Doa Untuk Membebaskan Diri Dari Hutang

Doa Untuk Membebaskan Diri Dari Hutang |  Sejak mutakhir ini kita di kejutkan di media massa berkenaan fenomena rakyat Malaysia yang suka berhutang, kebanyakan golongan muda dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun sudah di isytiharkan muflis, kerana masalah keberhutangan yang serius. Apapun nasihat aku, pandai pinjam pandai laa settle, perkara dah lepas banyakkanlah berdoa semoga Allah melepaskan kita dari belenggu hutang, yang boleh dianggap satu bala........Sekian aku titipkan satu doa dari Rasulullah petua untuk membebaskan diri dari hutang....



Terbeban dengan hutang? Nah, Nabi ajarkan cara untuk menghilangkan keresahan melalui Hadis Riwayat Abu Daud 4/353:

Abu Said Al-Khudhri RA berkata: “Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah RA sedang duduk di sana. Beliau bertanya: ”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat engkau sedang duduk (di masjid) di luar waktu solat?” Beliau menjawab: ”Aku resah memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.” Beliau bertanya: ”Mahukah aku ajarkan kepadamu sebuah doa yang apabila engkau baca maka Allah taala akan menghilangkan keresahanmu dan melunasi hutangmu?” Dia menjawab: ”Sudah tentu ya Rasulullah.”

Beliau bersabda,”Jika engkau berada di waktu pagi mahupun petang, bacalah doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari perasaan resah dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan kedekut. Dan aku berlindung kepada Engkau dari belenggu hutang dan kekerasan manusia.”

Tak boleh membaca dengan lafaz Arab? Bahasa Melayu pun boleh.. Sungguh Allah itu Maha Mengerti..

P/S: Pesanan dari pihak penaja, jika nak berdoa tu sila pastikan Solat yer, kalau x solat balik awal..Satu lagi kalau pinjam bank tu reti lak nk bayar..ngn kawan2 jgn duk lupa lak..Nanti aku pelingkup ngn mesin basuh baru reti base..hehe
Read More

Badan selepas bersenam umpama radiator kereta...tak boleh kena air sejuk ??

Kadang -kadang kita akan terdengar persoalan tentang mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak baik untuk tubuh badan. Ini kerana sesuatu yang sedang panas (tubuh badan slps bersenam) tidak elok disejukkan serta merta (mandi) kerana mungkin mendatangkan keburukan. Ia seringkali mengumpamakan ibarat radiator kereta yang sedang panas kemudian dimasukkan air. Namun adakah benar pendapat begini ?? Sesuaikah badan kita (ciptaan Allah) diumpamakan dengan besi ciptaan manusia ??

Fakta yang sebenarnya adalah mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak salah dan sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri. Badan kita dikurniakan sistem tersendiri yang tetap mengekalkan tahap suhu normal badan 36.5°c-37°c dan tidak mengikut jatuh atau naik dengan kesan cuaca diluar melainkan tidak sihat atau berhadapan dengan cuaca yang melampau. Bukan seperti besi panas sejuk mengeras apabila dicurah air.

Mandi air sejuk atau ais selepas bersenam sebenarnya adalah bagus kerana membantu mengurangkan sindrom D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness) selepas bersenam. Namun mandi air suam selepas bersenam juga ada kebaikannya iaitu ia membantu melegakan ketegangan urat dan otot dalam keadaan santai dengan menggunakan air suam. Jadi kesimpulannya sama ada air sejuk atau air panas selepas bersenam adalah dibolehkan.

Apakah D.O.M.S ?

Situasi ketika bersenam (weight training, HIIT, intense aerobic), otot tidak berasa terlalu sakit tapi apa yang anda alami adalah "tak larat" atau orang kata keupayaan telah mencapai had. Selepas bersenam pun otot masih rasa tak berapa sakit, cuma berasa "letih" sahaja. Tetapi keesokan pagi selepas bangun dari tidur, sakitnya otot tu macam rasa membengkak. Dan rasa sakit itu berlanjutan beberapa hari. Sindrom ini dikenali sebagai "Delayed Onset Muscle Soreness" (DOMS) atau terjemahannya "Permulaan Kesakitan Otot yang Tertangguh". Setiap senaman yang melibatkan pergerakan "esentrik" pada otot (pengecutan dan pengembangan) pasti akan membawa kepada DOMS, oleh itu ia merupakan fenomena yang normal. Kebiasaannya DOMS yang normal bermula 24 jam selepas anda bersenam dan berakhir sehingga 72 jam atau 3 hari. Ada juga yang ambil masa sehingga 4 atau 5 hari, bergantung pada intensiti yang dilakukan dan pengalaman ketika bersenam.

Read More

Israel akan lenyap sedikit masa lagi..





The New York Post merujuk kenyataan Henry Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.
Pernyataan Kissinger jelas dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya hanya dapat diselamatkan jika diberikan trillion tambahan dollar dan mereka menghancurkan musuh-musuh mereka dengan bantuan tentera Amerika,".Kenyataan ini dipetik dari Kavkaz Center.

Dia juga tidak mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih, “Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan.  Dia juga tidak mengatakan bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup.  Dia juga tidak menawarkan jalan keluar.  Dia hanya menyatakan fakta : pada tahun 2022 “Israel” akan tidak ada lagi.

Komuniti bijak pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.
16 badan pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a Post-Israel Middle East”.

Laporan itu mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri penempatan pada tahun 1967, (tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah milik Palestin)tidak akan tenteram dan  damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.

Golongan pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu juga semakin memaafkan dan membiarkan kekerasan membabi-buta dan pelanggaran hukum oleh pendatang haram Yahudi.
Laporan tersebut menyatakan bahawa jenayah oleh ekstrimis Yahudi, dan infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan, tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan “nilai-nilai” Amerika.

16 badan pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam dan kebangkitan Iran.
Perisik AS mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang “Israel” terhadap keinginan-keinginannya.

Dalam rangka untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS harus mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri menyokong“Israel”.
Menariknya, baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan itu tidak ada yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.

Ini luar biasa, mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat dipengaruhi oleh media pro-Israel.

sumber
Read More

Cara memotivasikan diri dalam ber 'gym'



Sering kali dalam berdiet, atau bersenam untuk 1 jangka masa yang lama samada untuk menguruskan badan atau membesarkan otot, kita sering berdepan dengan masalah kurang motivasi. Mungkin pada peringkat awal begitu bermotivasi, tetapi selepas seminggu hilang semangat.  Antara 10 cara mudah untuk kekal dalam mood motivasi.

1. Tetapkan sasaran - Sasarkan berapa kg perlu diturunkan atau mungkin berapa besar otot yang disasarkan. Atau mungkin boleh sasarkan berapa berat bebanan diangkat. Minggu pertama mungkin 10kg, sasarkan minggu ke 2 mengangkat 20kg. Atau mungkin dalam berlari, minggu ni 10 minut, minggu depan 15 minit.

2. Gambar - Cetak gambar sesiapa yang diminati, mungkin Jamie Eason atau mungkin Ronnie Coleman. Letak gambar anda disebelah nya dan tampal di suatu tempat yang biasa kita lihat. Mungkin boleh letak di satu tempat apabila bangun dari tidur sahaja dah boleh dilihat.  'Aku mahu menjadi seperti itu!'

3. Jadual - Tuliskan jadual harian, buat 1diari atau workout journal

4. Perubahan - Lihat perubahan orang lain samada melalui  pembacaan atau orang sebenar. Banyakkan membaca dan  melihat gambar mereka yang telah berjaya sebagai sumber semangat dan inspirasi.

5. Baju - Beli baju saiz yang diidamkan. Mungkin selama ini pakai baju saiz L dan berhajat untuk pakai saiz S. Gantung baju saiz S itu ditempat yang selalu dilihat. 'Bila la aku boleh pakai baju itu?'

6. Timbang - Jangan selalu timbang berat badan. Percayalah, ramai yang kecewa bila hari-hari timbang berat badan.:p. Mungkin boleh timbang setiap 2 minggu.

7. Partner - Dapatkan seorang partner dalam buat latihan. Boleh saling berlawan untuk mendapatkan result.

8. Senaman - Jangan buat senaman yang sama sahaja setiap hari. Kita akan cepat merasa bosan. Jika boleh dapatkan seorang jurulatih yang sentiasa beri kelainan dalam latihan.

9. Pergaulan - Bercampurlah dengan mereka yang rajin bersenam dan memiliki tubuh yang menarik. Ia akan buat kita bertambah semangat. 'Bila la aku nak jadi macam dia?'. Dapatkan tip dari mereka jika perlu.

10. Positif - Berfikiran positif dalam segala apa yang dilakukan. Jika dalam fikiran kita dah fikir 'tak boleh', memang tak boleh la kita. 'I can do it!'

sumber
Read More

Sekurang - kurangnya 24 Minit berkardiovaskular barulah lemak mula membakar - Dato' Zaki Khan




Apa itu latihan cardiovascular? latihan cardiovascular atau latihan aerobik, adalah jenis latihan untuk meningkatkan muscular endurance atau stamina dengan meningkatkan keupayaan jantung untuk menyalurkan oksigen kepada otot-otot yang memerlukan. Senaman cardiovascular membantu mengawal berat badan dengan pembakaran kalori dan lemak jika dilakukan dengan cara yang betul. Untuk membakar lemak, sekurang-kurang badan kita memerlukan latihan cardiovascular selama 24 minit.

Untuk membakar lemak, kita perlu menyasarkan kadar denyutan jantung mencecah 60%-70% daripada denyutan jantung maximum. Sering kali kita lihat, mereka yang menyasarkan untuk membakar lemak tapi berlari bagai nak mati di taman2, termengah2, tercungap2. Adakah lemak terbakar dengan latihan begitu? :p. Antara cara mudah untuk mengetahui adakah kita di dalam denyutan jantung sasaran adalah dengan kaedah RPE, talk test. Sekiranya ketika berjoging, dia masih boleh bercakap lancar dan nafas tak tercungap2, dia masih di dalam zon bakar lemak, tapi bukan terlalu perlahan sehinggakan terlalu lancar dan tak rasa apa2.

Bagaimana hendak mengira kadar denyutan jantung? pertama, ketika bangun tidur, dapatkan kadar nadi, ambil untuk 1 minit. Ini dipanggil kadar nadi rehat atau kadar denyutan jantung rehat.

Contoh kiraan:

Untuk lelaki
(220 - umur - kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan

Untuk perempuan
(226 - umur - kadar nadi rehat) x sasaran (60%) + kadar nadi rehat = kadar denyutan jantung latihan 
Read More

Dosa lalu terampun dengan sebutan "Amin"



Pernahkah kita terfikir akan sebutan "Amin" yang selalu diungkapkan dalam setiap solat dan doa kita? Rupaya ada keberkatan lain yang tidak disedari disebalik perkataan tersebut. Namun sebelum itu mari kita lihat cara sebutan "Amin" yang betul seperti di bawah.

AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI.

Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah:

1. AMIN -  (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram.

2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan.

3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya.

4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


“Bila Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)


Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)

Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun sembahyang. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.

Read More

Muhammad Menggunakan Mikroskop


DR. KEITH L. MOORE MSc, PhD, FIAC, FSRM adalah Presiden AACA (American Association of Clinical Anatomi ) antara tahun 1989 dan 1991. Ia menjadi terkenal karena kepakarannya tentang mata pelajaran Anatomi dan Embriologi dengan puluhan penghargaan dalam bidang sains.

Dia mengarang 'Clinically Oriented Anatomy' bersama profesor Arthur F. Dalley II, yang merupakan literatur berbahasa Inggris paling popular dan menjadi buku rujukan bidang kedoktoran di seluruh dunia. Buku ini juga digunakan oleh para ilmuwan, fisioterapi dan pelajar seluruh dunia.

Pada suatu masa, ada sekelompok mahasiswa yang menunujukkan rujukan al-Qur’an tentang ‘Penciptaan Manusia’ kepada Profesor Keith L Moore, lalu DR. KEITH melihatnya dan berkata :

“Tidak mungkin ayat ini ditulis pada tahun 7 Masehi, karena apa yang terkandung di dalam ayat tersebut adalah fakta ilmiah yang baru diketahui oleh ilmu pengetahuan moden! Ini tidak mungkin, Muhammad pasti menggunakan mikroskop!”

Para Mahasiswa tersebut lalu berkata, “Prof, bukankah saat itu Mikroskop juga belum ada?”
“Iya, iya saya tau. Saya hanya bergurau, tidak mungkin Muhammad yang mengarang ayat seperti ini,” jawab beliau.

Rujukan yang dinyatakan adalah ayat Alquran [QS. Al Mu'minuun: 13-14]. Maksudnya seperti di bawah :

“Kemudian Kami menjadikan air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan alaqoh (sesuatu yang melekat), lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami menjadikannya mahluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah Pencipta yang paling baik”

Jika diamati lebih dalam, sebenarnya ‘alaqoh’ dalam pengertian Etimologis yang biasa di terjemahkan dengan ‘segumpal darah’ juga bermakna ‘penghisap darah’, yaitu lintah.
Padahal tidak ada pengumpamaan yang lebih tepat ketika Embrio berada pada tahap itu, yaitu 7-24 hari, selain seumpama lintah yang melekat dan menggelantung di kulit.

Embrio itu seperti menghisap darah dari dinding Uterus, kerana memang demikianlah yang sesungguhnya terjadi, Embrio itu makan melalui aliran darah. Itu persis seperti lintah yang menghisap darah. Janin juga begitu, sumber makanannya adalah dari sari makanan yang terdapat dalam darah ibu mengandung.

Ajaibnya, Embrio Janin dalam tahap itu jika diteliti dengan mikroskop bentuknya benar-benar seperti lintah. Dan hal itu tidak mungkin Muhammad  sudah memiliki pengetahuan yang begitu dahsyat tentang bentuk janin yang menyerupai lintah lalu menulisnya dalam sebuah buku.

Padahal pada masa itu belum di temukan mikroskop dan lensa. Jelas itu adalah pengetahuan dari Tuhan, itu wahyu dari Allah SWT, yang Maha Mengetahui segala Sesuatu." katanya panjang lebar.

Ayat tersebutlah yang membuat DR. KEITH akhirnya memeluk agama Islam dan merevisi beberapa kajian ilmiahnya karena Al-Quran ternyata telah menjawab beberapa bahagian yang selama ini membuat beliau gusar. Iaterasa penelitiannya selama ini terasa belum lengkap tentang perkembangan Embrio.
Read More

Tips Mengatasi Perasaan Gemuruh.



Sape tak pernah gemuruh?? sapa yg tak pernah ada perasaan gemuruh adalah manusia yang tidak normal...Perasaan gemuruh ni kalau tidak berjaya dikawal akan  menyebabkan timbul kesan yang buruk semasa atau jangka panjang yang melibatkan kesihatan (darah tinggi, sawan) dan Psikologi (Malu, rendah diri, fobia). So jom sama -sama kita tengok antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan perasaan tersebut....semoga perkongsian boleh membantu...

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temu duga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemu duga ataupun khalayak. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mewujudkan sangkaan  negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda. Berapa banyak masa yang kita perlu gunakan untuk bersedia? Peraturan yang satuialah gunakan seberapa masa yang diberi. Jika anda diberi masa 2 bulan, jangan tunggu sehingga minggu terakhir. Jika anda diberi semalaman, sama juga, lakukan lah yang terbaik!

3.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukanya lawan anda. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
4. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
5.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata.
6. Amik wuduk dan berselawat
Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah kalau kita niat dalam hati perkara yang baik mesti kita dibantu olehNYA.cBanyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.
7. Motivasikan diri sendiri
Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri.
8.Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.
9.Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku;
(Surah Taha : 25 -27 )
10.Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

11. Cuba hipnosis. Hipnosis ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang (fizikal dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti dikehendakinya. Kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian rawatan alternatif untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah pada diri mereka sendiri. Kaedah ini bukan bertujuan mengambil alih rawatan moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan pesakit. Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya dengan cara yang dipilih. Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak menggunakan sebarang ubatan dan tiada kesan sampingan. Kesan hipnoterapi ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan hanya lima jam untuk menampakkan keberkesanan, bergantung kepada tahap ketenangan masing-masing. Hipnosis juga boleh dilakukan sendiri dengan berbaring di katil dan rehatkan semua otot serta lapangkan fikiran. Kaedah hipnosis sendiri ini jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu memupuk sifat positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan di mana saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya anda sentiasa tenang.
Read More

Bumi semakin tidak Normal

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.
Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.
Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.
Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.
Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.
Kini, perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.
sehinggakan negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
Medan magnet bumi berganjak
Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.
Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.
Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.
Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.
Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.
Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.
Apabila peralihan tersebut berlaku, kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.
Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.
“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.
"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.
Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.
Waktu menjadi lebih singkat
Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8 mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.
“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.
Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.
Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.

SUBHANALLAH! Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.

Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Read More

Penting Untuk Kuatkan Otot Peha



Secara saintifiknya, otot peha adalah otot yang paling besar dan paling kuat dalam badan manusia, ia penting untuk memperkukuhkan posisi dan kestabilan badan ketika berdiri, berjalan, berlari mahupun dalam melakukan apa sahaja aktiviti fizikal. Jadi khas untuk lelaki, apa kebaikanya jika anda sentiasa berusaha untuk menguatkan otot kaki dan peha ini?

1. Meningkatkan prestasi hubungan kelamin
Pernah anda dengar tentang urutan cakar harimau atau apa – apa senaman dan urutan untuk mempertingkatkan prestasi tenaga batin bagi lelaki?
Sudah pasti majoriti lelaki diluar sana pernah membaca dan mendengar tentang perkara ini. Apa yang pasti, segala tips urutan dan senaman yang dikemukakan dan diperturunkan adalah untuk menguatkan otot bahagian kaki dan peha, kekuatan peha dan kaki sangat berkait rapat dengan kekuatan tenaga batin seseorang, sebab itulah kita disarankan untuk melakukan teknik – teknik senaman yang diperturunkan turun temurun untuk kebahagian rumah tangga kita.

Menurut laporan yang dikeluarkan Persatuan Andrology Malaysia, lebih dari 2.2 juta lelaki Malaysia telah dikenalpasti menderita masalah Lemah Tenaga Batin dan secara puratanya 60% lelaki ASIA juga  mengalami masalah lemah tenaga batin ini dan paling menyedihkan.
Purata masa bertahan untuk lelaki dalam hubungan seksual hanya 5-8 minit. Untuk meningkatkan prestasi ini, bersukan adalah salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan prestasi tenaga batin seseorang, terutamanya senaman untuk menguatkan peha dan kaki kerana ia sangat berkait rapat dengan alat kekuatan alat kelamin seseorang lelaki.

2. Menyeimbangkan bentuk badan
Bagi seseorang atlet angkat berat mahupun atlet bina badan, keseimbangan pembesaran otot sangat penting untuk mendapatkan kekuatan dan keseimbangan badan yang maksimum disamping mendapatkan bentuk badan yang cantik dan sempurna. Bagi seorang yang mahu mendapatkan badan yang menarik, memiliki otot paha yang besar, kuat dan proporsional sangat penting bagi penampilan badan bahagian bawah (pinggang ke bawah).

Kebiasaanya seseorang yang ingin membentuk bdan agar nampak lebih hebat dengan otot – otot akan lebih cenderung dan banyak melakukan latihan angkat beban pada bahagian atas badan seperti dada dan lengan, ia akan menyebabkan perkembangan bentuk badan tidak sekata dan kurang menarik, jadi latihan menguatkan peha dan kaki bukan sahaja dapat menyeimbangkan perkembangan bentuk badan, dalam masa yang sama ia akan lebih member kekuatan kepada badan kita.

Dua kepentingan di atas cukup penting untuk menjamin kehidupan yang lebih bahagia dan ceria, untuk mendapatkan kekuatan peha dan kaki, pelbagai senaman boleh dilakukan, tetapi sebelum melakukan senaman kaki, kita perlulah tahu sedikit sebanyak tentang otot di bahagian peha dan kaki serta fungsi dan kepentinganya, antaranya

i. Otot Quadriceps, adalah otot manusia yang paling besar. Fungsinya untuk meluruskan kaki. Otot ini terletak di bagian depan paha dan terdiri atas 4 kepala, yakni Rectus Femoris, Vastus Intermedius, Vastus Medialis dan Vastus Lateralis. Jika dilatih dengan baik, bentuk dua kepala otot yang terakhir ini akan menyerupai titisan air mata.

ii. Otot Biceps Femoris (hamstrings), yakni otot yang terletak di bagian belakang paha. Fungsinya untuk menekuk kaki.

iii. Betis (calves)

iv. Otot Gastrocnemius, yakni otot betis yang paling menonjol yang terletak di bahagian belakang betis berbentuk seperti intan (diamond). Fungsinya adalah untuk menggerakkan telapak kaki.
Antara latihan untuk menguatkan kaki dan peha ini termasuklah, Squats, Lunges, leg extension dan banyak lagi latihan kaki yang sesuai dilakukan di gym mahupun di rumah.
Read More

Akibat tersalah masuk bilik, ibu dirogol anak sendiri di Cheras.


Gambar Hiasan

Seorang ibu berusia 44 tahun yang pulang dari tempat kerja dalam keadaan mabuk dirogol oleh anaknya sendiri yang berusia 15 tahun di rumah mereka di Taman OUG, Cheras, dekat sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi selepas ibu berkenaan yang berada dalam keadaan mabuk, dikatakan tersalah masuk bilik tidur. Untuk cerita lanjut sila klik sini.



Read More

Lelaki Melayu Isytihar Murtad Secara Terbuka Di Twitter | Satu Lagi Kecelakaan Di bumi Malaysia

Lelaki Melayu Isytihar Murtad Secara Terbuka Di Twitter | Satu Lagi Kecelakaan Di bumi Malaysia | Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah…

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.

Faiz bagaimanapun memilih nama Yuen Zhou sebagai nama barunya. Namun, bimbang dimarahi oleh kaum cina, maka dia menukar kepada nama lain. Faiz mengaku, semasa dirinya masih islam, dia juga adalah seorang pendakwah dan pendekar islam.

Bagi Faiz, Islam tiada lagi fungsinya di dunia ini. Faiz juga menjelaskan dia tidak berbangga beragama Islam. Bukannya dia tidak mahu ikut, tetapi dek malas dan malas nak mempercayai islam lagi.

Dalam masa yang sama, Faiz masih belum memberitahu keluarganya mengenai status murtadnya itu dan dia menjangkakan perkara ini akan menjadi viral di media sosial dan media cetak tidak lama lagi.




Semudah itu lelaki ini mengisytiharkan dirinya murtad. Mohon pihak jabatan agama mengambil tindakan serta merta terhadap lelaki ini dan beruskan secukup-cukupnya kepala lelaki ini agar dia bertaubat dan sedar bahawa apa yang diucapkannya itu boleh membinasakan masa depannya di dunia dan akhirat. - My Media Hub. Nota Kaki: Sumber maklumat diperolehi dari laman Amazing Nara







 - Inilah akibat jika meninggalkan hukum Allah, agama sudah tidak terjaga. Kalau kita nak harapkan pemerintah hendak laksanakan hukum Allah entah bila. Terlalu jaga hati kaum lain sehingga mengabaikan perintah Allah. 

- Jika benar Malaun di atas nie memang murtad, memang hukumnya wajib dibunuh kerana maruah Islam wajib dipelihara. Moga Allah memberi pancaran cahaya hidayah supaya kembali kepada fitrah Islam..


Dari Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ، إِلَّا بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالمَارِقُ مِنَ الدِّينِ 
 التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ

”Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi laa ilaaha illallah dan bahwa aku utusan Allah, kecuali kerana tiga hal: nyawa dibalas nyawa, orang yang berzina setelah menikah, dan orang yang meninggalkan agamanya, memisahkan diri dari jamaah kaum muslimin.” (HR. Bukhari 6878, Muslim 1676, Nasai 4016, dan yang lainnya).

Dalam hadis lain, dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
”Siapa yang mengganti agamanya, bunuhlah dia.” (HR. Bukhari 3017, Nasai 4059, dan yang lainnya)

Makna: ’Mengganti agama’: murtad, keluar dari islam. Karena hadis ini dimasukkan para ulama hadis dalam pembahasan hukuman orang yang murtad. ( Wallahualam )
Read More

Larikan diri Selepas Rogol Mak Mertua di Sibu


Seorang warga emas berusia 69 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol oleh menantunya sendiri pada Jumaat lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Martin Koo, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa yang berseorangan di rumah sedang duduk berkemban di ruang tamu.
"Tiba-tiba mangsa didatangi suspek (menantu) yang menolaknya hingga terbaring ke lantai. Suspek yang berumur 42 tahun menyelak kain mangsa dan terus merogolnya.

"Mangsa cuba menjerit meminta tolong, namun suspek menyumbat mulutnya dengan kain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Martin memberitahu, setelah merogol 
mangsa, suspek yang merupakan seorang penganggur terus melarikan diri.

"Mangsa menceritakan kejadian ini kepada anaknya iaitu isteri suspek pada keesokan pagi sebelum membuat laporan polis. Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sibu untuk membuat pemeriksaan. Suspek juga ditangkap dan akan direman untuk siasatan," katanya.

Tambah Martin, kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan. utusan

Read More

Saya Patuh Arahan Parti - Azmin Ali


Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, beliau kekal dengan pendiriannya sebelum inj untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal yang dinamakan PKR.

"Saya cukup hargai dan berterima kasih kepada Abdul Hadi (Presiden PAS) yang mencalonkan saya sebagai calon menteri besar selain Dr Wan Azizah.

"Selaku timbalan presiden, saya patuh kepada keputusan yang dibuat oleh parti untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar yang baharu melalui akuan bersumpah yang dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Selangor sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di sini, Ahad.

Azmin muncul sebagai calon kedua menteri besar Selangor selepas Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat pada Ahad memutuskan supaya beliau turut dipertimbangkan sebagai calon berpotensi.
Read More

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar | DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang suami bersama gadis lain terbongkar selepas pasangan itu dicekup khalwat di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dekat sini, tengah hari kelmarin.

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

Lebih mendukacitakan perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah bilik ketika ibu bapa gadis terbabit ada bersama di rumah berkenaan.

Kelakuan sumbang pasangan terbabit terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menemui sepasang kekasih sedang tidur dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik.

Suspek lelaki yang berusia 20-an juga menjadi buruan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia yang sudah berumah tangga dikatakan sering tidak pulang ke rumah selain selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah methampethamine.

Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan sering mengunjungi rumah teman wanitanya setelah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan hubungan sulit, dia juga dipercayai turut berkongsi dadah bersama gadis berkenaan selepas ujian saringan air kencing menunjukkan teman wanitanya juga positif methampethamine.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah awal Oktober ini atas kesalahan Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, pasangan terbabit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah pula, mereka boleh dikenakan denda atau penjara. Sinar Harian
Read More

PAS Tolak Wan Azizah sebagai MB - Mustafa Ali



PAS menolak cadangan supaya Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PKR sedia maklum dengan pendirian PAS mengenai perkara itu dan alasan menolak cadangan itu telah pun diberitahu kepada PKR secara tertutup.

"Kami tidak bersetuju dengan (cadangan pelantikan) Wan Azizah bukan disebabkan gender," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.

Ditanya sama ada penolakan cadangan berkaitan dengan kelayakan Wan Azizah, Mustafa menjawab tidak sambil menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan alasan penolakan itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa PAS juga tidak mencalonkan sesiapa daripada parti itu sebagai menteri besar kerana masih berpegang kepada persetujuan bersama Pakatan Rakyat bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun PAS mengatasi bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mustafa juga berkata PAS masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut menteri besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah hari ini, Mustafa berkata mereka bertindak sendirian.

"Mereka bukan bertindak atas kapasiti parti. Kita akan menyiasat perkara ini dan untuk berlaku adil, kita akan minta mereka untuk beri penjelasan," katanya.

Mengenai kehadiran empat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor semalam meskipun diminta PKR dan DAP untuk memboikotnya, Mustafa berkata kehadiran Exco berkenaan perlu untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terus berfungsi.

"Kalau tidak ada empat exco itu, kerajaan negeri akan runtuh. Sebab itu, kehadiran mereka penting untuk pastikan kerajaan Pakatan Rakyat masih ada dan mereka hadir mewakili Exco PKR dan DAP yang dipecat.

"Kita juga lebih pentingkan kebajikan rakyat. Jika mereka tidak hadir, (kerajaan negeri) tidak boleh buat keputusan untuk rakyat," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob. Bernama
Read More

Surat Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang Menarik Untuk Dibaca | Krisis di Selangor

Surat Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang Menarik Untuk Dibaca | Krisis di Selangor |



Salam Datuk Seri,


Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri.

Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan?

Atau

Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar?

Kedua-dua objektif itu berbeza.

Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR.

Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP.

Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang.

Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR. Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini.

Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.

Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR.

Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.

Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini.

Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin.

Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid. Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR.

Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya. Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.

Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang.

Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan.

Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.

Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain.

Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian. Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR.

Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.

Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR.

Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR. Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some.

Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.

Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR.

Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus. Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap.

Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah Pas dan DAP mahupun istana. Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.
Read More

Saiful Bukhari Muncul Lagi | Mahu saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi Sebanyak 50 Juta

Saiful Bukhari Muncul Lagi | Mahu saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi Sebanyak 50 Juta | Di saat kemelut yang dasyhat di Selangor, tiba-tiba muncul lagi si Saiful Bukhari. Bila agaknya game ini akan berakhir. Fitnah akhir zaman ini semakin dasyhat, kalau kita fikirlah kedua-dua mengemukakan idea yang sama iaitu saman menyaman.Aku dah jemu dengan Politik kat Malaysia nie..Rafizi dengan tuduhan-tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Saiful Bukhari dengan cerita bontot ajerr. Inilah akibatnya meninggalkan hukum hakam Allah dalam berpolitik.

Disebalik kisah bodoh dan fitnah menfitnah yang dimainkan , yang paling untung sekarang ini adalah parti pemerintah yang ditunjangi UMNO, senyap seribu bahasa, bijak mengambil peluang dalam kekalutan ini. Hoi x ingatkah rakyat tahun depan GST akan dilaksanakan, harga barangan melambung tinggi, insuran makin mengarut, hutang dikalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi di Asia..Keperluan asas jangan cerita laa, rumah mana boleh beli dah, paling murah 300k di lembah kelang, penjenayah rompakan bermaharajalela..grrr


SHAH ALAM -  Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi dalam kes liwat membabitkan dirinya.

Menurut peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.

Tambahnya lagi, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian


Read More

"Mungkin dia datang untuk kemas barang" - SUK Selangor



"Mungkin dia datang untuk kemas barang" - SUK Selangor | Ekoran daripada pemecatan 6 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor , mereka hari ini diarah mengosongkan pejabat masing-masing.

Namun menurut SUK Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kesemua Exco terlibat bagi memenuhi tuntutan ini.

Ketika diminta mengulas mengenai beberapa Anggota Exco daripada kedua-dua parti itu yang kelihatan hadir dan meneruskan tugas di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Mohamed Khusrin berkata kehadiran Exco berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan tugasan rasmi.

"Mungkin dia datang untuk kemas barang atau jumpa orang... (jumpa orang) itu memang tugas dia selalu di Dewan Negeri Selangor ini," katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya keenam-enam Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta. Bernama
Read More

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing | Politik di Selangor nie makin hari makin serabut, walaupun aku orang luar tapi sejarah kehidupan aku dengan selangor memang bernostalgia sejak dari zaman belajar sehinggalah aku kerja, boleh dikatakan separuh kehidupan aku di Selangor. Aku x nklah disebabkan politikus bergaduh rakyat marhaen lak jadi mangsa.

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing

Pas akan bermesyuarat pada 17/8/2014 untuk menentukan nasib Khalid, Mat Sabu dan beberapa orang pimpinan Pas sudah mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak puas hati dengan keputusan TGHH melewatkan mesyuarat tersebut dan masing-masing mengeluarkan pandangan yang berbeza. Moga kes ini dapat diselesaikan dengan cara berhikmah. Aku sebagai orang awam sekadar menjadi pemerhati jangan Selangor hancur sebab perbalahan ini dah laa..Nanti aku jemput ISIS datang memerintah Selangor baru korang tahu.kahkah


PAS KINI SEDANG BERSAMA BN - MAT SABU

Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

Timbalan presiden PAS itu mengatakan, situasi ini berlaku kerana rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP sudah menyatakan pendirian mereka untuk menolak kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
 
"Sekurang-kurangnya selama seminggu Selangor akan diperintah Khalid (Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas), PAS dan BN sehinggalah PAS membuat keputusan pada 17 Ogos ini," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider.

"PKR dan DAP sudah membuat pendirian jelas menolak Khalid, PAS sahaja yang belum," kata Mohamad dengan nada sedih.

Hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan partinya akan tetap menunggu sehingga 17 Ogos untuk bermesyuarat walaupun timbul desakan daripada rakan komponen PR agar mesyuarat itu dipercepatkan.

"Kena tunggu mesyuarat 17 Ogos baru kita boleh buat pendirian," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
 
Ini pula kenyataan Husam Musa


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Husam, beliau berjuang dengan memasuki parti PAS ketika PAS sendirian dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada awal tahun 1980-an.

“Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tiada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.

“Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah menyebut, al-mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam),” katanya di laman Facebook.

Tambah beliau lagi, keadaan PAS sekarang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada zaman mudanya.

“Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.

“Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi PAS sekarang lebih baik,” jelasnya.

Tegasnya lagi, jika PAS mengikut Umno, mereka umpama gerabak pada Umno, bukan lokomotifnya.

“Tetapi dalam landasan PR kita parallel kerana kita mempunyai persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.

“Kalau baik ikut PAS, maka PAS akan ‘lead’. Jika PKR lebih baik maka parti itu akan ‘lead’,” katanya.

Ujarnya kita perlu yakin bahawa akan berlaku rekonstruksi dalam politik Melayu .

Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan PAS akan keluar daripada PR ekoran krisis Menteri Besar Selangor.

Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus menjalankan tugas sebagai MB kerana mendapat sokongan majoriti DUN Selangor. ~fmt
Read More

Tawar Menawar Sedang Berlaku | 4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan ?

Tawar Menawar Sedang Berlaku | 4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan ? | Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.

Krisis- Di-Selangor.jpg

Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.

Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.


Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.

Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

“Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk,” kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.

Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.

Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.

Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.


“Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan,” kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.

“Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.

Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.

Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.


Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.

Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.

“Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
 
Sumber: Rakyat Marhaen
Read More

Mungkinkah ini Senarai Anggota Exco Terbaharu Kerajaan Selangor | Krisis Di Selangor


SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)
MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)                
PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)
PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)
PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)
PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)
PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)
PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)
Read More

SIAPAKAH BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG DIGERUNI OLEH ZIONIST LAKNATULLAH

SIAPAKAH BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG DIGERUNI OLEH ZIONIST LAKNATULLAH | Briged Izzudin Al-Qassam atau dikenali atau dikenali sebagai Al-Qassam amat digeruni oleh rejim Zionis.
 
Al-Qassam adalah sayap tentera Hamas , dipelopori penubuhannya oleh pejuang seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada, pada tahun 1984.
 
Gambar-briged-izzudin-al-qassam.jpg
 
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yassin , jawatan itu digantikan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tetapi beliau hanya berkhidmat kurang sebulan selepas dibedil helikopter Israel pada 18 April 2014.

Kini, Hamas membuat pendekatan baru dengan menonjolkan beberapa pimpinan seperti Sheikh Khalid Mishal, Abu Marzouq dan Sami Abu Zuhri.

Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.

Briged elit itu dianggotai pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Jumlah tentera lingkungan 25,000 orang. Sejak Intifadah pada tahun 2000, 800 askar mati syahid. Terkenal dengan roket Al-Qassam, roket yang artileri buatan sendiri dikeluarkan dalam tiga model sejak 2001 hingga 2011. Roket itu dilancarkan dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Anggota sentiasa bersedia untuk syahid.

Briged Al-Qassam mempunyai peraturan yang ketat iaitu :
  • Wajib solat berjemaah.
  • Mempunyai skuad wanita.
  • Wajib pelajari tafsir Al-Quran.
  • Wajib baca Al-Quran sehari sejuzuk.
  • Wajib menghafal 40 hadis Arbain.
  • Amalkan puasa sunat dan bertahajud.  ( sumber: http://jomklikblog.blogspot.com )
Read More

Peperangan Di Bumi Gaza ( Pembebasan Masjid Al -Aqsa ) | Janji Allah Semakin Hampir

Peperangan Di Bumi  Gaza ( Pembebasan Masjid Al -Aqsa ) | Janji Allah Semakin Hampir |
Salam Ramadhan Al Mubarak, sekarang kita berada dipenghujung Ramadhan semoga Allah menerima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang kita lalui dan diketemukan Ramadhan pada yang datang. Sepanjang Ramadhan ini kita dikejutkan dengan peristiwa  peperangan yang berlaku di bumi Gaza, Masjid Al- Aqsa tanah suci ketiga umat Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjdil Nabawi di Madinah.

Gambar-peperangan-di-Palestin-jpg

  1. Masjid ini mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam kerana ia adalah tempat Isra’ junjungan kita Nabi Muhamad SAW sepertimana firman Allah SWT:
{ سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آَيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} الإسراء/


Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya (Muhamad) pada waktu malam dari Masjil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.
Pada malam Isra’ Mikraj ini juga nabi kita Muhamad SAW telah menjadi imam solat bersama para Anbiya’ dalam masjid Al-Aqsa dan di sini juga nabi kita mewarisi bendera dan risalah Anbiya’ sebelumnya.
  1. Masjid Al-Aqsa ialah kiblat yang  pertama bagi umat Islam. Kerana inilah kiblat yang ditujukan oleh nabi kita (SAW) dan para sahabat selama 17 bulan semasa mereka berada di Madinah. Sehinggalah Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran :
{قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ} البقرة: 

Maksudnya: Kami melihat wajahmu (Muhamad) sering merenung ke langit, maka kami palingkan engkau ke arah kiblat yang engkau ingini, maka hadapkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu kearah itu. Dan sesungguhnya orang orang yang diberi kitab (Taurat dan injil) tahu. Bahawa itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak akan lalai tentang apa yang sedang mereka lakukan.

  1. Fadilat solat di dalam masjd ini bersamaan 500 solat di masjid lain. Sabda Rasulullah SAW:
«الصلاة في المسجد الحرام بمائة ألف صلاة والصلاة في مسجدي بألف صلاة، والصلاة في بيت المقدس بخمسمائة صلاة» (حديث حسن رواه الطبراني(.
Ertinya: Kelebihan  solat di dalam Masjdil Haram bersamaan dengan 100,000 solat (di tempat lain) , dan solat di dalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid Al-Aqsa bersamaan 500 solat - Riwayat Tabrani
  1. Ia salah satu daripada tiga masjid yang digalakkan untuk dikunjungi. Sepertimana sabda Rasulullah SAW bersabda:
«لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا، والمسجد الأقصى(( .
Ertinya: Tidak digalakan bermusafir kecuali kepada tiga buah masjid iaitu : Masjid Al-Haram, masjid ku ini (Madinah) dan Masjid Al-Aqsa.

Kalau kita buka Media sosial kita akan lihat kekejaman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis terhadap umat Islam di bumi Gaza, persoalan yang timbul kenapa mereka terlampau rakus ingin menghalau penduduk Gaza dan mesti ada Mujahidin yang akan membuat tentangan terhadap mereka sehingga ke hari Kiamat, kerana itu adalah janji Allah sepertimana hadis:

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : "لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ، لَعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ ، حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَذَلِكَ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيْنَ هُمْ؟ قَالَ: "بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ 
 الْمَقْدِس". روى الإمام أحمد في مسنده

Ertnya:  Dari Abi Umaimah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sentiasa ada sekumpulan dari umatku yang menegakkan kebenaran, mengasari musuh, dan musuh mereka tidak akan dapat memudaratkan mereka kecuali apa yang dibuat dari belakang mereka. Mereka sentiasa begitu sehingga datangnya pertolongan Allah SWT. Sahabat bertanya: Di manakah mereka wahai Rasulullah? Baginda menjawab: di Baitulmaqdis, dan sekeliling Baitulmaqdis. - riwayat Imam Ahmad
 
Maka kita sekalian diperintah oleh Allah swt. Untuk berusaha sedaya upaya, membantu Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis dan Palestin keseluruhannya. Dan kita yakin pertolongan Allah akan datang, dan pertolongan Allah itu sudah hampir.

Peristiwa yang berlaku di bumi Gaza adalah petunjuk bahawa janji Allah dan Rasul adalah benar, bagi akulah aku tidaklah begitu sedih apa yang telah terjadi di bumi Gaza, seperti mana mereka di sana begitu bangga kena mempertahankan tanah air mereka dan Masjidil Al-Aqsa sehingga ketitisan darah mereka yang terakhir, walaupun disekeliling mereka negara Islam yang hipokrit yang hanya manjadi pemerhati dan memperli pejuang Hamas dan Mujahidin di sana.

Apa yang perlu disedihkan, semua orang akan merasai mati. Ada yang mati sebabkan kanser, kencing manis, darah tinggi. Dan mereka penduduk Gaza memilih untuk Syahid dalam menegakkan kebenaran dan membebaskan Masjidil Al-Aqsa, dan satu masa aku juga akan ke sana. Insya Allah. Manakah yang lebih mulia hidup di dunia sebagai pengecut atau mati berjumpa dengan Allah dalam keadaaan taat dan bergelar Syuhada.



Read More

Lil Bub | Kucing Yang Suka Jelirkan Lidah

[FENOMENA] Lil Bub, Kucing Yang Suka Jelirkan Lidah | Kucing merupakan haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia, malah keletahnya juga mampu menghiburkan hati.


Bagi seekor kucing yang dikenali sebagai Lil Bub ini, keletahnya yang suka menjelirkan lidah telah menarik perhatian ramai dan menjadikannya terkenal dalam dunia Internet.
Nak tahu dengan lebih lanjut pasal kucing ni, meh usha kat bawah ni.

Lil Bub merupakan seekor kucing yang semakin terkenal dalam dunia Internet. Dengan jumlah pengikut yang agak ramai, kucing ini sememangnya mempunyai kriteria yang menarik. Selain dari benar-benar comel, kucing ini ternyata mempunyai sifat yang agak unik. Lil Bub telah ditemui di tempat sampah, diselamatkan dan dilahirkan dengan pelbagai anomali genetik.

Kecacatan genetik pada kucing ini dipanggil "perma-kitten", yang bermaksud Lil Bub akan kekal saiz dan ciri-ciri seperti seekor anak kucing sepanjang hidupnya. Ia juga mempunyai kecacatan lain seperti kes dwarfism (kerdil) yang melampau, di mana ia tidak mempunyai anggota badan yang seimbang secara relatif ke seluruh tubuhnya dan mempunyai kesukaran untuk bergerak.

Ia mempunyai kaki yang kontot dan badan yang panjang. Rahang bawahnya jauh lebih pendek dari rahang atasnya, dan giginya tidak pernah berkembang dan ia menjadi salah satu sebab kenapa lidahnya sering terjelir dan tergantung.

Selain itu, Lil Bub juga adalah sejenis kucing polydactyl, yang bermakna ia mempunyai jari tambahan dan dalam kes ini, satu jari tambahan pada setiap kakinya. Dan satu lagi sudah tentu mata besarnya yang berwarna hijau.



p/s: Alaaa..Comeynyaaaa~~ (n_n)

sumber
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sembang Makrifat

Powered by Blogger.