Taktik Tarik Pelanggan, Bercoli Dan Seluar Dalam

Taktik Tarik Pelanggan, Bercoli Dan Seluar Dalam | - KUALA LUMPUR : Hanya bercoli dan berseluar dalam, itulah taktik digunakan wanita warga China yang menjalankan kegiatan pelacuran di sebuah hotel murah di Jalan Pudu.

Taktik Tarik Pelanggan, Bercoli Dan Seluar Dalam
 
Bagi mengaut keuntungan berganda, pelacur terbabit dikatakan turut menjalankan kegiatan pada siang hari kerana ia dikatakan mendapat banyak permintaan di kalangan lelaki kemaruk seks.

Difahamkan, pelacur terbabit menawarkan khidmat seks kepada pelanggan terutamanya warga emas tempatan dan warga asing di sekitar medan selera hotel berkenaan dengan bayaran serendah RM10 hingga RM150 untuk sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman yang menyerbu kawasan itu, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, 40 wanita dipercayai pelacur ditahan ketika sedang menunggu pelanggan. – paapaada.blogspot
Read More

Mayat Tergantung Ditemui Adiknya | Remaja Perempuan Mati Tergantung!!!

Mayat Tergantung Ditemui Adiknya | Remaja Perempuan Mati Tergantung!!! | BAGAN SERAI - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati tergantung oleh adik lelakinya dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Matang Pasir, Alor Pongsu kira-kira jam 4.20 petang kelmarin.

Mayat Tergantung Ditemui Adiknya | Remaja Perempuan Mati Tergantung!!!
 
Lebih memilukan, kejadian itu berlaku selepas keluarga terbabit kehilangan anak lelaki yang meninggal dunia akibat dihempap traktor tiga bulan lalu.

Adik lelaki mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shai, 13, berkata, ketika kejadian berlaku, dia sedang membaiki motosikal milik ayahnya di garaj rumah, manakala mangsa dan abang sulung mereka berada dalam rumah.

Menurutnya, dia mendengar bunyi radio dari dalam bilik tidur mangsa dan tanpa mengesyaki apa-apa dia meneruskan kerjanya.

“Bagaimanapun, saya hairan kakak langsung tidak keluar dari bilik sejak pagi semalam (kelmarin).

“Jadi, saya menjenguk bilik tidur kakak melalui tingkap dan terkejut melihat dia tergantung dalam keadaan melutut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.

Shai berkata, dia terkejut dan terus memanggil teman lelaki kakaknya yang tinggal selang beberapa rumah sebelum mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.

“Arwah kakak baik dan bertanggungjawab terhadap adik beradik serta rapat dengan saya. Bagaimanapun sebelum kejadian kakak sering mengadu tertekan.

"Saya juga diberitahu kakak sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan teman lelakinya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah khianat ke atas mangsa dan keputusan akan diketahui selepas siasatan menyeluruh dilakukan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Matang Pasir.- Sinar
Read More

Panas !!! Buat Video Porno Dengan Artis, Playboy Taiwan Dipenjara 22 Tahun

Buat Video Porno Dengan Artis, Playboy Taiwan Dipenjara 22 Tahun - Justin Lee (gambar ) , 28, yang dikenali sebagai Playboy Taiwan kerana skandal seksnya dalam beberapa tahun belakangan akhirnya dipenjara 22 tahun empat bulan lantaran tuduhan pelanggaran aksi hubungan seksual dirinya dengan sejumlah perempuan, termasuk selebriti.

Buat Video Porno Dengan Artis, Playboy Taiwan Dipenjara 22 Tahun
 
Sebelumnya mahkamah di Ibu Kota Taipei menyatakan Lee tidak bersalah atas sejumlah tuntutan rogol kerana kekurangan bukti, seperti dilansir surat kabar the Straits Times, Selasa (3/9).

Lee juga diharuskan membayar RM83,967.50 kepada 12 korbannya. Seluruh korbannya itu menuntut Lee sebesar RM83,967.50

Dalam mahkamah itu Lee yang tampak memakai jaket hitam dan kaus santai dengan rambut baru dicukur kelihatan lega setelah putusan dibacakan.

Lee sebenarnya boleh dipenjara hingga 30 tahun kerana 45 tuduhan rogol, dan pelanggaran kebebasan peribadi.

Peguam Lee mengatakan dia akan mengajukan banding atas putusan pengadilan itu. – merdeka.com
Read More

Ketua Kongsi Gelap Geng 21 Ditembak Depan Anak Dan Isteri

Ketua Kongsi Gelap Geng 21 Ditembak Depan Anak Dan Isteri | Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah pada Jumaat.

Ketua Kongsi Gelap Geng 21 Ditembak Depan Anak Dan Isteri
Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.
Read More

Anak Kurang Ajar, Kerana RM 70 Nyaris Menikam Ibunya

Anak Kurang Ajar, Kerana RM 70 Nyaris Menikam Ibunya | Mahu Tikam Ibu Kerana RM70 - KULIM : Gara-gara gagal memberikan RM70 sepertimana dikehendaki anak lelakinya berusia 20-an, seorang ibu berusia 41 tahun nyaris ditikam dengan pisau selain ahli keluarga lain turut diugut untuk dicederakan.

Anak Kurang Ajar, Kerana RM 70 Nyaris Menikam Ibunya
Suspek bagaimanapun ditahan penduduk sebelum diserahkan kepada polis dan ketika ditahan, suspek bertindak agresif bagaimanapun dinasihatkan supaya mengikut arahan diberikan polis kepadanya.

Ibu suspek yang bimbang keselamatan ahli keluarga lain kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kulim kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Menurut mangsa, suspek selalu mengamuk di rumah dan akan meminta wang dari mangsa atau adik-beradik yang lain.

Katanya, suspek akan bertindak lebih ganas mengugut mereka dengan menggunakan parang dan pisau sekiranya enggan menuruti kehendaknya dan suspek yang bekerja sebagai pembantu kantin pernah mencederakan ahli keluarganya.

“Anak saya itu merupakan seorang penagih dadah. Dia pernah memukul adiknya sehingga cedera dan lebam. Kami bimbang dengan ugutan yang sering dibuat terhadap kami.

Apabila kehendaknya tidak dituruti, suspek akan bertindak ganas dan mengambil parang dan pisau untuk mengugut untuk mencederakan kami sekeluarga sekiranya tidak mematuhi arahannya.

“Bimbang berlaku kejadian lebih buruk pada masa akan datang, saya terpaksa membuat laporan polis bagi memastikan kami tidak terancam. Ini bukan kali pertama suspek mengugut kami malah ia sering dilakukannya,” katanya.

Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalani ujian air kencing dan siasatan awal mendapati dia positif dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum ini suspek pernah ditahan kerana mengamuk dengan menggunakan parang .

Katanya, ketika polis tiba ke rumahnya, suspek melarikan diri dengan menyorok di atas siling rumahnya.

“Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati suspek membawa pisau dan gunting bersamanya bertujuan untukmencederakan orang lain. Bagaimanapun polis berjaya menahan suspek dan mengarahkannya untuk bekerjasama.

“Suspek akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Merbahaya 1957 kerana memasukkan dadah ke dalam badan manakala kesalahan kedua akan ditentukan oleh pegawai penyiasat kerana mengugut ahli keluarga dengan menggunakan senjata tajam,” katanya. – Sinar Harian
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.