Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar | DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang suami bersama gadis lain terbongkar selepas pasangan itu dicekup khalwat di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dekat sini, tengah hari kelmarin.

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

Lebih mendukacitakan perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah bilik ketika ibu bapa gadis terbabit ada bersama di rumah berkenaan.

Kelakuan sumbang pasangan terbabit terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menemui sepasang kekasih sedang tidur dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik.

Suspek lelaki yang berusia 20-an juga menjadi buruan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia yang sudah berumah tangga dikatakan sering tidak pulang ke rumah selain selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah methampethamine.

Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan sering mengunjungi rumah teman wanitanya setelah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan hubungan sulit, dia juga dipercayai turut berkongsi dadah bersama gadis berkenaan selepas ujian saringan air kencing menunjukkan teman wanitanya juga positif methampethamine.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah awal Oktober ini atas kesalahan Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, pasangan terbabit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah pula, mereka boleh dikenakan denda atau penjara. Sinar Harian
Read More

PAS Tolak Wan Azizah sebagai MB - Mustafa Ali



PAS menolak cadangan supaya Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PKR sedia maklum dengan pendirian PAS mengenai perkara itu dan alasan menolak cadangan itu telah pun diberitahu kepada PKR secara tertutup.

"Kami tidak bersetuju dengan (cadangan pelantikan) Wan Azizah bukan disebabkan gender," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat PAS di sini, malam ini.

Ditanya sama ada penolakan cadangan berkaitan dengan kelayakan Wan Azizah, Mustafa menjawab tidak sambil menegaskan beliau tidak berhasrat mendedahkan alasan penolakan itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa PAS juga tidak mencalonkan sesiapa daripada parti itu sebagai menteri besar kerana masih berpegang kepada persetujuan bersama Pakatan Rakyat bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun PAS mengatasi bilangan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mustafa juga berkata PAS masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut menteri besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah hari ini, Mustafa berkata mereka bertindak sendirian.

"Mereka bukan bertindak atas kapasiti parti. Kita akan menyiasat perkara ini dan untuk berlaku adil, kita akan minta mereka untuk beri penjelasan," katanya.

Mengenai kehadiran empat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PAS pada mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor semalam meskipun diminta PKR dan DAP untuk memboikotnya, Mustafa berkata kehadiran Exco berkenaan perlu untuk memastikan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat terus berfungsi.

"Kalau tidak ada empat exco itu, kerajaan negeri akan runtuh. Sebab itu, kehadiran mereka penting untuk pastikan kerajaan Pakatan Rakyat masih ada dan mereka hadir mewakili Exco PKR dan DAP yang dipecat.

"Kita juga lebih pentingkan kebajikan rakyat. Jika mereka tidak hadir, (kerajaan negeri) tidak boleh buat keputusan untuk rakyat," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Penolong Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan dan Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob. Bernama
Read More

Surat Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang Menarik Untuk Dibaca | Krisis di Selangor

Surat Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Yang Menarik Untuk Dibaca | Krisis di Selangor |



Salam Datuk Seri,


Saya perlu akui bahawa saya bukan penyokong tegar Datuk Seri selama ini. Meskipun demikian, pada PRU13 yang lalu, saya diamanahkan menjaga Facebook Datuk Seri dan juga Datuk Seri Wan Azizah, saya menjaganya dengan baik dengan hasrat membantu PR mencapai kemenangan.

Di dalam isu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri perlu jelaskan matlamatkan Datuk Seri.

Adakah Datuk Seri hanya ingin Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukarkan?

Atau

Datuk Seri inginkan Datuk Seri Wan Azizah menjadi Menteri Besar?

Kedua-dua objektif itu berbeza.

Seperti mana PRK Kajang, meskipun ada di kalangan PR tidak bersetuju dengan PRK Kajang, tapi semua turun berkempen untuk kemenangan Datuk Seri Wan Azizah, demi menjaga keutuhan PR.

Kerusi Dun Kajang adalah kerusi PKR, yang PKR boleh menentukannya siapa calon tanpa merujuk kepada Pas dan DAP.

Tapi Datuk Seri, jangan pula Datuk Seri anggap kerusi Menteri Besar Selangor sama dengan kerusi Dun Kajang.

Kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik ketiga-tiga parti – Pas, DAP dan PKR. Cuma persetujuannya ialah hanya mereka di kalangan PKR yang dipersetujui ketiga-tiga parti boleh dilantik menjawat jawatan terpenting ini.

Atas setiakawan, Pas dan DAP telah lama mengisytiharkan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor perlu dilantik dari kalangan PKR. Tiada siapa yang ingin merampas kerusi itu daripada PKR.

Itu sudah satu kejayaan bagi Datuk Seri dan PKR.

Akan tetapi, ini tidak bermakna Datuk Seri dan PKR tidak perlu mendapatkan pandangan daripada Pas dan DAP terhadap calon ganti kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

PR bergerak atas nama konsensus – di mana setiap parti ada kuasa vetonya.

Dalam hal pengganti Khalid, Datuk Seri tahu ada kuasa veto keempat iaitu istana Selangor, kuasa yang terbesar dalam kemelut ini.

Ramai yang sudah memberi nasihat kepada PKR bahawa pandangan istana perlu dijadikan pertimbangan dalam strategi politik PKR. Akan tetapi, sangat malang, nasihat ini telah dibawa angin.

Datuk Seri dan PKR telah mengambil langkah untuk memecat Tan Sri Khalid. Semua memahami itu satu langkah terdesak supaya Pas dan DAP memotong nama Tan Sri Khalid daripada senarai calon dari PKR yang layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Kita boleh memahami mengapa Datuk Seri inginkan isteri Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor, selaku Presiden PKR.

Akan tetapi, itu kehendak Datuk Seri dan PKR. Ini bukan bermakna semua akan menerimanya. Halangan pertama ialah istana – sebagaimana nasib yang dihadapi Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh.

Saya percaya Datuk Seri juga sayangkan PR dan negeri Selangor. Dan dengan itu, Datuk Seri tidak mahu Dun dibubarkan, sebab itulah Datuk Seri cuba berjumpa dengan Sultan dan berunding dengan Pas dan DAP.

Atas dasar itu, Datuk Seri sekarang kena mempertimbangkan untuk situasi menang-menang.

Datuk Seri perlu mengalah untuk mengemukakan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Lantiklah calon lain dari PKR yang diperkenan Sultan.

Dengan ini, kerusi Menteri Besar Selangor masih akan kekal di tangan PKR dan kerajaan negeri Selangor masih kekal di tangan PR.

Selama ini pun, Tan Sri Abdul Khalid tiada jawatan besar di dalam PKR ketika menjawat Menteri Besar Selangor. Jadi, sepatutnya tiada masalah untuk mengemukakan calon lain.

Untuk PR menjadi kuat, ketiga-tiga parti perlu kuat secara sendirian. Usah lagi paksa Pas memberi jawapan, PKR akan kehilangan Selangor tanpa Pas. Pas dan DAP ada prinsip mereka sendiri. Nasib baik, kedua-duanya ada perbezaan prinsip, jika tidak, Pas dan DAP dah cukup kuota Adun untuk membentuk kerajaan tanpa PKR.

Datuk Seri sudah mendapat signal jelas dari PAS bahawa Pas ingin kekal bekerjasama dengan PR daripada kenyataan Presiden dan juga Majlis Syura Pas.

Pas dah berkali-kali tegaskan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno. Lebih besar lagi, Pas telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar dari PKR.

Itu sudah satu kemenangan besar untuk Datuk Seri dan PKR. Tapi di dunia ini, you cannot win all. You gotta give some to take some.

Yang Datuk Seri dan PKR perlu lakukan sekarang ialah mencari satu nama calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid yang boleh diterima istana (selain Datuk Seri Wan Azizah), dan dengan ini, segalanya akan selesai. Asalkan Datuk Seri dapat clearkan laluan istana, semua akan menyokong tanpa syarat.

Pada ketika itu, Datuk Seri dan PKR boleh terus menerajui Negeri Selangor dengan aman dan damai tanpa Tan Sri Abdul Khalid, orang yang dituduh menjadi duri dalam daging PKR.

Dengan itu, objektif terbesar Datuk Seri dan PKR tercapai, cuma objektif kedua sedikit tersasar, tapi ia sudah cukup bagus. Kalau sekiranya objektif kedua lebih besar daripada objektif membuang Tan Sri Abdul Khalid, maaflah saya kerana tersalah anggap.

Lawan tetap lawan. Tapi lawan Datuk Seri bukanlah Pas dan DAP mahupun istana. Akhir sekali, PR melambangkan kejayaan kareer politik Datuk Seri. Mendapat 52 peratus undi popular di PRU13 ialah satu kejayaan. Bagi saya, itulah yang Datuk Seri perlu pertahankan.
Read More

Saiful Bukhari Muncul Lagi | Mahu saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi Sebanyak 50 Juta

Saiful Bukhari Muncul Lagi | Mahu saman Anwar Ibrahim, Tuntut Ganti Rugi Sebanyak 50 Juta | Di saat kemelut yang dasyhat di Selangor, tiba-tiba muncul lagi si Saiful Bukhari. Bila agaknya game ini akan berakhir. Fitnah akhir zaman ini semakin dasyhat, kalau kita fikirlah kedua-dua mengemukakan idea yang sama iaitu saman menyaman.Aku dah jemu dengan Politik kat Malaysia nie..Rafizi dengan tuduhan-tuduhan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Saiful Bukhari dengan cerita bontot ajerr. Inilah akibatnya meninggalkan hukum hakam Allah dalam berpolitik.

Disebalik kisah bodoh dan fitnah menfitnah yang dimainkan , yang paling untung sekarang ini adalah parti pemerintah yang ditunjangi UMNO, senyap seribu bahasa, bijak mengambil peluang dalam kekalutan ini. Hoi x ingatkah rakyat tahun depan GST akan dilaksanakan, harga barangan melambung tinggi, insuran makin mengarut, hutang dikalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi di Asia..Keperluan asas jangan cerita laa, rumah mana boleh beli dah, paling murah 300k di lembah kelang, penjenayah rompakan bermaharajalela..grrr


SHAH ALAM -  Bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan memfailkan saman RM50 juta terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya memfitnah dan berkonspirasi dalam kes liwat membabitkan dirinya.

Menurut peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful pada pengurusan kes saman itu hari ini, Timbalan Pendaftar menetapkan 8 Oktober depan sebagai pengurusan kes.

Tambahnya lagi, mahkamah memberikan arahan supaya Anwar memfailkan pernyataan pembelaan dalam masa tiga minggu.

Ketua Pembangkang itu sebelum ini mengaku tidak bersalah meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian


Read More

"Mungkin dia datang untuk kemas barang" - SUK Selangor



"Mungkin dia datang untuk kemas barang" - SUK Selangor | Ekoran daripada pemecatan 6 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor , mereka hari ini diarah mengosongkan pejabat masing-masing.

Namun menurut SUK Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi tiada tempoh masa tertentu diberikan kepada kesemua Exco terlibat bagi memenuhi tuntutan ini.

Ketika diminta mengulas mengenai beberapa Anggota Exco daripada kedua-dua parti itu yang kelihatan hadir dan meneruskan tugas di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, Mohamed Khusrin berkata kehadiran Exco berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan tugasan rasmi.

"Mungkin dia datang untuk kemas barang atau jumpa orang... (jumpa orang) itu memang tugas dia selalu di Dewan Negeri Selangor ini," katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menulis surat bagi meminta perkenan Sultan Selangor supaya keenam-enam Exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya digugurkan serta-merta. Bernama
Read More

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing | Politik di Selangor nie makin hari makin serabut, walaupun aku orang luar tapi sejarah kehidupan aku dengan selangor memang bernostalgia sejak dari zaman belajar sehinggalah aku kerja, boleh dikatakan separuh kehidupan aku di Selangor. Aku x nklah disebabkan politikus bergaduh rakyat marhaen lak jadi mangsa.

Mat Sabu Kecewa Pas Bersama UMNO | Krisis Di Selangor Semakin Meruncing

Pas akan bermesyuarat pada 17/8/2014 untuk menentukan nasib Khalid, Mat Sabu dan beberapa orang pimpinan Pas sudah mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak puas hati dengan keputusan TGHH melewatkan mesyuarat tersebut dan masing-masing mengeluarkan pandangan yang berbeza. Moga kes ini dapat diselesaikan dengan cara berhikmah. Aku sebagai orang awam sekadar menjadi pemerhati jangan Selangor hancur sebab perbalahan ini dah laa..Nanti aku jemput ISIS datang memerintah Selangor baru korang tahu.kahkah


PAS KINI SEDANG BERSAMA BN - MAT SABU

Mohamad Sabu mengatakan Selangor kini diperintah oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, PAS dan Barisan Nasional (BN) sehingga parti Islam itu bermesyuarat pada 17 Ogos ini.

Timbalan presiden PAS itu mengatakan, situasi ini berlaku kerana rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) seperti PKR dan DAP sudah menyatakan pendirian mereka untuk menolak kepimpinan Khalid sebagai menteri besar Selangor.
 
"Sekurang-kurangnya selama seminggu Selangor akan diperintah Khalid (Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas), PAS dan BN sehinggalah PAS membuat keputusan pada 17 Ogos ini," kata Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kepada The Malaysian Insider.

"PKR dan DAP sudah membuat pendirian jelas menolak Khalid, PAS sahaja yang belum," kata Mohamad dengan nada sedih.

Hari ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengatakan partinya akan tetap menunggu sehingga 17 Ogos untuk bermesyuarat walaupun timbul desakan daripada rakan komponen PR agar mesyuarat itu dipercepatkan.

"Kena tunggu mesyuarat 17 Ogos baru kita boleh buat pendirian," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
 
Ini pula kenyataan Husam Musa


PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Husam, beliau berjuang dengan memasuki parti PAS ketika PAS sendirian dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada awal tahun 1980-an.

“Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tiada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.

“Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah menyebut, al-mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam),” katanya di laman Facebook.

Tambah beliau lagi, keadaan PAS sekarang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada zaman mudanya.

“Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.

“Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi PAS sekarang lebih baik,” jelasnya.

Tegasnya lagi, jika PAS mengikut Umno, mereka umpama gerabak pada Umno, bukan lokomotifnya.

“Tetapi dalam landasan PR kita parallel kerana kita mempunyai persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.

“Kalau baik ikut PAS, maka PAS akan ‘lead’. Jika PKR lebih baik maka parti itu akan ‘lead’,” katanya.

Ujarnya kita perlu yakin bahawa akan berlaku rekonstruksi dalam politik Melayu .

Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan PAS akan keluar daripada PR ekoran krisis Menteri Besar Selangor.

Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus menjalankan tugas sebagai MB kerana mendapat sokongan majoriti DUN Selangor. ~fmt
Read More

Tawar Menawar Sedang Berlaku | 4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan ?

Tawar Menawar Sedang Berlaku | 4 ADUN PAS sokong Wan Azizah sebagai MB baru, Khalid hilang sokongan ? | Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.

Krisis- Di-Selangor.jpg

Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.

Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.


Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.

Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

“Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk,” kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.

Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.
Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.

Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.

Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.


“Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan,” kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.

“Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.

Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.

Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.


Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.

Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.

“Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan,” kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua.
 
Sumber: Rakyat Marhaen
Read More

Mungkinkah ini Senarai Anggota Exco Terbaharu Kerajaan Selangor | Krisis Di Selangor


SPEAKER: Mohd Shafie Bin Ngah (PAS)
TIMBALAN SPEAKER: Noor Hanim Binti Ismail (PAS)
MENTERI BESAR : TS Abd Khalid Bin Ibrahim (BEBAS)                
PENGERUSI HAL-EHWAL ISLAM, PEMODENAN PERTANAN & PEMBANGUNAN DESA : Sallehen Bin Mukhyi (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN & PENYELIDIKAN: Abd Rani Bin Osman (PAS)
PENGERUSI JK PENDIDIKAN TINGGI & TANGGUNGJAWAB MODAL INSAN : Dr. Halimah Ali (PAS)
PENGERUSI JK TETAP PELABURAN, PERINDUSTRIAN, PEMBANGUNAN KG BARU & PEMUTIHAN KILANG HARAM: Saari Bin Sungib (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KEBAJIKAN & HAL EHWAL WANITA: Dr. Rodziah Ismail (PKR)
PENGERUSI JK TETAP PERUMAHAN, PENGURUSAN BANGUNAN & PENEROKA BANDAR: Iskandar Bin Abdul Samad (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEKERJA LADANG, KEMISKINAN & KERAJAAN PRIHATN: Ganapathi Rao a/l Veraman (DAP)
PENGERUSI JK TETAP PELANCONGAN, HAL EHWAL PENGGUNA & ALAM SEKITAR: Mohd Khairuddin Bin Othman (PAS)
PENGERUSI JK TETAP KESIHATAN, PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN SAINS, TEKNOLOGI & INOVASI : Haniza Binti Mohamed Talha (PAS)
PENGERUSI JK TETAP BELIA & SUKAN, INSFRASTUKTUR & KEMUDAHAN AWAM : Ahmad Yunus Bin Hairi (PAS)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.