Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar )

Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar ) | Hati-hati membeli ikan patin dari pasar raya. Tambah lagi jika ikan itu diternak oleh pengusaha bukan Islam. 

Hati-Hati Membeli Ikan Patin Di Pasar Raya | Ada Bulu Babi di Dalam Perut Ikan Patin ( Gambar )


Ikan Patin yang dibeli dari Pasar Raya terkemuka negara, bila di potong kelihatan jelas ada bulu seakan bulu BABI didalam badan ikan tersebut.

Pendakwah, Haji Ann Wan Seng pernah bagi tahu yang pengusaha bukan Islam biasanya akan memberi ikan patin makan PERUT BABI dan bahan-bahan sewaktu dengannya, supaya ikan cepat membesar dan boleh cepat ke jualan, tambahan kos makanan yang sebegini adalah jauh lebih murah.


P/S: Aku pun ada cerita berkenaan  ikan Patin yang dibela oleh orang bukan Islam nie, kawan baik aku penyelidik Sains di Universiti Malaysia Terengganu duk buat penyelidikan pasal ikan air tawar, lepas tu dia pergilah ke Pahang untuk membuat penyelidikan. hasil dari penyelidikan dan pemerhatian member aku tu memang kebanyakan pengusaha ikan patin menggunakan usus babi yang direbus kemudian  dimasukkan di dalam mesin pengisar,  kemudian di beri makan kepada ikan Patin dan pembesaran dia ambil masa sebulan berbanding dengan makanan lain.

Sejak dari peristiwa itu, member aku cakap memang dia x sentuh ikan patin lagi laa,,hehe

Apa pun dalam Islam kita janganlah selidik macam tu sekali, dah halal makan jea laa yang lain serah pada Allah, teringat aku pasal kes penanaman betik di Johor yang menggunakan taik babi sebagai baja, aku adalah tanya Ustaz x pe makan kerana dia tidak lah mengubah rupa bentuk betik. Wallahualam..

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

mmg ada pengusaha ikan patin di Pahang yg buat camtu tapi bkn di temerloh. Di pasaraya ikan patinnya bkn dri sangkar sungai. Mostly dri kolam sbb tu rasanya lain. Ada gak dri sungai tapi yg di usahakan oleh bangsa cina dan kemboja dan mmg dorang bagi makan bangkai2 anjing, babi apa saje. Bagi yg dah biasa makan dan tengok pun dah tau dri mana ikan tu. Kalau yg sangkar sungai lebeh2 dri daerah temerloh, harga sekitar rm14 sekilo. Tapi harus gak berhati-hati sbb penah sekali beli tapi rasa lain mcm je. Tanya member2 yg jual ikan patin sangkar, dorang bagitau...ada segelintir yg beli ikan patin sangkar dri Pekan dan campur dgn ikan patin sangkar temerloh kerana permintaan yg tinggi. Seleok-eloknya beli dri sangkar terus.

joehaz said...

kalau dah termakan tu, tawakal je la. bukan kita sengaja.. tapi bila dah tau, geli tekak rasanya. adeh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.