PANAS ! 19 pasangan dicekup ketika nak projek di malam merdeka !

Menyorok bawah katil, mendaftar diri dengan nama palsu dan mengaku sebagai pasangan yang sudah berkahwin, itu antara taktik yang digunakan sebahagian 19 pasangan beragama Islam yang dicekup Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam operasi cegah maksiat pada malam sambutan Hari Kemerdekaan awal pagi tadi.

 Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIP Mohd Raffli Abd Malik berkata pasangan berkenaan yang dicekup di hotel-hotel bajet sekitar bandar ini kerana berkhalwat kini ditahan JAIP untuk siasatan lanjut dan dibenar diikat jamin sebelum dibebaskan.

 "Seramai 38 orang, iaitu 19 lelaki dan 19 wanita berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun berjaya kita tahan dalam operasi cegah maksiat JAIP yang bermula dari 10 malam hingga 6 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir kira-kira 6.30 pagi tadi.

 Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Beliau turut menasihatkan pasangan berkenaan yang kebanyakannya muda-mudi agar menyambut kemerdekaan dengan cara yang sewajarnya, bukan mengambil peluang dengan melakukan perbuatan yang bercanggah dengan Islam. - Bernama

Artikel Menarik Lainnya



5 comments:

Herma Julianny said...

itu yang dicekup..
yang 'terselamat' tu entah-entah ramai lg kan...
huhuhu...

qamah said...

Selamat menjalankan tugas,tetapi atas alasan apa pesalah tu gambar mereka di ambil dalam keaadan aurat terbuka,dan disebarkan dalam nternet? Siapa yang dapat dosa sebenarnya ni?pesalah dapat dosa mendekati zina,jurugambar majlis agama dapat dosa berlipat ganda bila semua pembaca melihat aurat pesalah..mcmana mau mnta maaf tu ya? Seolah2 mereka ni mahu buat filem lucah,berlumba2 serbu dengan juukamera paling hadapan..sekadar mengingatkan..

Ahmad Seekers said...

assalamualaikum saudara, masih ingat dgn anakkedah.com dak?
blog tu dah suspended sbb masalah dgn syarikat domain. sya rasa syarikat dia dah bungkuih kot.
mohon abg linkkan blog baru saya http://ahmadseekers.blogspot.com/ ...terima kaseh.

Kaki Sembang said...

ok nati saya linkkan..kepada pencacai atau anjing gerombolan yang suke pakai anynomuos, yang suke komen fitnah dalam blog gua..pergi jauh2, gua x jemput pun dtg kt cnie..kahkahkah

Ritz said...

ramai betul pencacai hahah sian2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.