PAS Tolak Wan Azizah sebagai MB - Mustafa Ali



PAS menolak cadangan supaya Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PKR sedia maklum dengan pendirian PAS mengenai perkara itu dan alasan menolak cadangan itu telah pun diberitahu kepada PKR secara tertutup.

"Kami tidak bersetuju dengan (cadangan pelantikan) Wan Azizah bukan disebabkan gender," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.

Ditanya sama ada penolakan cadangan berkaitan dengan kelayakan Wan Azizah, Mustafa menjawab tidak sambil menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan alasan penolakan itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa PAS juga tidak mencalonkan sesiapa daripada parti itu sebagai menteri besar kerana masih berpegang kepada persetujuan bersama Pakatan Rakyat bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun PAS mengatasi bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mustafa juga berkata PAS masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut menteri besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah hari ini, Mustafa berkata mereka bertindak sendirian.

"Mereka bukan bertindak atas kapasiti parti. Kita akan menyiasat perkara ini dan untuk berlaku adil, kita akan minta mereka untuk beri penjelasan," katanya.

Mengenai kehadiran empat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor semalam meskipun diminta PKR dan DAP untuk memboikotnya, Mustafa berkata kehadiran Exco berkenaan perlu untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terus berfungsi.

"Kalau tidak ada empat exco itu, kerajaan negeri akan runtuh. Sebab itu, kehadiran mereka penting untuk pastikan kerajaan Pakatan Rakyat masih ada dan mereka hadir mewakili Exco PKR dan DAP yang dipecat.

"Kita juga lebih pentingkan kebajikan rakyat. Jika mereka tidak hadir, (kerajaan negeri) tidak boleh buat keputusan untuk rakyat," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob. Bernama

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Anonymous said...

Berbelit-belit. Bila dah terbelit, koner kut lain. Cari alasan lain. Matlamat menghalalkan cara. Adakah begitu yang diajar oleh Islam.

Anonymous said...

copy dan paste:

honestly speaking nobody knows how this MB Khalid saga is going to play out.But the more PKR leaders keep on attacking PAS and it's leaders there is bound to be very bad blood when this circus is finally over.Why cannot these PKR leaders keep their cool for a few more days and let the PAS have their meeting and see what they have decided.

If after the meeting PAS wants to go it's own way then it is still not to late to counter whatever way the PKR or PR pact wants to take.They have painted the PAS leaders into a corner,without actually knowing whatever motives they had.And to save face they might even bite back too.The way things are going it is very difficult for them to make a u-turn

iRock said...

Kalau tolak azizah pun kenapa bersekongkol dgn PUKI ah? Kan dah jadi baghal ameno nama nya tu. Sudah sudah lah topa hoi......istihar keluar je PR kalau dah tak boleh bertolak ansur dlm PR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.