Berakhirnya Kepimpinan KP SPRM, Abu Kassim turut akan diiringi bersama oleh, TKP SPRM [ Perjanjian Berdarah ]

Berakhirnya Kepimpinan KP SPRM, Abu Kassim turut  akan diiringi bersama oleh, TKP SPRM [ Perjanjian Berdarah ] | Esok SPRM Ibu Pejabat Putrajaya akan mengadakan majlis paluan berundur dalam erti kata lain majlis perpisahan KP, tiba-tiba dikejutkan dengan 2 lagi Timbalan yang akan meninggalkan sprm iaitu Dato' Seri Syukri Abdul dan Dato' Seri Mustafa yang akan turut samakan diraikan pada 29/07/2016

Apa pun sila baca ulasan dari blog http://kekandasatria.blogspot.my/





sok berundurnya orang nombor 1 SPRM secara rasminya.

Malah KS dikabarkan, majlis berundur KP SPRM, Abu Kassim turut akan diiringi bersama oleh, TKP SPRM, Shukri Abdull dan Mustafar Ali. Ibarat ada "perjanjian berdarah" antara mereka bertiga.

Namun begitu, keputusan ini juga telah menggembirakan pihak tertentu khususnya yang mempunyai rekod rasuah, tidak kira VIP di AGC atau Bukit Aman mahupun VVIP di sekitar Putrajaya .

Apatah lagi orang di AGC yang mengidamkan kerusi nombor 1 SPRM bakal dinobatkan secara rasminya sebelum berundurnya Abu Kassim, Shukri dan Mustafar. Difahamkan orang inilah yang beria-beria membuka jalan supaya nombor 1, 2 dan 3 lebih cepat pergi.

Namun Apa sekalipun keputusan Shukri dan Mustafar untuk pergi bersama Abu Kassim, rakyat dan orang-orang SPRM wajib meneruskan perjuangan.

Jangan dibiarkan negara ini hancur dek kerana sikap putus asa kamu untuk memperjuangkan hak dan kebenaran.

Apa yang ditakuti ketika ini ialah penularan jenayah 'grand corruption', yang akan terus dikuasai oleh Malaysian Official 1, selepas dinobatnya orang AGC tersebut.

Sudah pasti, apabila disebut 'grand corruption' maka jumlah duit yang dilesap pada siang hari itu juga boleh mencecah hingga bilion ringgit.

Sebab itulah cabaran untuk memeranginya maha hebat.

Namun KS yakin orang nombor 2 dan 3 SPRM ini pergi bersama Abu Kassim bukan kerana putus asa, Mereka pergi dengan penuh isyarat dan mesej tersirat.

KS ingatkan sekali lagi kepada semua, pemergian Abu Kassim, Shukri dan Mustafar ini PERGI UMPAMA "KING" YANG DIJADI UMPAN DALAM PERMAINAN CATUR, SETELAH "KING" "DIMAKAN" PIHAK LAWAN, MAKA SAAT ITULAH "QUEEN" BERTINDAK MELAKUKAN CHECKMATE.

"KING" YANG HANYA BOLEH BERGERAK SETAPAK DEMI SETAPAK ITU BERKORBAN KERANA TIDAK MAHU SESUATU LEBIH BURUK BERLAKU DAN YANG PALING UTAMA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT PERLAWANAN IAITU KEMENANGAN

JADI, KUATKAN SEMANGAT, JADILAH “QUEEN” YANG AKAN MELAKUKAN CHECKMATE.

Mungkin Abu Kassim, Shukri dan Mustafar tahu Si penyangak mungkin boleh memutuskan hubungan ketua dan anak buahnya, Tapi sudah pasti tidak dapat memutuskan doktrin dan agenda yang telah disemai serta dipasak dalam jiwa pejuang antirasuah.

Penyangak mungkin terlupa ada ketikanya ANAK BUAH LEBIH MENGGILA dari sifu mereka kerana gelombang kedua adakalanya lebih kuat daripada yang pertama.

Tidak kisahlah siapa pengganti mereka bertiga, itu bukan halangan, kerana setiap pejuang pasti berdepan dengan watak jahat.

MUNGKIN UNTUK BERDEPAN DENGAN WATAK JAHAT, KITA PERLU JADI JAHAT, MACAM KABALI.

Jika tidak mana mungkin boleh menjadi pejuang tanpa musuh dan watak jahat.

KS sebagai rakyat yang sentiasa memerhati perjalanan SPRM, sudah pasti akan terus memberi semangat kerana KS melihat kekuatan itu ada pada SPRM, bukan individu.

SELAGI TIDAK BERPECAH, selagi itulah kekuatan itu memihak kepada pejuang-pejuang, tidak kiralah di medan perang mana sekali pun.

#IFULLYSUPPORTSPRM

#PRAYFORSPRM 

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Afif Rayyan said...

Hmmm.. hancur Malaysia camnie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.