.Alvin Vivian [BLOGGER LUCAH] Mengamuk Di Twitter, Gambar Bogel Mereka Tersebar Dan Mereka Di Ugut Bunuh!! | Jangan Kurang Ajar Dengan Agama Kami!!!

Alvin Vivian [BLOGGER LUCAH] Mengamuk Di Twitter, Gambar Bogel Mereka Tersebar Dan Mereka Di Ugut Bunuh!! | Jangan Kurang Ajar Dengan Agama Kami!!! | Pasangan porno murahan, Alvin dan Vivian dikatakan menerima ugutan bunuh sejak poster mereka menghina umat Islam di facebook menjadi topik hangat sejak beberapa hari lalu.

Disebabkan terganggu dengan situasi itu, kedua mereka meluahkan permohonan agar dan merayu simpati agar tindakan ugutan itu dihentikan.

“Sesiapa yang menghantar ugutan bunuh kepada kami melalui sistem pesanan ringkas (SMS), tolong hentikan. Kami makan tak lalu, tidur tak lena, mandi pun tak basah… mercy please, terima kasih,” katanya.

Alvin Vivian [BLOGGER LUCAH} Mengamuk Di Twitter, Gambar Bogel Mereka Tersebar Dan Mereka Di Ugut Bunuh!!

Luahan dibuat kedua pasangan berkenaan melalui akaun Twitter mereka.

Mungkin disebabkan ugutan itu kedua mereka diiringi polis ketika meninggalkan bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub di Facebook juga turut menemui posting provokasi yang mencadangkan agar kedua mereka dibunuh. 
Alvin Vivian [BLOGGER LUCAH} Mengamuk Di Twitter, Gambar Bogel Mereka Tersebar Dan Mereka Di Ugut Bunuh!!


Ugutan ini datang hampir serentak dengan kejadian seorang remaja Cina dibogelkan kerana dikatakan bertindak menghina orang Melayu dan Islam di Selangor.

Baca berita berkenaan di sini (klik)

Pasangan Alvin dan Vivian dipanggil ke SKMM pukul 10.45 pagi semalam untuk memberikan keterangan berhubung poster “Selamat Berbuka Puasa” yang dimuat naik ke laman Facebook milik mereka baru-baru ini.

Poster itu disifatkan banyak pihak sebagai mempersenda serta menjatuhkan maruah umat Islam.

Dalam poster itu, terpampang wajah mereka berdua sedang menjamu selera dengan kapsyen “Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh… Wangi, enak dan menyelerakan!)”.

Bak Kut Teh adalah makanan sup masyarakat Cina yang mana babi merupakan ramuan utama. – Mynewshub.
P/S : Semua manusia mengejar kebebasan dan kebebasan pun ada hadnya, jangan menghina Agama Islam, Islam itu Agama Suci dan terimalah akibatnya perbuatan kamu yang melampau ini. Hentikan segala publisiti murahan kamu yang bodoh ini...

Satu lagi kenapa kerajaan begitu berlembut dalam isu ini, setahu aku SKMM dah memanggil keterangan dan akan di siasat di bawah Seksyen 233 (1) AK, isunya Malaun nie dah pun menerbitkan video porno dan menyebarkannya melalui blog kenapa tidak diambil tindakan dari dulu lagi, Mana KDN ?, adakah disebabkan tidak membahayakan kuasa pimpinan kita. Aku nak kaitkan dengan kes Anwar Ibrahim kenapa beliau cepat dihukum walaupun tiada video atau pengakuan dalam kes Liwat Saiful Bukhari dan dalam kes video seks hitam putih kenapa pihak Politik dan media massa membuat liputan secara besar-besaran sehingga mengaibkan beliau dan keluarganya. Bagi akulah hal ini membuatkan aku berfikir dan Allah memberi aku ruang untuk berfikir..Sekian

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

mattolol said...


Apa nak dihairankan benda lucah yg dimulakan pun dulu olih pihak umno bn kes dulu dulu tuuuuuu

Anonymous said...

kita boleh dengar je apa terjadi. tak mampu nak buat apa, so doa yang terbaik utk negara kita semoga aman selalu. nak buat andaian sendiri pon tak boleh tambah2 kalau andaian tu negatif. kita tak tahu proses siasatan yang dijalankan. kita cuma suka buat andaian sendiri n kdang2 andaian tu secara tak langsung nak pengaruh fikiran orang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.