Panas Gilerr - Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya

Gopinath Jayaratnam yang menghina Allah dan Rasulullah dah pun diserang dirumahnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebagai manusia, masing-masing ada "limit" untuk bersabar dan sebagai manusia juga, gunalah otak dengan baik dan waras sebelum melakukan sesuatu yang mengundang rasa marah orang lain.

Psst: Gopinath Jayaratnam sebelum itu telah menulis status di status ...
Facebook'nya bahawa akaun beliau telah di'hack. Dari siasatan ringkas kami, status-status sebelum yang paling ekstrem itu lagi telah menunjukkan rasa tidak senang dengan agama lain. Biarlah polis lakukan siasatan. Jadikanlah ini pengajaran ya :)

Post oh! Media  petang tadi: http://ohmedia.me/GopinathJayaratnam
 
Sumber: Fb Oh Media..
 
Ulasan Ambe:
 
Kita rakyat Malaysia hendaklah menghormati Agama, Budaya, atau adat sesuatu kaum. Bagi ambelah menyentuh dan menghina Agama lain adalah satu perkara yang tidak diizinkan penghinaan kepada Allah dan Rasulullah adalah seperti menghiris hati-hati kami orang Islam dan mesti dituntut bela. Kamu boleh hina ibu dan ayah kami dan kami masih boleh bersabar dan jika penghinaan itu terhadap Allah dan Rasul darah lah galang gantinya.

Berkenaan isu ini, kita orang Islam tidak boleh bertindak melulu kerana isu ini adalah berbeza dengan Isu penghinaan yang dilakukan Yahudi dengan menayang klip filem arahan Sam Bacile  yang bertajuk Innocence of Muslims, telah ditaja oleh kerajaan israel sendiri  ( Sila Klik ) kerana dalam isu nie Gopinath Jayaratnam telah menyatakan bahawa akaun beliau di hack dan kemungkinan kenyataan itu betul dan kita masyarakat Islam janganlah terlalu gopoh dan melulu kerana ini akan mencemarkan kesucian Islam. 

Bagi akulah kita bawak Mamat ini ke Mahkamah dan  menghukum beliau mengikut undang-undang Negara..sebab dia berlaku dalam negara kita..bagi akulah orang itu tidak didapati bersalah selagi Mahkamah tidak menyatakan seseorang itu bersalah..itu adalah prinsip yang patut kita pegang..ini kerana Mamat itu tidak mengaku dan menyatakan dia di fitnah kerana akaun telah di hack dan ini tidak mustahil berlaku.

Wallahualam...


Artikel Menarik Lainnya



13 comments:

Anisa Anuar said...

agama kan isu sensitif untuk dibincangkan...bahaya2...pengajaran: pikir dulu sebelum berkata2

~::Chenta::~ said...

Andai betol di hack ..
sememang nya Chenta amat kahsiankan dia ... sebagai manusia ..

Tapi andai dia melakukannya ...
Allah maha besar & Tahu ..
Chenta serahkan kepada NYA

*hanya mampu membela dengan hati.. tiada kekuatan fizikal untuk melontarkan batu! kepada dia*
^__^

C++ said...

Bhai KS...

Gua tak setuju langsung dengan sikap-sikap "kununnya pejuang Islam" nih... sebab takder berfikiran rasional...

Kalu nak ikutkan penghinaan... masa zaman Nabi dulu pon lagi teruk... takder pon orang Islam (para sahabat) berbuat macam nih...

Diorang akan cuba bertindak serasional yang boleh... kalu boleh hujah biarlah dibalas dengan hujah..

Kaki Sembang said...

ambe setuju dgn c +++..

Herma Julianny said...

berfikir dulu sblm bercakap.. tapi kalau betul fb dia dihack, kesian la dia.. lagipun, kalau nak bertindak tu biarlah berhemah.. tolonglah jangan bertindak demikian, nanti semakin banyak orang pandang serong pada Islam....=(

ulamraja said...

agak2 kalau kita pakat maki hamun mak bapak dia.. apa tindakan dia?

buat bodo muka sposen?

jadi.. rasakanlah api kemarahan org ramai.

Mujur mamat ni kat Tanah Melayu dan dikelilingi orang2 Melayu.

agak korang la..

Kalau mamat ni kat Tanah Arab atau Pakistan atau Tanah tok nenek dia kat sana nun.. apa nasib mamat ni??

tak reti bersyukur... tu pun ada makhluk yg nak backup?? phuiiihhhhh

Kawan Gopi said...

En Ulam Raja,

Memang betul perasaan marah Encik, tapi kenapa kat gopi?

Sebenarnya, saya kawan gopi. Dah lama saya kenal dia... Karekter dia: lurus, naif dan senang dibuli orang.. so sekarang nie, dia jadi mangsa buli, tapi isu yang amat sensitif... saya dengan rakan2 berumat Islam yang lain percaya ini bukan kerja gopi...Sebab, kami kenal gopi... seorang yang sopan dan seorang yang elok budi pekerti... Encik marah gopi, tapi orang yang buat benda keji nie, masih lagi bebas kat luar... jangan disebabkan fitnah, encik terus meluru... siasat dulu.. saya faham perasaan encik... tapi cubalah tanya kawan2 gopi yang beragama islam tentang karekter dia.. kesian dia... jangan disebabkan fitnah nie, gopi dihukum dan orang sebenar yang buat benda keji nie bebas kat luar... terima kasih..

Anonymous said...

budak ni tinggal mana?

Kaki Sembang said...

budak kelang..budak tu ambe tgk x logik laa dia buat..ambe rasa nie orang nak aniaya dia..kita org Islam pun kadang2 tanpa disedari menghina Nabi seperti Tidak..Sekadar untuk renungan bersama..

Kaki Sembang said...

" Sembahyng "

Kaki Sembang said...

This comment has been removed by the author.

ex team mate gopi said...

Assalamualaikum.
Saya pun setuju dengan kenyataan Kawan Gopi. Dia ex team mate saya dulu. Karakter dia bukan macam tu. Dia sangat jujur & selalu je kene buli sebab tak berani melawan. Memang akaun FB dia kene hack. Saya seorang yang beragama Islam, by right saya pun marah bila ada statement yg mempersendakan Allah dan Nabi Muhamad saw. Tapi kita ada akal yg waras untuk tidak melakukan benda yg lebih memburukkan keadaan. Since benda ni dah dilaporkan pada pihak yg berkuasa, kita nantikan saja kebenarannya.



Anonymous said...

Saya sebagai seorang yang bukan Muslim sekeras keras membantah tindakan Si Gopi atau yg lain (hacker). Tuhan itu Maha ESA. Tidak elok untuk dipersendakan untuk kepentingan peribadi. Saya percaya Tuhan adalah satu dan Rasullah SAW adalah perutusan terakhir yang di utuskan oleh yang Maha ESA untuk umat manusia sejagat (yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun di muka bumi ini). Saya menghormati kepercayaan tidak kira agama. Saya harap pihak berkuasa menjalankan siasatan yang telus dan membawa pelaku itu ke muka pengadilan demi menjaga maruah negara dan saudara saya yang beragama ISLAM.
MSRajah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.