MB Baru Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah 'tido'... Kit Siang Lupa, Ini Gambar Guan Eng Tidur.. 2x5.

MB Baru Kedah  Datuk Seri Ahmad Bashah  'tido'... Kit Siang Lupa, Ini Gambar Guan Eng Tidur.. 2x5 | .Sebagai manusia biasa kita cukup faham setiap orang ada batas ketahanan diri. Ada masa terlalu letih hingga membuat kita terlelap seketika tanpa disedari. Ia boleh berlaku pada semua orang.Apa lagi orang politik yang saban masa terlari ke sana ke mari,hadir mesyuarat,acara,temujanji dan segala macam.


Kalau tidak percaya cuba sembang dan tanya sendiri orang-orang politik yang berjawatan tinggi. Ada masa memang lembik kerana seharian sibuk memanjang.
Kata orang kalau sudah tahu sama tahu bab ‘ tertidor’ ini bukan sesuatu yang luar biasa kenapa halakan senapang pada Datuk Seri Ahmad Bashah seorang saja.
Kejadian beliau terlelap seketika ( gambar atas pertama) masa majlis hari keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini dijadikan viral sakan untuk memperlekehkan kewibawan Menteri Besar baru Kedah itu.
Antara yang galak sangat main isu itu ialah otai DAP, Lim Kit Siang .Wah bukan main termasuk kata di twitter Ahmad Bashah tidak layak angkat sumpah Menteri Besar sehingga beliau jelaskan hal itu.
"Saw video first time. Bashah slept soundly. All should see" katanya pada mesej twitter pertamanya.
Kemudian beliau kata pula : "Saw Bashah video again. He was sleeping deeply. Bashah should not take oath as Kedah menteri besar until he comes clean on it."
Lepas itu kata lagi : If Bashah insists he was not sleeping, when very obvious he was during Tuanku's speech, hold an opinion poll among Kedahans on the issue!
Cuba lihat pada gambar kedua atas ditengah….rasanya macam kenal kelibat orang ini.
Bukankah itu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Nampak aksinya sedang ‘ tertidor’ seketika di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Tidak mungkjin Kit Siang tidak kenal wajah anaknya sendiri?
Satu lagi gambar hujung,rakan karib politiknya,Datuk Seri Anwar Ibrahim… satu ketika dulu masa Ahli Parlimen Permatang Pauh. Juga  macam ‘tertidor’ di kerusinya dalam sidang Dewan Rakyat.
Dibawah pula Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen PKR Ampang dan juga Ketua Wanita PKR. Asyik sungguh dibuai mimpi,juga dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebelah itu ialah gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Gambar ini agak menarik kerana beliau nampak sedang ‘ tertidor’ semasa sidang akhbar bersama Speakar Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh.
Dihujung pula siapa tidak kenal Ahli Parlimen parti Amanah Shah Alam,Khalid Samad yang cukup garang dalam sidang Dewan Rakyat. Dari gambar,beliau juga nampak macam tewas kepada keletihan hingga ‘ tertidor’ dalam sidang Dewan Rakyat.
Sebenarnya kalau nak kumpul banyak insiden lain dimana ahli politik yang keletihan terlelap atau tertidor seketika masa dalam majlis atau sidang dan berbagai acara lain. Ingat balik …gambar bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi ‘tertidor’ sejenak dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama dulu tidak kurang riuh dijadikan isu.
Namun kalau tidak ada apa-apa nawaitu politik… semua ini boleh difahami.KIta bersangka baik sajalah, mungkin ketika itu orang politik ini amat keletihan. Jadi sebelum nak tembak Ahmad Bashah…pandang dulu kiri kanan.
Rasanya tak perlu nak lebih-lebih macam Kit Siang…takut malu, sebab ada gambar yang boleh berbicara tentang anak sendiri .- 4/2/2016 (AD)

P/S = Malaysia nie kenapa kalau pemimpin No 1 mesti lantik orang berusia, orang tua ni badan dan x kuat, penyakit 3 seragkai boleh kata wajib..Pastu makan ubat, ubat tu dadah mana x mengantuk....
Try gak bagi orang Muda jadi pemimpin NO 1, tgk sejarah sikit Sultan Muhammad Al Fateh takluk Istanbul masa umur 21 tahun..

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.