Badan selepas bersenam umpama radiator kereta...tak boleh kena air sejuk ??

Kadang -kadang kita akan terdengar persoalan tentang mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak baik untuk tubuh badan. Ini kerana sesuatu yang sedang panas (tubuh badan slps bersenam) tidak elok disejukkan serta merta (mandi) kerana mungkin mendatangkan keburukan. Ia seringkali mengumpamakan ibarat radiator kereta yang sedang panas kemudian dimasukkan air. Namun adakah benar pendapat begini ?? Sesuaikah badan kita (ciptaan Allah) diumpamakan dengan besi ciptaan manusia ??

Fakta yang sebenarnya adalah mandi air sejuk selepas bersenam adalah tidak salah dan sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri. Badan kita dikurniakan sistem tersendiri yang tetap mengekalkan tahap suhu normal badan 36.5°c-37°c dan tidak mengikut jatuh atau naik dengan kesan cuaca diluar melainkan tidak sihat atau berhadapan dengan cuaca yang melampau. Bukan seperti besi panas sejuk mengeras apabila dicurah air.

Mandi air sejuk atau ais selepas bersenam sebenarnya adalah bagus kerana membantu mengurangkan sindrom D.O.M.S (Delayed Onset Muscle Soreness) selepas bersenam. Namun mandi air suam selepas bersenam juga ada kebaikannya iaitu ia membantu melegakan ketegangan urat dan otot dalam keadaan santai dengan menggunakan air suam. Jadi kesimpulannya sama ada air sejuk atau air panas selepas bersenam adalah dibolehkan.

Apakah D.O.M.S ?

Situasi ketika bersenam (weight training, HIIT, intense aerobic), otot tidak berasa terlalu sakit tapi apa yang anda alami adalah "tak larat" atau orang kata keupayaan telah mencapai had. Selepas bersenam pun otot masih rasa tak berapa sakit, cuma berasa "letih" sahaja. Tetapi keesokan pagi selepas bangun dari tidur, sakitnya otot tu macam rasa membengkak. Dan rasa sakit itu berlanjutan beberapa hari. Sindrom ini dikenali sebagai "Delayed Onset Muscle Soreness" (DOMS) atau terjemahannya "Permulaan Kesakitan Otot yang Tertangguh". Setiap senaman yang melibatkan pergerakan "esentrik" pada otot (pengecutan dan pengembangan) pasti akan membawa kepada DOMS, oleh itu ia merupakan fenomena yang normal. Kebiasaannya DOMS yang normal bermula 24 jam selepas anda bersenam dan berakhir sehingga 72 jam atau 3 hari. Ada juga yang ambil masa sehingga 4 atau 5 hari, bergantung pada intensiti yang dilakukan dan pengalaman ketika bersenam.

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

Ummar Farouk said...

Salam admin, saya nak minta tolong admin luangkan sedikit masa. Saya betul2 berharap admin dapat tolong. Terdesak sangat ni. Luangkan sedikit masa dalam 1-2 minit untuk delete link blog saya, dan kemudian add balik link blog saya ni, http://www.nukeufo89.com dengan tujuan untuk renew balik feed bagi link blog sebab sudah sebulan lebih tak terupdate dalam blog admin walaupun sudah banyak saya update bermacam-macam entri dalam blog saya. Tolong sangat-sangat ni. Saya sudah minta admin blog biaqpila buat apa yang saya minta ni, dia buat dan ternyata memang benar-benar menjadi dan feed link blog saya berjalan seperti biasa dalam blog beliau. Tolonglah saya ni. Saya dalam kesusahan ni. Feed link blog saya bermasalah dalam blog admin. Luangkanlah dalam 1-2 minit sahaja. Sekejap sahaja. Bolehkan? Insya-Allah. Semoga Allah merahmati admin. Amin.

HisHam New Blogging said...

Mesti sejuk... kan.. tetapi sebenarnya akan memberi kesihatan kita juga..

Terima kasih infonya..

Noriza MiracleVitamins said...

selalu dengar lepas bersenam jangan mandi nanti naik panau kat badan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.