Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya | Apa Cerita nie?

Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya  | Apa Cerita nie? |  Terkejut aku mendengar cerita ini, menang kes membatalkan keIslaman tiga anaknya?...Adakah benar cerita ini?, tidakkah Mahkamah sensitif terhadap perkara ini?, Mana undang-undang yang melindungi kesucian Islam?...Dalam Islam kita kena menghormati Agama lain dan tidak boleh memaksa penganut Agama lain memeluk Islam, tetapi Islam itu menjaga kesucian jika murtad hukumnya bunuh dan diberi peluang untuk bertaubat kerana mereka telah menghina fitrah..Apa pun mohon kita muhasabah terhadap perkara pelik yang berlaku sekarang ini....
 
Seorang ibu, M. Indira Gandhi, 40, memenangi kes untuk membatalkan pengislaman tiga anaknya
 
Guru tadika itu menarik nafas lega selepas kesemua anaknya mengekalkan agama Hindu hasil perjuangan selama empat tahunnya tetapi apa yang menghantui fikirannya adalah anak bongsunya yang masih bersama bapa mereka.

Indira berkata Tevi Darsiny, 16 dan Karan Dinish, 15, yang tinggal bersama dengannya gembira apabila krisis identiti mereka berakhir.

Bagaimanapun, Indira amat merindui anak perempuan bongsunya, Prasana Diksa, yang hanya berusia dua tahun ketika diambil oleh bapanya pada 2009.

Dia (suami) belum mengembalikan Prasana dan Indira tidak tahu cara bagaimana untuk menghubunginya.

“Amat menyiksakan untuk membayangkan anak perempuan saya mungkin muncul di depan saya dan tidak mengenali saya sebagai ibunya. Hati saya sakit.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menanganinya. Saya tidak tahu cara hidup yang diamalkannya selama ini tetapi tidak kira bagaimana dia dibesarkan, saya mahukannya kembali. Dia anak saya dan harus bersama dengan saya,” katanya dipetik Mstar.

Indira berkata dia tidak tahu siapa yang menjaga Prasana kerana kali terakhir melihatnya sejak 2009.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi mengarahkan suaminya, K.Patmanathan, yang memeluk Islam dan menggunakan nama Mohd Ridzuan Abdullah supaya menyerahkan anak mereka kepada Indira yang diberi hak penjagaan penuh.

Pada masa itu, Mohd Ridzuan turut menukar agama ketiga anaknya kepada Islam.

Selepas diperintahkan mahkamah untuk berbuat demikian, Mohd Ridzuan mengembalikan dua anaknya kepada Indira tetapi enggan menyerahkan anak bongsu mereka.

Kes hak penjagaan itu kini selesai apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk memberi hak penjagaan kepada Indira.

Indira berkata dia telah memfailkan prosiding permohonan menghina mahkamah terhadap suaminya.

Kali terakhir Indira melihat Prasana adalah ketika di mahkamah, apabila dia hanya berusia setahun setengah.

Indira berkata dia tidak tahu di mana Mohd Ridzuan berada atau sebarang cara untuk menghubunginya.

“Setiap 8 April, saya akan menghantar mesej selamat hari lahir kepadanya (Prasana) menerusi telefon bimbit Mohd Ridzuan. Namun mesej saya tidak pernah dibalas,” katanya.

Tevi Darsiny turut menyuarakan hasrat untuk bertemu semula dengan adik perempuan bongsunya itu.

“Ibu saya, abang (Karan) dan saya sendiri amat merinduinya,” kata Tevi.

Sementara itu, Tevi berkata dia amat gembira kerana diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan agama Hindu.

Kedua-dua mereka berkata telah melalui tempoh sukar untuk mengetahui diri mereka yang sebenar.

Mereka berkata turut berada dalam dilema mengenai sama ada untuk menghadiri kelas agama Islam.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan perakuan memeluk Islam ke atas Tevi, Karan, dan Prasana sebagai terbatal dan tidak sah kerana pengislaman itu tidak mengikut Perlembagaan.

Indira berkata dia menjangkakan Mohd Ridzuan akan memfailkan rayuan untuk mencabar keputusan mahkamah itu.

“Saya dan peguam sudah bersedia untuk mempertahankan keputusan tersebut,” katanya.

Indira diwakili peguam K.Shanmuga, M.Kulasegaran dan N.Selva dalam kes tersebut.[Sinar Harian]

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.