Datuk Jamal Bersiap Sedia [ Baju Merah ] Bertempur Dengan Peserta Bersih 5 [ Baju Kuning ]

Datuk Jamal Bersiap Sedia Untuk Bertembung Dengan Peserta Bersih 5 | Beliau mengulang komitmennya untuk mengadakan perhimpunan Baju Merah pada hari sama dengan Bersih 5.
 
 

PETALING JAYA: Gerakan Baju Merah kini sudah bersiap-sedia untuk berhadapan dengan perhimpunan Bersih 5, kata ketuanya Datuk Jamal Md Yunos.

Beliau mengulas pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini yang akan menganjurkan perhimpunan kelimanya, kali ini untuk memberi tekanan supaya mereka yang bersalah dalam skandal 1MDB dibawa ke muka pengadilan.

Jamal dalam satu kenyataan ‘mengalu-alukan’ pengumuman itu dan mengulang komitmennya untuk mengadakan perhimpunan Baju Merah pada hari sama dengan Bersih 5.
“Ini bagi menghalang agenda kotor dan jijik puak-puak pengkhianat negara mencabul sistem demokrasi berparlimen di negara ini,” katanya yang menyifatkan pengumuman Bersih itu sebagai langkah yang terdesak.

Beliau berkata, perhimpunan itu bukan sahaja menganggu ketenteraman awam, tetapi boleh mencetuskan provokasi yang akhirnya menggugat keselamatan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan pelbagai NGO, pemimpin belia dan golongan akademik dan merumuskan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam memastikan penyiasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku melibatkan 1MDB.
 
p/s: Jamal Ikan Sekinchan nie menang sembang jer, cari populariti murahan. Bila hari kejadian bayang pun x nampak..
Read More

LEFTENAN KOMANDER DIDENDA RM100,000, HARTA BERNILAI RM1.6 JUTA DIRAMPAS AKIBAT RASUAH

LEFTENAN KOMANDER DIDENDA RM100,000, HARTA BERNILAI RM1.6 JUTA DIRAMPAS AKIBAT RASUAH | Seorang bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan Komander didenda RM100,000 selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan berkaitan rasuah berhubung urusan pembekalan barangan ke TLDM di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Ipoh, hari ini.





Hakim Indra Nehru Savandiah turut memerintahkan harta bernilai kira-kira RM1.6 juta milik Khairul Izwan, 38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM dilucutkan hak.

Sebelum ini, pada 9 September 2015, Khairul Izwan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas lima pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang dan sekeping kad debit berjumlah RM1.5 juta.

Khairul Izwan turut didakwa dengan satu pertuduhan mengikut akta sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September 2015 atas tuduhan menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross bernilai RM19,000 daripada seorang kontraktor yang mana tertuduh mengetahui syarikat kontraktor berkenaan mempunyai hubungan dengan tugas rasmi tertuduh. Kes tersebut kemudian dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Khairul Izwan didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut antara bulan Mei 2013 dan Februari 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah dan Mahadi Abdul Jumaat.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
IPOH, PERAK
3 OGOS 2016



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.