Mahu Nama Tapi Tak Mahu Hukum



Salam..

Isunya masih berkisar kepada perkembangan dari pembentangan di DUN Kelantan berkenaan pelaksanaan hukum hudud bagi kerajaan negeri Kelantan.

Perancangannya telah lama diagendakan namun banyak halangan untuk dilaksanakan. Alhamdulillah dengan rahmat Allah S.W.T akhirnya pembentangan hudud untuk dijadikan kanun perundangan kerajaan Kelantan akhirnya dipermudahkan. Namun sedikit kesal dengan segerombolan lain di dalam kesatuan yang masih ragu dan menentang walaupun di pihak 'sana' menyatakan sokongan. Tinggalkan sejenak pandangan pihak sana. Sama ada mereka ikhlas menyokong atau tidak biar Allah S.W.T tentukan. Sekurang-kurangnya bahasa nyata mereka menimbulkan naluri keterharuan kita.

Mungkin apa yang diungkapkan oleh seorang Adun Kelantan ada kebenarannya. Mereka berbondong-bondong menegakkan kalimah Allah sehingga sanggup mencabar di peringkat mahmamah, tapi menolak hukum perundangan-NYA..Adakah kita sedang dipermain-mainkan?

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad mengungkapkan politik umpama najis. Kotor. Hanya mereka yang kental bertahan dalam gelumangnya dapat meneruskan perjuangan. Sampai begitu sekali kekotoran politik itu. Adakah di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu politik diumpamakan seperti itu?? sudah tentulah tidak..kerana apa??Bijak kalian semua..Ya..sebab hukum Allah tertegak di zaman itu..

Sampai bila politik ini hendak diumpamakan najis? Tiadakah cara bagi mengubah persepsi ini? Mari kita mulakan dengan satu sokongan . Sokongan yang akan membawa kepada kesucian, kesejahteraan dan keamanan sejagat. Mari sucikan pandangan kekotoran politik itu dengan Hukum Allah.

Hari ini kerajaan Kelantan sebagai perintis. Ya, kerajaan Negeri serambi Mekah. Dengan izin Allah, mungkin negeri lain akan menuruti. Kita amat berharap agar satu hari nanti hukum Allah ini akan menjadi perlembagaan di bumi Malaysia. Mari sama-sama kita timbulkan sifat kerinduan berlindung di bawah perlembagaan Islam seperti ketika zaman kegemilangan Islam. Tidak ada yang mustahil. Semuanya kehentak Allah. Kita hamba-NYA yang mustadafin akan sentiasa bersemangat berusaha ke arah itu. Insyaallah. Mari


Teluk Tanglima Garang
19 MAC 2015

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.