#Breaking News - Kapal Selam Ditemui Kawasan Banjir Di Kuala Terengganu

Giler siot, Kapal Selam terdampar di kawasan banjir..Hahaha

Gambar nie aku cedok kat FB lol, dia bagi nama kapal selam KD Tuya..Kenapa dia bagi nama tu aku pun x tahu..haha

Nah nie fakta sikit tentang kapal selam nie

 

FAKTA MENARIK MENGENAI KAPAL SELAM SCORPENE MALAYSIA


Sejak tahun 80an, TLDM telah berminat untuk memiliki kapal selam tersendiri bagi meningkatkan keupayaannya. Bermula dari detik itu, TLDM telah melatih pegawai serta anggotanya bagi mengikuti kursus dan latihan berkaitan kapal selam di Australia dan Pakistan. TLDM telah bersabar menanti selama 20 tahun untuk memiliki aset strategik terpenting dalam pengoperasian armadanya. Pada tahun 1998, Kerajaan Malaysia telah meluluskan untuk membeli kapal selam Scorpene. Pembayaran kapal selam ini dilakukan dengan kaedah timbal beli. Perancis akan membeli minyak kelapa sawit dan barang komoditi Malaysia lainnya dengan anggaran USD580 juta. Selain mengeluarkan dana sebesar USD 171 juta, Malaysia juga telah membangunkan pelbagai infrastruktur bagi mendukung pengoperasian kapal selam di Teluk Sepanggar dan peralihan teknologi kapal selam dari DCNS kepada TLDM. Dari pengamatan pemerhati pertahanan, perolehan aset ini adalah untuk mengimbangi kekuatan armada negara-negara jiran dan konflik yang kian meruncing di perairan negara terutamanya Kepulauan Spratly.
Scorpene merupakan sebuah kapal selam yang unik di mana teknologi yang digunakan adalah menyamai teknologi yang digunakan pada kapal selam nuklear jenis Le Triomphant milik Perancis. Jika diperhatikan, Armada Perancis telah menggunakan kapal selam kelas Agosta dan Daphne, dimana kedua-duanya merupakan kapal selam konvensional bertenaga diesel manakala Scorpene menggunakan aplikasi teknologi terkini dalam semua jenis kelas kapal selam kelas diesel. Justeru, Syarikat DCNS telah mengintegrasikan teknologi kapal selam bertenaga nuklear kepada kapal selam bertenaga diesel sekaligus melahirkan Scorpene agar ianya lebih efektif dan lebih murah pengoperasiannya.

Sehingga kini 4 buah negara telah membuat perolehan daripada kapal selam Scorpene. Negara tersebut ialah Chile, Malaysia, India dan Brazil. Chile membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 1998/99 dan harga belian mereka ialah USD250 juta seunit. Malaysia membeli dua buah kapal selam pada sekitar tahun 2003/04 dan harga belian sekitar USD 580 juta. India membeli enam buah kapal selam yang sama pada sekitar tahun 2006, dan harga belian mereka ialah USD 540 juta. Brazil pula membayar sebanyak USD 220 juta dollar seunit untuk tempahan sebanyak 4 buah kapal selam pada tahun 2010. Jika diperhatikan, harga pembelian Scorpene oleh India dan Brazil dilihat lebih murah. Ini kerana segala proses pembinaan kapal selam mereka dilaksanakan di limbungan negara masing-masing.

Jika dibandingkan kapal selam Scorpene dengan negara serantau contohnya Vietnam di mana mereka membeli 6 buah kapal selam jenis diesel elektrik dengan harga USD2 Bilion dari Rusia. Kos pembelian Scorpene dilihat lebih mahal tetapi perlu diingat dimana Vietnam telah berpengalaman dalam mengendalikan kapal selam sebelum ini. Mereka telah memiliki aset strategik ini pada tahun 1997 di mana mereka membeli Mini Submarine ‘Salmon Class’ dari Korea Utara. Dari situ, asas dalam pengendalian kapal selam, tempat latihan, kemudahan dan perkhidmatan sokongan telah disediakan dimana mereka hanya perlu membuat penyesuaian untuk kapal selam yang baru. Ukuran standard kapal selam dari China/Rusia kepada standard kapal selam dari Eropah juga berbeza yang menyebabkan harganya menjadi lebih mahal. Apa yang utama ialah kelebihan yang ada pada Scorpene,  ianya lebih senyap dan tidak mudah dikesan berbanding kapal selam buatan China/Rusia.
 
Sumber: http://askarsetia.blogspot.com

Artikel Menarik Lainnya



8 comments:

aimaniman said...

Fakta atau auta ni?
Macam2 benda boleh berlaku kann..

Anonymous said...

Mmg le bro kite beli mahal....sbb kos bebudak tu dok sane lg....belajar lg sbb kite xpernah ada sub marin....india dah bertahun2punyai kpl selam....

ikaa said...

hahaha kapal selam fuh yoooo...nk tunjuk kedalaman bnjir kaa..

nmpk sgt photoshop kann ...hihi kelakar tol

ikaa said...

actually nk tanya berminat x, kalau kita bertukar feed?? just asking

Kaki Sembang said...

Feed apa ika?

ikaa said...

nampk x kat blog ikaa...atas tu ada nama kertas warna merah...tue laa feed..xpe ikaa dah masukkan awk dlm bloglist.. :)

Anonymous said...

Sah2 bukan betol... Theres no such kapal selam hny sebesar bot enjin...

Anonymous said...

memang pun harga kapal selam termasuk kos menghantar anggota belajar selama beberapa tahun dan kos komisen untuk vvip yg terlibat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.