Pekerja Pusat Asuhan Melarikan Diri | Anak Lelaki Maut Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak Di Kajang

Pekerja Pusat Asuhan Melarikan Diri | Anak Lelaki Maut Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak Di Kajang : “Ia Jumaat pertama saya hantar anak ke pusat asuhan itu sejak sebulan lalu. Kebiasaannya setiap Jumaat, suami saya yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Dungun akan pulang ke rumah dan menjaganya. 
 
Pekerja Pusat Asuhan Melarikan Diri | Anak Lelaki Maut Di Pusat Asuhan Kanak-Kanak Di Kajang
 
“Tadi (pagi semalam) saya terpaksa menghantarnya ke pusat asuhan itu kerana suami tidak dapat pulang kerana ada urusan“ kata Yusnina Johari, 27, ibu kepada bayi lelaki berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di pusat asuhan di Bangi, di sini, pagi semalam.

Bayi lelaki itu, Mohd Waiz Wafiq Mohd Yusof, meninggal dunia sebaik dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Yusnani berkata, beliau menerima panggilan daripada pemilik pusat asuhan berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi memberitahu anak lelakinya tidak sedarkan diri.

Beliau yang bekerja di Unit Kaunselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), ketika itu sedang menghadiri majlis bacaan Yasin di unit berkenaan dan terkejut sebaik menerima panggilan itu.

“Saya segera menghubungi ambulans untuk dihantar ke pusat asuhan berkenaan. Saya turut bergegas ke pusat asuhan itu dan membawa anak saya ke Hospital Kajang.

“Sebaik tiba, pegawai perubatan berusaha memberikan bantuan pernafasan namun bayi saya disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Serdang, di sini, malam tadi.

Katanya, Waiz adalah anak tunggal beliau dan suami selepas mendirikan rumah tangga setahun lalu.

Ketika ditanya mengenai perubahan bayinya itu, Yusnani memberitahu bayinya sihat dan tersenyum kepadanya pagi semalam sebelum menghantar bayinya itu ke pusat asuhan yang terletak di tingkat bawah pangsapuri dihuninya di Bangi, di sini.

Yusnani berkata, sepanjang sebulan dijaga pengasuh bayinya tidak mempunyai masalah dan tiada kesan lebam pada badan bayinya itu.

“Sebaik saya tiba di pusat asuhan itu dua pekerja pusat itu melarikan diri dan tidak tahu apa punca mereka bertindak sedemikian. Masa itu saya hanya fikir keselamatan bayi saya saja dan tidak menghiraukan mereka,” katanya.

Beliau memberitahu tidak pasti punca kematian anaknya yang berkemungkinan tersedak susu kerana perlu menunggu keputusan bedah siasat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan jenazah akan dikebumikan di Sungai Tangkas. – Harian Metro

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.