KEMPEN PUASA UNTUK YARMOUK! | Esok 24 Februari 2014

Assalamualaikum wbt..Lama dah aku x bukak blog nie, dah naik habuk lol..Insya Allah tahun nie nak menulis sikit pasal saudara kita yang tertindas di Syria, Mesir dan Palestin..Tanpa kita sedari sekarang berlaku pembunuhan besar-besaran sedang berlaku di sana, kita sebagai Umat Islam dan seagama dengan mereka harus mengambil cakna permasalahan mereka.

sesama islam itu saudara~

Sesungguhnya ummat Islam yang beriman itu bersaudara:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” [Al Hujuraat 10]

Orang-orang yang beriman itu ibarat satu tubuh. Jika satu bagian sakit, yang lain ikut merasakan sakit:

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. (Shahih Muslim No.4685)

Ummat Islam itu saling menguatkan satu sama lain:

Hadis riwayat Abu Musa ra. dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain. (Shahih Muslim No.4684)

Allah melarang ummat Islam untuk bercerai-berai:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,” [Ali ‘Imran 103-105]



Kempen 'Puasa Untuk Yarmouk'!

KEMPEN PUASA UNTUK YARMOUK!


Isnin ini, esok 24 Februari 2014, kami menyeru umat Islam untuk menunjukkan solidariti bersama pelarian Palestin yang sedang mati kebuluran di Kem Yarmouk, Syria dengan berpuasa sunat Isnin secara beramai-ramai. Berikut panduan kempen solidariti tersebut :

1. Sebarkan poster ini seluas-luasnya. Ajak seramai mungkin ahli keluarga, rakan dan jiran berpuasa sunat pada hari Isnin ini.

2. Ambil masa beberapa minit untuk menaip 'Krisis Kem Yarmouk' di Google untuk mengetahui tentang krisis Kem Yarmouk yang telah dikepung selama lebih 230 hari dengan jumlah kematian akibat kebuluran menjangkau 110 orang.

3. LIKE dan SHARE laman Hari Cinta Yarmouk untuk mendapatkan info berlanjutan, serta menyumbang tatkala dibuka ruang kelak.

4. Pastikan tembakan doa diteruskan untuk Yarmouk secara khusus serta umat Islam lain yang sedang merana ketika berbuka puasa.

Di mana tahap peduli kita?

*Hari Cinta Yarmouk dilancarkan pada 14 Februari 2014 dengan kerjasama Menteri Wakaf (Agama) Gaza demi membawa isu pelarian Palestin di Kem Yarmouk, Syria ke tengah masyarakat*

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

greenbeast said...

puasa kerana Allah....

greenbeast said...

puasa kerana Allah.. Berlapar kerana sesuatu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.