SIAPAKAH BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG DIGERUNI OLEH ZIONIST LAKNATULLAH

SIAPAKAH BRIGED IZZUDIN AL- QASSAM YANG DIGERUNI OLEH ZIONIST LAKNATULLAH | Briged Izzudin Al-Qassam atau dikenali atau dikenali sebagai Al-Qassam amat digeruni oleh rejim Zionis.
 
Al-Qassam adalah sayap tentera Hamas , dipelopori penubuhannya oleh pejuang seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada, pada tahun 1984.
 
Gambar-briged-izzudin-al-qassam.jpg
 
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Selepas syahidnya Sheikh Ahmad Yassin , jawatan itu digantikan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tetapi beliau hanya berkhidmat kurang sebulan selepas dibedil helikopter Israel pada 18 April 2014.

Kini, Hamas membuat pendekatan baru dengan menonjolkan beberapa pimpinan seperti Sheikh Khalid Mishal, Abu Marzouq dan Sami Abu Zuhri.

Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin.

Briged elit itu dianggotai pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Jumlah tentera lingkungan 25,000 orang. Sejak Intifadah pada tahun 2000, 800 askar mati syahid. Terkenal dengan roket Al-Qassam, roket yang artileri buatan sendiri dikeluarkan dalam tiga model sejak 2001 hingga 2011. Roket itu dilancarkan dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam. 

Anggota sentiasa bersedia untuk syahid.

Briged Al-Qassam mempunyai peraturan yang ketat iaitu :
  • Wajib solat berjemaah.
  • Mempunyai skuad wanita.
  • Wajib pelajari tafsir Al-Quran.
  • Wajib baca Al-Quran sehari sejuzuk.
  • Wajib menghafal 40 hadis Arbain.
  • Amalkan puasa sunat dan bertahajud.  ( sumber: http://jomklikblog.blogspot.com )

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Ummar Farouk said...

Assalamualaikum admin, saya mahu minta tolong admin buangkan link blog saya http://www.nukeufo89.com dan kemudian add balik link blog saya semula dalam senarai bloglist admin sebab link blog saya masih belum terupdate sampai sekarang dalam senarai bloglist admin walaupun sudah 2-3 entri terbaru sudah saya update dalam blog saya. Masalah ni berlaku disebabkan sebelum ini saya baru pindahkan kesemua isi blog saya ke dalam akaun blogger yang baru. Kerjasama admin amatlah saya hargai. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.