Khasiat Jambu Batu Dan Petua Berhenti Merokok

Khasiat Jambu Batu Dan Petua Berhenti Merokok | Masalah Kolestrol di kalangan masyarakat Malaysia semakin kronik, tambahan pula di musim perayaan ini lagilaa bertambah kolestrol dan lemak dalam badan. Moga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan kandungan kolestrol yang berbahaya. Selain itu juga adalah laa sedikit artikel petua berhenti merokok moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua......Wassalam...

Khasiat Jambu Batu
===============

1. Jika anda menghadapi masalah kolesterol, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol anda.. try makan satu setengah biji jambu batu setiap hari. .insyaaalah ia boleh membantu mengurangkan kolesterol.

2. Jambu batu juga kaya dengan vitamin C, malah kandungan vitamin C dalam jambu batu lebih tinggi dari dalam buah oren (3 hingga 3 kali ganda lebih tinggi dari buah oren, 10-30 kali ganda dari buah pisang dan 10 kali ganda dari buah betik).. so untuk kecantikan kulit dan anti oksida.. makanlah jambu batu .
 

3. Khasiat jambu batu akan lebih dirasai jika anda memakan dengan kulit-kulitnya sekali.. (so, jika rajin, sila tanam sendiri).

4. Jambu batu juga dikatakan boleh menurunkan berat badan. .caranya ialah dengan mencampurkan jus jambu batu (dikisar sendiri) dengan sedikit cuka epal.

5. Jambu batu tinggi dengan kandungan kalsium dan zat besi, membaiki keadaan cirit birit dan mengurangkan kesakitan, antri free radicals , mengurangkan kekejangan , meningkatkan fungsi jantung dan turut mengurangkan paras gula dalam darah badan, mampu menaikkan sel darah putih dan merah, dan meningkatkan metabolisme badan.

6. Khasiat jambu batu tidak akan diperolehi jika dimakan dalam jumlah yang kurang dari sepatutnya iaitu satu biji setengah dan mesti diamalkan selama 4 minggu.

7. Tiada bukti saintifik mengatakan bahawa buah jambu batu "angin dan tajam serta mendatangkan angin didalam tubuh"..
 
Petua Berhenti Merokok
 


Mahu berhenti merokok?
Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti†setiap kali anda ingin merokok.
 

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. 
 
Satu Lagi : Try Main Game Clash Of Clans, bukan setakat berhenti merokok semua kerja pun x jalan..hehe

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Rossaimi said...

Terima kasih Kaki Sembang kerana berkongsi petua.

Azhan said...

saya nak berhenti mrokok.. menjadi ke petua ni?

Azhan said...

Pelbagai petua dan cara untuk berhenti merokok.. tapi yang paling penting keazaman itu sendiri.. mmg betul byk nikotin dalam badan susah nak buang.. tapi kita kena cuba. Takkan mati punya kalau sehari dua tak merokok

Tak Nak said...

Ye. Sekali dah kena rokok, sukar nak berhenti.
harus kuat dalam juga bro.
yang ni pun kena praktikkan juga. insya allah, pasti berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.