Macam-macam Dunia Sekarang !!...Wanita kahwin dengan jambatan

Macam-macam Dunia Sekarang !!...Wanita kahwin dengan jambatan  | Tertarik dengan getaran yang ada pada sebuah jambatan, seorang seniman Australia membuat keputusan aneh apabila menjadikan binaan itu sebagai pasangan hidupnya.
Jodi Rose memang sering mengembara ke serata dunia untuk merekodkan getaran pada mana-mana jambatan gantung bagi menyiapkan projek muzik Singing Bridges.
 
 
Apabila dia tiba di kawasan Saint-Jean-de-Fos di selatan Perancis, hatinya tersentuh dan segera jatuh cinta kepada sebuah jambatan berusia 600 tahun.

Kata Jodi, dia berkahwin dengan jambatan Le Pont du Diable itu pada 17 Jun lalu dalam majlis tertutup dengan dihadiri hanya 14 orang tetamu.

Seorang daripada mereka ialah Datuk Bandar Saint-Jean-de-Fos.

Pengantin perempuan mengenakan pakaian tradisional dengan baju panjang putih dan membawa sejambak bunga. Media melaporkan, walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf menurut undang-undang Perancis, Jodi berkata, ia tetap bermakna dan kukuh seperti pasangan suami isteri lain. “Saya menghormati mereka yang berkahwin atas dasar romantik dan perasaan seksual, hubungan ini pula berbentuk simbolik yang mementingkan getaran semangat,” katanya.

Jambatan itu, kata Jodi, memahami bahawa dia juga menyayangi jambatan - juga lelaki - lain tetapi hubungan mereka membabitkan kepelbagaian kehidupan.

“Ia dibuktikan dengan arus berpusar sungai yang mengalir di bawah tubuh jambatan ini,” katanya. Jodi berkata, jambatan itu memiliki ciri suami yang diidamkannya - kukuh, dapat dipercayai, sensasi, baik dan segak.
Jambatan Le Pont du Diable - juga dikenali sebagai Jambatan Syaitan - dibina pada abad ke-11 dan terbukti memiliki daya tahan yang sangat tinggi untuk merentasi masa begitu lama. - Agensi
Read More

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam!

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam! | TASIKMALAYA (Indonesia) : Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam.

Gila!!! Remaja Mengaku Perkosa 300 Ekor Ayam!
 
Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. “Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya,” kata Motur.

Peguam AS, Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks.

“Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan,” katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu.

AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan.

Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. – Agensi
Read More

Dunia Sudah Hampir Ke Penghujungnya | Salji Turun Di Bumi Mesir Yang Diliputi Padang Pasir [GAMBAR]

Dunia Sudah Hampir Ke Penghujungnya | Bumi Mesir Yang Diliputi Padang Pasir Turun Salji | Subhanallah, bumi mesir yang kering kontang turun salji. Untuk pengetahuan korang Mesir merupakan negara Afrika dan dalam sejarah Mesir tidak pernah mengalami musim salji. Tahun ini Allah telah menurunkan salji sehingga Piramid di Mesir diliputi Salji...Ya Allah dunia sudah menghampiri ke penghujungnya, dunia sudah tua...Jom kita lihat gambar yang telah dirakam oleh pelajar kita di sana.

gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img
gambar-di-mesir-salji-turun.img

Read More

Perkara Yang Kita Wajib Tahu | 6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat

 
6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat
 
Perkara Yang Kita Wajib Tahu | 6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat 
 
1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah) Sumber
Read More

Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ]

Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ] | IPOH – Perkongsian sebuah gambar patung berhala menyerupai imej warak di laman sosial menggemparkan masyarakat Islam, hari ini.


 Henti sebar gambar patung haji, hajah [ Dikatakan Telah Di Jadikan Sebagai Dewa Masyarakat Cina Di Perak ]

Gambar patung lelaki berkopiah dan wanita bertudung yang diperoleh daripada Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official itu dikatakan diletakkan di sebuah lokasi di Lumut tanpa adanya perincian lokasi sebenar dinyatakan.

Laporan portal www.ismaweb.net dipetik berkata, peletakan patung berimej sedemikian didakwa bertujuan menunjukkan rasa hormat kepada masyarakat Melayu.

Pasangan patung yang turut diberi gelaran ‘haji’ dan ‘hajah’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada pembaca yang rata-ratanya mahu siasatan lanjut dibuat bagi mengesahkan kesahihannya.
 
Kerajaan negeri menggesa mana-mana pihak menghentikan segera sebarang perbuatan yang boleh mengundang kekeruhan dalam hubungan masyarakat majmuk di negara ini.
 
Exco Pendidikan Islam, Mohd Nizar Zakaria berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana ianya menyentuh nilai sensitiviti serta budaya masyarakat.
 
Malah menurutnya, perkara berkenaan juga bakal mencetuskan nilai persepsi atau dari segi nilaian agama itu sendiri.
 
“Berhati-hatilah dalam perkara seperti ini, sebaran dan perkongsian sesuatu yang belum tentu kesahihannya hanya akan mengundang kemarahan rakyat, jadi jangan dimuat turun secara sewenangnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau turut memaklumkan, sedia untuk menyiasat sekiranya dakwaan gambar itu benar wujud.
 
Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada sebarang aduan diterima berhubung kewujudan patung berkenaan, malah maklumat patung itu turut diketahui melalui internet, semalam.
 
“Jika betul ada, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan agama akan sedia siasat, Cuma kita khuatir jika ia tidak benar dan disebarkan atas maksud tertentu,” katanya.
 
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di sekitar Lumut mendapati, rata-rata penduduk di sana tidak pernah melihat patung seumpama itu di mana-mana tokong di situ.Malah, ada antaranya memaklumkan, baru pertama kali melihat patung seumpama itu di internet.
 
Seorang penduduk, Ling Chin Tong, 50, berkata, dia tidak pernah melihat patung berpakaian seumpama itu seumur hidupnya.
 
“Saya memang tidak pernah melihat patung yang memakai kopiah dan tudung seperti di dalam gambar ini, saya tahu pun setelah melihat gambar yang ditunjukkan ini,” katanya.
 
Chin Tong berkata, selama ini, dia hanya melihat patung biasa (tanpa bertudung dan berkopiah) yang sering digunakan penganut agama itu untuk ditempatkan di rumah ibadat.
 
“Jika patung seumpama ini memang saya tidak pernah lihat,” katanya.
 
Pendapat sama turut disuarakan Yew Kong Tung, 47.
 
Kong Tung berkata, agak mustahil patung sedemikian ditempatkan di rumah ibadat mereka kerana semua masyarakat maklum ia menggambarkan imej Islam.
 
“Ia dilihat seperti agak pelik dan seolah-olah tidak wujud, saya pergi ke mana-mana pun tidak pernah melihat patung seperti itu,” katanya.
 
Bagi Hong Chi Ping, 27, pula, patung dalam kepercayaan agama Buddha dianggap sebagai dewa.
 
“Patung itu dipuja untuk mendapatkan kebaikan, namun saya tidak pernah melihat ia dipakaikan dengan kopiah dan tudung kerana kebiasaannya ia dibuat rambut sahaja,” katanya.
 
Seorang lagi penduduk, Haslinda Daud, 26, turut mengakui tidak pernah melihat patung sedemikian dan hanya mengetahui perkara itu di dalam internet.
 
Sebagai penduduk tempatan katanya, dia juga tidak mengetahui sama ada patung itu wujud atau tidak.
 
“Dalam laman sesawang semua orang bercerita mengenainya, jadi saya dapat maklumat pun dari situ.
 
“Saya sendiri tidak tahu sama ada ianya wujud atau tidak. Siasatan harus dilakukan supaya isu berkenaan mendapat penyelesaian terbaik,” katanya.
 
Reaksi sama diluahkan Muhaiyudin Yusof, 31, yang mahu siasatan terperinci dilakukan sebelum sesuatu tindakan diambil.
 
Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelak, timbul isu lain yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum.

“Perkara berkaitan Islam tidak seharusnya dijadikan permainan kerana ia melibatkan agama, siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengetahui sama ada ianya benar-benar wujud atau tidak kerana kita tidak mahu timbul isu lain pula selepas ini,” katanya.

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI & SITI SAFA MOHD NOR
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.