AES mencatatkan kelajuan Paling Tinggi iaitu 789k/.hr

AES mencatatkan kelajuan Paling Tinggi iaitu 789k/.hr|Gila lah laju giler Hilux nie bawak kalah Ferrari..Nie dah kira pecah rekod dunia nie, aku nak ulas panjang-panjang takut gambar nie diedit.

Apapun AES nie memang aku x setujulah meyusahkan rakyat dan menguntungkan kroni, cukuplah dengan cukai-cukai yang membebankan jangan lah menyusahkan plak dengan saman AES nie..Bukan setakat pembangkang saja yang tidak setuju malahan Pro Kerajaan pun bantah. Jom Baca

KUALA LUMPUR: Majoriti Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap sebagai menyusahkan pengguna lebuh raya.

 
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013, Ahli Parlimen DAP-Kota Melaka Sim Tong Him berkata beliau meragui sama ada pelaksanaan AES itu hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata
 
“Kita tahu AES adalah untuk mengurangkan kemalangan tetapi adalah wajar juga untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak mengenainya.

“Kita tidak mahu ia menjadi satu perangkap untuk mengaut keuntungan,” katanya dalam Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah suatu yang sia-sia jika punca utama kemalangan, iaitu sikap pemandu masih tidak berubah malah merisikokan pengguna lain apabila wujud papan tanda amaran yang mengelirukan.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula berkata, beliau juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula AES supaya ia tidak memberi tekanan kepada pemandu.

Gesaan itu turut disokong Ahli Parlimen BN-Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu pelaksanaannya ditangguhkan sementara satu kajian menyeluruh dibuat supaya tidak membebankan rakyat.

“Kita berharap perkara ini ditangguhkan…jangan menganiaya rakyat.

“Kalau boleh kita harap kerajaan juga dapat mansuhkan saman lebih 60,000 pesalah trafik yang dikenal pasti menerusi AES ini,” katanya.

Papan tanda amaran

Sementara itu Ahli Parlimen BN-Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad pula mencadangkan agar lebih banyak papan tanda amaran diletakkan supaya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati.

AES adalah sistem kamera penguatkuasaan automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.

Sebelum ini Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan berpuas hati dengan penggunaan kamera AES yang dipasang di beberapa lokasi tertentu.

Kong berkata, rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga membuktikan berlaku pengurangan dalam kesalahan lalu lintas di beberapa kawasan di mana 14 kamera AES ditempatkan.

Fasa pertama pelaksanaan AES berjaya mengenal pasti 63,558 pesalah trafik setakat ini, sama ada memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. ~fmt

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

baby comel said...

Tergaru-garu bila tengok gambar ni =)

Farah Zahid said...

entah2 78.9 km/j ??
:3

effortlab said...

AES non stop 24 jam. mana la benda ni tak bengong haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.