diam.

“Selepas dia merogol saya, dia tendang saya ke dalam sungai,” jelas mangsa.

Tambah menyedihkan apabila golongan wanita di sana turut diperkosa dan dirogol dihadapan anak-anak mereka.
“Dia cuba merogol saya di hadapan anak-anak saya.

“Saya cuba untuk menyelamatkan diri dengan menarik senapangnya tetapi dia mengasari saya.

“Kemudian dia menembak kedua belah tangan saya sebelum merogol saya,”

Siapakah yang melakukan perkara tersebut? Ramai penduduk kem pelarian itu menuduh pihak bersenjata Somalia adalah dalang disebalik serangan seks tersebut.

Seorang wanita mendakwa serangan kejam tersebut dilakukan oleh tentera Kesatuan Afrika.

Mangsa memberitahu media antarabangsa bahawa dia diugut supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada kerajaan serta wakil media.

Dia sebelum ini menjadi mangsa rogol bergilir-gilir apabila pihak tentera menutup matanya dan membawanya ke sebuah kawasan terpencil dan dirogol secara bergilir-gilir.

Bagaimanapun, jurucakap tentera, Ali Adan Houmed menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia satu tuduhan yang bodoh.
Read More

Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat

Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat |- Port Moresby : Seorang pemimpin kumpulan agama yang menggelar dirinya Black Jesus dan diketahui membunuh pengikut sendiri untuk mendapatkan darah mereka, dibunuh dalam kawasan hutan di Papua New Guinea, semalam.

Black Jesus Mati Dicekik Dan Dibunuh Pengikut Sendiri Untuk Mendapatkan Darah | Ajaran Sesat
Bekas penuntut Bible yang gagal dalam pembelajarannya, Stephen Tari dilaporkan pernah mengetuai 6,000 pengikutnya di kawasan pergunungan di negara itu.

Enam tahun lalu Tari, 40, didakwa membunuh sekurang-kurangnya tiga remaja perempuan digelar sebagai Gadis Bunga dan ibu mereka dipaksa menyaksikan dia meminum darah mangsa.

Menganggap dirinya sebagai “Jesus sebenar” Tari cuma disabitkan kesalahan atas tuduhan merogol tiga tahun lalu sebelum kerajaan memperkenalkan hukuman mati terhadap kesalahan bunuh atau rogol.

Dia juga menjadi seorang daripada 48 banduan yang memboloskan diri dari penjara enam bulan lalu. Sejak itu, Tari menjadi pelarian dengan sejumlah pengikut sebelum hidupnya ditamatkan di tangan orang awam apabila membunuh seorang wanita dan cuba membunuh seorang yang lain. Dikelilingi penduduk kampung, Tari dipercayai dibelasah dan dicekik hingga mati bersama seorang daripada pengikut setianya di kawasan terpencil Gal di utara wilayah Madang semalam. Disebabkan lokasi kejadian jauh di pedalaman polis tidak dapat mengesahkan sama ada Tari benar-benar membunuh seorang wanita kerana mahu menghidupkan semula ajaran kepercayaannya.

Ketua Polis Madang, Sylvester Kalaut berkata, tempat Tari dibunuh terletak beberapa kilometer dari bandar dan memerlukan masa kira-kira empat jam berjalan sebelum sampai ke situ.

“Kami menghantar polis dan doktor ke situ untuk mengetahui punca kematian Tari,” katanya. – Agensi
Read More

Ngeri [GAMBAR] Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik

Ngeri [GAMBAR] Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik | Ketika kita sibuk memperkatakan tentang Filem Tanda Putera Yang hangat dan tengah meletup di Pawagam [ Hehehe ], Filem ini kononnya memperlihatkan sejarah tentang kejahatan pergaduhan antara Cina Dan Melayu, bagi akulah tiada apa yang hendak dibanggakan dengan cerita ini hanya Ilusi sang pemerintah untuk menaikkan sokongan..hehe
 
Apapun dikala kita membangkitkan Isu terjadinya peristiwa 13 Mei dan jasa UMNO dalam peristiwa ini, kita dikejutkan dengan kes pembunuhan dan kongsi gelap yang begitu parah. Bagi akulah perkara ini begitu membimbangkan dan menakutkan terbaru Kakitangan TNB hampir putus ditetak oleh BANGLAA!!. X payah kita membangkitkan isu Cina jahat atau Melayu Jahat...Sekarang nie Banglaa, Nepal, Myammar, Afrika yang patut kerajaan bagi tumpuan..
 
Ngeri [GAMBAR] Kakitangan TNB hampir putus tangan ditetak warga bangla ketika hendak potong bekalan elektrik

SUBANG JAYA - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hampir terputus pergelangan tangan ditetak dua lelaki ketika melakukan kerja pemotongan bekalan elektrik di Lot 190 Jalan PJS 7/23 Bandar Sunway di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, memaklumkan dalam kejadian pukul 5 petang itu, berlaku pertengkaran antara mangsa, Muhammad Adni Isa, 42, dengan dua suspek yang tidak puas hati dengan tindakan mangsa memotong bekalan elektrik.

"Mangsa bersama seorang rakan bertugas membuat pe motongan elektrik di hadapan tiang TNB tempat kejadian. Tiba-tiba datang dua lelaki bertanya mengapa potong elektrik.

"Tidak puas hati dengan jawapan diberikan mangsa, berlaku pertengkaran sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah membawa dua bilah parang dan menetak tangan kiri mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubungi.
Read More

Senarai (Kongsi Gelap) Di Malaysia

Senarai (Kongsi Gelap) Di Malaysia | Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan 49 petubuhan haram di bawah Akta Pertubuhan 1966. Senarai itu dikeluarkan pada Khamis oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mengandungi beberapa kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36. 


Senarai (Kongsi Gelap) Di Malaysia


Berikut adalah senarai penuh pertubuhan haram itu:

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop 
Read More

Baru 2 hari DIkenali Melalui aplikasi WeChat | Remaja Lelaki Dituduh Merogol pelajar tingkatan dua!! Di Tepi Tangga

Baru 2 hari DIkenali Melalui aplikasi WeChat | Remaja Lelaki Dituduh Merogol  pelajar tingkatan dua!! Di Tepi Tangga | JOHOR BAHRU : Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri. 
 
 
“Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini. – Kosmo
Read More

Surau Diroboh Akhirnya!!

Surau Kontroversi Diroboh - KOTA TINGGI : Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.

Surau Diroboh Akhirnya
 
Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.

“Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini.

“Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai,” kata beliau.

Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut.

Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri. – Kosmo
Read More

VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Dirakam Rakannya !!

VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Dirakam Rakannya !! |  Kita memang memuji dan memberi penghargaan kepada orang ramai yang membantu anggota polis membanteras jenayah jalanan paling utama, jenayah ragut.

VIDEO Penangkap Peragut Yang Berlagak Hero Apabila Ditangkap Rakannya !!

Agak sukar untuk anggota polis memantau keseluruhan kawasan memandangan kejadian ragut biasanya terjadi di kawasan terpencil dan kesanggupan orang ramai membahayakan diri mengejar dan memberkas penyamun dan peragut.

Tetapi!!

Lelaki dalam video yang dimuatnaik oleh Malaysia Crime Awareness Campaign di laman Facebooknya ini tidak wajar dicontohi.

Menurut keterangan dalam video berkenaan, seorang peragut telah berjaya diberkas Taman Desa Jaya, Kepong pada 26 Ogos lalu berhampiran Maybank.

Bagaimanapun, waktu kejadian tidak dimaklumkan.

Cuba perhatikan seorang lelaki yang memegang helmet dan tersenyum macam “kera kena belacan” di depan kamera yang dipegang rakan-rakannya.

Kejikan perbuatan dia, cuba memastikan visual dia menendang dan membelasah peragut tu dapat dirakam dan direkodkan untuk menunjukkan dia konon-konon herolah.

Kita tidak berniat nak bagitahu mana yang betul, mana yang salah kerana kita rasa semua orang dah tahu prosedur bila menahan seseorang suspek yang melakukan jenayah.

Cukuplah sekadar menahan dan menyerahkannya pada pihak berkuasa. Kalau pun terpaksa menggunakan kekerasan, cukup sekadar hendak mempertahankan diri atau bagi mengelakkan suspek melarikan diri.

Bukan apa, takut daripada orang nak puji, bertukar jadi menyampah pulak. Kalau suspek dalam video ni mati pulak, siapa nak bertanggungjawab? – MyNewsHub

Read More

Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman

Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman | Nairobi : Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Gila Apa!!!! 2 lelaki Berkongsi Isteri Siap Buat Perjanjian Bertulis | Dunia Akhir Zaman
 
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. – Agensi
Read More

[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini

[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini |  Seperti satu dunia maklum, peperangan yang melanda Syria kini melibatkan jenayah perang antarabangsa apabila senjata kimia atau gas beracun dilepaskan untuk membunuh.

[VIDEO] Yang Menyedihkan Bapa Meraung Lihat Anak Diracun Tentera Bashar Al Assad | Syria Terkini

Antaranya insiden pada Rabu lepas di Damsyik, bila mana hampir 2,000 orang terbunuh dalam serangan senjata kimia di saat dunia sedang memberikan tumpuan pada Mesir.

Mangsa yang paling terjejas dalam serangan ini adalah golongan wanita dan kanak-kanak yang jauh lebih lemah berbanding lelaki, hinggakan ramai menjadi korban serta merta.

Meskipun media tempatan Syria dan Barat mendakwa serangan dilakukan rakyat yang ingin menggulingkan rejim Basyar manakala rakyat pula mendakwa sebaliknya, peperangan sentiasa sinonim dengan kesedihan dan penderitaan akibat kehilangan orang tersayang.

Video ini memaparkan bagaimana seorang bapa meraung apabila melihat dua anaknya yang masih kecil kaku tidak bernyawa kerana menjadi mangsa dalam serangan gas beracun tersebut.

Sangat meruntun hati namun apakan daya, kita di sini hanya mampu mendoakan semoga peperangan segera berakhir dengan kemenangan tertegak di pihak yang benar. 
Read More

Alamak!!! Gay Melayu Buat Video laa Plak, Nak Termuntah pun Ada

Alamak!!! Gay Melayu Buat Video laa Plak, Nak Termuntah pun Ada | Terkejut beruk aku dengan video ini yang kini tengah panas tersebar kat Facebook, aish apa nak jadi dengan Bani Melayu nie nak jadi macam Kaum Nabi Luth kaa yang dilaknat Allah. Jangan kerana segelintir orang macam kamu Allah turunkan bala bencana kena pada semua orang.

Kepada pihak berkuasa terutama Jabatan Agama sila ambil serius masalah ini, bagi aku kalau dah post kat Facebook dan buat Video dan upload kat Youtube nie dah kes parah. Ambill Perhatian sikitt..

Kepada 2 Bani Melayu dalam Video ini, kalau terbacalah post aku kat blog Cap Ayam aku nie, baliklah kepangkal jalan, kalau x malu pada diri sendiri pun malulah kat Mak Bapak mu, Adik beradik dan seluruh keturunan mu terutama Bani Melayu..Aku bukanlah niat untuk mengaibkan mu, tapi kalau dah terang-terang bikin video dan upload dalam youtube apa cerita....

baca lagi ( klik )


Read More

Kerana Nampak Polis Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak !!!

Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak Lepas Nampak Polis! - KULIM : Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas. 
Kerana Nampak Polis Pakwe Lari Tinggalkan Kekasih Yang Terhumban Dalam Semak !!!
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.

“Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.

“Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.

Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.

Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.

Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.

“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.

“Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.

Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim. – SINAR HARIAN
Read More

Tidak Kisah Di Ban TV Kerana Faktor Politik | Rezeki Faizal Tahir Makin Mencurah

Tidak Kisah Di Ban TV Kerana Faktor Politik | Rezeki Faizal Tahir Makin Mencurah |  KUALA LUMPUR : Isu penyanyi Malaysia, Faizal Tahir diban oleh sebuah stesen televisyen (bukan kerajaan) sedikit pun tidak merungsingkan figura ini. Malah, Faizal yang mula melakar kejayaan dalam industri hiburan dengan lagu Mahakarya Cinta mengaku bahawa rezekinya semakin murah semenjak isu ini dibangkitkan dan menjadi bualan ramai.

gambar-penyanyi-faizal-tahir.jpg

“Syukur Alhamdulillah, kes tersebut sedikit pun tidak mengacau periuk nasi saya. Malah, saya masih lagi banyak menerima undangan persembahan. Saya tahu orang yang berbuat demikian terhadap saya. Apapun, dek kerana itu, saya tidak muncul dalam mana-mana program raya tahun ini.

“Saya hanya muncul dalam iklan Watson yang menampilkan lagu raya baru dari saya. Perkara ini terjadi apabila saya sedari, setiap kali rakaman yang melibatkan saya dengan stesen TV tersebut, pastinya ia akan dibatalkan last minute,” katanya yang ditemui pada majlis rumah terbuka Johara Pagi Era.

Menjelaskan mengenai pendekatan yang dilakukannya apabila meminta pandangan darupada peminatnya sendiri terhadap pembikinan album barunya, Faizal memberitahu, idea tersebut datang daripadakehendaknya sendiri.

“Saya yang pilih pendekatan tersebut. Sebelum ini, saya sering berkarya sendiri. Jadi, sekarang ini sudah tiba masanya untuk saya meminta pendapat dan pandangan bernas dari peminat.

“Peminat akan rasa lebih dihargai dan peminat jugalah yang menyokong karier seseorang penggiat seni seperti saya,” ujarnya. – Murai
Read More

Diserang 20 Lelaki Samseng, Ibu Terbunuh Ditetak | Berita Yang Menyedihkan

Diserang 20 Lelaki Samseng, Ibu Terbunuh Ditetak | Berita Yang Menyedihkan | “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami.”

 
Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut.

Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa sementara isterinya ditembak hingga menemui ajal.

Suspek dianggarkan kira-kira 20 orang menggunakan motosikal dan menaiki kereta menyerang seorang mangsa di hadapan jalan besar dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan.

Seorang lagi lelaki yang cuba membantu turut ditetak apabila penjenayah melepaskan tembakan ke arah keretanya sehingga terbabas ke pintu pagar sekolah.

Lelaki itu kemudian ditarik keluar oleh penjenayah sebelum ditetak.

Difahamkan, semasa anak lelaki mangsa, Kathiraven, 23, lari pulang ke rumah, Kalyani cuba menghalang penjenayah dari terus menyerang namun cubaannya gagal apabila ditembak.

Kejadian turut menyebabkan beberapa kerosakan lain, termasuk kemusnahan harta benda apabila beberapa motosikal dirosak dan dibakar selain beberapa kereta memasuki kawasan rumahnya turut dirosakkan.

Menurut Thannimalai, isterinya seorang penoreh getah sementara dia baru sahaja pencen dari melakukan pekerjaan itu dan tidak pernah mengganggu atau bermusuhan dengan sesiapa.

“Kami juga bukan jenis orang yang banyak harta namun tidak sangka boleh menjadi sasaran penjenayah,” katanya.

Sedang bersembang di luar rumah

“Ahli keluarga mangsa dan jiran semua sedang bersembang di luar rumah secara tiba-tiba nampak dari jauh sekumpulan lelaki sedang menuju ke arah rumah dalam kejadian jam 11 malam.

“Pada masa sama ada yang menjerit supaya masuk ke dalam rumah sebelum terdengar beberapa das tembakan ke udara yang dilepaskan ahli kumpulan terbabit,” demikian luahan jiran mangsa M Munniammal, 42.

Bagaimanapun, katanya, tembakan seterusnya mengenai pipi Kalyani Krishnan, 57, yang ketika itu cuba menghalang ahli kumpulan tersebut dari terus menyerang anak lelaki mangsa.

Akibat tembakan itu, Kalyani rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak mangsa serang jiran, rosakkan kereta, van

Seorang jiran yang mahu dikenali sebagai Subramaniam, 58, berkata, sebaik penjenayah melarikan diri dari lokasi kejadian, anak si mati terus meluru ke arah rumahnya sambil menjerit kenapa tidak sama-sama membantu menyelamatkan keadaan.

“Selepas marah kepada jiran, mereka terus merosakkan sebuah kereta dan van yang di parkir dalam rumah saya sehingga menyebabkan kerosakan,” katanya.
Read More

Kegilaan Apakah Ini? | [GAMBAR] Gay Melayu Muat Naik Gambar Bercumbu Di Facebook

Kegilaan Apakah Ini? |  [GAMBAR] Gay Melayu Muat Naik Gambar Bercumbu Di Facebook | Kebangangan remaja Malayu zaman sekarang ni makin menjadi-jadi, ada yang secara terang-terangan mengaku diri mereka gay! sampai ada yang memuat-naik gambar bercumbu-cumbuan dengan pasangan yang juga seorang lelaki.

Kalau dahulu tidaklah kita lihat remaja-remaja gay ini mengaku secara terang-terangan, tetapi sekarang, mereka bukan sahaja secara terang-terangan melakukan perbuatan terkutuk tersebut, tetapi juga merasa bangga.

Apakah ini kesan daripada modenisasi yang melampau? ramai remaja Melayu kita terjebak dengan gejala ini, dan semakin hari, semakin teruk.


gambar-gay-melayu.jpg


Sumber: http://onenewshub.blogspot.com
Read More

[VIDEO] Ngeri Tubuh Hancur Dikisar Mesin Tandan Kelapa Sawit | Kisah Yang Menyayat Hati

[VIDEO] Ngeri Tubuh Hancur Dikisar Mesin Tandan Kelapa Sawit | Kisah Yang Menyayat Hati | Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, Taiping semalam. Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluruhan badannya hancur.

gambar-mayat-yang-menggerikan.jpg

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.

“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.

Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.

“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya. My Metro

Read More

[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN

[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN | GAGAL merompak satu hal, digagalkan pula dengan cara yang amat memalukan satu hal lain.

[VIDEO] Nasib Malang Si Penyamun Di Campak Keluar Tingkap!!!, SAKSIKAN

Inilah yang berlaku di Brazil terhadap seorang penyamun malang.

Dalam kejadian yang direkodkan ini, penyamun pertama memasuki sebuah kiosk untuk mencuri sementara penyamun kedua menunggu di luar di atas motosikal.

Mengikut perancangan mereka, sebaik sahaja rompakan berjaya maka penyamun pertama akan bergegas keluar lalu beredar secepat mungkin dengan rakannya itu.

Tapi apa yang berlaku, penyamun pertama ‘dikeluarkan’ dari kiosk tersebut dengan cara dilempar melalui tingkap dan ini mengejutkan rakan yang sedang menunggu di luar hingga dia terus memecut laju motosikalnya.

Kalau lepas itu masih tak insaf dan tetap gigih hendak menyamun, tak tahulah nak cakap apa. – MyNewsHub
 
Read More

Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri

Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri | Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun tergamak melakukan jenayah dengan mengajak rakannya untuk merompak rumah ibunya sendiri di Taman Tanjung Indah, Batu Pahat.

Anak Derhaka Dan Tidak Mengenang Budi | Berpakat Dengan Rakan Untuk Merompak Rumah Ibunya Sendiri
 
Remaja yang tidak bersekolah dan dikatakan telah lari dari rumah ibunya sebelum ini, mengajak tiga rakannya untuk memecah masuk kediaman ibunya yang berstatus ibu tunggal dan bekerja di sebuah kilang.

Dua daripada rakannya itu juga remaja lelaki keciciran sekolah berusia 15 dan 17 tahun, manakala seorang lagi berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, kesemua mereka menetap di Gelang Patah, Johor Bahru.

Mereka memecah masuk rumah wanita berusia 42 tahun itu pada 1 Julai lalu tetapi kecekapan pihak polis berjaya mengesan kesemua suspek yang ditahan secara berasingan pada 15 Julai di sekitar Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa membuat laporan rumahnya dipecah masuk setelah menyedari mangga pintu gril hadapan rumahnya dipotong dan kehilangan wang tunai RM5,000 serta sebuah komputer riba jenama Acer.

Ketika kejadian, mangsa tiada di rumah dan hanya menyedari kejadian itu sebaik sahaja pulang bekerja pada pukul 7.40 petang.

“Hasil siasatan polis, semua wang tunai yang dicuri dibahagikan sama rata manakala komputer riba mangsa dijual di sebuah kedai komputer di pusat beli-belah di Plentong, Johor Bahru,” katanya.

Suspek yang berusia 42 tahun dikatakan mengambil semua wang hasil jualan komputer riba itu bernilai RM2,500, berdasarkan penemuan resit jualan di kedai komputer tersebut.

Din berkata, anak mangsa yang ditahan di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru mengaku menjadi perancang dan terlibat dalam jenayah pecah masuk rumah itu manakala tiga lagi rakannya mengaku tidak bersalah.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah pecah rumah.- Wowberita.org
Read More

Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala Dan Badan

Lagi Kes Tembakan Di Temerloh | Ditemui Mati Dengan Tujuh Kesan Tembakan Di Kepala  Dan Badan | Temerloh: Seorang lelaki ditemui mati dengan tujuh kesan tembakan termasuk dua di kepala dalam kejadian di Kampung Buntut Pulau, di sini, kelmarin.

gambar-kes-bunuh-di-temerloh.jpg
Gambar Hiasan
Mayat mangsa, Abd Majid Abd Rahman, 47, beralamat di Taman Setia, di sini, yang juga seorang penjual ikan ditemui orang awam di kawasan pam pasir kampung berkenaan jam 9.05 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad berkata, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat dan meninggal dunia akibat tembakan di kepala dan dada.

Katanya, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penemuan itu dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), di sini, untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat terkena tujuh das tembakan iaitu dua di kepala, dada, bahu kiri, bahu kanan, belakang paha kiri dan kanan.

“Isteri mangsa memaklumkan suaminya keluar dari rumah mereka pada 18 Ogos (Ahad) lalu.

“Dia (isteri) kemudian mencari suaminya itu dan menemui kereta jenis Proton Perdana milik mangsa di kawasan pam pasir itu pada 21 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mohd Zakaria berkata, isteri mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kehilangan Abd Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama sebelum mayat mangsa ditemui malam kelmarin.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- Terengganu Today
Read More

[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah

[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah | Benar-benar anak durhaka seorang anak China boleh dikatakan anak durhaka kerana telah meninggalkan sang ibu dan membiarkan orang yang melahirkannya tersebut dalam kandang babi. Sungguh ini sangat mengharukan dan durhaka, bagaimana boleh seorang anak dapat berlaku seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.
 
[GAMBAR] Anak Derhaka Tinggalkan Ibu Dikandang Babi, Sedangkan Mereka Tinggal di Rumah Mewah

Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun. Diberitakan Telegraph minggu, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.

Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku senang dan kerasan tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.

"Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.

Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk hengkang dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.-www.utaranews.com
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.