Maaf Jika Gambar Ini Mengganggu Harimu | Krisis Di Syria

Maaf Jika Gambar Ini Mengganggu Harimu | Krisis Di Syria | Saudara kita di Syria, Palestin dan Mesir sekarang dizalimi oleh pemerintah mereka sendiri dan Yahudi ( Zionist ). Disebalik Politik Malaysia yang makin panas, aku lihat cakna masyarakat Malaysia berkenaan isu di Timur Tengah semakin hambar sekali. Kalau kita di Malaysia air terpaksa dicatu mereka di sana sudah beberapa hari tidak makan dan minum.

Marilah kita sama-sama membantu, jika tidak dengan harta benda yang kita sayang, sekurang-kurangnya dengan doa kita yang kudus..

Tapi inilah yang terjadi di Syria berlanjutan ke tahun ketiga. Tiada apa-apa yang istimewa dengan gambar ini, INI HANYALAH KISAH BIASA ANTARA IBU DAN ANAK DI SYRIA.



Kisah ibu yang mendakap anaknya yang dibom tentera Syria yang didokong oleh Bashar Al Assad
kehilangan ayah dan ibu...akhirnya abang yg mnjadi tmpat mencurah kasih sayang

Hasil dari bom barrel bashar assad
Jom kita bantu Saudara kita di sana dengan membantu membina Kilang Roti di Syria, Wakil Muslim Care di Syria cerita.."Tolonglah kanak2 di Syria kelaparan.. kalau kami dpt makan roti 3 kali seminggu pun dah teramat baik.." Inna lillah wa inna ilaihi rojiun.. smoga Allah mengampunkan semua dosa2 kita...aminnnn

RHB Muslim Care
26212000004747

Maybank Muslim Care
564490211159

Bank Islam Muslim Care Malaysia
14014010147470


Read More

KEMPEN PUASA UNTUK YARMOUK! | Esok 24 Februari 2014

Assalamualaikum wbt..Lama dah aku x bukak blog nie, dah naik habuk lol..Insya Allah tahun nie nak menulis sikit pasal saudara kita yang tertindas di Syria, Mesir dan Palestin..Tanpa kita sedari sekarang berlaku pembunuhan besar-besaran sedang berlaku di sana, kita sebagai Umat Islam dan seagama dengan mereka harus mengambil cakna permasalahan mereka.

sesama islam itu saudara~

Sesungguhnya ummat Islam yang beriman itu bersaudara:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” [Al Hujuraat 10]

Orang-orang yang beriman itu ibarat satu tubuh. Jika satu bagian sakit, yang lain ikut merasakan sakit:

Hadis riwayat Nukman bin Basyir ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling kasih, saling menyayang dan saling cinta adalah seperti sebuah tubuh, jika salah satu anggotanya merasa sakit, maka anggota-anggota tubuh yang lain ikut merasakan sulit tidur dan demam. (Shahih Muslim No.4685)

Ummat Islam itu saling menguatkan satu sama lain:

Hadis riwayat Abu Musa ra. dia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan di mana bagiannya saling menguatkan bagian yang lain. (Shahih Muslim No.4684)

Allah melarang ummat Islam untuk bercerai-berai:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.

Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat,” [Ali ‘Imran 103-105]



Kempen 'Puasa Untuk Yarmouk'!

KEMPEN PUASA UNTUK YARMOUK!


Isnin ini, esok 24 Februari 2014, kami menyeru umat Islam untuk menunjukkan solidariti bersama pelarian Palestin yang sedang mati kebuluran di Kem Yarmouk, Syria dengan berpuasa sunat Isnin secara beramai-ramai. Berikut panduan kempen solidariti tersebut :

1. Sebarkan poster ini seluas-luasnya. Ajak seramai mungkin ahli keluarga, rakan dan jiran berpuasa sunat pada hari Isnin ini.

2. Ambil masa beberapa minit untuk menaip 'Krisis Kem Yarmouk' di Google untuk mengetahui tentang krisis Kem Yarmouk yang telah dikepung selama lebih 230 hari dengan jumlah kematian akibat kebuluran menjangkau 110 orang.

3. LIKE dan SHARE laman Hari Cinta Yarmouk untuk mendapatkan info berlanjutan, serta menyumbang tatkala dibuka ruang kelak.

4. Pastikan tembakan doa diteruskan untuk Yarmouk secara khusus serta umat Islam lain yang sedang merana ketika berbuka puasa.

Di mana tahap peduli kita?

*Hari Cinta Yarmouk dilancarkan pada 14 Februari 2014 dengan kerjasama Menteri Wakaf (Agama) Gaza demi membawa isu pelarian Palestin di Kem Yarmouk, Syria ke tengah masyarakat*
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.